Buah Durian 4 Biji RM30
Dengar-dengar harga durian sekarang murah-murah. Ada yang sampai RM3/sekilo. Masa murah ni memang lagi untung lah membeli. Masa mahal, berkira kira jugalah nak membeli. Melainkan teringin sangat ,terpaksa juga beli.
Tiba-tiba macam nak makan durian. Maka, mencuba nasib beli durian. Dapat 2 biji cukuplah lepas teringin kononnya. Husband pun tak makan sangat durian. Sekadar merasa seulas dua je pun dah cukup.
Balik-balik husband bawa 4 biji durian. Banyak betul dibelinya. Minta beli 2 biji dapat 4 biji. Katanya 4 biji RM30. Tokey kedai bagi murah murah dan durian campur campur. Ada durian kampung dan durian kahwin.
![Buah Durian 4 Biji RM30 Buah Durian 4 Biji RM30](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj655bWIw3xb5MPc_XwmiW3bphckHvx8U2H7dUhgWvMcCnWmvb1vVfta6es5alXld7NCVOSOwVVB28n_OHT2ZKzDFaKmkOLtcFu1ovMW0GOjNNMFda68DZvjoHBVlxfZ6gPdrA9dPfXh-sD/s16000-rw/Buah+Durian+4+biji+RM30.jpg)
Agaknya nak habiskan stok durian yang ada lah tu. Beli kat kedai berdekatan Petronas jalan Jelebu.
Buah duriannya elok lagi tak merekah lagi. Bau buah durian sudah semestinya bau harum semerbak even beli sikit pun. Warna kulit buah durian hijau hijau coklat macam tu. Tak hijau sangat.
Jangan ditanya mana satu durian kampung, mana satu durian kahwin. Memang tak tahu nak menjawabnya. Tak pakar tentang buah durian ni.
Dalam 4 biji buah durian tu, ada sebiji warna isinya putih kelabu sikit. Rasa buah durian dia manis betul tapi kurang lemak. Saya buat tempoyak terus. Dapatlah 1 bekas taufu fa comel tu. Walaupun tak tahu bila nak makan tempoyak tu.
Masakan campur tempoyak ni saya suka orang yang lebih pakar masak. Nak masak sendiri macam tak selera nanti. Lagipun saya bukan penggemar tempoyak sangat. Makan tu boleh tapi tak berapa gemar.
Saja buat, kot ada sesiapa datang nanti-nanti boleh bagi je. Daripada membazir kan.

Paling suka dapat isi buah durian kucing tidur ni. Dulu masa kecik kecik kucing tidur ni lah jadi rebutan. Dipanggil kucing tidur sebab rupa dia seakan akan posisi kucing tidur.
![durian kucing tidur Isi buah durian kucing tidur](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMYK0uIHTS6zoxhS0OY4OBapqm5qgVu7FKkGaA0XbqSc2aUIOMCslCDvDV1evFjaTu6r2VymkBG3Bis4flhHjELXi7XzY7bGVrjFYZ62XTvXa2prCFCVkLPuB-tNZ78nSoAx28ycMWa3lY/s16000-rw/Isi+durian+kucing+tidur.jpg)
Jadilah beli durian murah murah untuk lepas teringin makan. Nak beli durian mahal harga kayangan tak lah. Cukup sekadaran merasa je lah.
Buah durian ni pun kena makan sekadaran ni. Makan lebih lebih panas badan dan adakala boleh pening. Kena berpada pada lah. Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain kita tak tahu.

Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain untuk kesihatan dan kecantikan yang kita kurang ambil tahu.
Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.
sumber : www.manfaatbuahan.com
Manfaat Buah Durian
- Mengubati insomnia
- Menguatkan tulang dan gigi
- Mengawal keseimbangan gula dalam darah
- Merawat tekanan
Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.
- Merawat anemia
- Mencerahkan kulit
- Mencegah dan menghilangkan jerawat
- Memudarkan bintik hitam
sumber : www.manfaatbuahan.com
Ah sedapnya durian. Haritu pun beli dua biji je sebab nak merasa rasa gitu gitu je. Baru tahu buah durian ni boleh mencerahkan kulit dan hilangkan jerawat.hehehe
ردحذفMemang nikmat kalau dapat durian sedap. Samalah kita beli untuk merasa je. kann..tak tahu pulak ada fakta begitu. Sayang pulak nak guna untuk kecantikan. Hihi
حذفYa, betul tu beli durian setakat nak makan sikit jew. Kelmarin kami beli banyak sebab tak pasti bila akan datang stok lagi. Boleh bahagi-bahagi kepada keluarga. Selebihnya Kak Amie buat tempoyak. Dapat banyak tempoyak pun boleh bagi keluarga yang pandai makan tempoyak.
