Nasi Arab Damsyik Empire Tersedap

Sejak duduk di Seremban ni, seingat saya sekali je pernah menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik Empire. Selebihnya kalau teringin, tapau je makan di rumah. 

Nasi Arab Damsyik Empire ni popular di Seremban. Dekorasi resto pun ala ala resto di Arab. Boleh feel makan di negara Arab cerita dia. Ada ruang makan untuk bersila, ada ruang makan untuk makan duduk di kerusi juga.

Resto Nasi Arab Damsyik Empire ni sentiasa dipenuhi dengan umat manusia. Bila masa je tak ada orang. Itu dulu lah sebelum pandemik COVID-19. Tengah pandemik ni mungkin Nasi Arab Damsyik Empire delivery kan je kot.

Tapi saya tak pernah lagi lah order Nasi Arab Damsyik Empire delivery. Jauh kot dari rumah. Dalam aplikasi foodpanda pun tak pernah nampak bayang apa apa jenis nasi arab. Nasi Arab Damsyik Empire is not your area lah.

Susah betul nak jumpa resto yang menjual nasi arab berdekatan. Nasi Arab Damsyik Empire je lah yang teringat dalam kepala ni. Semalam on the way suami balik rumah, singgah resto Nasi Arab Damsyik Empire tapau nasi arab untuk dinner.

Sebelum ni ada je resto Nasi Arab Damsyik Empire Paroi. Tapi dah tutup. Kurang mendapat sambutan kot kat sana. Terpaksalah ke resto Nasi Arab Damsyik Empire senawang tu. Beli portion ayam suku. 

Nasi Arab Damsyik

Bau nasi arab ni memukau betul. Bukak bekas pun rasa tak sabar nak makan. Aroma pelbagai jenis rempah tu pun pembuka selera betul lah. Nasi sahaja je pun dah sedap. 

Isi ayam pun lembut sungguh haihhh. Terasa juga rempah yang menyerap dalam isi ayam tu sebab nasi arab ni style masak dia, ayam dimasak bersama nasi. Kan? 

Nasi Arab Damsyik

Dihidangkan bersama sos yogurt, salad timun nasi arab dan sambal. Bukan sambal belacan ye. Tak tahu lah apa nama sambal tu. Saya kurang gemar makan sambal tu. Saya makan dengan stok sambal gesek saya lah. 

Saya pun sejenis yang tak pandai nak makan dengan sos yogurt. Ayam cicah sos yogurt eh? Ke curahkan atas ayam? Cuba cerita.

Mulai 26 Ogos 2021, hari ini Negeri Sembilan dah beralih ke fasa 2 dah. Rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2 dan seterusnya.

Alhamdulillah kes baru COVID-19 semakin menyusut juga. Terus rasa nak lari ke hutan lalu belok ke pantai.

Sabar sabar..tunggu weekdays dan suami cuti kita ambil angin tepi pantai kejap sebab dah boleh rentas daerah. Saya dapat rasakan weekend ni mesti ramai orang ke Port Dickson bercuti. So tidaklah nak pergi buat masa ni. 



42 comments:

  1. sedapnya...ayam pn beso tu..lapar plak belum lunch..menu nasi arab slalu husband masak yg kambing punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Portion ayam pun besar jugalah. Wahh best tu husband akak masak kan.

      Delete
  2. Teringat dulu sebelum pandemic ni, balik rumah mertua, mesti order nasi arab. Bkn kedai tiptop tu, gerai biasa ja tepi jln tapi rasanya xpernah mengecewakan. Customer pun ramai, tiap kali mesti beratur pjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau nasi arab tu mesti rasanya sedap tak kisah mana mana pun. Sebab rempah ratus tu buat nasi tu sedap kan.

      Delete
  3. kalau dapat yg sedap makan nasi dia je pun kita rasa boleh layan tanpa letak sambal atau ayam... hehehehe

    tingin lak nk cari nasi arab lepas nampak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak dana. Layan nasi dia pun sedap dah. Makan dengan acar timun pun sedap paling simple pun. Hihi..pasni cari untuk dinner kak.

      Delete
  4. Nasi arab tak pedas...kari dia,sambal dia...akak kalau tapau mkn dgn sambl belacan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. nasi arab tak pedas. Itu yang saya makan dengan sambal gesek. Makan dengan sambal belacan pun sodap kak.

