Ini Barulah Takoyaki
Siapa suka takoyaki? Kita geng! Sesekali dapat makan takoyaki memang nikmat. Nak beli selalu memang taklah. Takoyaki ni bukan murah. Sesekali makan boleh lah sekadar teringin macam tu. Nak makan selalu rasa tak sanggup juga lah.
Takoyaki
Takoyaki sejenis makanan snek jepun yang berbentuk bebola bulat yang diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas.Dalam bebola takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.
Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.
Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.
Begitulah ringkasan tentang takoyaki.
baca juga : takoyaki dan sejarahnya
Sebelum ni saya pernah beli takoyaki, rupa dia asal boleh. Yang hanya nampak sekadar bebola bulat dan sos sahaja. Tapi kali ni dapat takoyaki yang meriah dengan segala accesories lengkap atasnya. Ini barulah takoyaki sebenar.
Eh belum sebenar lagi. Yang sebenar tu kena lah cuba di Jepun. The real one. Tapi kenalah check dulu halal ke tidak kat sana tu.
![Takoyaki Takoyaki Snek Jepun](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvw3-kbwFP6nNEsKWbJ8pmaAIcNsE-QH91-NhYTGzscfJzuFNnSOVArrS1AElT6DV5wY0kPFK69DiVlVJuo8WxIQwtMRNeg69Mp5C-QPOtWYAbpMFKMS6h2ee2Z5XBg8V9p9MubdJde-uD/s16000-rw/takoyaki.jpg)
Puas hati bila membeli takoyaki yang sebegini rupa. Peniaga tak kedekut segala apa yang perlu ada dalam hidangan takoyaki. Isi padat dan bukan inti oksigen.
Inti campur-campur. Ada sotong, udang, ayam, ketam, ayam dan daging. Boleh pilih rasa original, spicy atau cheese.
Sangat berbaloi beli Takoyaki Jalanan Sikamat bersebelahan Family Store Sikamat ni. Biasanya akan beli pakej 12 biji RM10 untuk makan berdua. Itupun rasa tak puas makan sebab sedap.
Makan takoyaki ni sekali hadap je boleh habis.
Bagus campur-campur bahan.
ردحذفMesti Fiza gembira lepas makan takoyaki ini. Memang nampak meriah bahan di atasnya.
Ye happy dapat takoyaki macam ni kak. Puas makan
حذفRabia tak pernah makan lg takoyaki ni
ردحذفKalau nampak orang jual, cubalah beli dan rasa Rabia
حذفhaa sedap! aritu lps vaksin 1st dose beli takoyaki cam gni la rupanya,,
ردحذفsedap dan xkedekut bahan! nikmat kan dr mkn yg inti angin.. hihik..
Takoyaki kalau meriah semua memang sedaplah. Dapat inti angin spoil selera
حذفKalau beli apa-apa makanan dapat peniaga yang tak kedekut memang best. Kita pun dengan mudah doakan dia lebih murah rezekikan Fiza.
ردحذفBetul tu kak. Setuju sangat
حذفsedapnya.. br minggu lepas mkn tgk gambar ni teringin lagi.. aduyai
ردحذفHihi pengaruh rakan blogger. Jom beli lagi kakmim
حذفMemang sedap sangatlah takoyaki banjir (peniaga tak kedekut letak). Memang sekali hadap je. Kenyang juga makan takoyaki ni.
ردحذفBetul. Seronok membeli selalu kalau jenis tak kedekut bahan ni
حذفPernah termakan takoyaki, suka flakes tu, cair dalam mulut, untung dapat yang meriah, barulah takoyaki sebenar
ردحذفYe. Ini barulah takoyaki. Meriah dengan segala yang patut ada
حذفnampak sedap. btol kak fizah, takoyaki ni klau mkn 12 biji pon bleh habis sorg..
ردحذفKannn.. sedap dia sampai termakan banyak sekali. Hihi
حذفTiap kali makan takoyaki di tempat yang berbeza, rasanya tetap tak sama. Agaknya ikut selera kita juga. Akhirnya kembali semula ke takoyaki di LD. Sedap sampai menjilat lidi hihiiiii.
ردحذفSetiap kedai pasti berbeza rasanya. Kena beli tempat yang menepati selera kita. Hihi menjilat lidi.terhibur membaca
حذفAkak kurang sikit makanan ni tp anak2 memang peberet depa la makanan jepun,korea tu..
