Header Ads

Air Soya Panas Dan Tau Fu Fah

Ada soya panas, mesti akan ada tau fu fah. Betul tak? Soya panas ni susah betul nak dapat. Sebelum COVID-19 ada pasar malam senanglah sikit nak membeli. Baru-baru ni suami bawa balik sebungkus soya panas dan tau fu fah.

Tahu tahu je kegemaran isteri. Kita pun apalagi, senyum sampai telinga dapat minuman dan makanan kegemaran.

Lama betul tak dapat minum air soya panas. Nikmat tak terkata. Dulu rajin gak beli soya instant bancuh tu. Sedap jugak. Tapi sejak tular keburukan minum soya. Terus saya rasa kurangkan minum.

Tapi sebenarnya keburukan minum soya tu jenis soya yang diubah suai secara genetik ataugenetically modified organism (GMO). So kenalah pilih minuman soya yang terbaik. Sebaiknya minum yang asli lahkan.

Sebenarnya banyak je kebaikan soya ni. Pernah dengar dulu kalau nak anak cantik kulit putih mulus, masa mengandung amalkan minum soya. Orang dulu macam-macam petua dan mitos.

Tengok orang buat air soya ni macam leceh betul. Nak rendam, asingkan kulit, kisar, tapis lagi. Banyak kerja. Memang taklah nak buat sendiri. Melainkan kalau tiba tiba rajin dan banyak masa nak dihabiskan.

Air Soya Panas

Air soya sebungkus RM3, dapatlah lebih kurang 1 jug kecil yang hampir penuh. Biasanya kalau bungkus sampai rumah dan suam-suam dah. Bila minum terus suam suam tu yang sedap tu. Satu cawan mana cukup, kan.

Beralih ke tau fu fah pulak. Sekarang harga dah RM2.50 sebekas. Jangan terkejut ye. Sejak dua tiga menjak ni dah biasa barang makanan naik harga. Bukan sesuatu yang pelik lagi.

Tau Fu Fah

Zaman kecik dulu bulan puasa mesti beli tau fu fah ni. Dulu RM1-RM1.50 kot. Satu bekas ni memang tak cukup kalau share. Boleh buat gaduh kalau ada yang habiskan tak sempat merasa.

Tapi sekarang beli satu kongsi berdua. Sharing is love gitu. Suka makan part bawah manis manis gula melaka. Sedapnya! Nak menangis makan benda sedap yang dah lama tak makan. Dramatic pulak eh.

هناك 55 تعليقًا:

  1. Tau fu fah ni memang suka sangat. Lagi lagi dapat yang sejuk. Leganya tekak bila makan tau fu fah. Tapi tak suka yang gula putih tu.
    Air soya kalau nak buat sendiri leceh sangat. Pernah tengok MIL buat tahun lepas, lamanya nak tunggu siap dan boleh minum soya tu. Tapi berbaloi la rasanya sebab fresh.

    ردحذف
    الردود
    1. lepas beli mesti kena simpan dalam peti ais dulu bagi sejuk. baru sedap makan sejuk sejuk kan. kadang tak menyabor main bedal je makan camtu pun sedap.
      itulah tu pernah tengok kakak ipar buat. Leceh betul. Mudah beli tapi susah pulak nak jumpa orang jual. fresh tu yang sedap tu

      حذف
  2. Haha tau fu fa.. Kita pun suka makan yg bwah2.. Sbb ada gula tu kan haah

    ردحذف
    الردود
    1. dah hujung hujung tu kemain manis pulak dia kan. sebenarnya gula tu kena kacau rata blend sama rata atas bawah. Tapi dah terbiasa makan atas pastu bawah bawah baru terasa gulanya.

      حذف
  3. Aaaaaa dapnyaa tau fu fahh! Fav sangat tauu. Tapi taknak gula merah hehehe. Soya pula sejuk2 mcm nak beku tu Allah lalu dekat tekak. Fuhhhh nikmat kikiki. Oh sana dah 2.50 ye? sini last beli masa puasa kot masih sebekas rm2. Tak tahu lah kot lepas pkp naik harga pula huuu

    ردحذف
    الردود
    1. Fav kita sama. Suka gula putih lagi eh. Saya suka gula merah lagi. Memang nikmat makan. Yep, harga RM2.50 dah. Tak jumpa dah yang RM2.

      حذف
  4. Antara kegemaran Kak PC dan suami. Dua-dua kami suka. Soya panas dan tau fu fah.

    ردحذف
  5. Akk pun dah lama tak minum soya panas & taufu fah.
    Bulan2 puasa sukalah minum soya... menurun ke Abang, sbb masa pregnantkan dia dulu akk suka minum soya. Putih la kejap time baby, dah remaja ni faham sajalah haha...

