Ini Barulah Takoyaki
Siapa suka takoyaki? Kita geng! Sesekali dapat makan takoyaki memang nikmat. Nak beli selalu memang taklah. Takoyaki ni bukan murah. Sesekali makan boleh lah sekadar teringin macam tu. Nak makan selalu rasa tak sanggup juga lah.
Takoyaki
Takoyaki sejenis makanan snek jepun yang berbentuk bebola bulat yang diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas.Dalam bebola takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.
Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.
Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.
Begitulah ringkasan tentang takoyaki.
baca juga : takoyaki dan sejarahnya
Sebelum ni saya pernah beli takoyaki, rupa dia asal boleh. Yang hanya nampak sekadar bebola bulat dan sos sahaja. Tapi kali ni dapat takoyaki yang meriah dengan segala accesories lengkap atasnya. Ini barulah takoyaki sebenar.
Eh belum sebenar lagi. Yang sebenar tu kena lah cuba di Jepun. The real one. Tapi kenalah check dulu halal ke tidak kat sana tu.
Puas hati bila membeli takoyaki yang sebegini rupa. Peniaga tak kedekut segala apa yang perlu ada dalam hidangan takoyaki. Isi padat dan bukan inti oksigen.
Inti campur-campur. Ada sotong, udang, ayam, ketam, ayam dan daging. Boleh pilih rasa original, spicy atau cheese.
Sangat berbaloi beli Takoyaki Jalanan Sikamat bersebelahan Family Store Sikamat ni. Biasanya akan beli pakej 12 biji RM10 untuk makan berdua. Itupun rasa tak puas makan sebab sedap.
Makan takoyaki ni sekali hadap je boleh habis.
Bagus campur-campur bahan.
ReplyDeleteMesti Fiza gembira lepas makan takoyaki ini. Memang nampak meriah bahan di atasnya.
Ye happy dapat takoyaki macam ni kak. Puas makan
DeleteRabia tak pernah makan lg takoyaki ni
ReplyDeleteKalau nampak orang jual, cubalah beli dan rasa Rabia
Deletehaa sedap! aritu lps vaksin 1st dose beli takoyaki cam gni la rupanya,,
ReplyDeletesedap dan xkedekut bahan! nikmat kan dr mkn yg inti angin.. hihik..
Takoyaki kalau meriah semua memang sedaplah. Dapat inti angin spoil selera
DeleteKalau beli apa-apa makanan dapat peniaga yang tak kedekut memang best. Kita pun dengan mudah doakan dia lebih murah rezekikan Fiza.
ReplyDeleteBetul tu kak. Setuju sangat
Deletesedapnya.. br minggu lepas mkn tgk gambar ni teringin lagi.. aduyai
ReplyDeleteHihi pengaruh rakan blogger. Jom beli lagi kakmim
DeleteMemang sedap sangatlah takoyaki banjir (peniaga tak kedekut letak). Memang sekali hadap je. Kenyang juga makan takoyaki ni.
ReplyDeleteBetul. Seronok membeli selalu kalau jenis tak kedekut bahan ni
DeletePernah termakan takoyaki, suka flakes tu, cair dalam mulut, untung dapat yang meriah, barulah takoyaki sebenar
ReplyDeleteYe. Ini barulah takoyaki. Meriah dengan segala yang patut ada
Deletenampak sedap. btol kak fizah, takoyaki ni klau mkn 12 biji pon bleh habis sorg..
ReplyDeleteKannn.. sedap dia sampai termakan banyak sekali. Hihi
DeleteTiap kali makan takoyaki di tempat yang berbeza, rasanya tetap tak sama. Agaknya ikut selera kita juga. Akhirnya kembali semula ke takoyaki di LD. Sedap sampai menjilat lidi hihiiiii.
ReplyDeleteSetiap kedai pasti berbeza rasanya. Kena beli tempat yang menepati selera kita. Hihi menjilat lidi.terhibur membaca
DeleteAkak kurang sikit makanan ni tp anak2 memang peberet depa la makanan jepun,korea tu..
ReplyDeleteHihi makanan generasi sekarang kak. Dulu macam susah nak dapat. Sekarang mana mana boleh dapat
DeleteDulu selalu juga cuit takoyaki ni kalau anak-anak beli..Lately ni macam tak minat dah..Tekak dah berumur🤭
ReplyDeleteTekak selera ke lain kak. Faham tu
DeleteWalaupun dekat kawasan saya ni ramai yang jual takoyaki, tapi saya belum pernah merasa.
