Bunga Pokok Daun Kari
Teruja betul bila nampak bunga pokok daun kari. Bukan selalu dapat tengok bunga pokok daun kari ni. Apa lagi, kita gambarkan bunga daun kari sebagai kenangan. Kalau duduk di kampung lain cerita lah kan dah biasa tengok.
Pokok kari
Pokok kari sejenis tumbuhan tropika/sub tropika yang asalnya dari negara India dari keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga berwarna putihLebih subur di tanam di dalam tanah berbanding dalam pasu. Pokok kari in tamil dikenali dengan nama kariveppilai, karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.
Lain pulak di Kanada, daun kari dipanggil neem hitam kerana daunnya seperti dengan daun neem walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem.
Daun kari sangat aromatik dan biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.
Di Tamil Nadu di selatan India, daun kari bukan hanya digunakan untuk masakan kari tetapi digunakan juga untuk masakan seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.
Bunga pokok daun kari
Bunga pokok daun kari bersaiz kecil dan berwarna putih kekuningan. Seperti daun kari, aromanya sangat harum.
Bukan hanya ada bunga, buahnya kecil sebesar terung pipit. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau apabila mencapai matang.
Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Itulah keburukan daun kari yang mungkin kita tak tahu. Wallahu a'lam...
Cara pembiakan pokok kari
- biji benih
- keratan batang
- anak yang tumbuh dari akarnya
Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
- 66.3% kelembapan
- 6.1% protein
- 1.0% lemak
- 16.0% karbohidrat
- 6.4% fiber
Bila duduk di bandar ni rasa macam susah je pokok kari nak hidup. Tak tahu lah kenapa. Dah banyak kali tanam tak menjadi. Dulu ada bintik bintik hitam. Kenapa daun kari ada bintik putih tu tahulah jugak, sebab kulat putih.
Penyakit daun kari ni kadang tak faham juga. Mengada ngada pulak nak perhatian lebih. Bila beli, tak ada yang jual sikit sikit. Tapi boleh je simpan guna kaedah leraikan daun, letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
Tapi lagi sedap kalau dapat guna yang petik fresh dari pokok. Apapun ikut keadaan lah. Kalau susah nak dapat stok, simpan dalam bekas. Kalau ada pokok, nak risau apa lagi kan. Jimat pun iye jugak.
Cantik bunganya, boleh makan tak? Ada pokok daun kari tapi tak sempat nak belek hehe.. Bagus share sini, jelas, biasa dah berbuah baru nampak, burung pun suka..
ردحذفMemang cantik. Saya tak pasti boleh makan ke tidak. Baca komen mama cella kat bawah ni kata boleh makan dibuat ulam. Kadang tak perasan juga. Ini baru perasan ada bunga.
حذفRabia pun ada pokok daun kari ni di halaman belakang rumah
ردحذفnak masak umi ambil je daun kari tu
Bagus ada tanam senang boleh petik bila nak guna untuk masak.
حذفAda bunga kari ye, baru tau ni. Padahal dari kecik sampai besar tengok pokok kari depan rumah. Thanks share Fizah
ردحذفKadang kita kurang perasan kot Sal. Bila nampak ni memang excited terus ambil gambar. sama-sama :)
حذفkat rumah arwah mama ada pokok daun kari tapi ammi tak pernah langsung belek ada bunga ke tidak..hahha
ردحذفHihi..kita ni jarang membelek kan kak. Bila nampak tu rasa jakun kejap :)
حذفWahhhh, teruja lah tengok! Hehee
ردحذفCantik kan rupa bunga daun kari ni sebenarnya :)
حذفShantikkk! Unik!
حذفYep, cantik kan rupa paras dia.
حذفcantiknya gambar ni. tak sangka daun kari ada bunga.
ردحذفTerima kasih. Tu lah tu, rasa teruja pulak dengan rupa bunga daun kari ni kan
حذفSaya suka pucuk kari. uat ulam...Bunga pun kalau yang belum kembang memang sedap buat ulam.Kalau dah kembang takut ada makhluk dalamnya...hihihi
ردحذفBaru tahu bunga dia boleh makan, sama macam bunga daun kunyit juga boleh makan. Hati hati nak makan takut ada makhluk lain. Kang tak pasal rasa lain.
حذفpokok kari wajib ada, 😁akak.dlm.pasu je blkg umh dari dulu.
ردحذفutk.msk hari2 kan.senang petik
Betul tu kak. Tapi itulah dok tanam tak mahu hidup. Dulu pernah tanam menjadi gak tapi lepas ada penyakit daun kari tu dia mati terus. tak tahulah penyakit apa entah, daun kena serang dengan kulat kot.
