Cempedak McFlurry McDonald's®

Dah rasa cempedak McFlurry? Cempedak McFlurry, aiskrim McD terbaru 2021 yang telah dikeluarkan sejak 23 Julai 2021 yang lepas. Tak ada lah baru sangat kan. Lama dah. Cuma baru sekarang saya dapat rasa McFlurry baru ni.

Aiskrim McFlurry ni kejap kejap keluar perisa baru. Sampai tak terkejar nak rasa yang terbaru. Mana yang sempat rasa je lah.

Sebenarnya tak tahu pun ada McFlurry baru. Tahu tahu je encik suami bawa balik Cempedak McFlurry ni. Rezeki saya jugalah dapat merasa Cempedak McFlurry.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Macam menarik juga aiskrim McDonald's® terbaru ni menampilkan perisa buah tempatan Malaysia. Buah Cempedak kot kan. Kedengaran agak pelik dan curious nak tahu rasa aiskrim cempedak.

Gabungan aiskrim vanilla dengan syrup (air gula) perisa cempedak. Ada rasa serat dan isi cempedak kisar kasar bersama syrup.

Sebelum ni tak silap saya ada McDonald's® ada keluarkan Durian McFlurry. Memang tak sempat lah merasa. Dah berlalu pergi.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Sedap ke Cempedak McFlurry ?

Sedap! Suapan pertama pun dah boleh rasa sedap dia. Tak rasa pelik pun. Mulanya macam rasa cempedak goreng bila rasa syrup tu. Memang terasalah rasa cempedak sebenar tu. Rasa manis cempedak yang sedap.

Sedap gabungan syrup cempedak dan aiskrim vanilla ni rupanya.

Cempedak McFlurry McDonald's®

Lagi sedap kalau cempedak syrup dia letak banyak sikit. Tak muak makan. Suka dengan tekstur aiskrim McFlurry yang halus dan sedap. Tak pernah mengecewakan so far. Harga RM7.08. Okaylah tak mahal sangat. Saya kongsi makan berdua. 

43 comments:

  1. Rajin McD keluar produk tempatan. Memang bersungguh-sungguh tarik orang selalu singgah McD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerap betul keluar yang baru kan kak. Bagus marketing dia.

      Delete
  2. Waaa sudah ada ekk.. boleh beli lagi ni, kalau tahun dulu, tak kena dek tekak, entah laa.. ini kali takpe, kita cuba lagi beli dan rasa..

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. Tak pernah cuba lagi.. Boleh try juga ni tapi tu la McD sentiasa penuh orang. Kat kaunter or drive thru memang sentiasa panjang que.

    ReplyDelete
    Replies
    1. McD tak sah tak ramai. Drive thru lah better kalau ramai ramai ni. At least tak bersesak ramai orang. Kena sabar menunggu turn je lah.

      Delete
  4. Tak try lagi, haritu nak beli last last terbeli sundae chocolate pulak hahaha. Harap harap sempat beli la sebelum promosi habis, teringin nak rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..selalu jugak jadi macam tu. Entah apa apa lah kan. lepas tu menyesal tak beli.

      Delete
  5. Replies
    1. Tahu takpe kak. Kejap kejap ada yang baru. Ya, siapa suka cempedak kena cuba

      Delete
  6. sedapnya, yg durian pun best .. nak semua lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian tu saya tak sempat rasa lagi kak. Kalau ada keluar lagi kena cuba pulak :)

      Delete
  7. Lama tak terjah mcd . Dulu selalu juga follow mcflurry keluaran baru .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu macam tak laju sangat keluar McFlurry baru. Sekarang ni macam kerap pulak keluar yang baru. Tak dapat nak mengejar kan.

      Delete
  8. Wah. Memang favourite. Kena try nanti ni.

    ReplyDelete
  9. kalo mcflurry biasa sy order yg oreo je..
    yg lain xpernah try.. eh lupa yg durian aritu skali pernah try.. haha

    nt boleh try yg cempedak ni plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oreo sentiasa ada je boleh order anytime. Yang selain tu memang rancak keluar. Durian tak sempat rasa haritu. huhu..Nanti try cempedak mcflurry ni pulak Ezy :)

      Delete
  10. x pernah rasa ni... takut nnt x masuk pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  11. nampak haritu, tp x try lg. sbb tkot x sedap. kak fizah ckp sedap, bleh la syu nk cuba nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum makan risau gak tak kena selera. Sedap rupanya Syu. Cubalah kot kene dengan selera Syu

      Delete
  12. Kena rentas daerah dulu kalau nak rasa cempedak mcflurry mcdonalds ni. Biasanya tertinggal keretapi kalau nak cuba menu-menu begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. McD cepat sangat keluar menu baru. Tak sempat nak mengejarnya kan. Mana sempat je kak Amie.

      Delete
  13. Tadi p beli sarapan kt mcd..sayangnya time sarapan takde lg mc flurry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. kalau pagi terhad menu breakfast je yang ada.

      Delete
  14. Macam sedap tu..
    Cempedak ada ni...Kalau beli ais krim vanilla letak puri cempedak aci tak?šŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh kak. Aiskrim vanilla letak isi buah atau buah kisar pun sedap je rasanya.

      Delete
  15. Kalau perasan mcflurry ni kalau keluar falvour baru mesti syrup saja yang beza. Ice creamnya tetap vanilla. huhu

    Tapi apa pun tahniah sebab guna buah tempatan. Kena cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Ain. Syrup dia je berbeza. Aiskrim tetap vanilla je. Itu je yang sesuai bergabung dengan perisa lain. Baguskan gunakan citarasa local

      Delete
  16. Semalam g mekdi, x beli pulok.. nice la kalo sodap.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kalau pergi McD boleh cuba cempedak McFlurry pulak Nona

      Delete
  17. dah lama teringin tapi masih teragak2 nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..faham faham. Kalau terasa nak cuba boleh cuba.

      Delete
  18. pernah makan dah, tapi xrsa cempedak sgt, mcm mangga, yg baru ni punya xtau lah sedap atau tak, hihi, mcd sentiasa ramai betoi drive thru dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kata rasa macam durian. Lain tastebud masing masing. McD jarang tak penuh orang kan

      Delete
  19. Wahhh srslah ada ice cream baru. Macma menarik je rasa cempedak ni. Tapi McD jauh sikit dari rumah, malas nakk drive!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rare kan guna flavour cempedak. next time kalau terjalan jauh jumpa McD boleh cuba yang ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.