Bertahun Lamanya Tak Makan Buah Rambai
Kali terakhir makan buah rambai zaman sekolah rendah ke sekolah menengah entah. Lama dah, kan? Dulu zaman kanak-kanak macam selalu jugak makan buah rambai ni bila tiba musim buah rambai.
Zaman dah berubah, makin lama makin susah pulak nak jumpa buah buahan kampung. Dah termasuk dalam golongan buah-buahan rare lah untuk penghuni bandar. Mungkin di kampung masih mudah nak jumpa lagi buah rambai ni.
Semalam on the way balik rumah dari Kuala Pilah, singgah kedai tepi jalan nak beli petai kononnya. Nak buat sambal tempoyak daun kayu lagi. Dah nampak macam-macam tak mungkinlah beli petai je. Beli buah rambai dan beli cempedak jugak.
Seikat petai RM10, seikat buah rambai RM5, cempedak 2 biji 2.6kg. Sekilo RM7. Total RM33. Diskaun 20sen.
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEt4I5v4FxN5SAIreMDyn7xjGrdpijw0vI_xBD0OVTyvtwxMdRcg-99_hyarpH-mA6fLI4mNnSJygoys22m5K3bPz1Jzt78F5U_mDuUMFBwm5SdouyHfUJHSFZ6V_cAOReuIJawOrkuHZ0/s16000-rw/buah+rambai+kuala+pilah.jpg)
Jangan ditanya buah rambai jenis apa. Bila saya cari dalam internet ada buah rambai hutan, ada buah rambai merah. Yang saya tahu buah rambai jenis yang ini je lah.
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEichcA87tLomlO02co8PqVaLLJDK7wt48UQYcE322O7ZX2sQ-9JeyQMg1SBsURCCfmHbjWU0QZHauoNliGkdu6C_iUTrw1KJ3qw90_apCjzSbuaeW84UJ5c4KiVFNJS86EGnit7OqTbL2gg/s16000-rw/buah+rambai+close+up.jpg)
Sedih tengok buah rambai ni. Dah lama kot. Nak kupas kulitnya pun susah. Dia punya rasa macam jangan cerita. Terkenyit kenyit mata menahan rasa masam. Haha...
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlsA5aPwp8jE8d5vf4WepCbSuc1riTSJr9CYQ7UBSHPcde6QYvVIv3ZH5hl2GVBYXFXpYovhjJo_lXEghZtDtfJ24bdcj2b6TGhCXgkXMWh65VUQe0MMD8ZIXYLjGE9CIlXwO7inlGN7di/s16000-rw/Buah+Rambai.jpg)
![Kedai Buah Tanjung Kedai Buah Tepi Jalan Kuala PIlah-Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0-_GmoXc48ZMb5V6exmYq5c3mWxXysgbagvM4A5ByXSpxgLEwxyCZm-AD73MIQ-dKURxAWSUFPwFATCvRufz8Ddl4DXqC2BJcWyY08Z-4X2cf0CatguAhqtPVCbsU5Zqz1muZI2LjJpaf/s16000-rw/Jalan+Kuala+Pilah-Seremban.jpg)
Ambil gambar dalam kereta je mampu. Malas nak turun, nanti lagi banyak dibeli. Itu nak ini nak. Haha...
Zaman dah berubah, makin lama makin susah pulak nak jumpa buah buahan kampung. Dah termasuk dalam golongan buah-buahan rare lah untuk penghuni bandar. Mungkin di kampung masih mudah nak jumpa lagi buah rambai ni.
Semalam on the way balik rumah dari Kuala Pilah, singgah kedai tepi jalan nak beli petai kononnya. Nak buat sambal tempoyak daun kayu lagi. Dah nampak macam-macam tak mungkinlah beli petai je. Beli buah rambai dan beli cempedak jugak.
Seikat petai RM10, seikat buah rambai RM5, cempedak 2 biji 2.6kg. Sekilo RM7. Total RM33. Diskaun 20sen.
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEt4I5v4FxN5SAIreMDyn7xjGrdpijw0vI_xBD0OVTyvtwxMdRcg-99_hyarpH-mA6fLI4mNnSJygoys22m5K3bPz1Jzt78F5U_mDuUMFBwm5SdouyHfUJHSFZ6V_cAOReuIJawOrkuHZ0/s16000-rw/buah+rambai+kuala+pilah.jpg)
Buah rambai
Buah rambai tumbuh segugus. Kulit buah rambai berwarna kuning, atau perang yang berkedut apabila matang dan memiliki dua ulas isi putih antara tiga hingga lima biji benih. Rasa buah rambai bercampur masam manis.Jangan ditanya buah rambai jenis apa. Bila saya cari dalam internet ada buah rambai hutan, ada buah rambai merah. Yang saya tahu buah rambai jenis yang ini je lah.
