Buah Dokong Dahlah Manis, Murah Pula
Masih musim buah lagi ke? Saya pun tak pasti. Cerita beberapa hari lepas, encik suami keluar membeli buah dokong. Buah dokong yang saya kenal beginilah rupa dia.
Dah makan buah dokong ni susah nak berhenti. Ralit makan sampai rasa dah tak larat nak makan baru nak stop. Bahaya betul!
Berbeza betul dengan buah langsat. Makan satu dua biji terus tak nak makan dah sebab masam.
Buah dokong vs langsat, buah dokong vs duku
Buah langsat lebih kurang sama tapi kelat. Buah duku pulak kulitnya tebal sikit. Itulah sedikit sebanyak perbezaan antara buah dokong vs langsat vs duku.
Jangan ditanya buah dokong johor ke terengganu ke. Memang lansung tak tahu. Yang saya pasti ini adalah buah dokong rasa yang manis. Ke dukong ejaan dia? Aduh, berganda ganda celaru.
Jangan ditanya buah dokong johor ke terengganu ke. Memang lansung tak tahu. Yang saya pasti ini adalah buah dokong rasa yang manis. Ke dukong ejaan dia? Aduh, berganda ganda celaru.
Buah dokong
Kulit dia tak tebal dan tak nipis. Tidak bergetah sangat dan rasa buah yang manis. Saiznya random, ada kecil ada besar. Saya suka makan yang jenis saiz kecil tidak berbiji. Ada orang telah biji sekali tapi saya tak makan biji sekali. Pahit kot!Perbezaan buah dokong dan langsat yang paling ketara adalah dari segi rasa. Rasa buah dokong manis tapi langsat ada rasa masam masam dan sedikit kelat. Betul tak?
Semua buah dokong ni manis. Ada yang manis amat sampai sakit kepala dibuatnya. Dapat yang manis gila tu terus kepala saya rasa pening. Mujurlah ada rasa yang manis biasa biasa masih boleh ditelan. Dahlah suami beli 3 kilo. RM10 untuk 3 kilo katanya.
Dia pulak tak berapa nak makan sangat. Setakat sebiji dua je. Separuh tu saya suruh encik suami bawa bagi lah sesiapa yang ada.
Semua buah dokong ni manis. Ada yang manis amat sampai sakit kepala dibuatnya. Dapat yang manis gila tu terus kepala saya rasa pening. Mujurlah ada rasa yang manis biasa biasa masih boleh ditelan. Dahlah suami beli 3 kilo. RM10 untuk 3 kilo katanya.
Dia pulak tak berapa nak makan sangat. Setakat sebiji dua je. Separuh tu saya suruh encik suami bawa bagi lah sesiapa yang ada.
Dah makan buah dokong ni susah nak berhenti. Ralit makan sampai rasa dah tak larat nak makan baru nak stop. Bahaya betul!
Berbeza betul dengan buah langsat. Makan satu dua biji terus tak nak makan dah sebab masam.
busyra geram betul tngok gmbar2 akak…. so cntikkk! busyra x leh mkn sngt dokong sbb angin..
ReplyDeleteTerima kasih Busyra :)
DeleteOhh buah dokong salah satu makanan yang berangin jugak eh? Baru tahu.
Baru beli semalam kat bandar..4kg RM10..manis tp biasa la x suka sangat sebab asyik tergigit biji
ReplyDeleteOhh lagi murah tu kan. Tergigit biji tu yang tak syok tu.
DeleteBetoi la Azhafizah...
ReplyDeleteBila makan payah nak berenti.Bukan reti makan seulas-seulas,sebiji bulat tu sekali masuk molot kan...
Sini sekilo RM4....Kat Nismiland berapa?
Kann..makan seulas seulas macam lambat. hihi
Deletetak tahu pulak sekilo berapa. husband beli 3kg RM10.
sedpnya buah dokong, dah lama juga tak makan..
ReplyDeletesedap sebab buah ni sentiasa manis, kan :)
DeleteBetul, bila dah mula makan macam ketagih susah nak berhenti lepas tu hitam hujung jari celah kuku sebab getahnya.
ReplyDeleteTak tahu bila nak stop kadang. Haha...
DeleteA ah ada kesan hitam jugak
masih x dpt bezakan dokong dan langsat.. macam kt sini x penah pulak tgk org jual dokong semuanya langsat.. hihihi.. tp mkn langsat pn sama jugak mmg susah nk stop
ReplyDeleteHehe..kalau saya langsat tu masam dan kelat sikit. Tahu takpe, payah nak stop makan buah macam ni. lagi lagi tengah menyembang tu. laju masuk mulut sedar sedar habis.
DeleteSaya pun suka makan yang kecik-kecik tu. Buah ni addictive. Dah start susah nak berhenti
ReplyDeleteYang kecik kecik seedless tu sedap. Rasa dia pun manis manis biasa. Betul tu Sal, addictive betul. Stop bila dah habis. Hehe
DeleteSedapnya! Musim buah kali ni tak berpeluang lagi merasa dokong. Kena cari ni...
ReplyDeleteSaya pun baru je dapat ni Kak Farrah. Kadang bila nak tu lah tak ada. Harap ada rezeki kak Farrah juga.
