Header Ads

Buah Dokong Dahlah Manis, Murah Pula

Masih musim buah lagi ke? Saya pun tak pasti. Cerita beberapa hari lepas, encik suami keluar membeli buah dokong. Buah dokong yang saya kenal beginilah rupa dia. 

Buah dokong vs langsat, buah dokong vs duku

Buah langsat lebih kurang sama tapi kelat. Buah duku pulak kulitnya tebal sikit. Itulah sedikit sebanyak perbezaan antara buah dokong vs langsat vs duku.

Jangan ditanya buah dokong johor ke terengganu ke. Memang lansung tak tahu. Yang saya pasti ini adalah buah dokong rasa yang manis. Ke dukong ejaan dia? Aduh, berganda ganda celaru.

Buah dokong

Kulit dia tak tebal dan tak nipis. Tidak bergetah sangat dan rasa buah yang manis. Saiznya random, ada kecil ada besar. Saya suka makan yang jenis saiz kecil tidak berbiji. Ada orang telah biji sekali tapi saya tak makan biji sekali. Pahit kot!

Buah Dokong Manis

Perbezaan buah dokong dan langsat yang paling ketara adalah dari segi rasa. Rasa buah dokong manis tapi langsat ada rasa masam masam dan sedikit kelat. Betul tak?

Semua buah dokong ni manis. Ada yang manis amat sampai sakit kepala dibuatnya. Dapat yang manis gila tu terus kepala saya rasa pening. Mujurlah ada rasa yang manis biasa biasa masih boleh ditelan. Dahlah suami beli 3 kilo. RM10 untuk 3 kilo katanya.

Dia pulak tak berapa nak makan sangat. Setakat sebiji dua je. Separuh tu saya suruh encik suami bawa bagi lah sesiapa yang ada. 

Buah Dokong Manis

Dah makan buah dokong ni susah nak berhenti. Ralit makan sampai rasa dah tak larat nak makan baru nak stop. Bahaya betul!

Berbeza betul dengan buah langsat. Makan satu dua biji terus tak nak makan dah sebab masam.

هناك 46 تعليقًا:

  1. busyra geram betul tngok gmbar2 akak…. so cntikkk! busyra x leh mkn sngt dokong sbb angin..

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Busyra :)
      Ohh buah dokong salah satu makanan yang berangin jugak eh? Baru tahu.

      حذف
  2. Baru beli semalam kat bandar..4kg RM10..manis tp biasa la x suka sangat sebab asyik tergigit biji

    ردحذف
  3. Betoi la Azhafizah...
    Bila makan payah nak berenti.Bukan reti makan seulas-seulas,sebiji bulat tu sekali masuk molot kan...
    Sini sekilo RM4....Kat Nismiland berapa?

    ردحذف
    الردود
    1. Kann..makan seulas seulas macam lambat. hihi
      tak tahu pulak sekilo berapa. husband beli 3kg RM10.

      حذف
  4. Betul, bila dah mula makan macam ketagih susah nak berhenti lepas tu hitam hujung jari celah kuku sebab getahnya.

    ردحذف
  5. masih x dpt bezakan dokong dan langsat.. macam kt sini x penah pulak tgk org jual dokong semuanya langsat.. hihihi.. tp mkn langsat pn sama jugak mmg susah nk stop

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..kalau saya langsat tu masam dan kelat sikit. Tahu takpe, payah nak stop makan buah macam ni. lagi lagi tengah menyembang tu. laju masuk mulut sedar sedar habis.

      حذف
  6. Saya pun suka makan yang kecik-kecik tu. Buah ni addictive. Dah start susah nak berhenti

    ردحذف
    الردود
    1. Yang kecik kecik seedless tu sedap. Rasa dia pun manis manis biasa. Betul tu Sal, addictive betul. Stop bila dah habis. Hehe

      حذف
  7. Sedapnya! Musim buah kali ni tak berpeluang lagi merasa dokong. Kena cari ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun baru je dapat ni Kak Farrah. Kadang bila nak tu lah tak ada. Harap ada rezeki kak Farrah juga.

      حذف
    2. Alhamdulillah, ada rezeki akak merasa Fiza. Semalam dapat buah dokong, senyum lebar makan sambil ingat entri Fiza yang ini :)

      حذف
    3. Alhamdulillah dapat juga merasa makan buah dukong.
      hihi..teringat entri ni terus ye :)

      حذف
  8. Jiran kat kampung Mrs. A pun jual RM10 3kg.
    Memang puashati fresh dari ladang.
    Samalah suka yang kecik-kecik takde biji yang ada biji tu tak puas asyik nak kena buang biji jer... kalau duk makan depan tv kena sediakan mangkuk kecik biar senang buang biji tu hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Fresh dari ladang tu yang best tu kak. Bolehlah tahan lama sikit kalau tak dihabiskan cepat. Yang takde biji tu senang makan. Memang kena ada bekas untuk kulit dan biji.

