Buah Pulasan Dari Jiran
Musim durian dah berlalu. Balik Segamat haritu pun dah hujung hujung musim betul. Dapatlah merasa durian yang mak simpankan dalam bekas. Lepas tu dapatlah merasa sebiji durian fresh. Tak pasti durian apa.
![Buah Pulasan Buah Pulasan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrMM1prBuBi-kimV2aEx5feozMkuwA5HyX5mEMx5t_Qudlri2vMX9VYgfQ9XFcWVctbyOoLTz7j0tu9HoTvVGdTqK9nUPYwD8dzRDkxd6Upa2ShDs8YyW_5SVkmUHI2e6rgLQCVQZfLhxa/s16000-rw/Buah+pulasan+closeup.jpg)
Rasa buah pulasan tak terlalu manis. Saya suka tekstur isi buah pulasan yang agak kering. Jadi bila makan tu tak menjejes airnya. Isinya tebal dan tak melekat sangat pada biji buahnya. Mungkin sebab baru petik dari pokok kot. Senang nak makan. Tak membazir bila isi melekat pada biji.
Saiz buah pulasan lebih besar sikit dari buah rambutan. Nak memulasnya pun mudah je. Kalau diberi pilihan, saya suka buah pulasan daripada buah rambutan.
![gambar buah pulasan gambar buah pulasan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm55d9AJ5abJnCx0MGjL7S63ZvctvRodK8k3TeRg0v2MKgv0rJb5gQuZCiXdYqG18RVkYmWxBwOBmXvYb2EJl7u72UaHwCEqf1QpBHxDvZreoTsd5i_nycfIT1eyZefIo3AANtTmz8N7aQ/s16000-rw/buah+pulasan.jpg)
Tapi dalam banyak banyak buah rambutan saya suka buah rambutan gula batu. Makan satu, semestinya tak cukup.
Mak beli dari orang kampung. Rezeki lah dapat merasa durian Segamat yang terkenal dengan kesedapannya. Itu cerita dulu lah. Sekarang ni mana mana durian terkenal dengan kesedapan masing-masing. Bermacam-macam jenis ado!
Sekarang tengah musim buah pulasan agaknya. Ke dah hujung hujung musim jugak? Akhirnya dapat juga merasa buah pulasan. Jiran sebelah sebelah rumah bagi. Banyak pulak tu dibaginya. Sebesen penuh.
Rezeki kamilah dapat merasa buah pulasan dari jiran tanpa perlu beli. Dapat pulak tu fresh from pokok. Baru petik dari pokok katanya. Mula tu dia bagi anak buah kebetulan anak buah main basikal lalu depan rumah dia.
Lepas tu petang tu dia bagi lagi sebesen. Alhamdulillah.. Seronok bukan main lagi dapat makan buah pulasan juga akhirnya. Selama ni dok telan air liur je nampak buah pulasan. Bukan senang nak cari buah pulasan ni. Buah rare yang susah ditemui.

Harga buah pulasan sekilo berapa ye? Harga buah buahan tempatan pun mengalami kenaikan harga macam harga barang. Lagi lagi buah jenis rare ni. Mahal lah sikit kot kan?
Buah Pulasan
Buah pulasan, nama saintifiknya Nephelium mutabile. Buah pulasan adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Pokok buah pulasan pun lebih kurang sama dengan pokok rambutan tapi pokok buah pulasan rendang je.Berbeza dari segi rambutnya, rambutan lebih panjang dan lembut tetapi rambut pulasan lebih pendek dan keras.
Biji buah pulasan lebih keras, isinya agak kering dan keras berbanding buah rambutan. Buah pulasan dikenali sebagai 'maritam' di Brunei dan Kalimantan. Dipanggil 'bulala' di Filipina. Buah pulasan in english apa? Pulasan juga lah kan?
Pulasan ni adalah daripada bahasa melayu. Dipanggil pulasan sebab untuk membuka puah pulasan ni perlu menggunakan kaedah pulas. Pulaskan buah tu dan auto terus terbuka kulitnya. Mudah sangat. Tak macam buah rambutan. Kena gigit dulu barulah kulitnya mudah dibuka.