ردحذفAlhamdulillah sampai juga durian kat sana. Okaylah tu beli banyak sekali. Tak tahu bila akan dapat lagi. Rezeki dikongsi bersama :)
حذفdapnye durian.. tapi dah senior2 ni, x leh nak makan byk sgt... sama...kak ayu pun x pandai tgk jenis2 durian, tau makan je... he he..byk gak manafaat makan durian ni yer, tq for sharing info!!!
ردحذفIye kan, kena makan sikit sikit je. Itulah, kita pun tahu makan je. Ye, banyak manfaatnya.
حذفDurian dah mula jual murah kan? Sini sampai segunu RM70, penuh sekarung... tapi Sis tak beli dah.. hrtu makan dah sampai jelakk huhuhu
ردحذفYe sis. Dah boleh membeli bila harga mampu beli. Wahh dah makan banyak eh..Kena stop tu :)
حذفSamala jadi rebutan kucing tido tu, istimewa sangat durian ni, tengok ja dah teringin, biasa keluarkan isi simpan dalam bekas..
ردحذفMemang jadi rebutan ramai kucing tidur ni. Ya, durian ni buatkan penggemar durian teringin nak makan bila tengok. Mudah nak makan simpan dalam bekas. Tahan lama sikit daripada tak berbelah dan masam.
حذفFuh mantap! Sangat2 suka durian 😘
ردحذفMemang mantap kalau dapat durian yang sedap :)
حذفRumah kak Amie citer durian..umah fiza pun citer durian..x leh jadi ni...tetiba rasa teringin ni...
ردحذفhihi..pasni entah entah rumah akak pulak cerita durian lagi :)
حذفAlhamdulillah .4 biji rm30 bokeh dikatakan murah jugak tu . Rezeki kan
ردحذفAlhamdulillah. itulah murah juga. Cuma ada 1 jelah yang kurang okay.
حذفSedapnya buah durian tu.. Murah betul..
ردحذفRezeki Fiza minta 2 dapat 4.
Ada yang sedap kira okaylah dengan harga tu. Alhamdulillah dapat lebih :)
حذفSekarang ini durian dah jual dalam longgok. memang murah.boleh makan puas-puas hehehhe
ردحذفBetul, banyak dah jual longgok. kena pandai pilih yang okay. Tahu takpe, boleh makan lebih.
حذفSedapnyaaa durian
ردحذفLama dah tak makan durian
Boleh beli masa murah murah ni Rabia. Semoga ada rezeki Rabia merasa buah durian juga. Aaminn...
حذفBetul, harga durian tahun ni jatuh habis. RM1/kg pun ada hari tu. Nia belum sempat merasa lagi makan durian tahu ni T.T
ردحذفLagi murah tu Rm1/kg. Boleh beli tu Nia bila harga tengah murah ni.
حذفDurian kawen pun sodap!! Aritu beli 5 biji duriannkawen.perghh mmg tebal fan manisnisinya
ردحذفye KakRet. Ada yang sedap. Isi memang tebal dan lemak manis.
حذفlawa isinya
ردحذفok la 30 4 biji
kalau kat kg beli dgn tuan pokok baru sekilo rm2
Isi dia tebal dan warna pun menawan juga. Rasa dia boleh tahan juga. Kira okaylah dengan harga tu. Untung lagi tu kalau boleh kat kampung dengan tuan punya dusun.
حذفtapi orang cakap durian kat N9 memang murah.
ردحذفOh ye? saya tak tahu pulak tu. Mungkinlah kot.
حذفsekarang harga durian dah murah kan, boleh borong buat pulut durian..hehe
ردحذفYe, betul. Boleh borong buat macam macama selain dimakan begitu.
حذفmurah tu. Samalah saya pun tak kenal buah duriansangat, so makan jelah durian kampung buat lepas craving. Buah durian boleh membantu penghsailan serotonin ye. patutlah bila makan durian rasa hepi je. hehe
ردحذفitulah kan, samalah kita makan je mana yang sedap. Hehe..auto happy makan durian :)
حذفwow berbaloi la tu rm30 utk 4 biji. durian mmg tgh meriah skrg ni kan
ردحذفMemang berbaloi. Sekarang dah meriah harga murah murah. itu yang beli jugak.
حذفAda durian dalam peti sejuk. Suka yang segar yang belum kopek.
ردحذفTidak sangka khasiat durian boleh elakkan jerawat dan putihkan kulit.
Memang lagi sedap makan yang selepas dikopek. Tapi itulah risau buahnya merekah masam. Kopek siap siap simpan dalam bekas.
حذفYa, tak sangka jugakan. Selama ni kita fikir untuk makan je.
sedapnya durian. tak dpt lg merasa tahun ni..