ردحذفHihi makanan generasi sekarang kak. Dulu macam susah nak dapat. Sekarang mana mana boleh dapat
حذفDulu selalu juga cuit takoyaki ni kalau anak-anak beli..Lately ni macam tak minat dah..Tekak dah berumur🤭
ردحذفTekak selera ke lain kak. Faham tu
حذفWalaupun dekat kawasan saya ni ramai yang jual takoyaki, tapi saya belum pernah merasa.
ردحذفMungkin kurang gemar makanan luar kot. Tu yang rasa tak teringin nak cuba. Takpa, faham faham
حذفYayy geng juga suka takoyaki tapi nak makan selalu memang tak la.... amboi panjang ya nama geng kita ni hahaha
ردحذفSaya paling suka bila isi sotong. sotong sebenar!isi tak kedekut Allah sedapnya.. melimpah sosnya yang pelbagai tu. lepastu bonito yang banyak ishh sedapnya.
esok kena p cari lah niii. kak fiza racunn hahaha
Panjang nau nama geng tu. Memang takleh makan selalu. Mahal satu hal jugak. Hahaha meracun makanan sedap takpe kan. Hihi
حذفTako-tako-takoyaki, haittt!!! makan pepanas sedap, Khaida selalu ajak kita beli takoyaki, kita kureng sket takoyaki di sini, sebab sosnya terlalu melimpah benar. kadang request kurangkan sos.
ردحذفMakan pepanas tu sedap. Ohh lain pulak jenis suka tak banyak sos
حذفNampak sedap
ردحذفTaapi wak benda2 pelik macam ni tak pernah makan
Citarasa generasi sekarang wak. Tapi kuih muih kita tetap lagi sedap gitu
حذفFavorite! Tapi saya kalau beli selalu mintak tak nak bahagian atas tu, bonito flakes kot nama dia hehehe. Suka beli campur campur, sekali hadap je makan, memang habis terus.
ردحذفLahh tak suma ke? Sedap tu. kena hulur sini kalau tak suka. Campur campur sedap boleh rasa macam macam isi. Betul, sekali hadap je habis
حذفlamanya tak makan takoyaki. favourite gak ni. haha, teringat makan di Osaka, agak lama bersoal jawab dengan penjual sebab stail orang Jepun masak suka guna 'wine' dan cuka beras.
ردحذفSyoknya dapat rasa yang original tapi tulah kena tanya dulu kan. Kat sana tu kena cari yang halal dan tanya bahan masakannya juga
حذف12 biji isi padat mmg berbaloi fiza..sini pn ade cuma dsbbkan dia campur xdpt la shida mkn..xtahu nnt mana ayam mana seafood..huhuu
ردحذفBerbaloi sangat Shida. Kena request yang mana boleh makan je shida
حذفHuyoooo. nampak pun dah sedappp woooo!
ردحذفSaya pun sukanyang jenis gini...kalau kat mall, salunya x byk gini rencahnhya.. tapi muroh sikit la gituuu..
Kat mall biasa ala kadar je dia buat. Asal boleh. Tapi ada juga kat mall yang jual rencah banyak. Tengok pembuatnya juga
حذفsuka perasaan bila dia cair di mulut yummss
ردحذفKann..syok time tu dapat rasa takoyaki dengan isinya
حذفsukaaaa jugakkkk... tp so far x jumpa yg betul2 puas hati. ada tu dah ok tp sos pulak spoil. kdg sos ok takoyaki pulak rs mcm kosong je
ردحذفada je yang spoil kan. Kalau ada jumpa yang menepati selera mesti tak cari lain dah
حذفsakannya topping sos atas dia tu, ni mkn mmg puas hati!
ردحذفMemang sakan. Macam ni baru syok makan
حذفtakoyaki yang saya jumpa penuh dengan tepung. isi dia secebis 1 - 2 je. sobs sobs
ردحذفPenuh dengan tepung tu paling tak best. Kadang sayur pun kedekut kan. Ish ish
حذفSaya sangat sukakan takoyaki. Lagi lagi kalau takoyaki dia rangup perghhh memang syook makan hahehehe
ردحذفLuaran rangup tu sedap jugak. Rasa garing sikit. Pastu makan panas panas. Terpaling sedap dah tu
حذفsaya makan takoyaki bisa habis sendirian saja, kak Fiza. Hehehehe
ردحذفHehe tak boleh share ni. Kena beli 2 bekas macam tu 😆
حذف