Buah Mangga Lemak Muda Rangup Dan Tak Masam
Stok buah dah habis. Nak beli buah apa ek? Selepas habis fikir, rasa macam nak makan buah mangga lemak lah. Boleh tahan lama sikit. So pesan kat encik suami beli buah mangga lemak muda je lah.
Tapi bila stok buah mangga lemak tak ada, kenalah beli dalam bekas dah siap potong tu kalau teringin sangat. Saya suka buah mangga lemak ni sebab tak masam lansung dan semestinya rangup! Saya jenis kurang suka mangga manis sangat atau terlebih masak lembik macam tu.
Sebab kita suka, kita promote sekalilah. Kot ada yang mencari pembekal mangga lemak manis bolehlah beli kat sini. Harga pun berpatutan. Boleh terjah facebook Buah Hijau.
Waktu Operasi : Setiap hari dari 9 pagi - 8 malam.
Waktu Operasi : Setiap hari dari 10 pagi - 8 malam
Sebelum ni pernah beli kat sorang kakak tu tapi dah berkali tanya stok tak ada. Kita pun malaslah nak tanya lagi kan. Malas pulak nak beli jeruk mangga asam boi yang dah siap potong tu.
Nak jimat baik beli buah je sebab dah ada stok serbuk asam boi homemade 2 bekas beli haritu. Ada serbuk asam boi dan serbuk asam boi pedas lagi. Pilih je nak yang mana.
baca juga : resipi jeruk mangga asam boi
Encik suami beli buah mangga lemak muda 3 biji dan 1 biji buah jambu batu dengan harga RM12 untuk semua. Murah ke mahal? Pada saya kira murah lah jika nak dibandingkan dengan beli 2 bekas jeruk mangga tu.
baca juga : resipi jeruk mangga asam boi
Encik suami beli buah mangga lemak muda 3 biji dan 1 biji buah jambu batu dengan harga RM12 untuk semua. Murah ke mahal? Pada saya kira murah lah jika nak dibandingkan dengan beli 2 bekas jeruk mangga tu.
Tapi bila stok buah mangga lemak tak ada, kenalah beli dalam bekas dah siap potong tu kalau teringin sangat. Saya suka buah mangga lemak ni sebab tak masam lansung dan semestinya rangup! Saya jenis kurang suka mangga manis sangat atau terlebih masak lembik macam tu.
Jenis buah mangga lemak ni nampak je hijau muda tapi tak masam. Dipanggil mangga lemak sebab rasa dia yang agak berlemak. Bila makan tu hujung hujung tu adalah rasa masam sikit. Tapi taklah masam menyengit. Light light je lah.
Sedap tau kalau buat kerabu mangga. Rangup dan berlemak. 3 biji ni saya makan sorang je. Lepas beli terus potong siap siap masuk bekas. Kalau lambat potong dia masak pulak. Kalau tak suka makan muda, makan masak pun sedap.
Tapi sebab saya suka muda dan rangup makan dengan asam boi, kenalah potong siap siap letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Mudah nak makan dijadikan snack.
Encik suami beli buah mangga lemak di gerai Buah Hijau Seremban Gateway. Alang alang balik keluar tol lalu situ terus singgah beli. Banyak betul stok buah-buahan yang ada. Dari buah local sampailah buah import.
Sedap tau kalau buat kerabu mangga. Rangup dan berlemak. 3 biji ni saya makan sorang je. Lepas beli terus potong siap siap masuk bekas. Kalau lambat potong dia masak pulak. Kalau tak suka makan muda, makan masak pun sedap.
Tapi sebab saya suka muda dan rangup makan dengan asam boi, kenalah potong siap siap letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Mudah nak makan dijadikan snack.
Encik suami beli buah mangga lemak di gerai Buah Hijau Seremban Gateway. Alang alang balik keluar tol lalu situ terus singgah beli. Banyak betul stok buah-buahan yang ada. Dari buah local sampailah buah import.
Sebab kita suka, kita promote sekalilah. Kot ada yang mencari pembekal mangga lemak manis bolehlah beli kat sini. Harga pun berpatutan. Boleh terjah facebook Buah Hijau.
BUAH HIJAU
RASAH KEMAYAN
21 Jalan RK 5/5, Rasah Kemayan, Seremban 2 (Lot kedai baru sederet Speedmart)Waktu Operasi : Setiap hari dari 9 pagi - 8 malam.
SEREMBAN GATEWAY
Ground Floor (Depan Celcom)Waktu Operasi : Setiap hari dari 10 pagi - 8 malam
Rasanya dengan RM12 dapat 3 biji mangga dan 1 biji jambu batu sangatlah murah. Jambu batu sekarang boleh tahan juga harga. Sejuk sejuk makan dengan asam boi best sangat.
ReplyDeleteSaya pun rasa macam murah dah. Betul tu naniey, buah jambu batu sebiji pun dah mahal dah. Memang itulah tujuan dia, nak makan dengan serbuk asam boi.
DeleteBaru nal jawab soalah tu nak kata MAHAL...
ReplyDeleteTapi teruskan membaca..Ok saya setuju dengan Fiza...murah lah juga nak banding beli jeruk mangga asam boi tu kan...Untuk sesekali beli nak support penjual ok..tapi nak makan hari2 parah jugak kan...hihihi
Murah jugaklah. Kalau 2 bekas jeruk dah siap potong RM20 macam tu. Belum campur delivery RM5 lagi. hehe...
DeleteSesekali je. Tiap tiap hari memang taklah. hihi
Aduh mengences la pulak. Bila kunyah kriuk kriuk tu yang sedapnya la. Rangup.
ReplyDeleteMangga ni memang buat orang ngences kan. Tang rangup tu yang suka mangga lemak ni.
