Header Ads

Pemergian Siti Sarah Raissuddin

Pagi ni rasa sebak, sedih, emosi terganggu selepas mendengar perkhabaran Siti Sarah telah meninggal dunia melalui instagram Shuib Sepahtu.

Sejak Siti Sarah dimasukkan ke ICU, selepas melahirkan anak melalui pembedahan. Selepas terpaksa ditiarapkan, Keadaan Siti Sarah turun naik stable. Saya pasti bukan saya saya saja yang ternanti nantikan update dari Shuib.

Semua menantikan perkhabaran baik dari Shuib tentang Siti Sarah. Satu Malaysia mendoakan Siti Sarah kembali sedar selepas ditidurkan dan oksigen level turun naik.

Allah lebih menyayangi Siti Sarah. Perginya selepas melahirkan anak, bertarung nyawa dengan jangkitan virus COVID yang jahat.

Selepas pemergiannya, semasa hayatnya banyak amal kebajikan yang baru kita tahu. Pemergiannya yang dicemburui ramai.

Hilang kata, hanya mampu terdiam dan mendoakan semoga seluruh ahli keluarga arwah kuat menghadapi dugaan yang maha hebat. Anak yang baru lahir tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu. Masih lagi memerlukan pemantauan khusus disebabkan lahir pramatang.

Anak anak dirumah menantikan ibu balik rumah. Kesetiaan seorang suami yang yakin bidadari syurganya akan balik rumah. Susah senang bersama. Banyak ujian buat mereka.

Marilah kita sama sama doakan keluarga yang ditinggalkan mendapat ketenangan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Semoga Allah berikan taman syurga buat Allahyarhamah, seorang isteri solehah, ibu mithali, insan pemurah dan berakhlak mulia. 

Semoga pemergian Allahyarhamah menjadi contoh dan penyebab terbukanya hidayah dan taufiq pada kita semua untuk menuju Allah dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah bermanfaat dan hidup ikut hukum syariat. 

Siti Sarah Raissuddin

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.

وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهَا حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.

Semoga semua umat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
- Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissudin

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

COVID is real. Ramai yang telah kehilangaan ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19. Banyak juga kes ibu mengandung, ditidurkan dan perakhirannya begini. 

Cuma Allahyarhamah Siti Sarah lebih dikenali ramai. Semoga para ibu yang sedang bertarung dan mereka yang bertarung nyawa melawan COVID terus kuat dan kembali sembuh. Aaaminnn...

Sebak yang tak dapat digambarkan. Ramai yang datang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah di tanah Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.


هناك 42 تعليقًا:

  1. Innalillah....Al Fatihah
    Benar,pemergiannya dicembirui...Ramai mengirimkan doa untuknya.Rezeki,ajal,maut,jodoh,pertemuan itu rahsia Allah

    ردحذف
  2. sama2 kita sedekahkan Al fatihah
    sampai masanya sedetikpun tidak akan terlewat
    aturan Allah

    ردحذف
  3. Aktiviti rakyat malaysia seakan2 terhenti skjp pagi ni.. al fatihah buat arwah siti sarah.. walaupun bkn kenalan rapat malah x knl langsung pn tp tetap terasa jugak

    ردحذف
    الردود
    1. Betul kak. Kematian yang menghidupkan jiwa. Seluruh rakyat Malaysia terkesan. Terasa betul kehilangan

      حذف
  4. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un, inshaAllah syurga tempaynya..

    ردحذف
  5. Sayu sangat. Entah kenapa, berita dan perkembangan Siti Sarah ni kak PC sentiasa ikuti. Al Fatihah.

    ردحذف
  6. Sedihnya... sedih sangat... kita memang takleh lari dari kematian...

    ردحذف
  7. Innalillahi wainna ilayhi rojiun...semoga tabah keluarga yg ditinggalkan..

    ردحذف
  8. Innalillahiwainnailaaihirajiun.
    Terkejut juga sebab ingat keadaan lebih baik.
    Allah lebih sayang arwah. Semoga tenang di sana. Kita yang masih hidup kena ambil iktibar dan contohi kebaikan arwah.

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga syurga tempat Allah. Aaaminn..
      Pengakhiran yang baik jadikan teladan

      حذف
  9. Salam takziah buat ahli keluarga mereka
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ردحذف
  10. Innalilahwainailarojiun. Walaupun tak pernah bersua muka . Tapi kehilangannya membuatkan sy rasa sgt sayu hati.

    ردحذف
  11. Salam takziah buat shuib sekeluarga, moga beliau tabah mghadapi ujian ini.

    ردحذف
  12. Masa mula mula baca berita kematian Siti Sarah, betul betul rasa terkesan walaupun hanya pernah tengok dia dalam tv. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin.

    ردحذف
  13. Kematian yang menghidupkan. Kematian yang dicemburui. Semua kebaikan arwah ditunjukkan satu per satu. Allah. Ditangisi satu Malaysia

    Semoga syurga buat Siti Sarah. Takziah buat ahli keluarganya

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu Ain. Pengakhiran yang baik.

      Aaminn...
      Semoga seluruh ahli keluarga terus kuat.

      حذف
  14. al-fatihah..semua terkesan dgn pemergian beliau kan..

    ردحذف
  15. Saya pun dengar juga berita ttg meninggalnya Siti Sarah nih. Ada beritanya di salah satu portal berita Indonesia. Sedih, apalagi anaknya baru saja lahir :(. Semoga almarhumah diterima di sisi Nya, diampuni segala kesalahan, diterangi kuburnya, dan keluarga yang ditinggalkan bisa kuat dan ikhlas lagi

    ردحذف
  16. Innalillahi wa innailaihi roji'un. Beliau pergi setara dengan berjihad, semoga Surga dilimpahkan kepada beliau. Aamiin

    ردحذف
  17. Alfatihah (dibaca) buat allahyarhamah...
    tp sy sedih bila ada pihak x bertanggungjawab mempergunakan pemergian beliau dgn tujuan lain... x de sensitiviti langsung

    ردحذف
    الردود
    1. Pasti ada je pihak yang ambil kesempatan buat content. Tak faham betul kan.

      حذف
  18. Terkejuat dgn pemergian siti sarah . Bangun pagi dapat berita mcm ni sealan xpercaya . Scroll media sosial rata2 semua berdoa utk siti sarah . Syahidnya kematian siti sarah . Mati dlaam husnul khatimah

    ردحذف
    الردود
    1. Sama! Rasa macam tak percaya je.
      Semoga syurga buat arwah. Aaaminn...

      حذف
  19. Sehingga ke hari ini air mata pasti mengalir setiap kali terbaca kisah beliau yang banyak lalu lalang di walll FB. Pemergiannya meninggalkan kesan yang sangat mendalam di hati kita!

    ردحذف
  20. Saya suka betul lagu arwah dan kali ini kalau pasang rasa nak nangis sebab macma terkenang dgn pemergian arwah.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.