Selama ni saya cuma tahu buah rambai sedap dimakan begitu sahaja. Baru baru ni, baru saya tahu buah rambai masak lemak, kulit buah rambai pun boleh buat lauk. Selama ni makan terus buang je kulitnya.
Nak tahu resipinya. boleh rujuk kulit buah rambai masak lemak cili api dapur Abam Kie atau kulit buah rambai campur dalam ikan masak lemak cili api dari dapur kak SA.
Selain itu, jeruk buah rambai pun ada. Tak pernah lagi makan jeruk buah rambai mahupun masak lemak cili api. Makan macam tu je pun dah masam boleh tahan.
Selain itu, jeruk buah rambai pun ada. Tak pernah lagi makan jeruk buah rambai mahupun masak lemak cili api. Makan macam tu je pun dah masam boleh tahan.
Suka jugak makan buah rambai tapi menyampah bila isi ciput je, biji je yang lebih. Membazir betul. Cara makan buah rambai kenalah buang bijinya kan? Ke telan terus je?
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEichcA87tLomlO02co8PqVaLLJDK7wt48UQYcE322O7ZX2sQ-9JeyQMg1SBsURCCfmHbjWU0QZHauoNliGkdu6C_iUTrw1KJ3qw90_apCjzSbuaeW84UJ5c4KiVFNJS86EGnit7OqTbL2gg/s16000-rw/buah+rambai+close+up.jpg)
Sedih tengok buah rambai ni. Dah lama kot. Nak kupas kulitnya pun susah. Dia punya rasa macam jangan cerita. Terkenyit kenyit mata menahan rasa masam. Haha...
![Buah Rambai Buah Rambai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlsA5aPwp8jE8d5vf4WepCbSuc1riTSJr9CYQ7UBSHPcde6QYvVIv3ZH5hl2GVBYXFXpYovhjJo_lXEghZtDtfJ24bdcj2b6TGhCXgkXMWh65VUQe0MMD8ZIXYLjGE9CIlXwO7inlGN7di/s16000-rw/Buah+Rambai.jpg)
Kira bolehlah kan RM5 seikat untuk merasa. Geram betul tengok ada segala buah. Buah tampoi tu saya tak beli sebab dah beli buah rambai. Encik suami tak makan, saya kena makan sorang matilanakkk...Bila zaman nak habiskan. Lain kali okay!
![Kedai Buah Tanjung Kedai Buah Tepi Jalan Kuala PIlah-Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0-_GmoXc48ZMb5V6exmYq5c3mWxXysgbagvM4A5ByXSpxgLEwxyCZm-AD73MIQ-dKURxAWSUFPwFATCvRufz8Ddl4DXqC2BJcWyY08Z-4X2cf0CatguAhqtPVCbsU5Zqz1muZI2LjJpaf/s16000-rw/Jalan+Kuala+Pilah-Seremban.jpg)
Rasanya rabia tak pernah makan buah rambai ni
ردحذفMungkin sebab susah nak jumpa kot. Kalau jumpa bolehlah Rabia cuba nanti.
حذفsedapnya buah rambai.. mmg lama betol xmkn..
ردحذفkat kg sy ni pon dh xjmpa buah rambai.. huu
Ini kalilah dapat makan. Masam masam pun sedap kan. Tapi tak tahan tu bila asyik nak ke toilet je.
حذفNampak macam dah lama buah rambai tu
ردحذفKulitnya pun dah kecut
Tapi isinya masih elok
Buah rambai kat dusun wak pun tak terkutip , dah banyak yang berguguran.
Memang dah lama wak. Kulitnya dah kecut. Isi dia masih elok lagi. Agaknya berpanas tergantung kot atau memang dah lama.
حذفSayangnya wak. Tak jual atau bahagi bahagi ke wak?
Puluh tahun rasanya tak makan buah rambai ni. Dulu rumah atok banyak pokok rambai. Buahnya lebat tak ernah putus. Manis sangat.
ردحذفBagusnya putus tak pernah putus. Tak perlu tunggu musim.
