Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Setelah sekian lama berhajat nak makan daging salai, akhirnya mendapat juga. Itulah yang dikatakan rezeki tak salah alamat. Alamatnya kat kampung baru mendapat.

Sejak raya puasa haritu teringin makan daging. Tapi nak daging salai. Kemain sangat selera kan. Terasa rasa kat tekak daging masak lemak cili api yang sedap. Tanya kat mak ada daging salai ke tak. Mak kata daging ada tapi belum salai.

Tahu tahu mak simpankan daging salai untuk saya. Salai masa raya haji haritu lepas abah masak lemang dengan bantuan family kakak yang dekat dengan rumah mak. Alhamdulillah dapat juga merasa daging salai dari kampung.

Mujurlah daging salai ni boleh simpan lama. Akhirnya dapatlah dijadikan lauk daging salai masak lemak cili api belimbing buluh. 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Resipi daging salai masak lemak cili api belimbing buluh

Bahan-bahan
Daging salai potong nipis
1 kotak Santan 
Cili api *ikut tahap kepedasan masing-masing
1-2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
3 biji belimbing buluh potong dua
3 batang serai diketuk
garam secukupnya

Cara penyediaan
  1. Potong daging salai nipis nipis, cuci dengan tepung gandum untuk hilangkan bau. Tapis dan masukkan dalam periuk.
  2. Kisar cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk yang sama.
  3. Tuang santan dan air. Masukkan serai dan garam.
  4. Buka api dapur dengan api sederhana dan biarkan masak.
  5. Selagi daging tak empuk tambah air dan adjust rasa
  6. Dah nak masak baru masukkan belimbing buluh supaya kuah tak masam sangat.

Cara masak daging salai mudah dengan kaedah lebur semuanya. Senang. Balik haritu dah masak juga guna santan fresh. Lagi sedap guna santan fresh sebenarnya. Santan kotak macam kurang lemak sikit untuk daging salai ni. 

Kebetulan juga tengah musim buah belimbing buluh. Dapat juga tambah juga topup stok belimbing buluh yang dah nak habis.

Belimbing Buluh

Daging salai masak lemak cili api sedap juga dicampurkan dengan rebung atau pucuk ubi. Daging masak lemak cili api memang lagi sedap kalau guna daging salai. Aroma asap tu membuatkan daging salai tu bertambah sedap. Kan?

Lain rasa dia kalau tak salai. Nak masak pun mudah cuma ambil masa yang lama sikit nak tunggu dia empuk dan lembut. Kena banyak banyak bersabarlah.


53 comments:

  1. perghh, kaella tengok awal pagi rasa lapar, nak daging salai jugak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunnn...harap ada rezeki awak juga nanti dapat makan daging salai maasak lemak. Aaminn...

      Delete
  2. aduyai.. sedapnya tgk daging salai masak lemak ni pagi²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar kak sabar. Hihi..memang sedap lauk daging salai masak lemak

      Delete
  3. memang fevret saya ni masak lemak daging salai. dah lama juga tak merasa masakan ni. terliur tengok gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite geng. Bab nak mencari daging salai tu yang payah. Saya pun baru dapat makan. Harap ada rezeki afeezz jugak dapat makan nanti.

      Delete
    2. dulu sanggup ke kajang semata2 nak makan masak lemak daging salai ni. masak lemak situ mmg terbaiklah bg saya...

      Delete
    3. Sekarang dah banyak restaurant jual masakan salai. Negeri Sembilan ni pun banyak jugak tapi prefer masak sendiri ikut selera sendiri gitu

      Delete
  4. Huih mantap kejadian... lagila ada belimbing buluh tu

    ReplyDelete
  5. nak sikittttt.... sikittt pn x apa����

    ReplyDelete
  6. Haah rasa daging salai berbeza dengan daging biasa. Lauk ini akak memang makan daging sahaja. Bahan sampingan makan sedikit.
    Tetiba teringin. Pandai Fiza masak lauk ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki akak merasa. Lauk biasa je ni kak. Mudah nak masak pandai lah. Jenis susah memang tak pandai lah. hihi

      Delete
  7. Sedapnya kalau dapat makan lagi best. Terima kasih kak share resipi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Sama sama. Semoga ada rezeki awak merasa juga. Aaminnn...

      Delete
  8. sedapnya. Fave sangat masak lemak ni. Tengah tunggu daging salai sampai. Nak masak lemak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Wah sakan masak daging salai masak lemak ni.

