Pertama Kali Cuba Nasi Ganja

Dah hampir waktu merarau (makan tengah hari), tiba-tiba akan jadi pening. "Tak tahu nak masak apa" itu masalah seorang isteri yang tak kan pernah mudah diselesaikan. Beli je lah saya usulkan pada encik suami.

Nak makan apa? Suami ajukan soalan. Beli nasi ayam je lah senang. Lalu suami pun bersiaplah keluar. Macam biasa, akan beli nasi ayam favourite dekat seberang jalan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Tapi tak ada rezeki, nasi ayam dah pun habis. Lepas tu sama sama pening dok fikir nak makan apa nak beli apa. Cubalah tengok tengok depan pasaraya Zemart kot kot ada orang jual nasi. Tak kisah nasi apa.

Tahu tahu encik suami balik bawak nasi berbungkus warna coklat. Nasi apa ni? Nasi ganja katanya.

Dengan muka pelik saya menyambut bungkusan makanan dan ambil pinggan. Sekali buka tudia kuah banjir menyelimuti segala nasi dan lauk.

Saya sebenarnya tak suka jenis nasi kuah banjir ni. Sebab tu kurang suka nasi kandar, nasi vanggey dan sejenis dengannya. Jenis kuah banjir memang kurang suka.

Tapi adakalanya saya get into the scene jugaklah makan ikut tradisi berkuah. Flexible mengikut tempat dan keadaan. Nanti ada yang mengata mengada pulak kan tak nak berkuah.

Saya rasa nasi ganja ni sama je macam nasi kandar. Ke lain? Apa yang lainnya ek?

Nasi ganja

Setahu saya, nasi ganja paling popular adalah nasi ganja Ipoh. Siap ada perkhidmatan nasi ganja helikopter. Menggunakan helikopter untuk menghantar nasi ganja Ipoh panas panas ke tempat lain.

Sejarah nasi ganja

Saya kurang past sejarah nasi ganja ni. Dari pembacaan saya ada yang kata lepas makan akan rasa ketagih, ketagih nak makan lagi. Sebab tu dinamakan nasi ganja. Bukanlah dicampurkan dengan bahan terlarang. Selain tu, tak pasti pulak. Siapa orang Ipoh bolehlah jawab kalau tahu.

Tapi tidaklah pulak saya ketagih. Mungkin sebab kurang gemar jenis nasi dibanjiri kuah. Plus, saya kurang gemar kuah kari. Makan tu makanlah, bukan favourite. Tapi mi kari saya suka. Pelik bukan? Tak peliklah, sebab masing masing pun ada tastebud masing masing.

Suami pun berceritalah, masa dia sampai nak beli tu pun dah hujung hujung dah. Yang tinggal lauk ayam seketul dan lauk ikan. Sotong, udang dan daging habis agaknya. Tak ada pilihan lain. Jadi, beli lah sebungkus lauk ayam kicap dan sebungkus ikan goreng.

Encik suami pilih lauk ayam. Dia tahu isteri dia ni dah jemu makan ayam. Tapi ayam kicap dia sedap! Kuah semua cukup rasa. 

Nasi Ganja Ayam Kicap

Nasi ganja versi ikan goreng agak kurang sikit rasa ikan dia. Keras sikit isinya. Tapi okay je. Cili besar dia rangup gila tapi tak pedas lansung. First time makan cili besar mentah rangup macam makan ulam. Bendi rebus ada lah 1 dalam setiap bungkus.

Nasi Ganja Ikan Goreng

Portion nasi dia banyak. Memang kenyang makan tersandar dibuatnya. Sandar sekejap je sebab macam tak larat nak habiskan. Lambat sikit nak menghabiskan.

Saya beli depan pasaraya Zemart Sikamat. Nama kedai dia Nasi Ganja Usin. Nasi ganja ikan RM8.00 dan nasi ganja ayam RM7.00. Murah ke mahal?

54 comments:

  1. Jarang makan nasi kandar tapi kira suka ayam goreng panas-panas. Kuah memang kuat rempah. Basuh pun madih berbau tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada nasi kandar ayam goreng panas panas tu sedap kak. Tahu takpe, jenis kuah yang banyak rempah dan warnanya pekat. Dah basuh tangan pun masih berbau rempah.

      Delete
  2. sama mcm sy jgk.. krng suka nasi kuah banjir..
    aritu pernah try skali nasi ganja kat kemaman.. not bad la..

    tp xdela rs ketagih lps tu.. mmg xsuka betol kuah banjir kecuali kalo mkn singgang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..samalah, tak rasa ketagih pulak kan. Kalau kuah tu okay. okaylah juga nak makan

      Delete
  3. Saya pun baru cuba nasi ganja.. Memamng sedap.. Dekat kawasan saya ni saja dah ada 3 kedai/stall jual nasi ganja.. Ketiga-tiganya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu kalau teringin boleh cuba mana mana je sebab semua sedap. Ada pilihan :)

      Delete
  4. nasi ganja lbh kurang mcm nasi kandar hehehe..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kita orang selatan jarang makan macam ni wak. Itu yang jarang cuba. First time saya cuba ni

      Delete
  6. rasanya mcm sama je nasi ganja dan nasi kandar. syu pon tak pasti.
    tgk gmbr nasi ganja ni, teringin nak mkn nasi kandar.
    nsib baik dah pre-order utk hari jumaat nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, rasa macam tu jugak. Tapi entahlah. Tak dapat fakta yang jelas. Wahh siap pre order tu. Bagus jugak ada orang jual nasi kandar kat sana kan. Lepas rindu nak makan. kalau tidak kena tunggu balik semenanjung baru dapat.

