Header Ads

Buah Rambutan Gula Batu

Semalam cerita buah pulasan, hari ni cerita buah rambutan gula batu. Pernah dengar tak? Saya bukanlah pakar sangat bab buah rambutan ni. Dah kata buah rambutan gula batu, rambutan gula batu lah dia.

Jenis jenis buah rambutan :
  • Rambutan anak sekolah/budak sekolah
  • Rambutan gula batu
  • Rambutan gading
  • Rambutan telan

Ada lagi tak jenis rambutan lain selain di atas? Saya suka je makan rambutan tapi lebih suka jenis buah rambutan longkah.

[long.kah] | لوڠکه
Definisi : mudah ditanggalkan isi drpd biji (bkn buah), lekang: rambutan ~; terlongkah tertanggal: jilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di lantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Terpaling tak suka jenis tak longkah dan kebanyakkan jenis itu berwarna kuning. Ke memang rambutan kuning tak longkah? Tak sempat nak mengkaji.

Balik haritu kakak offer ambil rambutan gula batu kat kebun family abang ipar. Mulanya macam malas juga tapi dah disuruh juga tak ada orang nak makan nanti. Kita pun pergilah alang-alang ada kat kampung. 

Dapatlah dua guni dibahagi bahagikan.  Saya ambil lebih kurang seplastik je. Cukuplah untuk merasa. Nak makan berlebihan tu risau pulak batuk ke apa nanti. Sikit sikit sudah. Asalkan merasa macam tu.

buah rambutan gula batu

Buah rambutan gula batu ni lebih kurang macam buah pulasan. Ciri-ciri buah rambutan gula batu :
  • Isi tebal
  • longkah
  • Isi lebih keras sikit dari isi buah rambutan biasa
  • Kurang berair
  • Manis
Itu apa yang saya rasa lah. Jika salah, sila betulkan. Pada saya, buah rambutan gula batu ni jenis rambutan terbaik di Malaysia. Rasa satu pasti nak makan lagi dan lagi.

isi buah rambutan gula batu

Puas hati betul dapat makan buah rambutan gula batu ni. Tengok tu macam gula batu rupa dia. Sebab tu dinamakan rambutan gula batu.

Apa beza rambutan gula batu dan anak sekolah? Siapa tahu? Mungkin beza dari ketebalan isinya. Persamaannya jenis longkah dan kurang berair. Rambutan anak sekolah paling popular di Malaysia. Ke?

pokok buah rambutan gula batu

Sambil petik sambil makan. Nikmat betul dapat makan buah rambutan petik dari pokok. Masih ada lagi buah rambutan gula batu yang masih muda. Rezeki untuk yang belum merasa lagi.

buah rambutan gula batu muda

Rambutan kebun keluarga abang ipar meriah betul buahnya. Rambutan kat tepi rumah mak baru je dipangkas beberapa bulan lepas. Musim buah ni tak berbuah pulak dia.

هناك 40 تعليقًا:

  1. sy xkenal jenis2 rambutan.. sume rambutan tu adalah rambutan bg sy.. haha
    febret sy rambutan kaler kuning yg arwah abah sy tanam dlu.. tp pokoknya dh xde..
    lps arwah abah dh xde.. pokok tu pon ikot skali.. kena ribut pastu terbalik.. mati dh pokok tu.. huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Yang kaler kuning tu jenis berair kan? Sedih pulak dengar kisah tu.
      Al fatihah untuk arwah Ayah Ezy.

      حذف
  2. Nikmatnya dapat petik, terus makan bawah pokok. Berbagai jenis buah rambutan rupanya. Suka buah rambutan, sebab makan tu memyambil duduk santai kat luar kut-kut ada semut hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..nikmat dapat makan petik dari pokok. Kadang kadang ade je semut terselit tertinggal celah celah rambutan tu. Sebelum makan kena membelek dulu

      حذف
  3. dekat sabah kita panggil rambutan kelapa, suka sebab isi boleh kopek dari biji tu, lagipun kurang air isi pun tebal. heheh biasa beza dengan yang lain sebab ada sesetengah rambutan isinya takleh nak cabut dari biji hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh baru tahau ada panggilan rambutan kelapa. Ye, mudah nak makan kan. Kurang air dan tebal tu best. Isi jenis takleh tanggal dari biji tu orang panggil tak longkah.