DeleteAlhamdulillah, ada rezeki akak merasa Fiza. Semalam dapat buah dokong, senyum lebar makan sambil ingat entri Fiza yang ini :)
DeleteAlhamdulillah dapat juga merasa makan buah dukong.
Deletehihi..teringat entri ni terus ye :)
Jiran kat kampung Mrs. A pun jual RM10 3kg.
ReplyDeleteMemang puashati fresh dari ladang.
Samalah suka yang kecik-kecik takde biji yang ada biji tu tak puas asyik nak kena buang biji jer... kalau duk makan depan tv kena sediakan mangkuk kecik biar senang buang biji tu hahaha
Fresh dari ladang tu yang best tu kak. Bolehlah tahan lama sikit kalau tak dihabiskan cepat. Yang takde biji tu senang makan. Memang kena ada bekas untuk kulit dan biji.
Deleteantara buah yang saya tak pernah makan haha duku, langsat, dokong and mata kucing. but you do know how to make those fruits look so mouthwatering.
ReplyDeleteOh really? You should try one.
DeleteThank you so much Tqa :)
dh musim ek..tkde nmpk lg org jual..dpt yg manis..sedapnya
ReplyDeleteTak tahulah musim ke tidak kak. Dokong ni biasanya manis.
DeletePernah baca info, buah dokong ni buah kacukan antara duku dan langsat. Tak tahulah fakta atau auta 🤭
ReplyDeletePernah dengar gak tu. Tapi tak tahu juga sejauh mana kebenarannya tu.
DeleteBuah dokong ni kira duku siamlah
ReplyDeleteTapi sedap dan manis lagi duku terengganu.
Ohh macam tu ye wak. Duku Terengganu saya pun tak pasti yang mana. Kalau ada bolehlah cuba.
DeleteBetul itu ralit kalau makan dokong. Sama tidak makan biji yang besar itu. Tidak tertelan.
ReplyDeleteKalau ada biji memang tak telan kak. Risau pulak tercekik even kecik pun.
Deletebyk kali jgak duk membeli he hee sampai rasa lenguh2 dah tangan
ReplyDeletetp akak paling suka langsat. cuma takda jual, kalau kat kg byk pokok langsat dan dokong
Wah banyak kali membeli tu kak. Hihi..lenguh tangan tapi tetap gigih mneyuap dalam mulut kan. Ohh Kak Nor suka masam masam kelat sikit eh. Langsat macam dah jarang orang jual
DeleteMerah sangat harganya ye Fizah. Rindu betul Kak Amie kalau time musim buah di Malaya. Hairan sungguh di LD, kenapalah mahal sangat harga buah-buah bermusim ni.
ReplyDeleteMurah tu yang beli tu kak Amie. Kalau mahal, mungkin berkira kira jugak nak membeli. Biasanya buah kat LD dari Malaya ke atau musim dari sana juga ye Kak Amie? Kalau dari sini memang mahal bawa ke sana. Kalau boleh beli pos kan senang. Tapi itulah barang makanan ni kalau pos tak confident sampai dengan selamat.
Deletesuka juga buah dokong..shida boleh pi sebiji je fiza..kalau lebih siapla tgkap belakang huhhuhuu
ReplyDeleteeffek sakit belakang ke Shida? memang takleh makan gini
DeleteSaya tak reti bezakan duku, dokong dan langsat. Tahu makan aje hahaha, tapi makan benda ni susah nak berhenti. Nak nak kalau dapat yang manis.
ReplyDeletehaha..dah banyak sangat jadi keliru tambah pulak ada yang buah kahwin ni. Lagilah tak tahu. Asalkan sedap manis :)
DeleteKami panggil dukong. Langsat kulutnya nipis. Dukong kulitnya tebal. Depa ni orang panggil ubat urat. Padahal bukan ubat pun lebih kepada punca sakit urat hahaha. sedap sikit kalau panggil ubat urat kan :P kalau makan memang ralit yang manis2 ni.
ReplyDeleteahaha..lawak ni ain. maksud berlawanan ke macamana. ini cari penyakit ni makan banyak banyak. Itulah tu, ralit makan buah ni
DeleteSedap buah dokong manis ni tapi ccl tak boleh makan banyak . Batuk
ReplyDeleteKena makan sikit sikit gitu :)
Deletebetul tu fiza manis, biji kecik n puas hati. sy mkn smpi kenyang. laa ni duku pulak. oh ya sy dpt 4kg RM10. mmg x fikir doploh kali trs rembat😆😆 nk repeat lg kalau jumpa penjual tu
ReplyDeleteMemang puas hati buah manis manis. Ala, kita tak jumpa lagi buah duku. Macam susah nak jumpa je buah duku ni. Kalau saya pun tak fikir doploh kali. sekali je cukup pikir, terus beli. hehehe..selamat repeat beli :)
DeleteWow . sapa ler makan bijik buah langsat . hebat.. saya tak leh telan.. huhu.. tapi buah ni kalau makan memang makan dan makan terus.. hehe.. sy panggil dukong..
ReplyDeleteKannn..saya pun tak tertelan. Tahu takpe, makan lagi dan lagi. Sama kita panggil buah dukong.
Delete