Rezeki Merasa Menu The Coffee Bean & Tea Leaf Sekali Lagi
Haritu masa beli beberapa menu Coffee Bean & Tea Leaf, encik suami ada tertinggal beli yang saya senaraikan. Boleh pulak dia tak perasan saya screen shoot pizza salmon & mushroom yang saya hantar tu.
Esoknya repeat pergi The Coffee Bean & The Leaf. Beli Salmon & Mushroom Pizza, Tomato Herb Spaghetti dan air double choc. Ada hikmahnya lupa beli pizza salmon & mushroom tu, sebabnya dapatlah saya merasa tomato herb spaghetti sekali dan air double choc sekali. Bijak tak saya?
Salmon & Mushroom Pizza
Tengok paras rupa Salmon & Mushroom Pizza, terus rasa teringin nak cuba sebab tak pernah makan pizza ada topping ikan salmon. Ikan salmon biasa kita jumpa dalam hidangan sushi je kan. Semangat membara berkobar kobar nak cuba Salmon & Mushroom Pizza keluaran terbaru The Coffee Bean & The Leaf ni.Asas pizza yang nipis dan crunchy di bahagian tepi tepi hangus tu. Bahagian tengah tak berapa crunchy sebab dilapisi dengan topping pizza yang serba banyak rencahnya. Ada smoked salmon, mushroom, parmesan cheese and juga hirisan buah zaitun.
Inilah baru pizza asli yang sebenar. Asas pizza yang nipis dan kaya dengan topping. Tak muak makan malah tak cukup makan berdua. Sumpah sedap gila kot. Tak rugi mencuba. Harga RM24.05, sesuailah kot dengan segala topping yang ada tu. Ikan salmon pun mahal kan.
Kalau tengah lapar ni memang rasa tak cukup makan berdua. Kena repeat lagi ke camne ni?
Tomato herb spaghetti
Kali ni beli ikut pilihan saya pulak sebab saya suka spaghetti bolognese. So cuba tomato herb spaghetti pulak. Ternyata tomato herb spaghetti The Coffee Bean & The Leaf tak mengecewakan tekak saya. Nampak ringkas tapi sedap dengan sos marinara and herbs.Sos spaghetti yang banyak dan cheese dia pun berpatutan jugaklah. Portion spaghetti dia agak sikit berbanding chicken & mushroom spaghetti.. Mungkin sebab harga dia murah sikit kot, RM16.98.
![Tomato herb spaghetti Tomato herb spaghetti The Coffee Bean & Tea Leaf](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9rx_iFiSifrJhgyfYiOLd125cNcQl5o2xBvYe5-LQNpIIFbVGGhoFpxPTl9aG3IxVYsXW6_40DG8if-fn4IUloeSdU_sU9KjJRVG7DTnkvzVFiGcYIV1idGcbQ75t3whLBugcHPMvYNtK/s16000-rw/Tomato+Herbs+Spaghetti+The+Coffee+Bean+%2526+The+Leaf.jpg)
Double choc ice blended
Encik suami beli juga double choc ice blended. Gabungan susu dan coklat yang sedap! Harga RM15.94. Sebelum ni pernah cuba. Memang maintain sedap.![Double choc ice blended Double choc ice blended The Coffee Bean & The Leaf](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE3LUON3HTIU0XWNL1gwdvAvB7UxQ6m_pznbENy9NP2I3rLIXgNeJRqaYObc84SCKN0ZwmG_9MZY6HdQWHxCpfvOVy0xjkK0PO0VwjOLyLS9iYZ8DK93GYhcy7f0h6_gr2f-H5NQuo0L2t/s16000-rw/Double+Choc+The+Coffee+Bean+%2526+The+Leaf.jpg)
Bulan ni dah cukup quota membeli The Coffee Bean & The Leaf. Kalau ada bajet bulan depan kita repeat. Kalau tidak, tunggu bila rasa teringin dan tepuk poket kot ada isinya tebal. Bukan isi resit ye.
Tapi istilah tu tak boleh pakai dah. Kena guna istilah duit berkepuk kepuk dalam bank sebab sekarang semuanya dah banyak guna kad je dimana-mana. Jarang dah bawa cash.
selalu jika ke sini cuma mengopi dan mengekek aje lepas makan di mana2, nanti dah boleh dine in, nak datang makan terus di sini la.. geram pulak tengok spaghetti tu
ردحذفHihi..lepas ni boleh mengspaghetti pulak kak. Spaghetti sedap!
حذفPizza yang tipis itulah yang jadi pilihan. Sedapkan Fizah.
ردحذفSpaghetti tu pun nampak sedap sebab dibanjiri sos. Kalau jumpa begini Kak Amie memang laju jew sluurrpp..sluurppp!
A ah kak. Sedap pizza macam ni. Spaghetti pun sedap banyak sos. Memang laju slurppp sampai licin bekas :)
حذفHalah halah halah wahai si salmon pizza. Nampak menarik dan lazat.
ردحذفMemang sangat menarik. Lalu kita pun terbeli kak PC. Ternyata sedap!
