Header Ads

Cuba Buat Cucur Roti Viral

Tengok ada roti putih yang dah nak hampir expired. Dipandang sepi pulak. Makan dengan peanut butter skippy sudah. So cuba lah buat cucur roti viral tu lah. Nak rasa sedap ke tidak. 

Kita tengok sedap dia jauh mana boleh pergi. Saya buat cucur roti macam cucur nasi tu je. Bezanya cuma roti dan nasi je lah. Bahan-bahan lain lebih kurang sama. Mana yang ada stok saya letak.

baca juga : resipi cucur  nasi rangup di luar lembut di dalam

Resipi penuh cucur boleh rujuk link diatas. Ringkasan resipi cucur, saya kisar separuh bawang merah, ikan bilis, isi jagung dan udang. Masukkan dalam adunan tepung gandum yang dah dicampurkan garam sikit. Masukkan potongan roti, kucai, isi jagung, hirisan bawang merah, dan isi udang. 

Kacau adunan, panaskan minyak dan goreng cucur guna acuan sudu besar. Sukatan tu semua saya guna kaedah agak-agak. haha..aci tak? 

Saya suka buat cucur separuh kisar dan separuh potong. Buat ikut selera saya lah. Mungkin ada yang suka blend semua. Ada yang suka potong-potong je. Ikut lah.

Cuba Buat Cucur Roti Viral

Cucur roti saya agak kemek sikit. Jadi, keratan rentas dia taklah nampak tempting sangat macam kurang isi pulak. Tapi serious rangup cucur roti ni. Macam cucur roti nasi jugak. Rangup di luar lembut di dalam.

Saya goreng agak garing sikit. Jadi terlebih rangup lah jadinya. Cucur roti sedap makan panas panas cicah sos cili hidangkan bersama kopi panas. Baru ngam!



هناك 48 تعليقًا:

  1. Roti pun boleh buat cucr ya. Kalau dah kretif semua benda inovatif kak fizah niii . Boleh try ceniii Btw selamat pagiiiii <3 Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    ردحذف
    الردود
    1. Aamiin ya rabbal'alamin..Morning Ain!
      Bolehhh..tengok orang buat, kita pun cubalah jugak. Idea orang kita tiruvasi. Silakan mencuba mana tahu kena dengan selera.

      حذف
  2. Sedapnya cucur roti viral ni Fizah. Tambah sedap makan panas cecah sos. Lagilah ada secawan kopi panas...tumpang sekaki ye Fizah!

    ردحذف
  3. Bila ada roti expired..macam- macam boleh buat kan...ada satu lagi yg viral..buat pizza dari roti..akak nak cuba nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak. laju sikit habis kalau dah buat macam macam. Pizza roti viral tak cuba lagi. akak cuba dulu, nanti saya follow :)

      حذف
  4. mcm2 boleh buat dgn roti..puding, aiskrim goreng, karipap..sekrg ni cucur pula..boleh dicuba..rangup tu yg best..

    ردحذف
  5. rangup. diluar lembut di dalam
    sedapp.
    x penah try lg cucur viral ni

    ردحذف
    الردود
    1. ye kak Nor. sedap rangup diluar lembut didalam. Nanti boleh cuba kak :)

      حذف
  6. Tentu sedap, bahan sedia ada dipelbagaikan, kisar separuh, potong separuh tu buat terasa semua,. Terima kasih kerana tolong beritahu tentang widget tu..

    ردحذف
  7. ni kalo roti nk expired takde la membazir.. blh buat cucur..
    nmpk sedap!

    ردحذف
  8. Kreatif juga guna roti tamattempoh. Bolehlah buat kalau jemu makan roti dengan sapuan mentega kacang.
    Akak ada perancangan hendak buat cucur, boleh cuba letak roti.

    ردحذف
  9. Sedap tu makan panas-panas.Tambah pulak cucur dok dalam pinggan lawa...lagi berselera...hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Makan panas panas memang sedap. Hihi..pinggan lawa jadi extra sedap :)

      حذف
  10. roti akak tak sempat jadik cucur, fiza.
    anak2 kalu sekali sarapan, abis sebantal jumbo tu.

    takpe fiza. rupa kurang tapi rasa ummpph! jadik la kan.

    ردحذف
    الردود
    1. kalau ramai tu biasalah cepat habis. Senang juga cepat habis. Taklah lambat nak menghabiskan sampai expired. Itulah, rupa kurang asalkan sedap.

      حذف
  11. boleh tiru ni..tak pernah la dengar roti dibuat cucur. nampak rangup jugak

    ردحذف
  12. Setiap kali pkp mesti akan ada resepi viral sebegini. hehe. nak trylah kalau ada lebihan baki roti

    ردحذف
    الردود
    1. Tahu takpe Sal. Ada je yang viral. Mana sempat je kita buat. Silakan mencuba nanti Sal :)

      حذف
  13. Idea bagus ni.. yelah kadang2 tinggal 1-2 keping roti sampai expired.

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas ni boleh campurkan roti dalam adunan cucur elakkan pembaziran gitu :)

      حذف
  14. Kak Fiza, kliatan sedaaap lah cucur rotinya .. dah lama saya tak makan cucur yang khas Malaysia :). Nanti nak tengok resep yang full nya, pengin nak buat di rumah :D. Jadi ini pakai roti lah yaaa. Kebetulan lagi ada roti bentar lagi expr. Bagus diolah cam ni...

    ردحذف
  15. Kreatif cipta resepi yang sedap. .nampak betul betul rangup

    ردحذف
  16. Dapnyaaa... Cucur roti. K nanti try. Selalu campak buat roti kering je. Haha

    ردحذف
  17. nmpk sedap tu������ tggu sy bli roti baru laa... nnt boleh buat minum ptg��

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap Anies. Cubalah buat. Jangan lupa ajak kita sekali minum petang :)

      حذف
  18. Femes plk cucur roti ni ye..
    Tp k ret blm terasa nak buat lagi.. Maybe bila dh xde sgt makanan, bole jgk try buat cucur ni. K ret pun suka garing2.. Tp MAMA uyum suka lembik2 hahaha tu kdg mls nak masak cucur ni

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah, terikut ikut pulak nak buat. Kena buat adunan lah camtu. satu tak ada roti, satu campur roti :)

      حذف
  19. Garing tu lagi sedap kan kak fiza hehehe. Saya suka garing garing, rasa sedap tu lain maciam! Cicah pulak dengan sos cili, lagi double triple sedapppp! Hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, garing tu yang sedap tu. Harus cicah dengan sos baru sedap makan.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.