![Buah Pulasan Buah Pulasan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrMM1prBuBi-kimV2aEx5feozMkuwA5HyX5mEMx5t_Qudlri2vMX9VYgfQ9XFcWVctbyOoLTz7j0tu9HoTvVGdTqK9nUPYwD8dzRDkxd6Upa2ShDs8YyW_5SVkmUHI2e6rgLQCVQZfLhxa/s16000-rw/Buah+pulasan+closeup.jpg)
Rasa buah pulasan tak terlalu manis. Saya suka tekstur isi buah pulasan yang agak kering. Jadi bila makan tu tak menjejes airnya. Isinya tebal dan tak melekat sangat pada biji buahnya. Mungkin sebab baru petik dari pokok kot. Senang nak makan. Tak membazir bila isi melekat pada biji.
Saiz buah pulasan lebih besar sikit dari buah rambutan. Nak memulasnya pun mudah je. Kalau diberi pilihan, saya suka buah pulasan daripada buah rambutan.
![gambar buah pulasan gambar buah pulasan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm55d9AJ5abJnCx0MGjL7S63ZvctvRodK8k3TeRg0v2MKgv0rJb5gQuZCiXdYqG18RVkYmWxBwOBmXvYb2EJl7u72UaHwCEqf1QpBHxDvZreoTsd5i_nycfIT1eyZefIo3AANtTmz8N7aQ/s16000-rw/buah+pulasan.jpg)
Tapi dalam banyak banyak buah rambutan saya suka buah rambutan gula batu. Makan satu, semestinya tak cukup.
Sana sini musim pulasan pulak bersama cempedak..Durian dh sayonara..sedap kan pulasan.
ردحذفCempedak saya belum merasa lagi mamacella. Semestinya sedap buah pulasan.
حذفAlhamdulillah…rezeki.
ردحذفPulasan tengah banyak kat rumah mak dan mentua di Johor. Tapi tulah, anak-anak pulak tak boleh balik.
Alhamdulillah. Johor tengah meriah dengan musim pulasan agaknya. Seronok kalau dapat balik bila musim buah ni. Harap ada rezeki musim buah lepas ni.
حذفSama suka pulasan daripada rambutan. Nasib baik musim ini dapat rasa.
ردحذفSamalah kita. Alhamdulillah dapat juga merasa.
حذفSedapnya pulasan. Tapi dia kembar rambutan. Bibir tak tahan kena getah dia, hu3😅. Aim cempedak ngan manggis jelah kalau cenggini😂.
ردحذفPulasan ni macam tak ada getah sangat. Pulas je tak perlu gigit. Cempedak belum dapat lagi. huhu
حذفteringinnya nak makan pulasan...tapi tu la..kang makan kang batuk plak...akak x leh makan pulasan ngan rambutan..cepat batuk
ردحذفJangan kak, nanti batuk susah.
حذفBalik baru ni lupa. betul nk tgk pokok pulasan huhuu
ردحذفada sepokok je blkg umah lama
tgk fiza tiba2 teringattt
Nanti kena jengah balik tu kak. Sayang kalau ada buah tak ambik.
حذفseronoknya ada pokok, boleh sedekah ke jiran2..Alhamdulillah, org memberi, kita merasa..
ردحذفAlhamdulillah jiran yang baik berkongsi rezeki. Rezeki kita juga dapat merasa hasilnya
حذفBuah pulasan isi kering dan mudah lekang, macam rambutan tapi bukan special, rambut pendek tap tak tajam macam sea urching atau crown of thorns..
ردحذفya. isi kering dan mudah lekang. Lebih sedap dari rambutan :)
حذفbetul tu,rasa macam membazir je kalau makan rambutan ttapi isi melekat kt biji.
ردحذفTahu takpe! Taka melekat tu yang sedap dimakan.
