Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Semalam terjawablah sudah beberapa kelonggaran dan kemudahan untuk individu lengkap 2 dos vaksin yang diumumkan oleh abah, Perdana Menteri YAB tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang dinantikan semua orang.
Pengumuman PKP fasa 2
Terpaling nak dengar lengkap 2 dose boleh rentas negeri. Ya, akhirnya boleh rentas negeri. Tapi...kemudahan yang diumumkan lebih fokus untuk negeri yang fasa 2 ke atas ke. Fasa 1 sila duduk diam diam. Yang Fasa 2 jangan seronok sangat. Jaga SOP.Okay fine, Negeri Sembilan masih fasa 1 lagi. Sebenarnya walaupun ada kelonggaran macam ni. Kita kena ingat sekarang virus dah delta plus, lambda bagai. Virus yang lagi ganas. Even dah cucuk vaksin pun bukan bermaknaa kita kebal.
Cucuk vaksin pun ada tempoh keberkesanan dia. Selepas 14 hari. Dalam tempoh itu, imun kita masih di tahap rendah dan baru nak adapt dalam badan.
Save siap-siap gambar ni untuk rujukan. Semoga kita semua bersatu memerangi COVID-19 ni. Banyak nyawa telah terkorban akibat COVID-19 yang jahat.
Cucuk vaksin pun ada tempoh keberkesanan dia. Selepas 14 hari. Dalam tempoh itu, imun kita masih di tahap rendah dan baru nak adapt dalam badan.
Lebih baik kita ambil langkah berjaga jaga. Jaga SOP dan elakkan berjumpa orang lain atau berada di tempat yang sesak.
Sebenarnya macam dah tak tahu sekarang PKP ke PKPD ke PKPB ke PKPP ke. Fasa apa pun tak tahu sebab sentiasa berubah. Rakyat pun confused.
Sebenarnya macam dah tak tahu sekarang PKP ke PKPD ke PKPB ke PKPP ke. Fasa apa pun tak tahu sebab sentiasa berubah. Rakyat pun confused.
Negeri fasa 1 PKP
- Johor
- Kedah
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Selangor
- WP Kuala Lumpur
- WP Putrajaya
Negeri fasa 2 PKP
- Kelantan
- Pahang
- perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Terengganu
Negeri fasa 3 PKP
- Perlis
- Sarawak
- WP Labuan
Semalam dengar pengumuman pun panjang sangat intronya. Jadi ada infografik ni lagi mudah nak faham kemudahan bagi individu terima vaksinasi lengkap 2 dos.
Save siap-siap gambar ni untuk rujukan. Semoga kita semua bersatu memerangi COVID-19 ni. Banyak nyawa telah terkorban akibat COVID-19 yang jahat.
Nak keluar takut, nak hidup pun takut... tapi kita cuba survive...
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi kita semua. Aaaminnn
Deletekes harian masih lg ribu2..ntah bila KL bergerak ke fasa 2..huhu..
ReplyDeleteitulah. Kes baru banyak kes tak bergejala. Banyak juga kes sembuh sebenarnya kan
DeleteAstagfirullah.. Lambda dijumpai di jepun kan.. Berhati-hati ada negara sembunyi realiti.. Wallahualam..
ReplyDeleteye, betul tu kak. Risau kan masa tu Olimpik kat Jepun. Risau bila semua atlet balik negara masing masing.
DeleteSebenarnya ada penurunan angka yang drastik baru rasa lega. Kalau tidak, tidak rasa hendak rentas negeri atau daerah sebab masih risau.
ReplyDeleteKalau perhatikan kes sembuh banyak juga lebih kurang. Semoga cepatlah susut dan tiada kes baru. Aaaminn...
DeleteSelangor pun mcm jauh lg nak ke fasa 2,bertabah jelah
ReplyDeleteTapi sekarang dah banyak kemudahan dibuka even fasa 1
Deletekes tetap tinggi itu yg merisaukan
ReplyDeleteBetul tu Kak Nor. Selagi kes masih tinggi tak berani nak keluar tanpa ada urusan
DeleteKes masih tinggi memang menakutkan betul. Nak keluar pun rasa tak selamat lagi lagi anak kecil.
ReplyDeleteItulah pasal. Stay home stay safe
Deletenama belum naik untuk vksin...tak aci betul
ReplyDeleteSemoga cepat sampai giliran akak. Aaaminn...
DeleteHari khamis ni rabia vaksin dos ke 2
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteKedah still fasa 1.Sabar :)
ReplyDeleteYang fasa 1 sekarang dah open beberapa kemudahan
DeleteAllahu..udah ke fasa 2..tp shida satu dos pn x terima lg..sabar jerlah!
ReplyDeleteShida dah dapat 1st dose dah kan. Tunggu second dose pulak
Deletekes baru masih mencanak2 tinggi ni.,. huhuhu
ReplyDeleteTahu takpe wak..bila nak turun tak tau
DeleteTingat dialog Apek dalam Madu Tiga..." Hidup susah,mau matipun susah"..
ReplyDeleteSemoga kita semua dimudahkan urusan dunia & akhirat
Aaminnn...
DeleteTeringat terus scene tu. Panjang umur apek tu.
risau jgk bila diberi kelonggaran mcm ni. kes makin bertambah..
ReplyDeleteHarap masing masing pandai fikir baik buruknya
DeleteTengok orang dine in pagi tadi, pehh seram sejuk kita tengok >.<
ReplyDeleteMesti meriah orang dok sibuk nak dine in
DeleteAlhamdulillah. saya fasa 2. Lega sikit hati ni. Berpeluang saya nak beli barang preparation. Tapi apa pun SOP mesti dipatuhi. Kalau bukan sebab menguruskan persiapan, saya pun kalau boleh taknak keluar rumah. Nak duduk diam-diam saja.
ReplyDeleteSemoga covid 19 diangkat Allah secepatnya amiinnn
Stay safe semua
Aaminnn...
DeleteRisau kan. Kalau tak ada urusan kalau boleh nak duduk rumah je time kes mencanak tinggi ni.
kami masih di fasa 1, kes baru pun byk dekat sekeliling timm ni, bhaya betul..
ReplyDeletesamalah kita. stay home stay safe
DeleteSemoga virus ini segera pergi dari bumi, lelah sangat dengar berita masih banyak korban karena covid ini, kak. hiks
ReplyDeleteAaaminnn...
DeleteSemoga cepat terhapusnya virus COVID ni.
kes 5 angka mmg payah nk turun. tp tgk bil. kematian tu aduhhh... smpi sy terfikir. ckp ke nanti kawasan kubur nk tampung mayat2 mangsa covid ni?
ReplyDeleteItulah kan. Semoga ada kajaiaban tiba tiba turun mendadak. Tak sabar nak hidup normal semula.
DeleteBila dah dengar PM umumkan kemudahan2 ni . Golongan antivaksin mesti terus2 daftar vaksin kan .
ReplyDeleteTak tahu lah tu.
DeleteKak Amie pun dah tak ambil tahu perkembangan semasa. Lama-lama pening kepala dengan segala SOP, perubahan itu dan ini. Cuma sentiasa berharap cepatlah Covid-19 balik kampung lamannya.
ReplyDeleteAaminn...
DeleteKann..tak tahu nak hadam mana satu entah. Kejap kejap berubah.