ReplyDeleteMungkin kurang gemar makanan luar kot. Tu yang rasa tak teringin nak cuba. Takpa, faham faham
DeleteYayy geng juga suka takoyaki tapi nak makan selalu memang tak la.... amboi panjang ya nama geng kita ni hahaha
ReplyDeleteSaya paling suka bila isi sotong. sotong sebenar!isi tak kedekut Allah sedapnya.. melimpah sosnya yang pelbagai tu. lepastu bonito yang banyak ishh sedapnya.
esok kena p cari lah niii. kak fiza racunn hahaha
Panjang nau nama geng tu. Memang takleh makan selalu. Mahal satu hal jugak. Hahaha meracun makanan sedap takpe kan. Hihi
DeleteTako-tako-takoyaki, haittt!!! makan pepanas sedap, Khaida selalu ajak kita beli takoyaki, kita kureng sket takoyaki di sini, sebab sosnya terlalu melimpah benar. kadang request kurangkan sos.
ReplyDeleteMakan pepanas tu sedap. Ohh lain pulak jenis suka tak banyak sos
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteTaapi wak benda2 pelik macam ni tak pernah makan
Citarasa generasi sekarang wak. Tapi kuih muih kita tetap lagi sedap gitu
DeleteFavorite! Tapi saya kalau beli selalu mintak tak nak bahagian atas tu, bonito flakes kot nama dia hehehe. Suka beli campur campur, sekali hadap je makan, memang habis terus.
ReplyDeleteLahh tak suma ke? Sedap tu. kena hulur sini kalau tak suka. Campur campur sedap boleh rasa macam macam isi. Betul, sekali hadap je habis
Deletelamanya tak makan takoyaki. favourite gak ni. haha, teringat makan di Osaka, agak lama bersoal jawab dengan penjual sebab stail orang Jepun masak suka guna 'wine' dan cuka beras.
ReplyDeleteSyoknya dapat rasa yang original tapi tulah kena tanya dulu kan. Kat sana tu kena cari yang halal dan tanya bahan masakannya juga
Delete12 biji isi padat mmg berbaloi fiza..sini pn ade cuma dsbbkan dia campur xdpt la shida mkn..xtahu nnt mana ayam mana seafood..huhuu
ReplyDeleteBerbaloi sangat Shida. Kena request yang mana boleh makan je shida
DeleteHuyoooo. nampak pun dah sedappp woooo!
ReplyDeleteSaya pun sukanyang jenis gini...kalau kat mall, salunya x byk gini rencahnhya.. tapi muroh sikit la gituuu..
Kat mall biasa ala kadar je dia buat. Asal boleh. Tapi ada juga kat mall yang jual rencah banyak. Tengok pembuatnya juga
Deletesuka perasaan bila dia cair di mulut yummss
ReplyDeleteKann..syok time tu dapat rasa takoyaki dengan isinya
Deletesukaaaa jugakkkk... tp so far x jumpa yg betul2 puas hati. ada tu dah ok tp sos pulak spoil. kdg sos ok takoyaki pulak rs mcm kosong je
ReplyDeleteada je yang spoil kan. Kalau ada jumpa yang menepati selera mesti tak cari lain dah
Deletesakannya topping sos atas dia tu, ni mkn mmg puas hati!
ReplyDeleteMemang sakan. Macam ni baru syok makan
Deletetakoyaki yang saya jumpa penuh dengan tepung. isi dia secebis 1 - 2 je. sobs sobs
ReplyDeletePenuh dengan tepung tu paling tak best. Kadang sayur pun kedekut kan. Ish ish
DeleteSaya sangat sukakan takoyaki. Lagi lagi kalau takoyaki dia rangup perghhh memang syook makan hahehehe
ReplyDeleteLuaran rangup tu sedap jugak. Rasa garing sikit. Pastu makan panas panas. Terpaling sedap dah tu
Deletesaya makan takoyaki bisa habis sendirian saja, kak Fiza. Hehehehe
ReplyDeleteHehe tak boleh share ni. Kena beli 2 bekas macam tu 😆
Delete