Menghilang Tanpa Update

Hari Khamis lepas dapat panggilan dari kakak. Balik tak? Abah dah teruk, dah tenat. Terus panic attack! Sebelum tu kakak sorang lagi dah plan nak buat virtual bacaan Yassin adik beradik semua. Tak sangka pulak keadaan abah macam tu sebab mak tak ada pulak bagitahu apa-apa masa call sehari sebelum tu.

Mungkin sebab tak nak anak anak risau kot. Abah dah mula merepek. Nak balik rumah lah, padahal memang kat rumah. Keadaan abah separa sedar dengan beberapa hari tak tidur malam. Melawan sakit kanser yang dah merebak.

Kita kalau tak tidur malam berhari hari pun akan rasa pening dan stress. Inikan pulak pesakit kanser. Saya sampai kampung,  abah separa sedar. Tak boleh tidur, tapi dia mintak nak makan ubat tidur. Saya berikan ubat tidur yang doktor bagi. Makan bila perlu.

Abah tidur. Esok pagi tu tak sedar lansung. Doktor datang rumah, masuk air dan check keadaan abah. Mujur jugalah ada doktor yang boleh datang rumah. Kalau bawak hospital dah tentu tentu lambat prosesnya.

Saya tanya doktor kesan ubat tidur tu. Doktor kata kesan tu lebih kurang 8 jam macam tu. Tapi abah dah tidur lebih dari 8 jam. Tak sedar sedar. Kejut tak nak bangun.

Risau dah! Ubat tak makan, makan pun tidak. Mana nak datang tenaga macam tu.

Dah petang sikit baru abah terjaga lepas 2 botol air masuk dalam badan. Mengadu sakit. Tak puas hati tengok dripping air tu slow sangat katanya. Rimas dengan tiub air tu. Seboleh bolehnya nak bukak. Sampai ada darah dalam tiub tu sebab abah tak reti diam. Tak selesa!

Keep Strong
 
Bila dah masuk air 2 botol, barulah dia ada tenaga sikit. Makan pun sikit je. Tak ada selera pun ye jugak tu. Paksa juga makan walaupun sesuap. Dia nak makan buah itu ini bagi je lah. Patutnya kena pantang. Tapi kadang dia nak jugak. huhu...

Check gula, tudiaa tinggi sampai 20 kot. Lepas makan buah pulasan kalau tak silap. Check blood pressure, ikutkan dari kata mesin tu normal tapi sebenarnya rendah. Risau lagi.

Selepas beberapa jam. Abah dah boleh bercakap di paras normal dan sedar. Tapi sepatah sepatah jawabnya. Nak sembang kencang memang tak lah. Baru lah dia boleh cam semua orang. Kalau tidak, mamai tak kenal siapa. Kita cakap dia tak faham. Dia cakap pun kita tak faham.

Alhamdulillah keadaan abah ada perubahan positif. Tengok keadaan abah okay sikit barulah rasa lega nak balik rumah. Sebak rasa bila abah gigih jalan sampai luar rumah nak hantar anak anak balik.

Saya pun dapat kebenaran balik kampung 3 hari je. Syukurlah Polis pun memudahkan urusan bila ada emergency ni.

Risau juga sebenarnya nak balik tu. Ye lah kita tak tahu keadaan kita kan. Doa semoga Allah lindungi saya dan keluarga. Adik beradik lain pun balik juga tapi balik tanpa anak anak lah. Polis bagi 2 orang je kalau rentas negeri. Plus, semua dah vaksin 2 dos.

Rasa lega betul bila abah dah kembali segar walaupun tak kuat sangat berjalan tu. Dia nak makan dan boleh bangun bergerak pun dah kira bersyukur sangat. Mungkin dapat jumpa anak anak yang dah lama tak balik tu satu 'ubat' untuk abah sihat.

Tu sebabnya saya menghilang tanpa update. Mood down dan emosi terganggu. Dapat balik kampung sekejap pun banyak kerja nak dibuat. Kemas rumah luar dalam sebab mak pun tak larat nak buat kerja dah lepas operation potong jari kaki tu nak berjalan pun rasa sakit.

Balik kampung pun tak dapat rehat. Tidur pun tak cukup. Walaupun macam tu, satu kelegaan juga dapat balik kampung reduce stress otak yang dah tepu ni. Dapat tengok mak abah. 

Balik rumah semula baru dapat berehat kejap sebelum sambung kerja lain. Doakan semoga abah saya terus kuat dan kembali sihat. Aaminnn...

Buat masa ni kalau badan masih lemah, rutin dia kena masuk air jugak. Selain makan ubat dan bergantung pada ubat tidur untuk rehat.

Maaf belum sempat blogwalking dan balas kunjungan. Harini apa cerita pulak dengan Malaysia ni. Harap 'abah' kekal menjadi 'abah'.

40 comments:

  1. Harap abah Fiza sihat sepenuhnya. Amin.
    Ya walaupun banyak kerja kena buat di kampung jumpa emak abah secara langsung mesti terubat rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      betul, terubat rindu dan lega mereka sihat dan ceria.

      Delete
  2. semoga abah Fiza kembali sihat..amiin..

    'abah' dah letak jawatan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      itulah, sedih 'abah' dah letak jawatan

      Delete
  3. Tertanya tanya jugak kenapa kak fiza lama menyepi, takde update entri, sebab selalunya kak fiza selalu update entri. Saya doakan ayah kak fiza terus kuat dan cepat sembuh dari penyakitnya, aamiin aamiin ya rabbal alamin. Takpe kak fiza, setelkan mana penting dulu, blogwalking kemudian pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau sepi mesti ada something. Dah biasa update setiap hari. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Atiqah. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      back on track now.

