Selamat Hari Kita Ke-8
8 Tahun dah kahwin? Semacam tak percaya je. Rasa macam baruuuu je kahwin. Ayat klise sangat kan. Bagi lah chance nak bermanis manisan di hari bahagia ke-8 tahun.
8 Tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Lama tu! Kira dah masuk fasa kedua alam perkahwinan. Biar pun masih belum ada rezeki anak. Yakinlah, akan tiba masanya juga.
Andai kata kami pergi dulu tanpa ada rezeki anak. Siapalah kita nak melawan takdir Allah. Selama 8 tahun jugaklah berjaya menepis soalan soalan cepu emas, cepu perak, cepu gangsa dan segala cepu lah.
Ikut perkiraan perkahwinan seusia 8 tahun mungkin dah ada 2-3 orang anak. Anak pun dah masuk sekolah dah kiranya. Kita berangan je lah dulu. Berangan itu percuma, kan.
Di waktu usia yang semakin meningkat ni. Siapa je yang tak risau jika masih belum anak. Tipulah kan kalau tak risau. Nanti bila usia dah terlebih, berisiko pulak mengandung.
Kadang rasa malas nak fikir dah. Nak happy happy dan tenang tenang je. Asalkan sihat. Bukan tak usaha, usaha tu biarlah jadi cerita kami saja. Panjang ceritanya. Nak buat IVF tak mampulah.
Tidak merancang pun. Jika ada rezeki Alhamdulillah. Allah maha mengetahui. Tak ada rezeki anak, kehidupan perlu diteruskan. Dapat suami baik dan keluarga yang memahami juga satu rezeki.
Marilah kita throwback!
8 Tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Lama tu! Kira dah masuk fasa kedua alam perkahwinan. Biar pun masih belum ada rezeki anak. Yakinlah, akan tiba masanya juga.
Andai kata kami pergi dulu tanpa ada rezeki anak. Siapalah kita nak melawan takdir Allah. Selama 8 tahun jugaklah berjaya menepis soalan soalan cepu emas, cepu perak, cepu gangsa dan segala cepu lah.
Ikut perkiraan perkahwinan seusia 8 tahun mungkin dah ada 2-3 orang anak. Anak pun dah masuk sekolah dah kiranya. Kita berangan je lah dulu. Berangan itu percuma, kan.
Di waktu usia yang semakin meningkat ni. Siapa je yang tak risau jika masih belum anak. Tipulah kan kalau tak risau. Nanti bila usia dah terlebih, berisiko pulak mengandung.
Kadang rasa malas nak fikir dah. Nak happy happy dan tenang tenang je. Asalkan sihat. Bukan tak usaha, usaha tu biarlah jadi cerita kami saja. Panjang ceritanya. Nak buat IVF tak mampulah.
Tidak merancang pun. Jika ada rezeki Alhamdulillah. Allah maha mengetahui. Tak ada rezeki anak, kehidupan perlu diteruskan. Dapat suami baik dan keluarga yang memahami juga satu rezeki.
![]() |
baju nikah ni confirm tak muat dah! Cepatlah mengecil |
Bersikap positif. Saya pun jarang nak meluahkan 'perasaan' itu di media sosial. Dalam hati siapa yang tahu. Tak nak lah aura negatif melekat pada orang lain pulak. Biasalah kalau kadang tu teringat, dia jadi sedih tiba-tiba. Itu biasa.
Di hari ke lapan tahun ni. Doakan yang baik baik untuk kami. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...
Di hari ke lapan tahun ni. Doakan yang baik baik untuk kami. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...
Marilah kita throwback!
baca juga :
Doa ulang tahun perkahwinan
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami
jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Remy Ishak & Ezza Yusof dan juga pasangan Elisya Sandha & Uzair Haqimy. Semoga bahagia sampai syurga. Aaaminn...
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Fiza yang baik hati dan friendly ini.
ردحذفInsyaallah rezeki anak buat fiza akan tiba tak lama lagi, teruskan berdoa ;)
Alhamdulillah..Terima kasih atas doanya :)
حذفTahniah Fiza
ردحذفSemoga kekal bahagia selamanya
Semoga Allah rezekikan zuriat yang soleh dan solehah
Alhamdulillah.. Aaminn Aaminn Aamiin Ya Rabbal Alamin
حذفTerima kasih wak atas doanya.
selamat ulangtahun fiza..semoga dikekalkan kebahagiaan, ditambahkan rezeki dari pelbagai sudut.
ردحذفdont worry...ammi pun dulu lambat dpt anak gak. Nangis tu mmg jadi kawan (aterrr kat dalam mata suami ammi kata ada paip besar). Ammi pergi jumpa Doctor Hamid Arshat dan betulkan masalah yg ada dalam rahim ammi (tak sangka pun ada masalah ni sebenarnya). Alhamdulillah dengan izin Allah.
Aaminnn..terima kasih kak atas doanya.
حذفAduh,sedih pulak bila cakap pasal nangis tu. Tak tahu kadang tiba tiba boleh nangis jugak.
