Fenomena Hujan Meteor 2021

Seperti yang saya baca, pada malam ini 12 Ogos 2021 akan berlaku fenomena Hujan Meteor. Kejadian hujan meteor dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid iaitu fenomena angkasa yang unik.

Menurut kenyataan Planetarium Negara Kuala Lumpur, Hujan Meteor malam ni jelas dapat dilihat bermula pukul 9:00 malam ini sehingga menjelang awal pagi esok.

Fenomena Hujan Meteor 2021
sumber : mysa.gov.my


Fenomena Hujan Meteor 2021

  • Hujan meteor ini akan mencapai paras maksimum dengan kadar sebanyak 110 meteor pada setiap jam atau hampir dua meteor dalam seminit bermula pada waktu tersebut.
  • Pusat pancaran meteor itu kelazimannya datang dari arah buruj Perseus iaitu terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah ke banyak arah lain.
  • Fenomena alam tahunan yang memukau itu jelas Planetarium Negara, sebenarnya sudah pun muncul dalam paras kecil sejak 17 Julai lalu dan akan berterusan sehingga 24 Ogos ini.
  • Bagi mereka yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini dengan terang, dinasihatkan agar mencari kawasan gelap dan jauh dari sebarang pencemaran cahaya..
  • Sesi secara langsung akan dibawakan oleh pentadbir Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia serta Karnival Sains Sabah bermula pukul 8:00 malam.
  • Pancuran meteor Perseid ini sudah dicerap manusia lebih 2,000 tahun dahulu dan dinamakan sedemikian kerana titik asal muncul dari buruj Perseus, sempena wira mitos legenda Yunani.
  • Ia dianggap hujan meteor yang paling lebat dan lazimnya muncul di angkasa terutama kawasan hemisfera Utara planet ini dari setiap pertengahan Julai sehingga hampir akhir bulan Ogos.
  • Setakat ini, rekod pencerapan kadar kemuncak Hujan Meteor Perseid yang paling banyak ialah 173 meteor sejam pernah dicatatkan saintis astronomi antarabangsa pada 13 Ogos 2009. 
sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/hujan-meteor-di-langit-malam-12-ogos/

62 comments:

  1. Harap2 dapat tengok hujan meteor ni. Yang ni kira tahi bintang lah kan?

    ReplyDelete
  2. ok nak gi check kat luar umah jap heheh

    ReplyDelete
  3. Pukul 1 pagi eh kemuncak dia, boleh try tengokkk nanti, mintak mintak dapat tengok hahaha.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..bertuahlah siapa yg dpt melihatnya mlm ni.. kakmim pulak tdo lps isyak td entah knp ngantok sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung siapa yang dapat tengok haritu. Saya tengok kelangit tak nampak apa masa otw balik kampung. Hujan tu yang tak nampak tu

      Delete
  5. tengok di youtube sajalah. KL ni memang terang dan banyak pencemaran cahaya

    ReplyDelete
  6. menariknyaaaa.. ramai yg share psl ni tp xterbaca pulak..
    skrg dh pukul 11.37pm.. tkot plak nk menjenguk kat luar umh.. haha

    ReplyDelete
  7. dok apartment ni payah sikit nak tgk luar..dr tingkap aje la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana termampu nak belek. kot nampak rezeki lah tu kan.

      Delete
  8. Huyooo.. lain maciam hujan ni ek... ciptaan Allah semuanyaa

    ReplyDelete
  9. Fenomena alam yg tak harus dilepaskan peluang utk melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jika berkesempatan melihat dengan mata sendiri.

      Delete
  10. Lahai malam tadi tido awal..tak dapat lah nak tengok..jarang2 berlaku ni kan..bagus kalau dapat melalui situasi ni..

    ReplyDelete
  11. Tak dapat nak tengok. Kalau kat kampung agaknya boleh tengok kot sebab kat kampung ada banyak kawasan yang gelap. Kat sini keliling bangunan.

    ReplyDelete
  12. Wah hujan meteor. Rugi pula terbaca hari ini.

    ReplyDelete
  13. ada bc info ni tp smlm lupa trs������tp cuaca smlm panassss yakmat

    ReplyDelete
  14. Sesiapa yang dapat menyaksikan rezeki sangat tu. Bukti kekuasaan Penciptakan.

    ReplyDelete
  15. Alah, terlepaih dah, nnti ada kot dekt youtube, ruginyaaaa, ni klau balik kpg confirm boleh nmpk..

    ReplyDelete
  16. Sini hujan salji tak dapat tengok🤭.
    Tumpang tengok yang orang rakam jak

    ReplyDelete
  17. Tunggu jugak malam tadi.. Tapi kat tempat saya berawan..

    ReplyDelete
  18. Allah lambatt baca..Kalo tak boleh tengok semalam. :')

    ReplyDelete
  19. Menarik, tapi rasa macam dah terlepas kalau tak dah tunggu luar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terlepas Nad. Tengok tengok jugak tapi tak de pulak kelihatan. hujan tak muncul agaknya

      Delete
  20. Replies
    1. fenomena alam bukti kuasa Allah. Beruntung kalau dapat tengok

      Delete
  21. wak tungu2 gak tapi hampehh smpi ke pagi.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaii..jenuh menunggu tu. Mungkin sebab hujan kot wak. tak kelihatan terus

      Delete
  22. Wah, ternyata ada hujan meteor, aku baru tau dong. :(

    ReplyDelete
  23. Memukau air hujan dari angkasa, subhanAllah.

    ReplyDelete
  24. tak dapat nak tengok di langit bandar ni... dihalang bangunan, pokok-pokok lagi..PKP takleh nak gi jauh2 malam2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar kalau nak tengok di langit bandar ni. Banyak halangan bangunan tinggi tinggi.

      Delete
  25. Ada kawan Kak Amie share dalam group, hujan meteor di Kuching (kalau tak silap). Cantiknya.... tahi bintang berterbangan!

    ReplyDelete
  26. Akak intai-intai gak luar tingkap malam tu, tapi tak nampak apa.

    ReplyDelete
  27. bersyukur kalau dapat melihat fenomena alam yang jarang berlaku.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.