      حذف
  9. antara buah yang saya tak pernah makan haha duku, langsat, dokong and mata kucing. but you do know how to make those fruits look so mouthwatering.

    ردحذف
  10. dh musim ek..tkde nmpk lg org jual..dpt yg manis..sedapnya

    ردحذف
  11. Pernah baca info, buah dokong ni buah kacukan antara duku dan langsat. Tak tahulah fakta atau auta 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Pernah dengar gak tu. Tapi tak tahu juga sejauh mana kebenarannya tu.

      حذف
  12. Buah dokong ni kira duku siamlah
    Tapi sedap dan manis lagi duku terengganu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh macam tu ye wak. Duku Terengganu saya pun tak pasti yang mana. Kalau ada bolehlah cuba.

      حذف
  13. Betul itu ralit kalau makan dokong. Sama tidak makan biji yang besar itu. Tidak tertelan.

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau ada biji memang tak telan kak. Risau pulak tercekik even kecik pun.

      حذف
  14. byk kali jgak duk membeli he hee sampai rasa lenguh2 dah tangan
    tp akak paling suka langsat. cuma takda jual, kalau kat kg byk pokok langsat dan dokong

    ردحذف
    الردود
    1. Wah banyak kali membeli tu kak. Hihi..lenguh tangan tapi tetap gigih mneyuap dalam mulut kan. Ohh Kak Nor suka masam masam kelat sikit eh. Langsat macam dah jarang orang jual

      حذف
  15. Merah sangat harganya ye Fizah. Rindu betul Kak Amie kalau time musim buah di Malaya. Hairan sungguh di LD, kenapalah mahal sangat harga buah-buah bermusim ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Murah tu yang beli tu kak Amie. Kalau mahal, mungkin berkira kira jugak nak membeli. Biasanya buah kat LD dari Malaya ke atau musim dari sana juga ye Kak Amie? Kalau dari sini memang mahal bawa ke sana. Kalau boleh beli pos kan senang. Tapi itulah barang makanan ni kalau pos tak confident sampai dengan selamat.

      حذف
  16. suka juga buah dokong..shida boleh pi sebiji je fiza..kalau lebih siapla tgkap belakang huhhuhuu

    ردحذف
  17. Saya tak reti bezakan duku, dokong dan langsat. Tahu makan aje hahaha, tapi makan benda ni susah nak berhenti. Nak nak kalau dapat yang manis.

    ردحذف
    الردود
    1. haha..dah banyak sangat jadi keliru tambah pulak ada yang buah kahwin ni. Lagilah tak tahu. Asalkan sedap manis :)

      حذف
  18. Kami panggil dukong. Langsat kulutnya nipis. Dukong kulitnya tebal. Depa ni orang panggil ubat urat. Padahal bukan ubat pun lebih kepada punca sakit urat hahaha. sedap sikit kalau panggil ubat urat kan :P kalau makan memang ralit yang manis2 ni.

    ردحذف
    الردود
    1. ahaha..lawak ni ain. maksud berlawanan ke macamana. ini cari penyakit ni makan banyak banyak. Itulah tu, ralit makan buah ni

      حذف
  19. Sedap buah dokong manis ni tapi ccl tak boleh makan banyak . Batuk

    ردحذف
  20. betul tu fiza manis, biji kecik n puas hati. sy mkn smpi kenyang. laa ni duku pulak. oh ya sy dpt 4kg RM10. mmg x fikir doploh kali trs rembat😆😆 nk repeat lg kalau jumpa penjual tu

    ردحذف
    الردود
    1. Memang puas hati buah manis manis. Ala, kita tak jumpa lagi buah duku. Macam susah nak jumpa je buah duku ni. Kalau saya pun tak fikir doploh kali. sekali je cukup pikir, terus beli. hehehe..selamat repeat beli :)

      حذف
  21. Wow . sapa ler makan bijik buah langsat . hebat.. saya tak leh telan.. huhu.. tapi buah ni kalau makan memang makan dan makan terus.. hehe.. sy panggil dukong..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn..saya pun tak tertelan. Tahu takpe, makan lagi dan lagi. Sama kita panggil buah dukong.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.