Alhamdulillah happy untuk akak. Semoga saya juga dapat rezeki akak. Aaaminn...
Happy anniversary Fiza, semoga kekal bahagia hingga ke jannah
ردحذفAaaminnn...Terima kasih kak doakan kami.
حذفTahniah Fiza.
ردحذفAllah Maha adil dengan hambaNYA. In Shaa Allah, semoga Allah rezekikan zuriat buat Fiza Dan suami. Jangan putus berdoa ye Fiza.
Alhamdulillah..
حذفAaaminnn..terima kasih doakan.
Baiklah
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 8 tahun Fizah dan suami.
ردحذفIn syaa Allah. Banyak rezeki lan tak terhitung Allah beri. Yang terbaik hanya Dia sahaja yang mengetahui. Kalau difikirkan sangat sudah tentu akan meresahkan jiwa. Serahkanlah kepada-Nya. Bukan tidak berusaha cuma rezeki belum sampai.
Aaaminn... terima kasih atas ucapan dan doanya Kak Amie.
حذفAlhamdulillah..terima kasih Kak Amie. Ye, banyak rezeki lain yang Allah bagi. Syukur. Menanti dengan sabar.
8 tahun yang telah dan sedang dilalui sekarang. Untuk 8 tahun seterusnya dan seterusnya lagi dan lagi selagi Tuhan izin, Kak PC doakan Fiza dan suami sentiasa di bawah kasih sayang Allah menjalani alam rumahtangga ya.
ردحذفAaaminn..terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...
حذفselamat ulang tahun perkahwinan yg ke-8 ye sis..kite doakan semoga jodoh sis berkekalan sampai ke jannah, mendapat rumahtangga yg diberkati, selamat dan insyaallah selagi ada rahim, akan ada zuriatnya nanti..cuma lambat atau cepat jer Allah nak bagi.. kite pun ttc 15thn.. sementara berdua, enjoy je the moment tugede2 tu...hihih Hugsssssssssssss
ردحذفAaaminn...Terima kasih banyak banyak kak. Thanks for the hug too! Appreciate it. Terus rasa nak nangis.
حذفSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminnn...
Tahniahh kak
ردحذفHappy aniversary kak semoga bahagia hingga ke jannah Kai
InsyaAllah ada rezeki dpt cahaya mata soleh dan solehah aamiin
Coming soon . InsyaAllah kak
Alhamdulillah..terima kasih Rabia untuk ucapan dan doanya.
حذفMudah mudahan berkat doa Rabia. Aminnn...
Till Jannah kak! Moga Allah kurniakan rezeki zuriat buatmu dalam masa terdekat kak .. Teruskan berdoa, jangan mengalah lagi... Amin untuk semua doa dalam entri tu . Amin ... Sila kusu sampai muat baju nikah tu . next year leh gambar.. hahahaa
ردحذفAaminn...Terima kasih nona atas doanya.
حذفAlamak..cabaran tu. Kita tunggu tahun depan tengok camne. hihi
selamat ulang tahun dear!
ردحذف8 tahun tu bukan sekejap..insyaallah AD doakan ada rezeki anak..insyaallah..
Aaminn..terima kasih Ad untuk doanya.
حذف8 tahun yang sangat lama. Semoga ada rezeki anak judga. Aaminn...
Happy anniversary...😍😍
ردحذفSemoga bahagia hingga ke Jannah...
Aaminnn..terima kasih kak
حذفWah tahniah.. Diam x diam dh 8 thn ye.. Hepi anniversary fizah n husband.. Semoga insyallah akan ada rezeki anak masa akan dtg.. Aminn
ردحذفdiam diam dah 8 tahun dah. Kejap masa berlalu. Alhamdulillah..terima kasih KakRet untuk doanya.
حذفAaaminn...
hepi anniversary
ردحذفalhamdulillah
Allah adalah sebaik baik perancang, insyaallahhh
Alhamdulillah..terima kasih kak :)
حذفwah..8 tahun bukannya sekejap. Hepi Anniversary Fizah. Gambar atas tu, pandang dari tepi macam Abby Abadi. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
ردحذفKadang-kadang kita memang selalu positif dan boleh happy, tapi orang sekeliling yang buatkan kita rasa susah hati, faham sangat. Fizah kapal lain, saya kapal lain, tapi lautnya sama...penuh dengan orang suka mengata. Hihi
Ye, lama tu Sal. Aaminnn..Terima kasih sal atas ucapan dan doanya. Eh eh tetiba macam kembang kuncup pulak. Jauh sangat tu rupa macam Abby Abadi.
حذفYe, itu apa yang saya rasakan jugak. Kadang orang cakap sikit pun boleh terguris hati. Tahan tahan dan senyum je lah. Itulah, lautan yang sarat dengan manusia yang tak lekang dengan mengata. Sabar je lah.
amin yarabbalalamin....
ردحذفhappy anniversary yang ke 8 buat fizah dan suami... moga kekal bahagia hingga ke syurga
Aaaminn...
حذفterima kasih Dana atas ucapan dan doanya.
happy anniversary fiza & suami!