      Delete
  7. Rindu penang la pulaa sebab terbaca nasi kandar, nasi ganja, pernah dengar ja, tak pernah makan, ala nasi royale rupanya, mesti pesan kuah tepi.. Kadang2 faham kadang tak dengar ke tah, berbisik di dalam hati, baru turun kapal kut ni, kuah letak tengah jugak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang juga dengan nasi royale. nasi royale tu warna kuning je rasanya beza dia. Ke? Dorang buat kerja letak semua tu laju je. Kadang tak sempat nak cakap dah siap semua. adehh..agaknya dorang lupa kot. Takpun ramai sangat malas nak peduli. Pernah gak jadi cakap taknak kuah banyak tapi dapat jugak kuah melimpah..sabar je lah. huhu

      Delete
  8. Sedapnya nampak banjir macam tu. Nasi ganja tak pernah cuba lagi. Hari tu nak singgah beli tapi tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis suka kuah banjir memang sedap lah makan naniey. Yang ayam kicap tu sedap. Takpe, next time kalau jumpa mana mana nasi ganja boleh cuba pulak kan.

      Delete
  9. Ok rasanya harganya tu, nanti boleh ke sana u tuk cuba 😄

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Untuk orang yang suka makan kuah banjir pasti rasa ketagih kot :)

      Delete
  11. Wah versi ikan goreng pun ada yer . Dekat perlis selalunya gabungan dengan ayam goreng aje la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada versi ikan. Ayam goreng dah habis agaknya. Tinggal hujung hujung je ni dapat merasa.

      Delete
  12. kat tmpt sy ade jual nasi ganja ni..mmg fevret sy ni..sekali mkn rse nak makan lagi dan lagi..hehehe...tp kt sni dia asing kan kuah sbb takut org x mkn kuah banjir kan...so boleh letak sendiri kuah ikut suka..bese letak kuah sikit je sbb nasi dia mmg dah sedap rasa rempah gitewwww..suka mkn lauk ayam goreng berempah je..x cuba lauk lain x kena selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh baguslah tu asingkan kuah. Kalau macam tu saya sukalah. Barulah ketagih nak makan. hihi

      Delete
  13. Uik...x pernah tau kat depan Zemart tu ada kedai nasi ganja....bleh la beli nanti...nampak menarik tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak. yang bahagian bawah kat jalan besar banyak stall tu.

      Delete
  14. Sedapnya nasi ganja!
    Nasi ganja tak ada di LD. Kalau teringin makan, Kak Amie masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana agak susah juga nak dapat sebab bukan makanan kebiasaan. Nak tak nak kena masak sendiri kalau teringin.

      Delete
  15. akak samalah macam fiza, makan tu boleh makan tapi takde lak rasa ketagihan tu.... entah macam makan nasi berlauk biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lah kita kak. Makan okay je. Ketagihan tu tak sampai. hihi..

      Delete
  16. Saya pun rasa sama je nasi kandar dengan nasi ganja, dua dua tak berapa kena dengan selera saya hahaha. Makan sekali sekala boleh la, tapi harga RM8 atau RM7 tu harga biasa kot saya rasa sebab dulu saya beli pun dalam RM7 jugakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng! Makan sekali sekala okaylah kan. Ohh lebih kurang lah mana mana tempat pun harga tu. Kira berpatutan jugalah kan.

      Delete
  17. Oh my ... meleleh air liur akak dibuatnya. Akak suka kuah banjir. Lepas beli tu kadang-kadang sengaja biar sekejap sebelum makan supaya nasi serap kuah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh kak Farrah geng kuah banjir. Peminat nasi ganja, nasi kandar dan sewaktu dengannya lah ni. Nikmat kalau dapat makanan favourite.

      Delete
  18. masa mula2 dgr nama nasi ganja dulu takut gak nak makan.. takut mabuk haha.. sedap kan.. mama suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah pasal kan. dengar nama rasa takut nak makan. Sedap jugaklah cuma jenis saya tak suka kuah banjir. Tu je.

      Delete
  19. sy igt dulu nasi ganja ni sama mcm nasi kandar. penah mkn sekali je. harga pn lbh krg mcm ni jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mungkin tapi lain panggilan di sesetengah tempat. Agaknya lah.

      Delete
  20. Ya Allah.. busyra suka gila kuah banjirr.. x kisah la ganje ke kandar ke.. huihhh padu ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav oghang Utagha ni. haruslah Busyra suka. Syok lah sana banyak jual kan.

      Delete
  21. Mmg berganja betul ni.. kuah campur padu

    ReplyDelete
  22. Lapoooo pulak tengoknya... x pernah makan.. tapi ramai cakap mcm nasi kandar je... so dapat agak dah rasanya . Haha.. Ya . maybe nasi ganja ni dulu ramai peminatnya.. sebelum diletakkan nama... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nasi kandaq jugak rasa dan kaedahnya tu. Mungkin jugalah tu asal usulnya.

      Delete
  23. kalau kat kedah ni macam2 nama nasi yang ada tapi lauk semua sama je last2 panggil nasi kandaq juga..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confused terus banyak nama. Kaedah sama je. Senang panggil nasi kandaq je kan

      Delete
  24. Uishh lauk ayam diaaaa mantap tu kaler tu. Standard harga nasik kandar lah kan. Boleh lah tu. Kak fiza taknak try nasi ganja ipoh boleh order guna heli :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk ayam dia mantap sedap dia. Rasanya harga standard kot macam tu kan. Kira bolehlah. hahah..tak mampu nak order guna heli. Harga RM7 jadi RM70 pulak nanti.

      Delete
  25. Pendapat saya sama, nasi ganja dengan nasi kandar macam lebih kurang. Tetapi saya lepas sekali makan nasi ganja saya tak minat dah lepastu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..macam lebih kurang je. Saya pun sekali tu je beli. Pastu tak rasa teringin nak beli lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.