Tak Pasal Pasal Jadi Lauk Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Macam biasa, balik kampung mesti akan stok udang galah sungai untuk saya. Mak abah memang akan beli untuk buat stok anak anak yang suka makan udang galah sungai. Tak stok udang, stok ikan sungai memenuhi peti ais sejuk beku.

Duduk kampung, selain mewah dengan tanaman. Mewah juga dengan hasil sungai. Kadang ada je orang yang kampung hantar ikan atau udang kat rumah. Ikan baung, ikan lais dan udang tu memang selalu jugaklah. 

Jarang menolak kalau dihantar. Dari situ bantu mereka cari pendapatan juga. Selain daging yang salai yang mak simpan, dapat juga stok udang galah sikit. Selebihnya dah masak masa kat kampung.

Mulanya saya nak masak udang galah sungai goreng berlada. Tiba-tiba malas datang, saya kisar je semua bahan-bahan. Lepas dah masuk udang tu saya terrrrtambah air banyak pulak. Adeh! Spoil masakan goreng berlada. Auto cancel.

Saya masukkan santan kotak sikitlah bagi pekat kuah tu. Tapi tak pekat sangat pulak. Jadilah masakan lemak cili api yang ditumis dulu dengan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.

Udang Galah Sungai Masak Lemak Cili Api

Ikutkan masak lemak cili api guna cili api dan kunyit hidup je tanpa perlu menumis bagai. Hantam sajalah labuuuu..Sedap juga masakan tak jadi ni. Udang, masak apa pun sodap!

baca juga :

Udang galah sungai ni rasa dia lebih sedap. Isinya manis. Kalau masak kena masak pedas pedas baru sedap. Sedap juga masak udang galah sungai campur nanas.

Udang galah ni kena siang dan bersihkan betul betul. Buang tahi belakang tu dan di kepala juga. Dulu kecik kecik tak dapat makan otak udang ni. Dah besar baru lah dapat.

Dalam kepala dah dimomok dengan peribahasa otak udang. Asal makan otak udang je jadi auto bodoh kononnya seperti peribahasa 'otak udang' yang bermaksud bodoh. Otak cair baru pandai. 

Padahal sedap tu otak udang. Sedap tu memang lah sedap tapi tak elok makan juga sebab tinggi kolestrol. Jadi tak boleh makan berlebihan dan selalu sangat. Tapi tak makan rugi pulak. Udang dah lah mahal, kan?


36 comments:

  1. Kat tempat wak ni udang galah sungai dah sangat berkurangan
    Yang ada udang kara yang kulit keras tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut musim jugak wak. Kadang ada musim dapatlah jugak. Sungai Segamat dari Sungai Muar tu setakat ni masih ada lagi.

      Delete
  2. Susah betul jumpa udang galah sungai. Untung Fiza dapat makan.
    Betul jarang-jarang dapat makan apa salahnya makan otak udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak jumpa. Dapat ada orang hantar tu rezeki lah. Sesekali makan. Bukan selalu. Hihi

      Delete
  3. Waa.. Memang udang tu besau ke pinggan yang besau.. Dari pandangan dalam gambau ni, kelihatan udang tu sangat besau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang besau, pinggan makan standard. Boleh tahan besau jugaklah :)

      Delete
  4. Wah..Fiza dh dpt balik kg?bestnyaa...nampak sedap masakan tu walau tuan badan kata x jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah saya sakit kak. Dapatlah balik sekejap. Alhamdulillah sedap je versi masak lemak bertumis :)

      Delete
  5. aduh terliur, kita tak pandai masak sangat. masak boleh ja, cuma tak berapa pro. tapi tengok akak punya gulai lemak tu, aduh sedap.
    asben tak suka makan udang, dia resdung plus malas hendak kupas kulit udang. hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pro. Sikit sikit yang mudah boleh lah. Udang masak lemak cili api jarang tak sedap. hihi..if resdung, better jangan makan. merana nanti alergiknya. Bab nak mengupas pun malas juga kadang. nak makan, kenalah rajin juga :)

      Delete
  6. Sedap ni udang galah masak lemak cili api. Sudahlah udang sedap, kuahnya pun sedap! Bubuh kuah bagi banjir-banjir atas nasi....yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya sedap kak amie. Kena kuah pekat letak kat nasi baru mabeles :)

      Delete
  7. Hahaha nasib baik menjadi jgk lauk nya tu fizah hehhe.. Udang tu meriah nya!! Beso

    ReplyDelete
  8. beso udangnya..mmg best kalau dpt meratah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar saiz udang galah ni kak. Meratah memang sedap :)

      Delete
  9. Setuju dengan kak nohas, memang puas hati kalau dapat ratah ni, hisap kepala udang dulu, baru makan badannya. Kalau makan dengan nasi, memang selalu la menambah sebab lauk favorite hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk favourite saya jugak. Ratah memang puas makan. Isi tu makan dengan nasi :)

      Delete
  10. ini dulu memang fevret saya, sekarang tak lagi... alergik

    ReplyDelete
  11. comel je berdua tu.. nak makan pun x smpai hati.. hehe. sedapnyer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..berdua lebih baik. Tapi rugi kalau dipandang je :)

      Delete
  12. Ya Allah, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, warna lemak kuning tu sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap udang galah sungai ni. Masak apa pun sedap sebenarnya. Masak lemak cili api semestinya sedap.

      Delete
  13. Sedapnya udang galah sungai. Memang sedap kalau fresh. Biasala tu ada hari-hari tetibe proses memasak kurang lancar. Hantam aje janji jadi lauk. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap udang galah sungai dari laut. Fresh lagilah sedap. Kannn..ada je yang tak smooth kadang. Asalkan sedap sudah lah :)

      Delete
  14. Fav husben ni..ape saja msak lemak mesti menambah nasinyee hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis suka lauk berkuah lemak ye. Hehe..lauk favourite mesti bertambah Shida

      Delete
  15. Hahaha.. Ya.. saya pun x nak makan kepala udang sebab momokan pasal otak udang tuu.. Aduh.. Tapi kan sedap.. sesekali ngap ler... Kak.. sy tgk menu x jadi ni sedap jugak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dapat makan selalu. Jadi, kita makankan je semua. Udang masak apa pun sodap!

      Delete
  16. Berselera betul tengok menu ni depan mata . Tambah makan dengan nasi panas-panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang makan dengan nasi panas panas baru sedap makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.