7 Pantai Menarik di Langkawi
Pantai, salah satu tempat yang menarik di Langkawi. Kebiasaanya Pantai Cenang lah jadi tarikan utama pelancong bila sampai di Langkawi. Selain Pantai Cenang, boleh kunjungi pantai-pantai menarik yang lain di Langkawi.
baca juga : tempat menarik di Kedah
Pantai Cenang menjadi tarikan utama pelancong disebabkan terdapat hotel menarik di pantai Cenang Langkawi, aktiviti menarik di Pantai Cenang Langkawi dan juga tempat makan menarik di pantai Cenang Langkawi.
Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Pantai Tanjung Rhu agak terpencil jauh dari keramaian yang memiliki pemandangan air biru zamrud yang cantik. Pemandangan indah Pantai Tanjung Rhu sebuah pantai yang bersih, suci dari pencemaran.
Pantai Kok merupakan sebuah teluk yang indah dikelilingi alam semulajadi yang indah seperti bukit batu kapur dan hutan hujan. Lokasinya terletak di barat Pulau Langkawi, Kedah yang sering menjadi tumpuan pasangan berbulan madu sambil menikmati permandangan matahari terbenam.
Permandangan yang indah di Pantai Pasir Hitam, lokasinya berhampiran dengan Air Hangat dan Kuala teriang.
Datai Bay sebuah pantai yang exclusive di Langkawi. Memiliki pasir putih yang cantik dan permandangan yang indah disekelilinginya.
Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang sangat cantik. Pantainya juga tenang kerana jauh dari kesibukan kota dan sering menjadi tumpuan pengunjung.
Paradise 101 merupakan pulau persendirian dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disini seperti menaiki jet ski, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.
baca juga : tempat menarik di Kedah
7 pantai menarik di Langkawi
- Pantai Cenang
- Pantai Tanjung Rhu
- Pantai Kok
- Pantai Pasir Hitam
- Datai Bay
- Pantai Pasir Tengkorak
- Paradise 101
1. Pantai Cenang
Pantai Cenang menjadi tarikan utama pelancong disebabkan terdapat hotel menarik di pantai Cenang Langkawi, aktiviti menarik di Pantai Cenang Langkawi dan juga tempat makan menarik di pantai Cenang Langkawi.
2. Pantai Tanjung Rhu
Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Pantai Tanjung Rhu agak terpencil jauh dari keramaian yang memiliki pemandangan air biru zamrud yang cantik. Pemandangan indah Pantai Tanjung Rhu sebuah pantai yang bersih, suci dari pencemaran.
3. Pantai Kok
Pantai Kok merupakan sebuah teluk yang indah dikelilingi alam semulajadi yang indah seperti bukit batu kapur dan hutan hujan. Lokasinya terletak di barat Pulau Langkawi, Kedah yang sering menjadi tumpuan pasangan berbulan madu sambil menikmati permandangan matahari terbenam.
4. Pantai Pasir Hitam
Permandangan yang indah di Pantai Pasir Hitam, lokasinya berhampiran dengan Air Hangat dan Kuala teriang.
Pantai Pasir Hitam, sebuah pantai yang unik terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkan pasirnya berwarna hitam. Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.
5. Datai Bay
Datai Bay sebuah pantai yang exclusive di Langkawi. Memiliki pasir putih yang cantik dan permandangan yang indah disekelilinginya.
6. Pantai Pasir Tengkorak
Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang sangat cantik. Pantainya juga tenang kerana jauh dari kesibukan kota dan sering menjadi tumpuan pengunjung.
7. Paradise 101
Paradise 101 merupakan pulau persendirian dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disini seperti menaiki jet ski, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.
20 tempat menarik di Langkawi
- Dataran Lang
- Pantai Cenang
- Underwater World
- Air Terjun Telaga Tujuh
- Pulau Dayang Bunting
- Gunung Mat Cincang (Skybridge, Cable Car, Skyglide)
- Makam Mahsuri
- Telaga Mahsuri
- Beras Terbakar
- Telaga Air Hangat
- Bird Paradise
- Taman Marin Pulau Payar
- Island Hopping
- Taman Buaya
- Langkawi Wildlife Park
- Taman Agro Mardi
- Telaga Harbour Park
- Kilim Geoforest Park
- Pantai Pasir Tengkorak
- Tanjung Rhu
Dah dua kali pergi Langkawi, tapi belum dapat meneroka semua pantai. Paling teringin nak ke Datai
ReplyDeleteLepas ni pergi Langkawi bolehlah buat trip pantai ke pantai pulak Kak SK. Seronoknya dapat pergi Datai Bay tu kan.
DeleteRalit baca tentang pantai dan lihat keindahan pantai-pantai, bila terdampar di setempat tak terjenguk tempat lain. Bila balik tanah besar bagai puguk rindukan bula pula hehe.
ReplyDeleteKeindahan pantai memang memukau mata dan menenangkan jiwa dan fikiran. Hehe..itulah kan, kena duduk berlamaan tepi pantai nikmati keindahan pantai.