      حذف
  4. Haah tidak berani makan banyak-banyak sebab kalau tidak longkah memang batuk jawabnya.
    Entah tidak tahu beza rambutan budak sekolah dengan gula batu.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, makan sekadaran je lah. Gula batu ni senang nak beza. Rambutan lain agak susah juga nak bezakan.

      حذف
  5. Yg akak tau beza moktan merah dan kuning ja haha..yg kuning dipanggil moktan gading..

    ردحذف
  6. tahu makan je..tak pernah ambil tahu pun jenis rambutan yang ada..haha

    ردحذف
  7. Akak kan tau makan buah je.. spesis buah tu memang fail. kalau orang cakap rambutan gula bukit pun akak boleh percaya.. haihhh teruks betul lah.

    ردحذف
  8. Masalah rambutan gula batu ni, biasanya selaput bijinya akan melekat pada isinya.

    ردحذف
    الردود
    1. Jarang pulak dapat yang jenis selaput biji lekat kat isi wak. tapi okay lagilah daripada isi melekat kat biji :)

      حذف
  9. Jenis-jenis rambutan yang disenaraikan semua saya tahu kecuali rambutan telan..

    ردحذف
    الردود
    1. rambutan telan ni jenis tak longkah. Jenis isi melekat pada biji. Agak masam rasanya bijinya boleh ditelan sekali.

      حذف
  10. Baru tahu ciri2 rambutan gula batu . Selama ni main makan jer, tak tahu pulak rambutan pun terdiri dari pelbagai nama . Selama ni CCL pun suka makan rambutan gula batu laa

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe lepas ni dah tahu dah mana satu rambutan gula batu. Saya tahu pun sebab pernah makan.

      حذف
  11. saya tak tau nak bezakan lah Fizah. Main makan aje janji sedap di tekak. Ada orang pernah cakap dengan saya, batuk bukan sebab buah, tapi sebab kita kokak kulit rambutan. getah tu punca batuk

    ردحذف
    الردود
    1. Asalkan rasa rambutan tu manis sedap kan. Oh ye? Kena guna kaedah lain macam tu. Guna pisau mungkin.

      حذف
  12. Tak berapa tahu nama rambutan.
    Yang penting isi tebal, manis dan longkah. Memang lajulah kopek dan masuk mulut hihihii.

    ردحذف
  13. Saya tahu makan je kak fiza hahahahaha, harini baru tahu ada banyak jenis jugak ye buah rambutan ni, ingatkan sejenis ituuu ajee, memang tak celik sungguh saya pasal buah buahan ni, makan je tanpa selidik apa apa hahaha.

    ردحذف
  14. tak kira lah ape jenis nye, asalkan rambuatan saya makan jer..

    ردحذف
  15. busyra tak tau pun jenis2 rambutan.. asal nampak rambutan je telan.. hehe.. tp masuk blog akak. terus dpt ilmu!

    ردحذف
  16. jenis yg ni mmg sedappp yg sy x tahan byk semut...������

    ردحذف
  17. Jenis rambutan saya memang tidak tahu, tetapi rambutan ini enak dimakan apabila diletakkan didalam peti ais hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Ramai suka buat cara macam ni. Laju sikit nak habiskan tu kan. Senang nak makan pun iye.

      حذف
    2. Betul, tetapi kalau mak dan abah saya tak suka gaya gitu. Rasanya kkurang enak katanya. hahahah

      حذف
    3. Saya pun lebih suka makan fresh dengan cara kupas terus makan :)

      حذف
  18. tak sangka rambutan ade mcm2 jenis..pulasan pn pertama kali tahu dan mkn..dr kiriman wak petani..

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, ada macam macam jenis macam buah buahan lain jugak. Alhamdulillah rezeki ada yang memberi. Dapatlah merasa.

      حذف
  19. Baru kutahu.....Haha.. Baru baru ni ada makan rambutan.. manis sungguh, maybe itu rambutan gula batu kot

    ردحذف
    الردود
    1. rambutan gula batu tebal macam gula batu. Mungkin juga rambutan budak sekolah

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.