Fenomena Hujan Meteor 2021
Seperti yang saya baca, pada malam ini 12 Ogos 2021 akan berlaku fenomena Hujan Meteor. Kejadian hujan meteor dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid iaitu fenomena angkasa yang unik.
Menurut kenyataan Planetarium Negara Kuala Lumpur, Hujan Meteor malam ni jelas dapat dilihat bermula pukul 9:00 malam ini sehingga menjelang awal pagi esok.
sumber : mysa.gov.my |
Fenomena Hujan Meteor 2021
- Hujan meteor ini akan mencapai paras maksimum dengan kadar sebanyak 110 meteor pada setiap jam atau hampir dua meteor dalam seminit bermula pada waktu tersebut.
- Pusat pancaran meteor itu kelazimannya datang dari arah buruj Perseus iaitu terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah ke banyak arah lain.
- Fenomena alam tahunan yang memukau itu jelas Planetarium Negara, sebenarnya sudah pun muncul dalam paras kecil sejak 17 Julai lalu dan akan berterusan sehingga 24 Ogos ini.
- Bagi mereka yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini dengan terang, dinasihatkan agar mencari kawasan gelap dan jauh dari sebarang pencemaran cahaya..
- Sesi secara langsung akan dibawakan oleh pentadbir Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia serta Karnival Sains Sabah bermula pukul 8:00 malam.
- Pancuran meteor Perseid ini sudah dicerap manusia lebih 2,000 tahun dahulu dan dinamakan sedemikian kerana titik asal muncul dari buruj Perseus, sempena wira mitos legenda Yunani.
- Ia dianggap hujan meteor yang paling lebat dan lazimnya muncul di angkasa terutama kawasan hemisfera Utara planet ini dari setiap pertengahan Julai sehingga hampir akhir bulan Ogos.
- Setakat ini, rekod pencerapan kadar kemuncak Hujan Meteor Perseid yang paling banyak ialah 173 meteor sejam pernah dicatatkan saintis astronomi antarabangsa pada 13 Ogos 2009.
sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/hujan-meteor-di-langit-malam-12-ogos/
Harap2 dapat tengok hujan meteor ni. Yang ni kira tahi bintang lah kan?
ردحذفye, meteor dikenali sebagai tahi bintang juga.
حذفok nak gi check kat luar umah jap heheh
ردحذفLajuu..nampak tak?
حذفPukul 1 pagi eh kemuncak dia, boleh try tengokkk nanti, mintak mintak dapat tengok hahaha.
ردحذفSeperti dikhabarkan macam tu lah.
حذفSubhanallah..bertuahlah siapa yg dpt melihatnya mlm ni.. kakmim pulak tdo lps isyak td entah knp ngantok sgt
ردحذفBeruntung siapa yang dapat tengok haritu. Saya tengok kelangit tak nampak apa masa otw balik kampung. Hujan tu yang tak nampak tu
حذفtengok di youtube sajalah. KL ni memang terang dan banyak pencemaran cahaya
ردحذفAda ye Sal? Tak tahu pulak ada live di youtube.
حذفmenariknyaaaa.. ramai yg share psl ni tp xterbaca pulak..
ردحذفskrg dh pukul 11.37pm.. tkot plak nk menjenguk kat luar umh.. haha
Hihi..takut nampak lain pulak nanti kan.
حذفdok apartment ni payah sikit nak tgk luar..dr tingkap aje la..huhu
ردحذفMana termampu nak belek. kot nampak rezeki lah tu kan.
حذفHuyooo.. lain maciam hujan ni ek... ciptaan Allah semuanyaa
ردحذفAllah maha berkuasa mencipta segalaNya.
حذفFenomena alam yg tak harus dilepaskan peluang utk melihatnya
ردحذفYa, jika berkesempatan melihat dengan mata sendiri.
حذفLahai malam tadi tido awal..tak dapat lah nak tengok..jarang2 berlaku ni kan..bagus kalau dapat melalui situasi ni..
ردحذفRezeki kalau dapat tengok in real kan.
حذفTak dapat nak tengok. Kalau kat kampung agaknya boleh tengok kot sebab kat kampung ada banyak kawasan yang gelap. Kat sini keliling bangunan.
ردحذفTakpelah, kot ada rezeki lagi dapat tengok
حذفWah hujan meteor. Rugi pula terbaca hari ini.
ردحذفTak ada rezeki nak tengok kak. Saya pun tak nampak
حذفada bc info ni tp smlm lupa trs������tp cuaca smlm panassss yakmat
ردحذفrasa malam tu macam sejuk sikit sebab hujan
حذفSesiapa yang dapat menyaksikan rezeki sangat tu. Bukti kekuasaan Penciptakan.
ردحذفBetul tu kak. rezeki kalau dapat tengok
حذفkeajaiban alam kekuasaan Allah
ردحذفAllah maha besar :)
حذفAlah, terlepaih dah, nnti ada kot dekt youtube, ruginyaaaa, ni klau balik kpg confirm boleh nmpk..
ردحذفDapat tengok memang untung sangat kan CikTimm
حذفSini hujan salji tak dapat tengok🤭.
ردحذفTumpang tengok yang orang rakam jak
Saya pun tak dapat tengok kak.
حذفTunggu jugak malam tadi.. Tapi kat tempat saya berawan..
ردحذفTulah. tengok tengok pun tak berapa nampak gak
حذفAllah lambatt baca..Kalo tak boleh tengok semalam. :')
ردحذفSaya pun tak berpeluang tengok
حذفMenarik, tapi rasa macam dah terlepas kalau tak dah tunggu luar rumah
ردحذفdah terlepas Nad. Tengok tengok jugak tapi tak de pulak kelihatan. hujan tak muncul agaknya
حذفSubhanallah . salah satu fenomena alam ni
ردحذفfenomena alam bukti kuasa Allah. Beruntung kalau dapat tengok
حذفwak tungu2 gak tapi hampehh smpi ke pagi.. huhuhu
ردحذفAduhaii..jenuh menunggu tu. Mungkin sebab hujan kot wak. tak kelihatan terus
حذفWah, ternyata ada hujan meteor, aku baru tau dong. :(
ردحذفiya. ada!
حذفMemukau air hujan dari angkasa, subhanAllah.
ردحذفSubhanallah
حذفlambat baca
ردحذفAllahuakbar
Allah maha besar dan maha berkuasa.
حذفuntungnya dpt tgk
ردحذفsubhanaullah
Tak dapat tengok pun kak. tak kelihatan
حذفtak dapat nak tengok di langit bandar ni... dihalang bangunan, pokok-pokok lagi..PKP takleh nak gi jauh2 malam2..hehe
ردحذفmencabar kalau nak tengok di langit bandar ni. Banyak halangan bangunan tinggi tinggi.
حذفBetul2 ada ke?
ردحذفHaritu tak nampak pulak
حذفAda kawan Kak Amie share dalam group, hujan meteor di Kuching (kalau tak silap). Cantiknya.... tahi bintang berterbangan!
ردحذفWahh untungnya dapat tengok dengan jelas.
حذفAkak intai-intai gak luar tingkap malam tu, tapi tak nampak apa.
ردحذفMungkin hujan kot tak nampak apa.
حذفbersyukur kalau dapat melihat fenomena alam yang jarang berlaku.
ردحذفitulah tu. Sayangnya tak nampak pun. huhu
حذف