Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh
Setelah sekian lama berhajat nak makan daging salai, akhirnya mendapat juga. Itulah yang dikatakan rezeki tak salah alamat. Alamatnya kat kampung baru mendapat.
Sejak raya puasa haritu teringin makan daging. Tapi nak daging salai. Kemain sangat selera kan. Terasa rasa kat tekak daging masak lemak cili api yang sedap. Tanya kat mak ada daging salai ke tak. Mak kata daging ada tapi belum salai.
Tahu tahu mak simpankan daging salai untuk saya. Salai masa raya haji haritu lepas abah masak lemang dengan bantuan family kakak yang dekat dengan rumah mak. Alhamdulillah dapat juga merasa daging salai dari kampung.
Lain rasa dia kalau tak salai. Nak masak pun mudah cuma ambil masa yang lama sikit nak tunggu dia empuk dan lembut. Kena banyak banyak bersabarlah.
Sejak raya puasa haritu teringin makan daging. Tapi nak daging salai. Kemain sangat selera kan. Terasa rasa kat tekak daging masak lemak cili api yang sedap. Tanya kat mak ada daging salai ke tak. Mak kata daging ada tapi belum salai.
Tahu tahu mak simpankan daging salai untuk saya. Salai masa raya haji haritu lepas abah masak lemang dengan bantuan family kakak yang dekat dengan rumah mak. Alhamdulillah dapat juga merasa daging salai dari kampung.
Mujurlah daging salai ni boleh simpan lama. Akhirnya dapatlah dijadikan lauk daging salai masak lemak cili api belimbing buluh.

Daging salai potong nipis
1 kotak Santan
Cili api *ikut tahap kepedasan masing-masing
1-2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
3 biji belimbing buluh potong dua
3 batang serai diketuk
garam secukupnya
Cara penyediaan
Cara masak daging salai mudah dengan kaedah lebur semuanya. Senang. Balik haritu dah masak juga guna santan fresh. Lagi sedap guna santan fresh sebenarnya. Santan kotak macam kurang lemak sikit untuk daging salai ni.


Resipi daging salai masak lemak cili api belimbing buluh
Bahan-bahanDaging salai potong nipis
1 kotak Santan
Cili api *ikut tahap kepedasan masing-masing
1-2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
3 biji belimbing buluh potong dua
3 batang serai diketuk
garam secukupnya
Cara penyediaan
- Potong daging salai nipis nipis, cuci dengan tepung gandum untuk hilangkan bau. Tapis dan masukkan dalam periuk.
- Kisar cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk yang sama.
- Tuang santan dan air. Masukkan serai dan garam.
- Buka api dapur dengan api sederhana dan biarkan masak.
- Selagi daging tak empuk tambah air dan adjust rasa
- Dah nak masak baru masukkan belimbing buluh supaya kuah tak masam sangat.
Cara masak daging salai mudah dengan kaedah lebur semuanya. Senang. Balik haritu dah masak juga guna santan fresh. Lagi sedap guna santan fresh sebenarnya. Santan kotak macam kurang lemak sikit untuk daging salai ni.
Kebetulan juga tengah musim buah belimbing buluh. Dapat juga tambah juga topup stok belimbing buluh yang dah nak habis.

