Syabas Pocket Rocketman, Dato' Azizulhasni Awang Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020

Seawal pukul 8:00 pagi dah menantikan acara Keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 di hari terakhir. Tak sabar nak tengok semi final dan final acara Keirin yang menampilkan atlet pelumba basikal negara Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang, The Pocket Rocketman.

Impian rakyat Malaysia Dato' Azizulhasni Awang @Dato Jijoe akan mendapat pingat emas untuk Malaysia di hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020. The Pocket Rocketman kita berjaya mendapat pingat Perak untuk Malaysia. Syabas!

Syabas Pocket Rocketman, Dato' Azizulhasni Awang Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020
sumber : RTM


Anda adalah hero Malaysia. Champion! Terima kasih Berjaya menambah satu lagi pingat buat Malaysia. Berdebar betul tengok acara tadi. Jauh betul gap dengan Jason Kenny pemenang pingat emas. Mujur The Pocket Rocketman pecut habis.

Disebalik kemenangan The Pocket Rocketman, ada kisah sedih dan gembira. Sebak betul dengar masa beliau ditemuramah.

Sejak dari sekolah lagi terpaksa berkorban berjauhan dengan mak ayah di kampung berjuang training di tempat orang. Mak tinggal sorang jaga ayahnya yang mild stroke. Berjauhan pula dengan isteri dan anak anak di Melbourne dimana Melbourne ni pusat latihan berbasikal paling terbaik.

Beliau nangis, kita pun rasa nak ternangis pulak. Kemudian baru dapat tahu yang isterinya mengandung anak ketiga, itu adalah berita gembira disebalik kejayaan beliau hari ni. Alhamdulillah.

Syabas dan untuk Dato' Azizulhasni Awang. Kalau Olimpik Rio 2016 dapat gangsa, Olimpik Tokyo 2021 dapat perak. Tak mustahil emas pula di Olimpik Paris 2024.

Tahniah juga untuk atlet pelumba basikal Mohd Shah Firdaus yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang memberi saingan dan semangat juang demi Malaysia walaupun terlibat dalam kemalangan untuk kelayakan suku akhir.

Come back stronger untuk Olimpik Paris 2024.

Biodata lengkap Azizulhasni Awang

  • Dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu
  • Anak kelapan daripada sembilan adik-beradik
  • Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil.
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
  • Memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. 
  • Bapanya memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pencapaian Dato' Azizulhasni Awang

Track Cycling World Ranking
2008/09 – 1st Keirin
2010/11 – 1st Keirin

Kejohanan Dunia
2009 – Sprint
2010 – Keirin
2015 – Keirin
2016 – Keirin
2017 – Keirin
2020 – Keirin
2020 – Sprint

Sukan Asia
2010 – Keirin
2018 – Sprint
2018 – Team sprint
2018 – Keirin

Sukan Komanwel
2010 – Team sprint (bersama Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin)
2014 – Keirin

Sukan Olimpik
2016 – Keirin
2020 – Keirin

sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang

Penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020 jam 6:00 petang ini. Dalam masa yang sama kita tengok MotoGP. Support Hafizh Syahrin di perlumbaan Moto2. #StyrianGP 

Majulah sukan untuk negara.

34 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..tahniah untuk beliau. Malaysia pasti boleh!

      Delete
  2. ramai yang salahkan pelumba Aussie tu, tapi Jason Kenny pun slick jugak sebab dia memang musuh tradisi. Yes..harap 2024 dapat emas and semoga Malaysia develop lagi sukan cycling ni. memang mahal tapi berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Yang pastinya masing masing ada strategi masing masing. Menjadi dan tak menjadi je. Harap emas untuk Malaysia 2024 nanti. Aaminn...

      Delete
  3. Alhamdulillah. Memang berita yang sangat menggembirakan, terubat sikit lara negara dengan pelbagai hal sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul kak. rakyat Malaysia pun bersatu terus

      Delete
  4. Alhamdulillah . Tahniah Datuk Azizulhasni Awang . Dapat rebut pingat emas

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. kenangan manis buat dato jijoe.. hari ni semua org sibuk dgn keirin ni tp kakmim dr pg sampai ke prg di dapur je.. tgk org update psl dato jijoe ni di fb je dr pg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahniah buat Dato Jijoe. misi emas pulak lepas ni.
      Sibuk di dapur pulak ye KakMim. Takpe, sosial ada banyak update. Tak ketinggalan.

      Delete
  6. Tengok dia nangis dengan kita sekali nak nangis. Bukan mudah nak capai seperti apa yang kita tengok dia hari ni.
    Penutupan tadi woww sangat. Rasanya kalau bukan pandemik mesti meriah dengan penonton penuh stadium..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal..nak terikut nangis. Penutupan agak hambar sikit

      Delete
  7. Alhamdulillah dan tahniah kepada hero kita. We all proud of you :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah berkat pergorbanan berjauhan dengan keluarga, berdisiplin,.. Tahniah.

    ReplyDelete
  9. Yahoooo... Kami bersorak bagai nak rak masa kat rumah niii... Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! itulah kan, semua rumah meriah dengan sorakan.

      Delete
  10. Tahniah! Walaupun nombor kedua, tapi alhamdulillah. Berjaya juga menyumbang kepada Malaysia. In shaa Allah next Olimpik boleh dapat tempat pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat juga sumbangkan satu lagi pingat untuk negara

      Delete
  11. Tahniah Dato' Azizul dan Shah Firdaus kerana membanggakan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah untuk semua atlet negara juga yang dah berusaha yang terbaik

      Delete
  12. cik timm pun layan jugak pagi tu, sanggup bgn awal nak tgk acara berbasikal,,

    ReplyDelete
  13. masih geram dengan pelumba AUS tu. entah hapa2!

    ReplyDelete
  14. Saya pun rasa nak nangis bila dia menangis sebab diaharapkan emas kan. tetapi dapat tempat kedua. Tetapi dia the best!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.