    ردحذف
    الردود
    1. Sebab tak ada pasar malam dan bazaar ramadhan pun lambat lagi, itu yang rasa lama betul tak makan dan minum ni. Ada orang jual memang lajulah membeli. Hihi..dah remaja dengan aktiviti sekolah lagi kan.

      حذف
  6. tau fu fah ni paling senang nak beli kat pasar malam, bila musim pandemik terus takde idea nak beli kat mana..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Betul. Pasar malam lah tempat yang memang akan ada orang jual soya dan tau fu fah ni. Itulah tu, bila pandemik ni tak tahu dah nak beli kat mana.

      حذف
  7. umi sy suka sgt ngn taufu fah!
    mmg beli tiap kali ke pasar ataupon org dtg jual kat umh..
    lain plak ngn sy.. xbpe suka taufu fah.. kalo air soya tu minum jgk.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Kami memang geng! Ada orang datang jual kat rumah. Best tu. Tak payah mencari.
      Air soya siapa tolak rugilah kan. Sedap!

      حذف
  8. الردود
    1. soya sejuk sedap jugak. Laju habiskan. Kalau dibiarkan soya cepat rasa tawar bila ais dah cair.

      حذف
  9. Dua-dua akak suka! Tapi memang dah lama sangat tak merasa. Duduk di tempat baru, belum explore sangat. Belum pernah ke pasar malam/pagi di sini pun.

    Kalau air kotak soya, akak suka homesoy original.

    ردحذف
    الردود
    1. Soya dan tau fu fah ni kalau sentiasa ada orang jual tanpa tunggu pasar malam mesti laku kan. Pasni boleh xplore kak kot ada jumpa orang terdekat jual.

      Air homesoy sedap. Pernah beli yang instant bancuh tu.

      حذف
  10. Alahai sama lama tidak makan taufufah. Hampir terlupa. Hehe Fiza ingatkan semula. Betul selalu cari di pasar malam. Ini lama tidak ke sana jadi tidaklah dapat dilihat lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu, biasa beli kat pasar malam je. jarang nampak orang jual tepi jalan. Kena tunggu pasar malam buka semula baru lah dapat makan kalau tak ada orang jual sekarang ni.

      حذف
  11. air soya saya kurang suka, tapi kalau tau fu fah gula merah memang favourite. amboi dah harga kayangan

    ردحذف
    الردود
    1. Tau fu fah gula merah tu memang syok haihh kalau dapat. Fav kita sama. Memang amboi kemain lagi harga. Bukan seposen, bukan doploh sen..sekali lima posen naik haaa

      حذف
  12. Tak pernah makan lagi. InsyaAllah one day. Nampak sedap je tu. Hehe

    ردحذف
  13. Suka makan taufufah.. Kalau pergi pasar malam, antara yang perlu dibeli.. kalau bulan puasa lagilah suka.. Simpan dalam peti ais dulu, lepas tarawih makan.. Fuh, nikmat.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul betul. Bulan puasa, tau fu fah antara menu yang dicari. Dapat bukan bulan puasa ni boleh makan selalu. Memang nikmat betul dapat makan sejuk sejuk.

      حذف
  14. Rindu nak minum soya dan taufufah pasar malam... rasanya dah lama tak minum.
    Pernah buat air soya dan taufufah sendiri.. sangatlah rumit. Sekali.je buat.. lepastu taubat.. beli je lah senang.. RM3 dah boleh terus makan taufufah tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak. Rindu tau fu fah dan segala makanan kat pasar malam. Itulah tu, tengok pembuatan dia rumit dan ambil masa. Baik kita beli je lah..dah lah tak pakar kan. lain pulak jadinya nanti

      حذف
  15. taufu fah panas. dan. gula. merahh memang suka. kalau kena. yg sedapp ok
    tmpt. akak.ni.ada.satu gerai memang best

    ردحذف
    الردود
    1. So far yang pernah beli sedap kak. Dua dua ni memang layan. sedap!

      حذف
  16. Bahan asasnya (kacang soya) naik harga berganda

    ردحذف
  17. Dapnya soya sejuk kak Fiza!!
    Aien tau fu fah kurang sikit la. Biras pandai buat soya sendiri sebab anak-anak dia kaki susu soya ni. Nikmat air tangan ibu gitu.