حذفadudu sedapnya. padanan yg menarik tu
ردحذفSemuanya sedap!
حذفMurahlah piza itu. Ingatkan harga RM30 lebih apabila tengok bahan-bahan di atasnya. Cebisan salmon banyak.
ردحذفRasanya akak teracun hendak cuba piza itu. Tq for review.
Kira harga standard eh kak? Silakan cuba kak pizza tu. Memang sedap!
حذفsama²
Allah Allah Allah..
ردحذفHahahah sini tengah hujan. krukk kruk bunyi perut saya hahaha
Aduhaii..ampunnnn...
حذفhujan hujan ni mengundang lapar. Cepatan masuk dapur masak apa yang patut.
sedapnya tngok pizza tu.. kulit dia confirm rangup!
ردحذفyup, crunchy tepi tepi tu
حذفSedapnya semua, premium choice rasa coffee bean nak keluarkan, nice portion pun memang memainkan peranankan, macam nak lagi hehe..
ردحذفitulah, nampak sedap tu yang cuba rasa. memang sedap dan rasa nak beli lagi nanti.
حذفTelioqnya pizza tu nampak salmon slices dia ....
ردحذفkita pun terliuq kak, tu yang teringin nak cuba.
حذفWalalaaaa...jeles akak tgk si salmon tu bertenggek dgn seksinya atas piza...
ردحذفTulah tu kan. Pandai dia goda kita suruh beli
حذفnampak. sedapp sgt ni fiza
ردحذفhe hee rasa terliur tiba2
memang sedap kak. Nanti boleh cuba menu yang ni
حذفaduhai menggoda betol.. bila la dpt merasa menu2 ni sume.. ihihi
ردحذفSemoga ada rezeki Ezy dapat merasa jugak nanti. Aaminn...
حذفSaya pun suka pizza nipis, kalau sejuk, takdela liat sangat nak makannn macam pizzahut hehehe. Setuju dengan kak NA, ingatkan mahal lebih la daripada RM30 rupanya kurang dari RM25. Isi atas tu meriahh, memang berbaloi la kalau beli. Sedapp pun sedapp kan kak fiza. Sedapnyaaa double choc! Lama dah tak minum minuman gini hehehe
ردحذفBetul sangat tu Atiqah. Lebih kurang harga standard pizza kot tapi dia takde pilihan saiz pulak. saiz satu tu je. Topping dia memang meriah. berbaloi beli. Double choc memang sedap!
حذفmemang nampak sedap dan menyelerakan
ردحذفAlhamdulillah sedap :)
حذفAdoiii.. yang haritu post pun akk belum dapat lagi.. ini ada menu lain pulak.
ردحذفSekarang akk pun dah jarang keluarkan cash sebab kedai runcit yang biasa akk beli barang dapur dah boleh buat transfer.. senang banyak. Urusan pun jadi cepat.
Ampunnn kak. Boleh beli sekali nanti. Saya nak order sekali haritu tertinggal pulak cerita dia. hihi..
حذفBetul, senang lagi kalau boleh guna kad.
Semua makanan nampak menyelerakan . Paling terliur bila tengok pizza tu .
ردحذفMemang menyelerakan dan sedap sangat. Pizza tu tersedap. Boleh cuba nanti Lyana
حذفpizza ada salmon yummy..pernh mkn juga pizza kt coffee bean tp bkn yg ada salmon...ice blended fav semestinya di coffee bean
ردحذفnyummylicious. Salmon ni yang baru kalau tak silap. yang lain nanti akan menyusul nak rasa juga. ice blended coffee bean sedap!
حذفNampak sedap sangat semuanya. Teringin pula nak try spagetti tu. Tak pernah cuba lagi makanan atau minuman kat sini.
ردحذفSemua tu memang sedap naniey. Kena dengan selera. Takpe, nanti boleh cuba kat sini pulak.
حذفxpernah mkn pizza di coffee bean. nmpk sedap jgk, penuh topping dia.
ردحذفnak kena cuba ni..
Saya pun first time makan pizza ni. Saja cuba, eh sedaplah pulak. Puas hati topping penuh. Silakan cuba nanti Syu.
حذفSelalunya kalau makan di coffee bean ni saya selalu beli chicken pie dia jer, tak,pernah rasa menu2 yg laen, mungkin oas ni bole cube pizza tu.. nampak sedap
ردحذفOkay baik. Letak dalam list juga chicken pie tu. Nanti nak rasa jugak. Cubalah nanti Salmon & Mushroom pizza ni. Sedap.
حذفperghh tempting sungguh tgk double choc dia...
ردحذفTempting. Sangattttt :)
حذفselalu makan cake je kalau di CBTL, tengok pizza ni macam nak cuba jugak for the next visit nanti
ردحذفMenu pizza baru ni kak. Cubalah nanti. Sedap!
حذفyaAllah semua nya nampak sangat sedap. Jarang order the coffee bean.
ردحذفSemua sedap sedap Nad. Pasni boleh cuba menu The Coffee Bean pulak.
حذف