Deleteemmm bila dp jejak kesini he hee
ReplyDeletemenarikkk tmoat nya
akak last 1999 sampai langkawi, bayangan pun dah lupa mcamana
Saya pun last jejak Langkawi 2016. Tapi tak kemana sangat sebab singgah sekejap je.
DeleteSekarang mesti dah banyak perubahan dan banyak tempat menarik lagi. pasni bolehlah kita terjah Langkawi cuti cuti lepas COVID.
aduhai sume cantik2.. bila la dpt pegi ni..
ReplyDeleteSemua tempat rasa nak pergi, kan Ezy. Harap harap sampailah jejak kita kat sana nanti.
DeletePantai tanjung rhu
ReplyDeletePantai cenang
Pantai pasir hitam
Ni je 3 pantai kita slalu jejak hehe
Tinggal 4 lagi kena jejak tu KakRet. Saya setakat pantai Cenang je lah. Itu pun kejap je singgah..huhu
DeleteEntah bila ada kesempatan untuk berkunjung ke Langkawi. Belum lagi jejak kaki ke pulau lagenda ini.
ReplyDeleteInshaAllah next trip kak Amie dan family nanti :)
Deletekalau yang Tugu Helang Besar tu lokasinya sebelah mana?
ReplyDeleteDataran Lang dekat dengan pelantar jeti Kuah
DeleteAmmi belum pernah jejak kaki ke Langkawi
ReplyDeleteLepas ni bolehlah merancang ke Langkawi pulak kak.
DeleteDah rindu nak "Malangkawi" ke tuuu🤭🤭🤭
ReplyDeleteHahaha..lambattt lagi nak ke Langkawi. Kita simpan dulu kot kot termelangkawi ke nanti kan.
DeleteKita ni rakyat marhein selalu gi Pantai Cenang je la. Teringin nak ke Datai Bay atau Paradise 101. Nak gi Langkawi, tapi takut sangkut swab test. Huhuhu
ReplyDeleteitulah tu, kita mampu ke Pantai Cenang je. Datai Bay dengan Paradise tu level lain dah tu. Takpe Sal, tunggu reda sikit baru pergi. Risau betul kalau sangkut sawab test tu. kena kuat semangat dan kuarantin lagi.
DeleteTak sabarr nak ke Langkawi. bila lah ye? hahaha
ReplyDeleteDah boleh dah kan pergi Langkawi sekarang. Tapi kena lengkap 2 dose dan swab test dulu katanya. Kena check SOP kesana macamana dulu. Kalau okay, lepas lah kesana :)
DeleteLast pergi Langkawi masa darjah 6, tak sure bila nak gi lagi ni...Teringin juga melangkawi semula...hehee
ReplyDeleteItulah kan, entah bila dapat melangkawi.
DeleteAkak tak seronok,tak selesa kalau ke sesuatu tempat yg sesak dgn org ramai hehe..so tunggu org lain lepas gian dulu la baru pikir nak lesana..
ReplyDeleteSaya pun tak suka sangat tempat sesak. Kalau tak ramai orang selesa sikit, kan.
Deletebanyak tempat menarik di pulau langkawi ni , kalau sehari dua berkampung di sana memang tak sempat nak jejak kaki ke semua tempat
ReplyDeleteMemang tak sempat naka explore. Dah pergi beberapa kali pun masih tak cukup nak explore. kena repeat atau berkampung lama sikit baru syok :)
Deleteshida pernah pergi sekali je fiza langkawi ni..
ReplyDeleteitu pun ikut trip taman hahahaa
Dapat jugak jejak Langkawi tu Shida. Takpe, pasni boleh plan ke Langkawi pulak lepas reda COVID.
DeleteBanyak tempat menarik ye di Langkawi.. Belum pernah sampai lagi.. InshaAllah tunggu semua reda nanti nak pergi jalan jalan ke sana... tak tahu la bila..
ReplyDeleteBanyak lagi tempat menarik di Langkawi naniey. Boleh check dalam link entry. Pasni boleh lah merancang ke Langkawi pulak lepas semuanya reda.
DeleteHehe selalu akak ke sana pergi tempat tarikan pelancong dan naik kereta kabel, pandai memang tidak singgah.
ReplyDeleteOh ada juga pantai-pantai akak kurang tahu.
Naik kereta kabel tu wajib singgah. Sesekali dah sampai sana, kan. cuma sekarang dah ada 3 cara nak naik atas tu.
DeleteLepas ni bolehlah bercuti kat tepian pantai pulak kak :)
dah bosan pi langkawi. tapi kalau direzekikan sekali lagi ke langkawi, saya nak lepak pantai2 ni jer..
ReplyDeleteWahhh selalu pergi Langkawi. Best tu. Saya pun kalau pergi nak lepak pantai je. Macam best je layan view pantai yang cantik.
DeleteSaya dah pergi langkawi 3 kali, 7 Pantai tu takde satu pun saya pergi hahaha.
ReplyDeleteMaknanya next time kena singgah pantai pulak tu Nadia.
DeleteTak pernah sampai lagi Langkawi, moga moga next time boleh sampaiiiii.
ReplyDeleteLepas ni boleh lah merancang bercuti ke Langkawi pulak. honeymoon ke nanti kan :)
Delete