    ردحذف
    الردود
    1. Soya sejuk memang sedap. Rajinnya biras ain. Anak anak suka soya better buat sendiri lah kan. boleh minum selalu

      حذف
  18. Lama betul tak minum soya
    Skrg ni mudah je
    Esp shaklee kan ada

    ردحذف
  19. Rindu tau fu fa panas, nampak kawan yang ada robot apa tah senang buatnya, tapi nak kena ada robot pula, saya amalkan juga minum soya ni masa mengandung hehe.. Tapi berhati pernah dengar soya mengganggu hormon, ada menstabilkan hormon, (maaf kalau salah) perlu check kan kita ni kalau nak makan selalu. Moga Allah melindungi kita semua Aameen.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada robot senanglah nak membuatnya kan. Itulah tu. Pernah dengar, macam saya beritahu dalam entri yang saya tahu tak bagus tu soya yang diubah. Selain tu tak tahulah. Kena banyak membaca dan tanya pada yang lebih pakar.

      semoga apa yang kita amalkan tu memberikan kebaikan dan bukan kemudaratan. Aaaminn...

      حذف
  20. Air soya akak suka dua-dua. Baik panas mahupun sejuk. Lagi satu akak suka beli soya panas kat satu kedai ni. Dalam soya panas tu diletakkan ketulan-ketulan kecil diperbuat daripada tepung pulut, ada inti coklat. Kalau dapat memang dah tak pandang keliling dah!

    ردحذف
    الردود
    1. sedap kan dua dua pun. Tak pernah tahu pulak ada ketulan tu. Dari penerangan tu macam mochi gayanya. Kalau kak Farrah beli nanti bolehlah tunjuk :)

      حذف
  21. Taufufah saya suka, air soya saya tak suka. hahhaha. Air soya saya macam susah nak telan. Tapi tau fu fah laju saya telan. Dah lama tak makan tau fu fah sebab takde pasar sangat dekat sini.

    Tetiba teringat tau fu fah dulu cruch belikan. eh tiber haha

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh macam tu pulak Nad. Biasalah kita manusia ada yang makan dah tak makan kan. Itulah tu pasar malam takde susah nak mencari tau fu fah. Soya boleh gak beli air kotak ke tin ke. Hihi

      Alamak, crush belikan..sweet gitu. hihi

      حذف
  22. Kalau saya, suka beli air soya time bulan puasa. Sedappnyaa minum tapi air soya sejuk lah hehehe. Kalau ada cincau, lagi sedappp. Betul, harga naik sekarang tak hairan dahh sebab masing masing semua ada masalah kewangan kann, jadi memang mahal la harganya. Dulu taufufah tu tiap kali pasar malam, wajib beli sebekas. Balik, simpan dalam peti. Malam sikit baruuu makannn. Pernah buat jugakk, tapi kureng menjadi sikit hehehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Tak bulan puasa ni susah nak jumpa orang jual air soya panas ke sejuk ke kan. Cincau tu sedap gak tapi saya kurang gemar sikit. Mengganggu nak minum. Hihi

      itulah tu, musim pkp apa nak diherankan kalau naik harga. Barang asas pun naik harga, jadi peniaga kena naikkan harga juga macam tu.

      Buat sendiri macam tak betul betul dapat macam orang jual tu kan. Kita serahkan pada yang pakar. Kita pakar beli je :)

      حذف
  23. fav sy ni. g pasar mlm wajib beli. 😆 kalau dlm tin yeo's tu pn selalu jg beli. laa ni je jrg minum...pd hal ada je penjual soya dpn opis😊

    ردحذف
    الردود
    1. Ada pasar boleh beli tiap minggu.Ehhh....ada yang dekat taknak beli pulak kan :)

      حذف
  24. taufufah tu kalau letak dlm peti sejuk.. huihhh sedap giler!

    ردحذف
  25. Saya sukaaaa soya tapi tau fu fah, kurang sikit minatnya .. Kalau mak, memang favourite la tau fu fah ni.. Huhu.. Bulan puasa haritu, rajin beli kat bazar

    ردحذف
    الردود
    1. Soya sedap. Tau fu fah pun sedap. hihi..geng tak minat tau fu fah ni. Boleh genglah ni dengan mak nona suka tau fu fah. Bulan puasa syok makan buat moreh. atau lepas berbuka.

      حذف
  26. Sedapnya minuman air soya. Tau fu fah pun sedap juga. Di LD susahlah nak jumpa dua-duanya ni sekarang sebab dijual di pasar tani. Sejak PKP, pasar tani pun ikut 'tidur'.

    ردحذف
    الردود
    1. Sejak pasar malam tak bukak dan pasar tani pun tak semua orang berniaga, memang susah nak jumpa air soya dan tau fu fah ni kan Kak Amie. Yang saya beli ni rasanya peniaga yang jual kat pasar malam kot. Cari jalan lain jual tepi jalan je dari mengharapkan pasar malam boleh dibukak semula.

      حذف
  27. tau fu fah kalau di sini disebut kembang tahu, wah sedap.. sudah lama tak makan..

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh kembang tahu namanya. Terima kasih share Naia. Dapat tahu juga nama makanan di negara lain. Memang sedap. Cuma sejak COVID ni susah nak jumpa dah

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.