Header Ads

Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Sambal tempoyak daun kayu sudah, ketam goreng berempah sudah, masak pucuk paku pun sudah. Nak masak apa lagi ek? Alang-alang dah ambil daun kari balik Pilah haritu, dan dan rasa macam nak buat ayam buttermilk pulak. Sebabnya stok chicken popcorn pun ada. 

Senang bila dah ada ready made chicken popcorn ni. Tak perlu nak buat dari asas potong ayam dan goreng salut tepung. 

Kebetulan juga stok susu segar kotak kecil tu masih ada stok lagi. Dapatlah kita buat ayam buttermilk susu segar. Sebelum ni nak buat juga ayam buttermilk tanpa daun kari tapi macam tak best pulak kalau tak letak daun kari.

Dah ada daun kari, apa tunggu lagi. Kita masaklah. Eh..selain daun kari, cheese juga mainkan peranan penting juga untuk rasa ayam buttermilk cheese yang sedap dengan susu segar dan aroma daun kari.

baca juga : resipi ayam buttermilk simple

Saya dah kongsikan resipi sebelum ini, jadi boleh rujuk dalam link di atas ye.

Resipi Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Suka jenis sos ayam buttermilk susu segar dan cheese sebab lebih pekat. Ayam buttermilk sesuai makan dengan apa? Sesuai makan dengan nasi panas panas. Dan sebaiknya makan selepas dimasak sebab bila sejuk cheese akan membeku dan kurang sedap.

Resipi Ayam Buttermilk Susu Segar Cheese

Siap lauk permintaan encik suami. Dah ambil daun kari dan bahan-bahan pun ada, tak kan tak masak pulak kan.

هناك 44 تعليقًا:

  1. الردود
    1. Sedap Shida. Sesekali boleh lah masak camni. Kalau selalu muak jugak. 😅

      حذف
  2. suka aym buttermilk! aritu pernah masak skali..
    ingt nk buat lg tp mls betol nk g petik daun kari.. haha

    ردحذف
  3. Syu suka ratah macam tu jer. Tak pun makan dengan spaghetti. Bukan apa, bila makan dengan nasi Syu rasa muak😅.

    ردحذف
    الردود
    1. Ratah macam tu je pun sodap. Makan dengan spaghetti belum pernah lagi. Boleh cuba kot masak spaghetti nanti. Spaghetti carbonara eh? Makan dengan nasi okay kalau panas panas. Tapi kena makan dengan satu lauk tu je lah. Kalau tak, tak laku 😅

      حذف
  4. Mudah sangat ni guna chicken popcorn ye
    Nak kena try :)

    ردحذف
    الردود
    1. Lagi mudah guna chicken popcorn. Tinggal gorengkan dan masakkan bersama sos dia je

      حذف
  5. Biasa dengar udang buttermilk. Ayam pun ada jugak? Mesti best ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada, sama sedap dengan udang buttermilk. Best. Cubalah ayam pulak nanti.

      حذف
  6. Lauk ini kena regu dengan lauk pedas. Kalau makan ini sahaja dengan nasi kurang jalan.

    ردحذف
    الردود
    1. Saya tambahkan cili untuk rasa pedas tu kak. Baru best makan ada rasa pedas. Kalau tak muak nanti.

      حذف
  7. favourite ni. lama tak buat. menarik lauk Fizah. Ada lauk Melayu dan western.

    ردحذف
    الردود
    1. Senang boleh rasa kedua duanya Sal. Kot teringin makan, bolehlah buat lepas ni Sal. Lama tak buat, kan :p

      حذف
  8. Buttermilk Chicken memang sedap. Naniey selalu buat dengan udang.. Buat kuah lebih dan makan dengan spagetti.. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Buttermilk udang pun sedap Naniey. Menarika gak makan dengan spaghetti.

      حذف
  9. Ya Allah! Sedapnya ayam buttermilk susu segar cheese tu!
    Teringat Abang Farid. Dukanya dia masakan begini.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang sedap Kak Amie..ohh menu favourite Farid ye. Kalau ada kat rumah dapat juga rasa masakan dia, kan.

      حذف
  10. الردود
    1. Boleh cuba nanti resipi tu Rabia dan rasa macamana. Resipi dalam link warna pink tu.

      حذف
  11. الردود
    1. Memang sedap. Pernah share resipinya sebelum ni, so saya sediakan link untuk ke entri resipi tu. Link warna pink tu. Bolehlah jengah nanti kalau nak mencuba.

      حذف
    2. owh... ade rupenye. sori tak nampak. hehehe

      حذف
    3. Iye, kalau resipi dah pernah share saya link kan je ke entri lama. Hehe..okay, no problem.

      حذف
  12. Saya pernah coba ayam buttermilk nih :D. Sukaaaa sangat. Ini reminds saya dengan rasa ayam/seafood dimasak pakai saus telur asin. Mirip rasanya. Dulu awal coba ini di Malaysia, saya pikir ini saus telur asin , tapi teman bilang buttermilk cheese. Sejak itu suka sangat :D

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, lebih kurang dengan saus telur asin. Tapi kalau nak tambah boleh je. jadi buttermilk salted eggs. Memang sedap, kan.

      حذف
  13. Tgh tgk ni dgn anak dara ammi.. Dan dan tu dia nak jugak.

    ردحذف
  14. Saya selalu masak resepi ini. heheh memang sedap . tapi rasanya dah berbulan bulan juga saya tak makan makanan ni

    ردحذف
  15. menu buttermilk fav ankdara tp slalunya buat udang

    ردحذف
  16. Menarik! Cuma kadang kadang tekka ni cepat terasa muak makan menu ni..hohooo

    ردحذف
    الردود
    1. Agak cepat muak sikit. Kena tambah cili ada rasa pedas baru kurang muak :)

      حذف
  17. Rinduuu pulakkkk nak makan, dulu housemate selalu masak lauk macam ni :')

    ردحذف
    الردود
    1. Senang je nak masaknya pun Atiqah. Dengan syarat beli ayam dah siap coating dengan tepung semua. Tinggal goreng dan buat sos je nanti.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.