حذفWaktu sekolah rendah selalu beli jeruk rambai di kedai depan sekolah. Dijeruk sebij-sebiji . Kulitnya sedap! Kulit rambai masak lemak cili api memang biasa makan tapi dulu-dululah waktu di Malaya. Sekarang susah nak jumpa buah rambai. Dulu-dulu banyak rambai tapi tak banyak langsat atau duku. Sekarang langsat dan duku banyak, jadi rambai tenggelam disebabkan rasanya yang masam. Pernah juga makan rambai yang manis, tapi jarang jumpa. Terakhir makan rambai pada tahun 2018 kalau tak silap. Beli di Paya Jaras.
ردحذفOhh dulu dulu ada orang jual ye kak Amie. Tak pernah cuba dan jumpa jeruk buah rambai. Agaknya jarang orang makan buah ramai kot. Memang jarang jumpa yang manis. Biasa masam je ada. Nanti ada rezeki balik Malaya boleh cari buah rambai pulak kak Amie.
حذفtak ingat dah bile last makan rambai... tapi tak minat sangat rambai ni sebab selalunya masam.. hahaha
ردحذفMemang masam pun. Mula mula manis lepas tu masam gila.
حذفuik lamanya he hee
ردحذفakak telan biji juga kalau buah yg manis tu, penat asyik kkemam buamgg
tapikan tak semua telan sb takut sembelit pula
sb ingat zaman2 dulu telan byk2 terus sembelit hihii
Lama sangat dah. hihi..buah susah nak dapat, kan. Lagipun tak mencari sangat pun. Tiba tiba pulak teringin makan.
حذفSaya risau nak telan biji tu. Hahaha..memang buang bijinya.
aah sama la bertahun jugak tak makan. khamis baru ni dapat makan nikmat tak terkata.
ردحذفItulah tu, lama betul tak makan. Alhamdulillah ada rezeki gak dapat buah rambai juga.
حذفMula makan buah rambai, bila teringat cerita dongeng sesama sendiri, bijinya boleh tumbuh dalam perut, tak berani pula hehe..
ردحذفHahaha..pernah dengar jugak tu. Itu yang macam takut kalau tertelan biji.
حذفRasa macam lama gak lah tak makan. Saya pernah cuba makan kulitnya dibuat gulai, jeruk rasa macam pernah tapi tak pasti. Ok lah harga tu. Buat merasa je. Buah rambai jarang orang makan beria macam durian or manggis
ردحذفBuah rare yang susah nak jumpa. Jadi jarang rasa nak makan. Yep, okaylah harga dia dengan kuantiti tu. Plus, saya makan sorang je. Jenuh nak menghabiskan. Betul, buah rambai orang tak pandang sangat pun sebab masam kot.
حذفSaya makan rambai telan biji cepat kenyang...tapi pastu kalau sembelit jangan merungut la🤭
ردحذفUishhh.hebat kak. Hahah itulah pasalnya. Salah sendiri telan biji, kan. Hehehe
حذفSebelum ni ada sebatang pokok rambai di belakang rumah datuk.. tapi dah takde lagi sebab telah ditebang.. Merasa jugalah buahnya dulu
ردحذفsayangnya ditebang. Lepas ni nak makan kenalah membeli.
حذفDah lama tak makan jugak.Last makan masa sekolah rendah.Dulu dekat rumah tok ada sepokok tapi dah kena tebang sebab dah mati.Pokok jambu susu pun sama. Sekarang tinggal pokok cempedak jer.Hu3.
ردحذفAlahaii sayang bila ditebang. Tapi tak ada hasil lagi dah mati memang itulah nasib dia kan. Ada pokok cempedak kena jaga elok elok tu. Semoga ada hasilnya nanti. Aaminn...
حذفSama la. Naniey dah lama tak makan rambai ni.. Macam susah nak jumpa juga buah ni sekarang.. Kalau kawasan kampung or pekan kecil rasanya boleh jumpa lagi.
ردحذفBuah rare susah nak jumpa, kan. Kampung kampung banyaklah orang jual kalau tengah musim.
حذفRambai kurang popular. Akak pun makan sedikit. Hehe baru tahu boleh buat jeruk. Takpelah makan terus senang.
ردحذفBetul, sejenis buah bukan kegemaran ramai. Yep, boleh buat jeruk. Saya pun makan terus je.