Daging salai masak lemak cili api sedap juga dicampurkan dengan rebung atau pucuk ubi. Daging masak lemak cili api memang lagi sedap kalau guna daging salai. Aroma asap tu membuatkan daging salai tu bertambah sedap. Kan?
Lain rasa dia kalau tak salai. Nak masak pun mudah cuma ambil masa yang lama sikit nak tunggu dia empuk dan lembut. Kena banyak banyak bersabarlah.
perghh, kaella tengok awal pagi rasa lapar, nak daging salai jugak :(
ردحذفAmpunnn...harap ada rezeki awak juga nanti dapat makan daging salai maasak lemak. Aaminn...
حذفaduyai.. sedapnya tgk daging salai masak lemak ni pagi²
ردحذفSabar kak sabar. Hihi..memang sedap lauk daging salai masak lemak
حذفmemang fevret saya ni masak lemak daging salai. dah lama juga tak merasa masakan ni. terliur tengok gambar tu..
ردحذفKite geng. Bab nak mencari daging salai tu yang payah. Saya pun baru dapat makan. Harap ada rezeki afeezz jugak dapat makan nanti.
حذفdulu sanggup ke kajang semata2 nak makan masak lemak daging salai ni. masak lemak situ mmg terbaiklah bg saya...
حذفSekarang dah banyak restaurant jual masakan salai. Negeri Sembilan ni pun banyak jugak tapi prefer masak sendiri ikut selera sendiri gitu
حذفHuih mantap kejadian... lagila ada belimbing buluh tu
ردحذفAlhamdulillah..belimbing buluh penyedap rasa :)
حذفnak sikittttt.... sikittt pn x apa����
ردحذفMeh lah sini :)
حذفnah sy bg bekas je hehehe
حذفHaah rasa daging salai berbeza dengan daging biasa. Lauk ini akak memang makan daging sahaja. Bahan sampingan makan sedikit.
ردحذفTetiba teringin. Pandai Fiza masak lauk ini.
Semoga ada rezeki akak merasa. Lauk biasa je ni kak. Mudah nak masak pandai lah. Jenis susah memang tak pandai lah. hihi
حذفSedapnya kalau dapat makan lagi best. Terima kasih kak share resipi.. :D
ردحذفAlhamdulillah sedap. Sama sama. Semoga ada rezeki awak merasa juga. Aaminnn...
حذفsedapnya. Fave sangat masak lemak ni. Tengah tunggu daging salai sampai. Nak masak lemak lagi.
ردحذفMemang sedap. Wah sakan masak daging salai masak lemak ni.
حذفtu dia daging salai masak lemak cili api belimbing buluh lengkap semuanya tu gerenti sedap
ردحذفAlhamdulillah..ikut selera sendiri kira sedap dah
حذفsaya suka-saya suka. kecurliur saya.
ردحذفHihi..boleh geng :)
حذفkite suka ni.. sebab dia rasa smokey smokey gitu hehe
ردحذفYe, smokey smokey tu yang sedap tu.
حذفfeberettt
ردحذفrinduuu menu ni
bila dpt blk n9 entah la kan
favourite saya jugak kak. Asal ada daging salai, boleh masak terus kak :)
حذفKegemaran akak jugak ni!
ردحذفMudah memasaknya dan sedap pulak.
Dulu rajin g Pilah sebab nak beli stok daging salai, itik salai.
Masak lemak cili api yang paling mudah. Pernah sekali beli kat situ itupun orang kirim. Untuk diri sendiri tak pernah lagi membeli. biasa salai sendiri je. Harga boleh tahan jugak. Tapi kalau terdesak teringin beli jugalah kot nanti.
حذفAduhai kecur air liur, baca resepi ja pun hehe.. Ingatkan kena kacau selalu masak lemak ni, supaya tak pecah minyak, oops tak sure sebenarnya:)
ردحذفHihi..masakan lemak cili api yang mengecurkan. Kalau guna santan kotak saya perlahankan api je sebab kurang pecah minyak. Tengok jenis santan kotak gak. Tapi kalau santan fresh kena rajin mengacau lah.
حذفnampak sedap juga. thanks for sharing :)
ردحذفPada saya, sedap :) sama ii
حذفSedapnyer
ردحذفSedap wak lauk kampung yang dah lama tak makan.
حذفDaging salai & belimbung buluh memang gandingan yang amat menyelerakan
ردحذفya betulll
حذفAduhai sedapnya!
ردحذفDaging salah bubuh rebung dan belimbing buluh dah biasa masak.
Yang belum pernah, masak dengan pucuk ubi. Dapat bayangnya keenakannya!
Gabungan daging dan pucuk ubi tu memang sedap. Dua dua susah nak dapat. kalau dapat memang nikmat makan cerita dia :)
حذفSebab tu kena potong nipis, x pun kena kuar modal mahal skit...beli daging batang pinang and salai...macam selalu akak buat
ردحذفMemang saya potong nipis nipis kak. Daging jarang beli kak. Makan daging pun jarang. Sesekali je lah kalau teringin.
حذفMasak lemakk cili api memang favorite saya, tapi setakat ni daging salai masak lemak tak pernah lagi makannnn, nampak sedappp! Dah ada resipi, harap harap kerajinan mai lah dalam diri untuk try masak sekaliiii >.<
ردحذفKann..masak lemak always sedap. Kot ada jumpa lauk daging salai kat kedai, boleh cuba nanti
حذفTetap pilih ayam atau udang masak lemak hahaha, tak tahu lah sebab dah terbiasa makan dua jenis tu je kalau masak lemak >.<
حذفHihi..mungkin dah biasa dengan masakan lemak kot. Yang lain kurang kena dengan selera Atiqah. faham faham
حذفseumur hidup busyra tak pernah rasa daging salai masak lemak.. teringin sngt nk cuba.
ردحذفKena cari kat kedai masakan kampung. Kot ada, boleh cuba yang dah siap masak. Atau kalau rajin cari daging salai dan masak sendiri.
حذفshida xpernah masak lagi daging salai..daging salai pn mcm susah je nk jumpa kat sini ^_^
ردحذفRasa sekarang macam senang nak dapat sebab sekarang ramai dah jual daging salai hiris siap dalam pek tu Shida. Ada jual dengan pes masakan sekali.
حذفMacam dah lama x makan daging salai..Fuhhhh..teringinn.. Belakang rumah saya ada tanam pokok belimbing buluh tu..
ردحذفJiran kekadang memang mintak izin nak amek.. buat sambal belimbing lepastu pass pada jiran lain... Masak lemak memang sodap ada buah ni.. Lengkap rasanyaa
Samalah kita. baru sekarang dapat makan. Jiran pun rajin juga mintak belimbing buluh ni.
حذفYe, buat sambal atau masak lemak letak belimbing buluh memang sedap!
Dah lama tak makan daging salai ni walaupun area rumah ada kedai jual semua salai salai ni. Keli salai, daging salai. Tetapi nadia lagi suka keli salai berbanding daging. Tapi perghh pedas bak hang lah makanan ni.
ردحذفbtw cili api belimbing buluh kita selalu naampak dalam resepi sambal hitam pahang. rindu betul nak makan sambal hitam pulak hahaha
Dekat dengan kedai okay sangat lah tu. Kalau teringin dah tahu mana nak beli. Saya pulak kena prefer daging sebab tak makan keli. hihi..
حذفPedas baru sedap. sambal hitam pahang tu memang banyak gunakan belimbing buluh. Proses pembuatan dia pun ambil masa lama. Saya tak pernah makan lagi.