ردحذفSemoga ada rezeki Syu merasa juga buah durian nanti. Aaminn...
حذفKucing tidur orang besar pun berebut nak hahaha
ردحذفPss : siapa geng dengan saya kalau makan durian angin kerap betul keluaq bawah ( kentut 😂😂 )
Hahaha..jadi rebutan sepanjang zaman gitu. Memang angin kot kalau makan durian. Selalu sendawa jugak. Tapi awas kena jauh jauh kalau sendawa ke buang angin tu. hehe
حذفTakut nak beli yang harga kayangan huhu... teringat 10 tahun dulu beli durian siam sebiji RM40 tapi dalam mengkal.. kecewa sangat tertipu.
ردحذفTahu takpe kak. kalau tertipu tu nak menangis rasa. Dapat merasa yang biasa pun jadilah :)
حذفSelagi musim x habis, mkn habis habisan! Uih rasa tak gamak pulk nk buat masker guna isi durian tu, satgi dok mkn pulak, hihi. Timm pun tempoyak mkn yg bru buat je sbb still manis. Yg lma mkin masam mmg xlalu dah..
ردحذفbetul tu CikTimm. Haha, kannn..rasa membazir dan tak best pulak buat masker. Makan je sudah. Tempoyak kalau pandai masak, sedap jadinya. Saya suka makan yang orang lain masak. Sendiri masak macam tak berapa sangat. Serahkan pada yang pakar. huhu
حذفPerghh kuningnya isi.. durian jgk milk booster bg ibu2 yg menyusu..hehehe
ردحذفKuning dia boleh tahan jugaklah. Tak sepekat kuning keemasan tu. Hihi..bagus untuk bf mommy.
حذفDurian ni memang favourite, tengah musim ni rasa panas je badan makan durian..haha..kena banyak-banyak minum air lepas tu..
ردحذفfirst time, dengar masker durian..wahhh, penah cuba ke?
Ye, kena minum air masak nak lawan panas badan tu.
حذفTak pernah cuba pun. Jumpa fakta tu dalam website yang saya kongsikan tu :)
untung sungguh dapat durian yang mantap dan terbaik macam tu.
ردحذفdah la harga murah
rezeki la kan
Alhamdulillah rezeki dapat juga menikmati durian yang sedap walaupun bukan jenis kayangan. itulah murah dan berbaloi juga beli isi buahnya okay
حذفbg sy oklah harga tu sbb lain tmpt lain harganya. yg konon tulis RM 10 tu kdg buah kecik tp rs x tau mcm mn. igt time pkp ni 'harga durian runtuh' rupanya pokrt kita yg rentung tgk harga durian.������ nmpk elok and molek isinya tu fiza. ��������
ردحذفYa, yang saya beli ni okaylah harga dan isinya. Tak bolehlah harga murah nak expect isi kayangan. Biar durian runtuh jangan poket rentung.
حذفWow.. lom habis ek musimm.... sy stop jap. haritu byk dah melantak doyann
ردحذفSekarang tak tahu lah ada musim durian lagi ke tak. Bila musim memang puas makan, kan
حذفDekat kawasan rumah abang saya, jual RM 2 je. Memang murah gila. Sebab banyak lambakan buah durian kan, jadi terpaksa harga diturunkan. Kalau tak, lama lama rosak buah duriannya kan kak fiza. Comel nama dia kucing tidur sebab ala ala macam kucing tengah tidur hahahaha.
ردحذفMurah betul tu. Dah hujung hujung ni kira berbaloi membeli durian murah. A ah comel macam kucing tidur.
حذفSaya bersyukuuur sangat durian nih mudah ditemukan juga di Indonesia. Terlalu sukaaaa dengan rasanya :D. Ada beberapa keluarga saya tak suka dengan baunya . Kalo musim durian dah tiba, dan papa beli durian, pastilah sodara saya nih menyingkir Krn tak kuat hahahah. Tapi kami senang, Krn jatah durian buat kami makan bisa lebih banyak :D.
ردحذفKakak ipar saya pun tak suka durian. Tapi husband dia suka sangat. Jadi terpaksalah si husband tak bisa makan buah nih di rumah Krn tak nak baunya menyebar kemana2. Hrs makan di lain tempat. Sesudah makan, husbandnya pula wajib mandi dan gosok gigi sampai bau tuh durian tak tercium hahahahaha. Kasian betol nasibnya :p
Dalam family pasti ada yang tak suka. Sama juga dengan keluarga saya ada yang tak suka baunya lansung. Kena makan jauh jauh dari mereka yang tak makan durian.Lepas makan wajib gosok gigi nak hilangkan bau. kalau sendawa tu nasiblah bau durian. hehe
حذف