حذفAkak rasa dah berpuluh-puluh tahun juga tak makan rambai. Susah nak jumpa :)
ردحذفTahu takpe kak. Sebab susah nak jumpa, itu yang lama tak makan
حذفAkak mkn rambai tak pernah telan bijinya..anak2 pulak langsung tak pandang buah2 mcm ni
ردحذفSaya pun tak berani nak telan bijinya. Budak budak sekarang jarang nak makan buah buahan tempatan ni. Hehe
حذفAakak x berapa suka buah rambai...sebabnya masam lepas tu x reti nak makan telan sekali bijinya
ردحذفMemang masam. Bijinya saya tak berani nak telan. Mungkin sebab tu lah ramai tak suka makan buah rambai kot kan.
حذفsama la fiza.. mama pun lama sgt tak makan rambai. dulu masa kecil2 geli nak makan sebab dia kan berlendir bila kulit luar pecah. tapi sedap oo
ردحذفHehe..bila rasa baru tahu sedap kan even masam masam sikit.
حذفrumah arwah nenek di jelebu memang ada pokok rambai, rasanya dalam 3-4 pokok jugak dan ada yang masih hidup sampai sekarang.
ردحذفsaya tak suka sangat makan buah rampai sebab masam, tak tahan benda2 masam lepas tu tak berani nak telan biji tu sekali. nanti susah nak 'membuang' hihihi
tapi family suka masak kulit rambai masak lemak cili padi. menu ini memang saya tak tolak, sedap.
Banyak jugak tu pokok buah rambai. Buah rambai memang masam sikit. kalau suka tu, sukalah. Saya beli sebab teringin makan je. Biji memang tak berani nak telan lah.
حذفKulit rambai masak lemak cili api saya belum pernah makan lagi. Baru tahu kulit buah rambai buat lauk.
sama lah fiza..smpai shida sendiri tak ingat pernah mkn ke x buah ni sebenarnya ^_^
ردحذفHehe..faham Shida. buah ni dulu dulu je macam mudah nak jumpa, kan. Sekarang ni kat kampung kampung je meriah buahnya. Mungkin sebab buah ni tak ramai yang suka.
حذفMakan rambai zaman kecik2 je dulu kat kebun arwah nenek.. rasa manis. Dulu makan telan biji je.. sekarang kalau makan pun tak banyak mungkin sebab dari kecik dah biasa makan.
ردحذفBest kalau rasa manis tu. yang biasa saya makan rasa masam masam je. Maksudnya bolehlah telan biji ye. Benda dah biasa makan memang kurang rasa nak makan tu sebab dah puas makan :)
حذفlepas baca entri ni ccl baru tahu kulit buah rambai boleh dibuat masakan
ردحذفSaya pun baru tahu jugak Lyana.
حذفNadia rasa, Nadia ni memang ketara bandar ni. First time tahu buah rambai wujud. Selalu set set gini kalau nampak dari jauh nadia akan cakap buat langsat ja kot.
ردحذفBetul betul orang bandar ni. Hihi..faham faham :)
حذفSaya kurang tahu buah rambai nih .. tadi kalo lihat fotonya saya sempat pikir ini buah Langsat atau duku kah? Bentuknya mirip. Tapi pas lihat yang digantung, seperti beda... Jadi tak yakin apakah buah rambai ini beda kah sama dengan duku/Langsat di Indonesia :D ?
ردحذفMungkin dari keluarga yang sama. Lebih mirip kepada langsat. Rasa dia lebih masam sedikit. Saya tak pasti samada sama atau ada nama lain di Indonesia. Ada peluang datang ke Malaysia lagi boleh cuba cari buah rambai ni :)
حذفspesis rambai ni memang confius dengan langsat duku. kadang tahu makan je tak tau buah apa sebenarnya..haha
ردحذفRambai biasanya akan dijual dengan tangkai panjang. Kalau langsat duku mostly jarang dijual dengan tangkai dan tangkai dia macam segugus anggur macam tu.
حذفWahhh, lamanya tak makan, tak ingat bila alst tr makan buah ni..huhuuu
ردحذفBuah legend dan buah rare ni susah nak jumpa. Itu yang macam lama tak makan, kan.
حذفJujur saya cakap, saya selalu keliru kalau buah rambai, duku dengan mata kucing. Memang tahu makan aje >.<
ردحذفMata kucing tu beza banyak. Duku dan rambai mudah je nak kenal. Satu kulit keras satu kulit lembut sikit :) Rambai ni comel comel saiznya. Duku besar sekali dua ganda macam tu
حذف