Bomboloni RM2.50 satu!
Sebelum membeli iced latte Vietnamese Coffee, encik suami singgah membeli bomboloni. Nampak kedai jual bomboloni dulu, jadi kita beli lah makanan dulu. Lepas tu baru beli air. Tak kan beli makanan tak beli air. Kang tercekik naya pak karim!
Sedia maklum harga bomboloni amatlah kayangan ye. Jangan expect harga RM1 untuk satu biji donut bulat dengan inti. Itu jarang jarang sekali jumpa. Paling paling murah pun RM1.20-RM1.50. Standard harga yang biasa saya jumpa RM2.
Kenapa mahal? Sedangkan kuih donut je pun. Bahan asasnya tepung, marjerin, gula, garam dan lain-lain. Ikutkan murah lah kan sebab bahan asasnya boleh dikatakan paras barang murah lagi. Yang menyebabkan harga dia macam tu sebab proses pembuatan dan intinya tu.
Even donut bergula biasa tu pun RM0.50 satu kan. Inikan pula bomboloni. So janganlah bising lebih lebih. Nak murah kenalah buat sendiri.
baca juga : resipi bomboloni khairul aming
Sebenarnya saya agak terkejut juga bila suami cakap RM2.50 satu biji bomboloni. Jarang beli kan donut kayangan ni. Mahalnya??? Bila fikir fikir, orang berniaga biasalah kena kira untung rugi. Mana ada makanan murah sekarang ni. Mana ada orang nak rugi.
Bila harga sebegitu, suami pun pilihlah yang premium flavour macam inti coklat cadbury, nutella dan peanut butter mana-mana yang memang mahal. Baru puas hati membeli dengan harga tu. Plus, dah tahu rasa dia gerenti sedap.
Bila rasa, sumpah sedap! Bomboloni yang gebu dan tersangatlah lembut. Isi padat dengan inti bukan hanya naampak dari luar je. Bila gigit, auto inti pun meletop meleleh keluar.
Bomboloni biasa dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan makanan ringan waktu petang. Intinya telah dipelbagaikan mengikut citarasa.
Sedia maklum harga bomboloni amatlah kayangan ye. Jangan expect harga RM1 untuk satu biji donut bulat dengan inti. Itu jarang jarang sekali jumpa. Paling paling murah pun RM1.20-RM1.50. Standard harga yang biasa saya jumpa RM2.
Kenapa mahal? Sedangkan kuih donut je pun. Bahan asasnya tepung, marjerin, gula, garam dan lain-lain. Ikutkan murah lah kan sebab bahan asasnya boleh dikatakan paras barang murah lagi. Yang menyebabkan harga dia macam tu sebab proses pembuatan dan intinya tu.
Even donut bergula biasa tu pun RM0.50 satu kan. Inikan pula bomboloni. So janganlah bising lebih lebih. Nak murah kenalah buat sendiri.
baca juga : resipi bomboloni khairul aming
Sebenarnya saya agak terkejut juga bila suami cakap RM2.50 satu biji bomboloni. Jarang beli kan donut kayangan ni. Mahalnya??? Bila fikir fikir, orang berniaga biasalah kena kira untung rugi. Mana ada makanan murah sekarang ni. Mana ada orang nak rugi.
Bila harga sebegitu, suami pun pilihlah yang premium flavour macam inti coklat cadbury, nutella dan peanut butter mana-mana yang memang mahal. Baru puas hati membeli dengan harga tu. Plus, dah tahu rasa dia gerenti sedap.
gambau gegau, mencabar sungguh ambil gambar dalam kereta sedang bergerak |
Bila rasa, sumpah sedap! Bomboloni yang gebu dan tersangatlah lembut. Isi padat dengan inti bukan hanya naampak dari luar je. Bila gigit, auto inti pun meletop meleleh keluar.
Comot comot dah makan. Tak dapatlah nak kongsi keratan rentas rupa paras donut ni sebab makan dalam kereta. Tak sempat lah nak ambil gambar kan cerita dia.
Yang disaluti nestum tu pun sedap dan rangup. Tapi dalam dia tak ada inti. Donut disaluti coklat dan juga nestum. Sedap gak style bomboloni tak ada inti kat dalam. Tapi bertabahlah ye makan mesti berterabur bila gigit tu.