      Delete
  9. tu dia daging salai masak lemak cili api belimbing buluh lengkap semuanya tu gerenti sedap

    ReplyDelete
  10. saya suka-saya suka. kecurliur saya.

    ReplyDelete
  11. kite suka ni.. sebab dia rasa smokey smokey gitu hehe

    ReplyDelete
  12. feberettt
    rinduuu menu ni
    bila dpt blk n9 entah la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. favourite saya jugak kak. Asal ada daging salai, boleh masak terus kak :)

      Delete
  13. Kegemaran akak jugak ni!
    Mudah memasaknya dan sedap pulak.
    Dulu rajin g Pilah sebab nak beli stok daging salai, itik salai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api yang paling mudah. Pernah sekali beli kat situ itupun orang kirim. Untuk diri sendiri tak pernah lagi membeli. biasa salai sendiri je. Harga boleh tahan jugak. Tapi kalau terdesak teringin beli jugalah kot nanti.

      Delete
  14. Aduhai kecur air liur, baca resepi ja pun hehe.. Ingatkan kena kacau selalu masak lemak ni, supaya tak pecah minyak, oops tak sure sebenarnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..masakan lemak cili api yang mengecurkan. Kalau guna santan kotak saya perlahankan api je sebab kurang pecah minyak. Tengok jenis santan kotak gak. Tapi kalau santan fresh kena rajin mengacau lah.

      Delete
  15. Daging salai & belimbung buluh memang gandingan yang amat menyelerakan

    ReplyDelete
  16. Aduhai sedapnya!
    Daging salah bubuh rebung dan belimbing buluh dah biasa masak.
    Yang belum pernah, masak dengan pucuk ubi. Dapat bayangnya keenakannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan daging dan pucuk ubi tu memang sedap. Dua dua susah nak dapat. kalau dapat memang nikmat makan cerita dia :)

      Delete
  17. Sebab tu kena potong nipis, x pun kena kuar modal mahal skit...beli daging batang pinang and salai...macam selalu akak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya potong nipis nipis kak. Daging jarang beli kak. Makan daging pun jarang. Sesekali je lah kalau teringin.

      Delete
  18. Masak lemakk cili api memang favorite saya, tapi setakat ni daging salai masak lemak tak pernah lagi makannnn, nampak sedappp! Dah ada resipi, harap harap kerajinan mai lah dalam diri untuk try masak sekaliiii >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..masak lemak always sedap. Kot ada jumpa lauk daging salai kat kedai, boleh cuba nanti

      Delete
    2. Tetap pilih ayam atau udang masak lemak hahaha, tak tahu lah sebab dah terbiasa makan dua jenis tu je kalau masak lemak >.<

      Delete
    3. Hihi..mungkin dah biasa dengan masakan lemak kot. Yang lain kurang kena dengan selera Atiqah. faham faham

      Delete
  19. seumur hidup busyra tak pernah rasa daging salai masak lemak.. teringin sngt nk cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari kat kedai masakan kampung. Kot ada, boleh cuba yang dah siap masak. Atau kalau rajin cari daging salai dan masak sendiri.

      Delete
  20. shida xpernah masak lagi daging salai..daging salai pn mcm susah je nk jumpa kat sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sekarang macam senang nak dapat sebab sekarang ramai dah jual daging salai hiris siap dalam pek tu Shida. Ada jual dengan pes masakan sekali.

      Delete
  21. Macam dah lama x makan daging salai..Fuhhhh..teringinn.. Belakang rumah saya ada tanam pokok belimbing buluh tu..

    Jiran kekadang memang mintak izin nak amek.. buat sambal belimbing lepastu pass pada jiran lain... Masak lemak memang sodap ada buah ni.. Lengkap rasanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. baru sekarang dapat makan. Jiran pun rajin juga mintak belimbing buluh ni.

      Ye, buat sambal atau masak lemak letak belimbing buluh memang sedap!

      Delete
  22. Dah lama tak makan daging salai ni walaupun area rumah ada kedai jual semua salai salai ni. Keli salai, daging salai. Tetapi nadia lagi suka keli salai berbanding daging. Tapi perghh pedas bak hang lah makanan ni.

    btw cili api belimbing buluh kita selalu naampak dalam resepi sambal hitam pahang. rindu betul nak makan sambal hitam pulak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat dengan kedai okay sangat lah tu. Kalau teringin dah tahu mana nak beli. Saya pulak kena prefer daging sebab tak makan keli. hihi..
      Pedas baru sedap. sambal hitam pahang tu memang banyak gunakan belimbing buluh. Proses pembuatan dia pun ambil masa lama. Saya tak pernah makan lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.