Smokey Chicken Grill Dan Mac and Cheese Tersedap
Hari Sabtu yang agak sugul, pudar, kosong, kelam. Matahari masih sembunyi. Mungkin akan hujan. Mungkin juga akan panas. Allah maha mengetahui. Semoga hari ni, hari yang indah dan menceriakan untuk semua. Selain kekuatan iman, mental dan fizikal. Emosi kita juga kena jaga.
Alhamdulillah pagi ni saya dan suami baik-baik je selepas cucuk dos kedua semalam. Rasa kebas sikit je beberapa. Bangun pagi ni pun tak rasa kebas dah. Dah berehat semalam, okaylah tu. InshaAllah...
Malam sebelum vaksin tu, ada rezeki merasa smokey chicken grill dan mac and cheese tersedap ikut level sedap saya lah sejak 2019. Tak lain tak bukan smokey chicken grill & Mac and cheese Sobrian Chicken Grill.
Rasa tak pernah berubah. Maintain sedap sampai bila-bila. Macam saya pernah cerita, Sobrian Chicken Grill dah berpindah dan portionnya pun dah berubah. Portion mengecil, harga pula membesar. RM12-RM12.90 macam tu kalau tak silap.
Dulu mula membeli harga RM11 dan dapat free delivery kalau beli 2 ke atas. Berbaloi lagi masa tu. Kalau order food delivery by foodpanda jadi RM16.90 harganya. Mahal 4 ringgit tu. Belum termasuk charge delivery lagi.
Encik suami memilih untuk pergi beli terus je lah. Bila beza banyak sangat tu, lebih baik lah kita jadi pembeli yang bijak dengan tahap kerajinan tu lebih sikit.
Dengan itu, secara rasminya dah guna serving plate seramic nordic ni pemberian blogger Syazni Rahim. Auto cantik terus makanan terletak dalam pinggan hidangan tu.
Smokey chicken grill Sobrian chicken grill so far memang jadi favourite lah. Aroma asap dan kesedapan bahan perapan tu memang tiada tandingan. Cuma kurang juicy agak kering sikit. Overcooked agaknya. Takpe, tak jadi masalah.
Boleh cover sedap dengan sos blackpepper yang sedap. Mashed potato dan tomato salad pun menepati selera.
Alang-alang dah pergi kedai, beli sekali mac and cheese. Menu ni pun maintain sedap. Tersedap lah! Tak kedekut cheese dan sosnya. Cheese tarik tu yang syok tu.
Makan panas panas baru rasa nikmat sedap dia. Ada beberapa kepingan potato chips untuk dimakan dengan mac and cheese.
Bila makanan yang kita beli menepati selera. Memang tak cari kedai lain dah lah. Kalau pun cuba kat kedai lain, akan datang teringin makan. Kedai sedap jugalah yang kita cari, kan?
Sobrian Smokey Grill
Lokasi : 761, Jalan Ujong Pasir 1, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri SembilanSekali lagi, bukan review berbayar. Sebab sedap!
Sedapnya. Tempting. Besar juga saiznya.. susah nak jumpa kedai yang maintain rasa ni.
ردحذفMemang sedap. Saiz ikutkan kecil sikit dari sebelumnya masa mula mula beli. Betul, susah nak jumpa kedai maintain sedap. Memang tak cari lain dah
حذفMemang banjir kuah mac dan cheese.
ردحذفBanyak betul keju. Siap ada kepingan cheese. Rasa tidak cukup satu bekas kalau sedap.
Ye kak. Kena makan panas baru syok ada cheese tarik. Kalau sejuk kejung sikit. Memang tak cukup sebekas kalau share. hihi
حذفsubhanallah nampak naik selera betul menu tu dalam tu fiza <3
ردحذفHihi..Auto menyelerakan terus nampak kan. Terima kasih kerana memberi.
حذفuiiiittt terlajak sedap niiii👍👍👍
ردحذفMemang sedap pun Anies.
حذفWah nampak tempting nyaaa... Nasib la masih pkp ni.. Klu x dah soh mama uyum g terjah kedai tu haha
ردحذفHihi..nanti boleh mintak mama Uyum tapau lepas PKP
حذفbetul tu Fizah, kalau dah terbukti sedap, naik harga atau pindah lokasi, kita masih cari. semoga hari Fizah ceria.
ردحذفYe Sal. Satu satunya yang menepati selera. Mahal sikit saiz kecik pun takpelah. Asalkan maintain sedap
حذفTengok gambar dah nampak menyelerakan..
ردحذفApatah lagi merasainya :)
حذفwah dari gambar pun dah nampak sedappp ;))
ردحذفIye, sedap rasa dia.
حذفsedap sngt niii.. terliur tngok. hehe.. dgn pinggan comel tu!
ردحذفMemang sedap dan repeat banyak kali. ye, pinggan tu memang comel.
حذفEemmm sedapnya.. mau kenyang smp ke malam la..
ردحذفSedap kak. Kenyang sementara ni. kena ada nasi jugak ni sebab portion tak besar sangat
حذفnyam nyam.. foto2 yang akak buat juga best tuh, menambah sedap makanan untuk dipandang
ردحذفTerima kasih Naia. Alhamdulillah..sedap rasanya juga.