So far sangat puas hati beli bomboloni ni. Setara dengan harganya. Saya beli kat Nilai Square jugak sebelah jauh sikit dari gerai Vietnamese Coffee tu.
Bomboloni
Bomboloni merupakan sejenis donut berinti yang berasal dari Itali. Perkataan bomboloni berkaitan dengan perkataan Itali iaitu 'bombe' yang bermaksud bom. Disebabkan donut berbentuk bulat dan berinti seolah olah bom yang sedang menanti masa untuk meletop, jadi dinamakan lah bomboloni.Bomboloni biasa dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan makanan ringan waktu petang. Intinya telah dipelbagaikan mengikut citarasa.
- Bomboloni nutella
- Bomboloni chocolate
- Bomboloni kastard
- Bomboloni strawberry
- Bomboloni orange
- Bomboloni kiwi
- Bomboloni cream cheese
- Bomboloni oreo
- Bomboloni pandan
- Bomboloni milo tabur
- Bomboloni peanut butter
- Bomboloni red velvet
- Bomboloni blueberry
Bomboloni ni dia punya donut tu lebih kurang donut big apple cuma bomboloni ni versi gemuk dan inti didalam.
hanya jauhari je kenal manikam kann.,. nmpk gmbr pon sedapp., ;p
ReplyDeleteItulah tu, kita serahkan pada yang pakar je lah. Mujur rasanya juga sedap wak bukan hanya pada gambar je nampak sedap :)
DeleteOh semua perisa bombalini RM2.50 ya? Betul kena ambil yang pasti sedap.
ReplyDeleteye, setiap satu RM2.50 kak :)
DeleteWak tak pernah jumpa lagi
ReplyDeleteNak nyebutnya pun tak gheti
Hihi..takpe wak. Zaman sekarang nama pelik pelik.
Deleteakak suka bomboloni yg salut dgn coklat dan nestum
ReplyDeletesedappp yummy
dkt tmpr akak ada juga jual 1 rm2.50
Memang sedap yang tu kak. Rangup rangup nestum tu sedap blend dengan roti dan coklat.
DeleteStandard kot harga RM2.50 tu agaknya.
Klu makan ni mmg kena sediakan tisu byk hehe.. Klu makan kt rumah x kisah comot2 hehe
ReplyDeleteTahu takpe. Dalam kereta struggle nak makan. Mujur ada stok wet tissue dalam kereta.
DeleteTak pernah makan lg
ReplyDeletekalau jumpa orang jual bolehlah cuba beli dan rasa.
Deletepuas ati kalo mkn bomboloni camni!
ReplyDeletegebuuu inti penuh! sedapppp..
Tahu takpe! Sedap giler okay :)
DeleteMemang mahalll bomboloni ni, kalau yang murah, mesti kureng sikit rasa dia. Tapi kalau saya, okey je kot beli 3/4 pcs, bukan selalu beli, sekadar lepas ngidam gituuu nak makan benda manis hehehe.
ReplyDeletePerasan gak tu. Kalau murah macam kurang sedap sikit. Nak setara dengan rasa dan harga kot. Yup, betul. Bukan selalu beli pun kan.
Deletetak berapa minat bomboloni, suke lagi donut biasa. tapi klu kak fiza belanja saya makan jer.. rezeki jangan ditolak
ReplyDeleteokay, suka yang sederhana macam tu ye. hihi..rezeki jangan ditolak kan :)
DeleteTeringat beberapa tahun lalu, sempena sambutan kemerdekaan di LD kami ikut kelas bomboloni yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti LD. Ketika kelas berlangsung, sempat intai wakil rakyat lepaskan tembakan untuk program larian merdeka dari Seri Perdana.
ReplyDeleteHihi..ni tak fokus kelas ni Kak Amie :p
DeleteMak oii harganyaaa...psst...Fiza beli kat mana tu? nampak sedap..rasanya macam nak terjebak gak ni
ReplyDeleteSaya ada tulis dalam entri kak. kat Nilai Square. Memang sedap! Berbaloi lah dengan harga tu
Deletekalau mahal tapi sedap takpe. suka jugak sesekali makan bombolini. lupa kejap pantang makanan manis
ReplyDeleteBetul betul. Setuju tu. Mahal, sedap takpe. Jangan mahal tapi tak sedap. Ala, sesekali boleh lah kan :p
DeletePernah makan juga bomboloni . Memang sedap . Kalau kat perlis ni diorang jual 2 ketul RM3 .. Jatuh sebiji bomboloni RM1.50
ReplyDeleteOhh murah lah tu. Kalau kena dengan saiz, harga dan rasa kira okaylah.