      Delete
  4. Alhamdulillah mujur sis fiza dapat kebenaran balik kampung jenguk abah sakit . 3 hari tue pun dah sangat bersyukurkan . Allahuakbar . .

    Ccl doakan semoga Abah kak fiza sentiasa diberikan kekuatan yg luar biasa untuk melawan penyakitnya . Semoga Allah tunjukkan keajaiban utknya .

    Ps : Abah TSMY dah letak jawatan sebagai perdana menteri . Amat mendukacita juga . Sebab je dia buat ucapan tadi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur dapat juga balik. Betul, 3 hari dah kira bersyukur.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Lyana. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Sedih juga bila TSMY letak jawatan.

      Delete
  5. Allahuakhbar fizah.. Semoga abah dan mak fizah makin sihat.. Xpe, blog x penting buat ms ni.. Jaga abah lbh penting kan.. Alhamdulilah lega dpt jumpa mak n abah walau kejap je kan. Takde la rs terkilan sgt kan..

    Pape pun jaga diri juga k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya KakRet. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Alhamdulillah..syukur abah semakin okay dan dapat jumpa mereka. Hilang risau sikit.

      Terima kasih sekali lagi KakRet.

      Delete
  6. Allahu patutlah xde fiza menjenguk.. mst risau sgt dgn abah tu.. nasiblah boleh merentas negeri sekejap.. alhamdulillah dia dh kembali normal x merepek bagai.. hrp2 lps ni semakin sihat hendakNya.. jaga diri jgk fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang risau sangat sangat sangat kakmim. Syukurlah dapat balik jugak. Alhamdulillah keadaan abah semakin baik.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Kakmim. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  7. Memang risau hati anak-anak kalau dapat berita anggota keluarga yang sakit terutama ibu atau ayah. Alhamdulilah. Mudah urusan Fizah dapat jenguk abah. Suspen kisahnya. Memang kena betul-betul jaga kesihatan, bagi bacaan gula ke tahap normal. Tapi itulah, kena banyak pantang makan terutamanya yang mengandungi gula.
    Tentu Fizah letih. Bawa-bawa bereatlah dulu. Mudah-mudahan abah Fizah akan kembali sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie. Masing masing bergegas nak balik cepat. Syukur urusan dipermudahkan oleh Allah. Dapat juga balik jumpa mak abah. Bab pantang tu agak susah juga lah nak pantau sebab jauh.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Saya dah back on track..Cukup rehat dah :)

      Delete
  8. Take care fiza. Semoga abah fiza bertambah baik keadaannya. Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya KakSyaz. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  9. Semoga abah kak fiza cepat sembuh, org tua ni mmg rindu ank2 tpi xpernah bgitau..dh jumpa bru nmpk dekt air muka tu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya CikTimm. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      itulah kan, rindu anak anak. Syukur dapat balik kampung.

      Delete
  10. Allahuakbar! Moga tabah akak sekeluarga.. Moga sihat seperti sediakala...Kalau dalam separa sedar,. kadang kadang x sedar apa yang dicakapnya.. tindak balas dah berlainan.. macam arwah pakcik saya dulu... X tahu dah apa dia cakap, pergerakan badan x selari dengan otak dah.. sedih tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Nona. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Bila jadi macam tu memang risau betul Nona. Syukur kembali normal.

      Delete
    2. Alhamdulillah... Masih diberi umur yang panjang.. Sekarang dah lebih baik?

      Delete
    3. Alhamdulillah..baik baik je. Terima kasih bertanya

      Delete
  11. Semoga Allah memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan buat abah Fiza. Kita sama-sama doa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Kak Farrah. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  12. semoga abah fiza kembali sihat.. insyaAllah.. aamiin..
    risau kan duk jauh ngn org tua.. syukur polis benarkan balik jmpa mak abah..
    dpt balik kejap pon syukur sgt dah..

    semoga dipermudahkan segala urusan.. =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Ezy. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Duduk jauh ni semestinya risau dengan susah nak rentas negeri lagi, dengan covid lagi.

      Delete
  13. Semoga Allah angkat sakit abah kak fiza. Takpe kak fzia jaga diri ya. Rehat dulu puas2. Semoga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah abah kak fiza makin okay.Seorang ayah ni nak juga tengok anak2 walaupun diri sendiri tengah sakit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Ain. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Alhamdulillah getting better keadaannya. Syukur dapat jumpa anak anak kembali sihat dia.

      Saya pun cukup rehat dah.

      Delete
  14. semoga abah dikurniakan kesihatan seperti biasa, harap juga semua urusan kak fiza sekeluarga dipermudahkan.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Afeezz. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  15. Allahuakbar. Patutlah tak nampak Fiza update. rasa macam pelik sebab biasa memang wajib ada setiap hari.
    Semoga ayah Fiza cepat sembuh dan semakin kuat. Aamiin. Semoga dipermudahkan urusan mak Fiza juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Naniey. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Sunyi sepi sekejap blog.

      Delete
  16. Semoga abah Fiza sembuh ye. Mungkin jugalah, dapat tengok anak-anak dah senang sikit hatinya. Mungkin boleh buat video call dengan cucu pulak. Biar dia lagi kuat semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Sal. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Lega tengok dia kembali sihat. Cucu semua dah buat VC haritu. Happy dia.

      Delete
  17. Semoga abah cepat sihat dan bertenaga, mak fiza juga. Aminnnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  18. perasan jg ke mana fiza menghilang. mungkin ada urusan penting
    syafakallah buat abah fiza.aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak update pasti ada urusan lain atau tak ada mood atau tak ada idea dah.

      Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya Anies. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  19. semoga diberikan kesihatan yg baik pada parent fiza dan dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.