DeleteSedapnyaaa!
ReplyDeleteMemang sedap :)
DeleteWaak suka mangga masak aje
ReplyDeleteMangga masak ternyata manis dan sedap :)
DeleteNampak buah dia pun tahu jenis rangup nii. Sedapnya colek petang2. Buat kerabu pun best. Tumbuk dengan sambal belacan pun sodapppp
ReplyDeleteYe, terpaling rangup so far. Mangga susu rangup jugak tapi kurang sikit rangup dia. Buat kerabu sedap guna mangga lemak ni. Crunchy dan berlemak sikit.
Deletemangga macam ni kalau buat jeruk mcm yg jual tepi2 jalan tu mesti sedap. sekali hadap boleh habis.
ReplyDeleteRasanya dorang guna mangga lemak ni sebab tahan lama rangup dia tak mudah lembik. Kalau sebekas tu memang sekali hadap je boleh habis.
DeleteAkak pun suka makan mangga jenis ni (tak tahu nama, tahu makan saja..haha)
ReplyDeleteTak masam sangat, rangup. Akak suka makan dengan kuah rojak mak bee.
Saya tahu sebab suka mangga ni. Memang rangup dan tak masam sangat. Makan dengan kuah rojak tu pun sedap kak :)
DeleteSama, suka jugak!
ReplyDeleteyeay, kita geng!
DeleteSedap jeruk mangga asam boi bercili padi lagi, kecur air liur, suka jenis masak juga, ala hidangan siam tu dengan pulut bersantan, menyelerakannya..
ReplyDeleteMemang sedap yang muda tu makan dengan serbuk asam boi pedas versi pedas. Jenis masak ranum sedap teruk kalau guna mangga lemak ni. Lagi berlemak kena dengan santan masin masin tu :)
DeleteAkak pun suka beli mangga lemak untuk snacking. Laju je masuk mulut heheeh
ReplyDeleteSnacking memang sesuai. Saya potong siap siap letak dalam peti ais. dia tak lembik. Maintain segar dan crunchy. Bila lapar teruk ngap. Kena makan ikut sukatan nanti cepat habis pulak. hihi
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteYe
Deletebab rangup tu yg best sbb tak semua pelam rangup..
ReplyDeleteBetul tu. Mangga lemak kekal rangup dan kurang berair. Sedap!
Deleteterliur ni baca pagi-pagi. saya tak suka kalau masam sangat, tapi kalau mangga lemak yang Fizah cakap tu memang sedap
ReplyDeleteMemang tak masam sangat pun. sipi sipi je masam dia. Memang boleh telan gitu je.
DeleteAkak suka mangga masak. Betul mangga lemak sedap buat cicah atau kerabu.
ReplyDeleteMangga masak saya suka jugak makan sesekali. Tapi prefer mangga muda lemak lagi :)
Deletefavorite ni
ReplyDeleteSedap, kan :)
Deletekembang kempis rasa pipi imagine rasa masam2 manis. trus craving rasa camtu, sib baru buka nenas. bolehlah lepas rasa just tak krup2 cam mangga. if compare to yg dh jeruk murah tu
ReplyDeleteMangga ni tak masam sangat. dia lebih kepada rasa lemak mangga macam tu dan rangup. Hihi. Nanas pun rangup juga. Kecur tiba cakap nanas. Lama gak tak beli nanas.
Deletemurah dh tu rm12 dpt 4 ketul.. hihi
ReplyDeletesukaaaa sgt ngn mangga lemak! rangup kruk krak.. ya Allah sedapnya..
buat chicken mango pon sedap ni fiza! mkn ngn sos.. fuhh sedap..
Murah gaklah. Memang sedap makan rangup. Chicken mango tak pernah makan lagi. Guna mangga lemak muda ke masak tu?
DeleteEh..eh samap plak entry kita semalam ye....
ReplyDeleteItulah tu, tersama pulak semalam. Lepas update terus singgah blog akak :)
DeleteBestnya dapat amangga muda rangup lemak tak masa. Kak Amie pernah makan, tapi setelah dipaksa kawan. Waktu itu kami dalam perjalanan dari Golok ke Hatyai. Ada penjual mangga muda dalam keretapi. Terkejut juga bila makan langsung tak ada rasa masam padal mangga tu memang nampakmuda, kulit nampak hijau!
ReplyDeleteItu yang suka makan mangga lemak. Muda muda sedap rangup dan tak masam lansung. Sedap buat mangga asam boi atau kerabu mangga.
Deletesuka mangga lemak
ReplyDeletesamalah kita :)
Deleteccl panggil mangga ni mangga rapu / mangga lemak . memang sedap makan begitu je , tak masam
ReplyDeleteOhh mangga rapu. Kalau dengar orang jual dah tahu dah mangga lemak. Yep, sedap makan macam tu je sebab tak masam.
DeleteSaya tauuu mangga muda yg tak asam nih, pernah coba dikasih teman. Tapi tak tau nama pasti mangga tuh kalo di sini. Memang sedaaaaap. Muda, kries saat digigit tapi tak masam kan :D. Tak sakit gigi dibuat hahahah.
ReplyDeleteDi sana mesti lagi banyak mangga sedap. Ya, mangga lemak ni tak masam dan tak sakit gigi. Sedap dibuat snack diet gitu
DeleteSuka jugak mangga mcm ni. Sedap cicah dgn serbuk asam.
ReplyDeleteAda serbuk asam tu dapatlah rasa masam masam sikit sebab mangga lemak ni kurang masam. Nak lagi masam perah limau kesturi :)
DeleteMangga ranggup. rasa lemak-lemak. tak masam. memang ralit kalau makan.
ReplyDeleteSebab tak masam dan rangup tu yang sedap makan tu.
Delete