Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Kembali ke entri makanan. Selagi ada modal gambar makanan, selagi tu ceritanya makan dan makan. Sempena ulang tahun perkahwinan haritu, selain membeli kek mini Ferrro Rocher saya beli juga mini lotus biscoff chill cheesecake.

Sebenarnya saya teringin nak makan kek lotus biscoff. Tak perasan ada tulis chill cheesecake tu. Terlampau taksub sangat nak rasa kek lotus biscoff sampai lupa nak tengok betul-betul. Terbeli yang chill cheesecake pulak.

Jarang yang berperisa lotus biscoff ni tak sedap, kan? Jadi saya pun tak lah ralat sangat tersalah beli pun.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake

Mini biscoff cheescake ni saiz 5 inci dengan harga RM35. Agak pricey tapi kenalah dengan bahan bahan yang digunakan. Cheese, lotus biscoff tu dah tentulah mahal. Nak expect murah memang tak dapatlah. 

Bahagian dasar menggunakan biskut hancur dan dipadatkan. Cheesecake yang tebal, rasa yang sedap dan bertekstur halus. Disaluti dengan salted caramel meleleh dan dihiasi dengan taburan gula melaka. Sedap! 

Cuma cepat muak betul bila makan cheescake ni. Nak makan sepotong pun lambat nak dihabiskan. Boleh makan, tapi kurang menepati KPI selera tekak ni. Tak tahulah kenapa. Lebih suka jenis kek biasa daripada cheesecake.

Mini Lotus Biscoff Chill Cheesecake
Kurang sharp sikit close up ni bila lighting tak on point. Cuaca mendung.

Walaupun jenis suka cheesecake tapi sorry terpaksa say 'no' untuk lotus biscoff cheesecake ni. Mungkin ada yang suka. Tapi bukan saya.

Mini lotus chill cheesecake saya beli di kedai yang sama dengan kek mini forrero rocher di website sarasofeyacakes.com. Suka tengok segala jenis kek. Semua cantik je decoration kek yang dibuat. 

44 comments:

  1. Owh....Betullah selwra tak sama...
    ini cintahati saya ni kalau chill cheesecake ni.Makan sejuk-sejuk ya ampun...Telan air liur tengok pic tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh cinta hati akak rupanya. Kalau berjiran boleh gak hulur hulur. Makan sejuk sejuk sedap lagi ye. Baiklah, saya cuba.

      Delete
  2. So far belum pernah cuba lagi mana-mana resepi bernama lotus biscoff Fizah..
    Masih tak dapat digambarkan macam mana rasa biscoff, mungkin rasa biskut kot.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, pasni boleh cuba kalau jumpa. biskut biasanya dibuat topping kek atau base. Tak tahulah kot isinya dicampur juga.

      Delete
  3. maniss. he hee cik nur buat je utk customer tp makan tak suka kek ni.
    kalau ank2 suka manis caremel tu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..saya pun suka karamel tu kak. Sedap kalau makan dengan kek butter.

      Delete
  4. Bila ada taburan gula melaka tu terus rasa macam manisnya..Tak pernah lagi cuba lotus biscoff ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tapi gula melaka tu taklah manis sangat. Nanti ii cuba tau.

      Delete
  5. Makan kek kena gu dengan teh panas, kopi panas, mungkin ada kala kek, yang berlemak krim tak tersangka, tapi kena pelan-pelan suap sambil sembang kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek begini kena minum dengan air masak. hihi..makan sambil sembang gerenti habis tanpa sedar.

      Delete
  6. alahai.. cepat muak tu rs tkot nk mkn.. haha
    tp teringin jgk nk rs.. xde rezeki lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sepotong sepotong okaylah nak elak cepat muak dan habiskan. Bolehlah rasa sepotong nanti Ezy kalau terjumpa kek ni.

      Delete
  7. Happy anniversary Fiza, semoga bahagia till jannah bersama suami terchentaaa ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn..terima kasih banyak banyak kak doakan kami.

      Delete
  8. Kalau buat kt rumah akak ni...kejap ja licin..biasa la anak2 mmg gemar mkn makanan mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Licin okaylah tu. Senang buat terus habis. Budak budak memang suka kek macam ni. Manis manis.

      Delete
  9. tak pernah lagi rasa apa2 cheesecake berasaskan biscoff ni. mmg viral tpi tak pernah teringin nak rasa. mungkin bukan peminat cheesecake kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga tu. Jenis tak minat cheesecake tak pandang sangat cheesecake ni. Takpe, bagi chance kat kami makan. hihi

      Delete
  10. Itulah akak pun suka kek yang ada rasa pelbagai dan tidak muak. Haha supaya cepat habis.
    Rupa memang cantik. Nanti akak hendak jenguk laman sesawang kek ini. Cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misi nak menghabiskan tu lambat sikit. Mujur juga beli mini saiz. Rupa dia tak dinafikan memang comel dan cantik kejadiaanya. Boleh kak, belek belek dulu.

      Delete
  11. Replies
    1. Tak manis sangat tapi cheesecake tu buat kita rasa muak sikit. kalau ada orang jual kat sana bolehlah cuba Lyana.

      Delete
  12. Rugi sungguh tak makan harituuuu masa kakak saya belikan sebab takut manis sangat. Walaupun saya suka manis, tapi tak tahulah masa tu takut nak makan manis hehehe >.< Sekarang ni terliur pulakkk tengokkkk kek ni walaupun dalam gambar je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan dah menyesal. Hehe..lainkali kena rasa sepotong tak pun sesudu dulu.

      Delete
  13. Biscoff ni sedap.. mmg menjd pilihan. Happy anniversary fiza. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau tak muak makan.
      Aaminn...terima kasih Nina.

      Delete
  14. Allah akakkk.. dapnyaa, favorite ni..busyra penah beli yg kwn jual.. sedapnya tuuu haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busyra suka jenis biscoff cheesecake ye. Kalau kena dengan selera memang auto sedap.

      Delete
  15. uihhh meleleh..mesti sedap ni..terliur tgk memalam ni fiza ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kalau tengok tengah malam menduga betul Shida. Lapar dan rasa teringin terus. hihi

      Delete
  16. Ok. kena try beli nak tahu kena kat tekak or nottt...hehee.. Psst.. gambar guna lighting time mendung pun cantikkk jugakk.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba. kotlah kena dengan selera nona.
      Tak sharp sangat pun gambar tu. bedal je lah masuk blog. Hihi
      Terima kasih.

      Delete
  17. Allahu! Menggoda betul ni Fiza sampai meleleh-leleh! Kalau ada depan mata memang tak sabar nak terus ngap hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sedap memang sedap. Tengok memang tak sabar nak ngap! Tapi cepat muak jugak. Kena makan ulang ulang nak menghabiskan tu

      Delete
  18. ramai betul share pasal biscoff ni, tak pernah lagi makan..

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. ye, memang tebal. Seperti yang dikatakan dalam entry, cepat muak 😁

      Delete
  20. Tak pernah lagi rasa kek gini, ada nampak kawan jual tapi tulah jauh pulak dia. Aduh tetiba teringin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.