حذفdah merata musim buah pulasan ni... kita punya PKP smpai musim buah pn tak sedar
ردحذفye, betul tu. Teruk betul kesan dari PKP ni. Huhu
حذفAlhamdulillah
ردحذفrezeki
Alhamdulillah rezeki tak salah alamat.
حذفSedapnya. Belum dapat lagi makan buah pulasan tahun ni. Saya pun suka isi pulasan tak menjejes macam rambutan
ردحذفKann..sedap buah pulasan. Harap nanti ada rezeki sal merasa juga. Aaminnn...
حذفHaritu beli 3kg RM10, terasa murah dah harga tu...huhu....ada yang jual kg rm10...Saya suka yang isinya ada banyak sikit air..hoho..
ردحذفPada saya murah dah tu. Yang jual harga melampau tu memang melampau.
حذفMakan pulasan memang best. Tak berair.
ردحذفDulu sewaktu abang ipar masih bekerja di ladang pertanian, tiap kali musim rambutan kami dibenarkan petik. Macam-macamah jenis rambutan kami rasa. Tak sangka pula, rambutan pun berpuluhjenis, rasanya lain-lain.
Sedap kan makan buah pulasan. Tak berair tu yang saya suka. Seronok tu boleh petik sendiri makan. Dapat rasa macam macam jenis.
حذفAlhamdulillah rezeki. Orang memberi, kita merasa
ردحذفAlhamdulillah..rezeki. Dapatlah saya merasa
حذفadoiii teringin pulasan juga ni..
ردحذفsusah nak dapat stok plak kat sini hehe..
klu ada pun cam x fresh je
Memang susah nak dapat buah rare ni. Kalau ada kena beli terus.
حذفDi Gombak ni sama je harga pulasan dgn rambutan, 3kg/RM10. Awal-awal dulu sekilo 5-6 ringgit.
ردحذفAlhamdulillah, puas dapat makan buah-buahan tahun ni, w/pun tak dapat balik kampung. Sana sini ada org jual.
Alhamdulillah..kira murah tu. Dapat juga merasa.
حذفLama tak makan pulasan.
ردحذفSejenis buah yang susah nak jumpa kot Hami. Itu yang lama tak makan tu. Kalau jumpa, boleh lah membeli nanti.
حذفBanyak tu fiza sebesen..akak dah 2 kali beli pulasan untuk musim ni..alhamdulillah dpt yg elok2 manis..
ردحذفAlhamdulillah..dapatlah kami merasa sorang sikit. Syukur tu dapat yang elok elok. Tak rugi membeli
حذفmcm rambutan jugak nampaknya
ردحذفYe, sama spesis. Ada beza juga.
حذفxtau knape dulu mula2 jumpa pulasan sy rs buah ni pelik sgt��
ردحذفHehe..jarang nampak itu yang macam pelik sikit kot.
حذفalhamdulillah murah rezeki fiza.. sedapnya pukasan
ردحذفAlhamdulillah..dapat juga. Memang sedap buah pulasan ni.
حذفAlhamdulillah rezeki, saya tak ada kesempatan lagi makan buah pulasan ke rambutan ke cempedak ke even dah masuk musim dia >.<
ردحذفSemoga ada rezeki Atiqah dapat merasa juga nanti. Aaminnn...
حذفtak tahu pernah makan ke tak pulasan ni, confius dengan rambutan..hehe
ردحذفLebih kurang sama tapi pulasan ni jenis rambut pendek dan keras sikit. Isi macam lebih kurang je.
حذفTak pernah makan buah pulasan . Tapi dapat bezakan pulasan dan rambutan ni
ردحذفHarap ada rezeki Lyana dapat merasa nanti. Mudah je nak bezakan rambutan dan pulasan, kan :)
حذفKita suka buah pulasan ni, sebabnyaaa. nak makan kena pulas haha . Tak logik en suka sebab ni je
ردحذفLogik jugak sebab saya pun suka memulas buah pulasan. Syok pulak macam magic kan. Hihi
حذف