ردحذفsemoga bahagia selalu.. =)
insyaAllah ade rezeki utk fiza nt. =')
Aaaminn..terima kasih Ezy untuk ucapan dan doanya.
حذفselamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 8. semoga dilimpah kurniakan sega rezeki untuk kak fiza dan suami. InsyaAllah..
ردحذفAaaminnn..
حذفTerima kasih Afeezz doakan untuk kami.
Sudah 8 tahun. Alhamdulillah. Semoga tercapai untuk mendapat cahayamata. Amin. Semoga diberi ilham dan kemudahan untuk dapat anak.
ردحذفAlhamdulillah..
حذفAaaminn..semoga makbul doa akak.
terima kasih kak doakan
Happy anniversary sis fiza dan suami . Semoga rumah tangga yang di bina sentiasa dalam lindungan Allah Taala dan semoga bahagia sehingga akhir hayat . Aamiin
ردحذفAaminn...
حذفTerima kasih banyak banyak Lyana doakan.
Happy anniversary! Dah wish dekat ig, tapi tetap nak wish dekat sini hahaha.
ردحذفPart anak tu takpe kak fiza, anak tu semua rezeki Allah, pemberian Allah, siapalah kita nak melawan kuasa Allah. Kakak saya pun 10 tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan jua. Apa apa pun dongibap kak fiza!
hihi..terima kasih Atiqah berkali kali doa dan wish..
حذفAaminnn...semoga ada rezeki anak juga nanti.
Terima kasih sekali lagi Atiqah.
Happy Anniversary ke-8 Fiza. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke Jannah.
ردحذفRezeki anak, inshaAllah akan tiba. Kita tak tahu bila kan. Yang penting rezeki dapat suami yang baik, dapat family yang memahami. Alhamdulillah..
Semoga kalian dikurniakan anak soleh dan solehah.. Aamiin..
Aminnn..Alhamdulillah..
حذفTerima kasih doakan kami.
Happy anniversary SMJ...moga kekal hingga ke jannah...be positive always..
ردحذفAaminnn..Terima kasih.
حذفInshaAllah.
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 8 buat Fiza dan suami. Semoga terus saling mencintai dan menyayangi. Akak doakan kalian akan dikurniakan mestika hati yang bakal lebih menceriakan hari-hari kalian pada masa akan datang.
ردحذفAaminnn...
حذفsemoga makbul doa akak. Terima kasih doakan kami.
amin yrba utk doa ulangtahun fiza dan suami. happy anniversary semoga kekal bahagia til jannah. mama doakan agar beroleh cahayamata dengan mudah dan segera.insya allah dgn izin allah
ردحذفAaminn..terima kasih mamapp doakan untuk kami
حذفmama pun rezeki sorang alhamdulillah
ردحذفAlhamdulillah..Syukur mamapp. Saya tumpang happy :)
حذفbarakallahulakuma
ردحذفhappy 8th anniversary💏🎉 buat fiza dan suami...
saya tolong amin kan...
aminnn yaarabbal alaminn
Aaaminn...Terima kasih Anies
حذفوَ فِيكَ بَارَكَ اللَّهُ
Happy Anniversary kak Fiza, semoga terus berbahagia, segala impian dan harapan segera dikabulkan oleh Allah. Aamiin..
ردحذفAaaminn...
حذفTerima kasih Naia untuk doanya.
Happy Anniversary kak Fiza..
ردحذفsemoga sentiasa bahagia..
Aaaminn...
حذفTerima kasih Syu doakan untuk kami.
happy anniversary akak! busyra doakan akak dan suami bahagia hinggah jannah… Allah lebih mengetahui segalanya. sesungguhnya Allah menyayangi akak! loveeee
ردحذفAaaminn...
حذفTerima kasih banyak ii Busyra atas doanya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.. Selamat ulang tahun yang ke lapan ye Fiza..
ردحذفsemoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..
Alhamdulillah...
حذفAaminn... terima kasih doakan kami KakSha.
Kejap je dh 8 thn.. semoga allah limpahkan rezeki yg tak terhingga ke dlm rumahtangga fiza.
ردحذفCepat masa berlalu.
حذفAaaminnn...Terima kasih Nina doakan untuk kami.
Happyyyy Anniversary ye kak and hubby! Moga Allah pelihara, moga Allah kabulkan permintaan yang ada dalam hati kalian .. Amin ya Rabb.. Till jannah ok ..
ردحذفAlhamdulillah...Aaaminn...
حذفTerima kasih nona atas doanya.
happy Annversary fiza, semoga dimurahkan rezeki fiza dan suami :)
ردحذفAaaminn...
حذفTerima kasih doakan kami :)
Walaupun saya lambat, saya nak wish juga Selamat ulang tahun perkahwinan kak Fiza. ! Saya nak cakap part rezeki anak tu , Allah nak bagi, Allah akan bagi. saya percaya ada sebab kukuh kenapa kak fiza tak dikurniakan anak lagi.
ردحذفTerima kasih banyak-banyak Nad. Ye, betul tu Nad. Fikir positive. Honeymoon setiap masa :)
حذف