حذفSedapnya... Dekat Seremban je ke... waaaa boleh nnti cuba bila dh blh rentas
ردحذفYe nora. satu tu je kat Seremban. Bolehlah cuba nanti
حذفAduhai..sedapnya ni Fiza, samalah kami pun, kalau rasa satu kedai tu menunya kena dengan tekak akan selalu beli kat situ je..
ردحذفSedap kak. Betul kak, tak cari kedai lain dah
حذفLapar terus akk tengok menu fiza ..sedaptu
ردحذفHihi...Mujur rasa dia sedap
حذفSedap!! nasib baik masa tgk ni perut tgh kenyang. if tak, cfrm pergi mencari tu
ردحذفHihi..mujur dah makan dulu sebelum masuk sini.
حذفHelok betul tekstur tu.
ردحذفye, helok juga rasa dia.
حذفCantikkk heheh
ردحذفApa yang cantik tu Rabia? Pinggan eh? Pinggan memang cantik
حذفYe la..akak ada beli kat dia ni jugak..mahal sikit...tapi sedap..suka mushroom soup ngan garlic bread dia jugak...hari ni panas betul kan..akak ni demam panas..3-4 kali mandi sehari....
ردحذفSebab sedap selalu beli kak. Musim panas ni memang kerap mandi sikit
حذفMungkin faktor ekonomi ya produk mengecil harga membesar. Apa-apa pun nampak sedap chicken grill tu. Tambah ada maca and chesse! Fuhhh jenis2 tak kedekut ni yang syok nak beli tu. Tak berkira dengan pelanggan!
ردحذفMungkinlah juga tu Ain. Yang penting rasa dia maintain sedap.
حذفJadi ngiler deh Kak, padahal aku sendiri udah makan barusan.
ردحذفAh, chicken grill-nya enak, terus mac and mac and cheesenya juga tampak menggoda buat yang suka keju.
Hihi..terus lapar kembali deh melihat makanan. Ampunnn ya
حذفSedapnya Fiza... Teringin lah pulak
ردحذفMemang sedap kak. Kot singgah Seremban boleh cuba rasa
حذفSedap tu kuah banjir lagi, portion mengecil, harga membesar, lumrah kelansungan hidup agaknya.
ردحذفKuah banjir baru best makan. Tapi itulah portion mengecil dari biasa. Mungkin jugalah
حذفdari gambarnya saja terlihat lezatnya
ردحذفAlhamdulillah..sedap rasa hidangan ni
حذفsedapnya nmpk. lama xmkn..
ردحذفMemang sedap Syu
حذفdalam gambar pun dah nampak sedap
ردحذفAlhamdulillah..sedap menepati selera
حذفYeayy . Dah rasmi plate ceramic . Nampak sedapnya menu tu
ردحذفYeay! Auto nampak sedap letak dalam pinggan tu kan. hihi
حذفhwaaa jadi penasaran aku kakkkk
ردحذفBoleh cuba buat sendiri Farah. Jauh kalau nak cuba di Malaysia. hehe
حذفCantik sgt nordic pink tu kn?
ردحذفya, saya suka. Pink lagi lah suka
حذفWah,bertambah selera makan dalam bekas baru.Pink pulak tu
ردحذفHihi..boleh jadi jugak tu kak.
حذفFuhyoooo.. dah rasmi pinggan baru lerrr.. hehehe.. nampak temptingnya tuuuu semua menuuuuu....
ردحذفHaa tulah merasmikan pinggan baru. Baru nampak tempting sikit.
حذفBetul tu kak fiza, bila dah kena dengan selera kita tu, tetap akan setia jadi pelanggan kedai tersebut walaupun mahal. Sebab berbaloi dengan rasanya. Tapi, tengok gambar kak fiza tuuu memang nampakk menyelerakan! Sedappppp!
ردحذفKena dengan selera memang tak cari lain dah Atiqah. Sangat menyelerakan :)
حذفfuh, agak menggugat iman tgk mac & cheese dia! betul, klau kita dah suka dgn satu kedai tu, mmg dok ulang je membeli dekat kedai yg sama..
ردحذفhehe..tempting terus kan sebab sos dia banyak. Betul tu CikTimm, setia kat situ je lah
حذفGosh, sebagai penyuka keju, saya langsung sukaaaaa liat tampilan Mac and cheese nyaaa :D. Kliatan sedaaaap kak :D. Bila lah bisa icip nih. Smokey chicken nya juga terlihat enak. Best dimakan dengan mashed potato
ردحذفDua dua sedap. Pasti jadi favourite setiap kali beli yang sama je :)
حذفCantik bekas seramic tu Fizah. Suka tengok warnanya.
ردحذفA ah Kak Amie. cantik! Suka jugak :)
حذفMac and cheese tu nampak sangatt sedap. Terliur nya walaupun saya sebenarnya bukan penggemar cheese banyak gitu
ردحذفterpaling sedap Nad. Memang suka mac & cheese dia. Tak muak makan.
حذف