DeleteNak tergelak tang tercekik naya Pak Karim tu. Hehe..
ReplyDeleteBomboloni memang harga kayangan tapi kalau flavour premium dan sedap berbaloi beli. Macam yang Fizah beli ni nampak gebu gemok dan sedap.
Hehe..tercekik memang naya kan kalau tak ada air. Flavour premium kira berbaloi jugaklah beli. Yang ni memang gebu dan sedap
DeleteLama dah cheq tak makan bombolini, rindu la jugak rasanya 😋
ReplyDeleteKenalah mencari lepas ni :)
DeleteIni anak2 saya sukaaaaaa sangat, dan pak suamilah :p. Tapi honestly saya sendiri tak suka, karena manis sangat -_- . Jadi cuma icip2 dikiiit aja, trus dahlah, anak2 yg habiskan hahahaha. Mungkin kalo bomboloni ada rasa yg savoury, barulah saya nak :p .
ReplyDeleteTapi memang di Jakarta pun harganya mahal kak. Apalagi yg jelas premium. Tapi sesekali tak apalah :D. Buat snacking sore anak2 :D
Sweet tooth person memang suka makanan manis macam ni. Saya pun sesekali je makan. Rasanya boleh dibilang berapa kali. Ini juga kebetulan nampak orang jual.
Deletegebu-gebas rupa parasnya tu
ReplyDeleteRupa paras tu yang buat tertarik membeli :)
Deletemmg nampak sedap bomboloni ni..
ReplyDeletememang sedap. Jarang bomboloni tak sedap :)
Deleteeshhh sedapnyaa. mkn ptg2.. msti lembut gila ni..
ReplyDeleteMemang sedap dan lembut giler bombo ni Busyra. Mana mana bombo so far pernah makan semua sedap.
Deletenampak sedap ni, nak juga cuba satu..hehe
ReplyDeleteMemang sedap! Kalau jumpa kedai bombo bolehlah cuba beli dan rasa :)
DeleteKat tempat akak ni pun ada bombolini viral RM2.50 sebiji. Dulu-dulu RM2 je. Tapi, memang puas hatilah makan. Inti mewah. Donutnya lembut dan gebu. Sekali-sekala bolehlah manjakan tunas rasa dengan bombolini hehehe
ReplyDeleteTengok gambar bombolini Fiza, terus jadi teringin...
Mewah dengan inti memang puas hati lah dengan harga tu. Tang donut lembut tu yang best tu. Setuju kak, sesekali bolehlah. Selalu memang taklah. Manis dan nipis poket nanti.
DeleteHihi..kalau belum makan manis boleh beli nanti kak Farrah :)
suka bomboloni..suka inti nutella dan peanut
ReplyDeleteSuka jugak inti nutella tu. Peanut macam kurang gemar sikit kalau dengan bombo.
Deletesedap tapi shida kureng skit makannya ^_^
ReplyDeleteKurang suka eh, boleh hulur kat sini :p
Delete1st time dulu beli mmg tekujat jg laa sbb smpi RM15 (bli byk) tp bla igt blk Big Apple n seangkatan dgn nya yg lg mahal, reda je laa dlm hati. niat nk bantu peniaga tepi jln😊
ReplyDeleteBetul betul. Bila fikir balik macam tu memang redha je lah bendanya mahal dan nak membuatnya pun rumit. :)
DeleteFavorite too! Tempat sy, sebiji rm2.50, jugak.. tapi kalau amek lima, dia bagi rm10... Macam macam perisa, haritu org tu jual perisa green tea.. Sedappnyaaaa ui!
ReplyDeleteOhh memang standard lah kot RM2.50 sebiji tu. Pandai marketing dia. Mesti ramai beli 5 tu kan :)
DeleteDulu waktu awal awal bomboloni ni femes saya terus jatuh cinta dengan bomboloni nutella. Sedap betul lah haha
ReplyDeleteFilling nutella memang sedap. makan satu tak puas rasanya, kan Nad :)
Delete