حذفSedih, pokok kari kak PC sakit la Fiza. Ni dauhnya semua luruh.
ردحذفDulu pokok saya pun jadi macam tu gak. Lepas tu togel dan mati. Penyakit kulat mungkin. Bila dah conquer, pokok kari pun mati. Bertabahlah kena tanam baru.
حذفpertama kali tengok bunga pokok daun kari. belakang rumah ni tumbuh kemain tinggi nampak daun je banyak hehe
ردحذفlepas ni boleh belek belek. kot kot ada bunga terselit tu.
حذفPernah mkn tak pucuk kari buat ulam..?
ردحذفTak pernah lagi kak :)
حذفcomel jgk rupa bunga kari ni.. bse duk nmpk daun kari je.. haha
ردحذفmemang comel. Itu yang ambil gambar tu :)
حذفPokok kari kalau dah berbunga makna perlu dipangkas untuk dapatkan pucuk2 baru
ردحذفOh ye ke wak? Pokok kari ni terbiar je kat kampung. Dah rimbun baru dipangkas biasanya. Terima kasih wak share.
حذفkat rumah ccl ada juga pokok kari , tapi belum pernah nampak pokok kari tu berbunga , ni first time tenguk bunga pokok kari , sekali pandang seakan bunga betik
ردحذفLepas ni bolehlah cuba belek belek kot ada bunganya. A ah kan nampak macam bunga betik.
حذفOwh begitu ye bunganya. Tak pernah tengok sebelum ni
ردحذفIye, begitulah bunga pokok daun kari.
حذفxperasan pulak ade bunga kat pokok kari tu..nnt pi intai kat pasu depan ni haaa
ردحذفItulah tu, jarang membelek juga. Tahu tahu ada bunganya, terus ambil gambar. Pasni jangan lupa membelek Shida, kot kot ada jugak.
حذفtak pernah tengok bunga daun kari. Tengok kat kampung pun pokok kecil je lagi..
ردحذفTak perasan barangkali. Pasni boleh membelek pokok kari kot ada bunganya :)
حذفSusahnya nak tanam pokok kari. Entah berapa kali tanam, asyik mati saja.
ردحذفSewaktu Kak Amie duduk rumah sewa buat pertama kali di Lahad Datu, di belakang rumah sewa kami ada sepokok pokok kari. Pokoknya agak besar dan rendang. Kadang-kadang kawan -kawan datang, kami buat BBQ di bawah pokok kari. Agaknya pokok kari tua, sebab banyak buahnya warna merah di hujung tangkai.
Mungkin keadaan tak okay kot Kak Amie. Saya pun tanam berapa kali tak mahu hidup elok. Ada je penyakit pokok kari datang.
حذفAgaknya pokok kari tua jadi macam tu kot. Kurang pasti pulak.
Kalau ada pokok karai sendiri tak perlu risau nak guna anytime. Ini kalau nak guna terpaksa membeli jugak.
Di rumah ada pokok kari tapi tidak perasan bunganya. Hehe kena perhati betul-betul.
ردحذفBolehlah cuba cuba membelek tu nanti kak. Kot ada terselit, boleh tengok in real.
حذفbunga pokok kari ke tu, baru tahu. selama ni kenal pokok kari jer, tak pernah tgk bungannya
ردحذفIye, bunga pokok kari. Jarang kita nak belek kan. Atau tak perasan mungkin. Lepas ni kena rajin membelek pokok kari, kot kot ada peluang tengok bunga pokok kari in real :)
حذفtak pernah nampak bunga pokok daun kari..
ردحذفSekarang dah nampak dah bunga daun kari. Cantik, kan?
حذفBetul, banyak kali juga try tanam pokok daun kari tak berhasil juga. Last last tak buat dah sbb geram tak berhasil
ردحذفKawasan tak sesuai agaknya kan. Kat kampung tu kalau tanam apa je pun menjadi. Pokok nak hidup kat kampung agaknya. Huhu
حذفBaru tahuuuuu pokok kari pun ada bunga ya, tak pernahhhhh nampak walaupun rumah kakak haritu ada tanammmm. And rumah kat kampung pun ada jugak, tapi tak pernah berbunga huhuhu.
ردحذفLepas ni boleh belek belek pokok kari kot ada bunganya. Tapi macam jarang jugak nampak bunga daun kari ni. Atau kita yang tak perasan mungkin.
حذف