Cara Penggunaan Bendera Malaysia Yang Betul

Baru-baru ni saya ada terbaca tentang penggunaan jalur gemilang atau bendera Malaysia yang betul. Banyak juga pantang larang penggunaan bendera Malaysia secara kreatif yang dilarang rupanya. Contohnya penggunaan bendera Malaysia digayakan dalam pemakaian seperti tudung, baju, tengkolok dan sebagainya.

Dulu tak ada pulak, kan? Setiap kali tiba sambutan Hari Merdeka mesti masing masing tak sabar nak menggayakan pakaian sempena hari merdeka. Seronok tengok pakaian kreatif masing masing bertemakan hari merdeka.

baca juga : cara penggunaan bendera malaysia yang betul pdf

Tapi sekarang hanya tinggal kenangan je lah, kan. Takut tersilap penggunaan dikecam pula. Bukan hanya itu, objek juga dilarang dibalut atau dilukis menyerupai bendera Malaysia. Contohnya seperti tin, botol, pasu, tiang dan sebagainya.

Biasanya rakyat Malaysia buat macam ni untuk menambah lagi semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan. Bukanlah tidak menghormati jalur gemilang tapi itu cara untuk tunjuk kita semangat cintakan negara dan bangga jadi rakyat Malaysia.

Alamak! Semakin keliru dengan penggunaan bendera Malaysia secara kreatif ni macamana. Sekarang baru dilarang, pasti akan ada terlepas pandang. Sebelum buat sesuatu, kita rujuk dulu penggunaan bendera Malaysia yang betul.

Cara Penggunaan Bendera Malaysia Yang Betul

Maksud bendera Malaysia

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada Bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. 

Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden. 

Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. 

Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia.

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja
Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga
Bendera 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline)
Bendera 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline)

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Bendera segitiga 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline)

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih
Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya
Banner Malaysia 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 dikibarkan secara melintang

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sanpin, pakaian dan sebagainya adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍
Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
Penggunaan bendera dalam penghasilan logo 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 sama sekali.
Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah, putih, biru dan kuning) sahaja 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍.
Penggunaan bendera dalam infografik 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 bertindih di antara teks dan bendera. 

Cara penggunaan Bendera Malaysia yang betul

Dah tahu cara penggunaan bendera Malaysia yang betul, jangan tersilap guna pula ye.

sumber gambar & info : Jabatan Penerangan Malaysia 

34 comments:

  1. bagi saya asalkan macam tak guna untuk benda2 merapu macam spender ke, tapak kasut ke, ok je kan? pendapat peribadi..hehe.. apa-apa pun bendera negara harus dihormati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Selagi tak salah guna pada benda merapu.

      Delete
  2. Bagus kongsi benda yang kita patut tahu supaya tak disalahgunakan bendera malaysia. Macam sebelum2 ni ramai guna bendera untuk rekaan baju sendiri untuk join competiton kemerdekaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk peringatan kita bersama supaya tak salah digunakan.

      Delete
  3. Kiranya kalau nak bergaya, jangan Jalur Gemilang tu dipotong/diolah dijadikan baju. Kita buat fesyen sendiri guna warna-warna bendera ja. Tema outfit - Jalur Gemilang Inspired gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Jangan dipotong sebaliknya guna warna warna bendera je.
      Betul betul, Jalur Gemilang-inspired :)

      Delete
  4. kami dari tahun lepas dah dapat info ini tahun ini pun ada tambahan pasal info ini, kadang geram tengok orang pasang bendera sesuka hati sebab salah caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay tu ada update. Susah jugak asyik berubah ni. ada yang terlepas buat silap. Harap yang silap tu tak berulang lah.

      Delete
  5. Alamakk... Tq fizah info ni tp rasa uyum dah terlepas guna bendera kat songkok dia arini.. Lps ni kena hati2 la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kak. Ye, pasni kena lebih hati hati kalau nak guna bendera Malaysia :)

      Delete
  6. Bendera salah satu lambang kedaulatan negara. Itulah identiti negara kita di mata dunia.
    Memang semua rakyat Malaysia tahu cara penggunaan bendera negara kita dengan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Amie. Terutamanya untuk acara yang besar besar tu.

      Delete
  7. byk perkara yg mama baru tahu kat sini.. tq for sharing

    ReplyDelete
  8. Ok nasib baik buat kek warna bendera Malaysia boleh.

    ReplyDelete
  9. busyra baru tau.. heheh.. tq akak brkongsi info

    ReplyDelete
  10. Macam pelik je sekrang banyak yang tak boleh. dulu masa kita sekolah meriah kot semua tak ada masalah. Selagi tak ubah warna atau bakar ke pijak ke okay je.

    Buat pakaian pun nampk mcm meghina ke? pelik2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..itu yang keliru tu. Selagi tak dipijak atau dibuat bungkus pelik pelik rasanya okay je kan.
      Entahlah, dah keluar yang baru ni kita follow je lah

      Delete
  11. Bg akak selagi tiada unsur penghinaan terhadap bendera malaysia,tiada salahnya digayakan dgn pelbagai kreativiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju jugak tu kak. Apa nak buat kalau di kata begitu. huhu

      Delete
  12. Bagus infonya, yang penting disimpan elok, dipasang pun tidak hingga lusuh..

    ReplyDelete
  13. Baru tahu kat baju pun tak boleh ye, ingatkan boleh sebab tengok ramai sungguh yang jadikan baju. Tapi macam kak fiza cakap, rakyat malaysia ni kreatif kreatif semuanya kan, itu mungkin salah satu cara nak tunjuk semangat nak menyambut hari merdeka tapi itulah, salah tetap salah kann. Yang poster haritu tu pun, mujurlah saya tak letak bendera salah. Kalau tidak, mahu kena kecam >.<

    p/s: Kak fiza ada reply komen kan harituuu dekat entri saya, tapi dia tak naik punnn dekat entri >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Rasanya setahun dua ni baru keluar yang ni kot. Perasan juga ramai jadikan baju. Ye memang masing masing kreatif. Kalau dah kata salah, terpaksalah kita simpan kreatif tu ke arah lain.

      Takpe, dah tahu pasni tak buat silap dah.
      Lahhh ye ke hilang lagi. Aduhaiii..tak tahulah kenapa. Komen lain okay ke?

      Delete
  14. Follow instruction cuma rasanya anak-anak akan kurang kreatif.

    ReplyDelete
  15. Semoga bendera lambang negara kite ni tidak disalahgunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn...
      Harap begitulah. Bendera Malaysia lambang kebanggaan kita :)

      Delete
  16. haih..tahun ni banyak guidelines. Kami yang kerja media ni pening banyak nak kena tapis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Berubah rubah dia punya info. Kerja media lagilah kena alert kan. Silap buat, naya je. Huhu

      Delete
  17. Tapi orang reka pelitup bendera Malaysia, kalau tak pakai, dibuang aje.. atau terjatuh kat jalan kdg kdg... sedihhhh nengok ehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih tengok kalau ada corak bendera penuh dibuang merata macam tu kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.