      Delete
  5. Haah ayam dimasak bersama nasi.
    Akak suka semua bahan sampingan termasuk sambalnya tapi tidak pernah dapat yogurt itu.
    Oh boleh minta nasi suku. Jadi harga lain ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tak pernah dapat sos yogurt ye. mungkin sesetengah tempat je kot. eh bukan, portion ayam suku. Maaf silap faham pulak.

      Delete
    2. Hehe itulah tengok nasi macam banyak.

      Delete
    3. Hehe..tak macam suku pulak kan.
      Nasi standard, ayam suku :)

      Delete
  6. Bau nasi arab memukau, sedap dengan ayam, betulla tak sabar nak je pantai nak pandangan jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Memukau rasa tak sabar nak makan.
      Harap dapatlah jejak jalan jauh sikit tengok permandangan pantai.

      Delete
  7. sy prnh rs skali mkn ns arab damsyik ni..
    tahun 2018 xsilap.. kebetulan ke umh adk sy kat slngor..
    alang2 tu jalan2 la ke negeri sembilan.. hihi..

    aishhh rinduuuuu nk jalan2.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu pun dah meriah ramai umat manusia kan. Dapat juga lah merasa nasi arab dan jalan jalan nismilan. Itulah kan, rindu nak jalan jalan.

      Delete
  8. Haah kan kak fiza, sos yogurt tu makan sekali dengan nasi ke? Curious pulak rasa dia bila makan dengan nasi atau cicah ayam hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu. Macam sambal juga kot kaedahnya. Kita nantikan kot ada jawapan lain.

      Delete
  9. Terliur tgk. Last mkn nasi arab di kl thn lps milik org iran

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? Kat mana tu Nina? Sekarang dah mudah boleh cari online. Ada yang terdekat boleh lah order. Cuma tempat saya ni jauh dari rumah. Tak dapat nak delivery. sedih betul.

      Delete
  10. Nampak sedap . Last makan nasi arab ni tahun lepas .. Kat sunway penang . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Arab gerenti sedap punya Lyana. Penang kaya dengan nasi kandaq :)

      Delete
  11. sambal dia nampak sedap sedap laaaa. terliur dh ni kak.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal dia saya tak makan, encik suami je yang makan sambal tu. Kena mencari tu Busyra. kot ada yang jual dekat dekat boleh beli.

      Delete
  12. Honestly saya x berapa gemar nasi arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa orang tak suka nasi arab. Lain citarasa :)

      Delete
  13. kalau ke seremban boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa singgah nanti kak merasa nasi arab. Eh macam resto kita pulak. hihi

      Delete
  14. saya pun penggemar nasi ayam damsyik tu, kalau teringin nak makan nasi arab memang ke situlah tempatnya. last pegi masa resto masih lagi dekat dengan pusat islam paroi. semenjak dah pindah di d'cattleya, belum jejak kaki lagi ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yang tu nasi arab damsyik. Yang ni nasi arab damsyik empire. Dua resto berbeza. Tapi yang nasi arab damsyik tu saya tak pernah cuba lagi. Biasa beli yang empire tu je kak. Tapi nasi arab mana mana pun sedap je kan.

      Delete
  15. shida penah juga mkn nasi arab dekat Oasis..

    ReplyDelete
  16. Nyummm! Saya kalau makan nasi arab selalu dengan family.. Makan dalam dulangg.. huhu

    ReplyDelete
  17. Nasi arab Damsyik ni ada buat delivery tak...nampak sedap la..akak pun memang x makan sos2 tu semua..sambal tu pun macam x kena di tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak ada je kak. Kat foodpanda dan grab xde. Kalau ada, rajin gak membeli. Itulah sambal tu macam tak kena pulak kan.

      Delete
  18. Biasanya sos yogurt digaul dengan hirisan timun, bawang dan tomato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye Kak Amie. Akhirnya jumpa juga jawapan. Terima kasih Kak Amie :)

      Delete
  19. dulu pernah makan masa buat umrah memang sedap nasi arab dia sampai hari2 rasa nak makan. kat malaysia je tak minat nasi arab ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk pelik sungguh ni. Kat sana baru makan nasi arab ye. Kat sini mungkin tak sesedap kat sana.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.