Cempedak Goreng Rangup Dan Manis Sekali
Buah cempedak buah durian memang boleh geng. Sama kuat bau masing-masing. Letak dalam bonet kereta boleh bau satu kereta. Aduhaiii..mujur tak pening! Nak makan cempedak punya pasal, tahan je lah kan.
Masih ingat lagi pantun buah cempedak?
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Dua baris pertama pembayang, dua baris berikutnya adalah maksud pantun. Pantun buah cempedak di luar pagar ni pun jelas menunjukkan betapa budak baru belajar betul betul perlu ditunjuk ajar.
Bukan mudah nak jolok buah cempedak luaar pagar. Guna galah untuk jolok buah cempedak yang besar? Tak mungkinlah kan. Buah cempedak luar pagar tu kalau bukan milik kita, kenalah minta izin tuannya. Banyak maksud tersirat dalam pantun.
Okay berbalik kepada tajuk. Panjang pulak selingan pantun. Harga buah cempedak sekarang dah level buah durian. Buah cempedak 1kg RM7. Beli 2 biji, 2.6 kg. Beli dikedai yang sama jual buah rambai. Yang kat kampung sebiji haritu masih tak masak lagi.
Jangan tanya saya jenis buah cempedak yang saya beli ni. Memang tak tahu jenis apa. Nak tahu jenis jenis buah cempedak, pergilah melawat kebun Wak Warisan Petani. Macam-macam jenis cempedak adaaaaa.
Saya beli buah cempedak hari jumaat haritu, hari ahad baru saya buat cempedak goreng rangup. Hari Jumaat tu pun dah berbau kuat buah cempedak. Bau kuat tu tandanya buah cempedak dah masak lah tu.
baca juga : 5 cara pilih buah cempedak manis dan banyak isi.
Isinya elok tapi jarang jarang. Tak kira pulak berapa ulas. Dalam belasan macam tu lah. Manis betul isi buah cempedak ni. Setiap kali makan mesti nak cakap manisnya. Makan begitu saja pun dah sedap, goreng pun sodap!
Bukan mudah nak jolok buah cempedak luaar pagar. Guna galah untuk jolok buah cempedak yang besar? Tak mungkinlah kan. Buah cempedak luar pagar tu kalau bukan milik kita, kenalah minta izin tuannya. Banyak maksud tersirat dalam pantun.
Okay berbalik kepada tajuk. Panjang pulak selingan pantun. Harga buah cempedak sekarang dah level buah durian. Buah cempedak 1kg RM7. Beli 2 biji, 2.6 kg. Beli dikedai yang sama jual buah rambai. Yang kat kampung sebiji haritu masih tak masak lagi.
Jangan tanya saya jenis buah cempedak yang saya beli ni. Memang tak tahu jenis apa. Nak tahu jenis jenis buah cempedak, pergilah melawat kebun Wak Warisan Petani. Macam-macam jenis cempedak adaaaaa.
Saya beli buah cempedak hari jumaat haritu, hari ahad baru saya buat cempedak goreng rangup. Hari Jumaat tu pun dah berbau kuat buah cempedak. Bau kuat tu tandanya buah cempedak dah masak lah tu.
baca juga : 5 cara pilih buah cempedak manis dan banyak isi.
Saya goreng sebiji untuk makan pagi. Banyak juga ulasnya cuma dalam gambar ni saya ambil sikit je untuk dipotretkan. Lebihan pisang kapas pun dah selamat di cekodok kan. Tapi tak masuk dalam bingkai gambar.
Resipi cempedak goreng rangup boleh rujuk entri yang pernah saya kongsikan.
Sebiji lagi boleh dibuat makan petang nanti. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan buah cempedak goreng rangup dan dapat buah cempedak manis. Tapi nak buat jeruk kulit cempedak @mandai tu macam tak memandai je nak buat.
Tapi nak cubalah buat sikit buah kedua nanti. Teringin pulak nak rasa sedap ke tidak kulit buah cempedak ni dibuat masakan.
Ada haritu group WhatsApp share pasal jeruk cempedak. First time akak dengar, dorang kata sedap... Tapi tak Cuba lagi.
ReplyDeleteYang dah biasa makan mesti akan cakap sedap. Nanti bolehlah kita cuba pulak kan
Deleteskrg kat kg luar pagar ke dalam pagar pun semua bedal. he hee sampai tuan yg dlm. pagar pun tak merasa. aduhhh
ReplyDeleteAlhamdulillah thn ni puas jga mkn cempedak. yg jolok sendiri.
yg beli kat kl ni pun byk kali juga he hee
Alamak, ada orang bedal cempedak tak mintak dulu ke tu? Kesian tuan rumah.
DeleteBest dapat makan hasil tanaman sendiri. Beli kalau yang murah murah tu okaylah kan. Asalkan isi elok dan banyak.
Dapat juga makan cempedak goreng. Memang puas hatilah kalau isinya manis.
ReplyDeleteCubalah buat mandai. Kak Amie malas nak tunggu kulit cempedak jadi mandai. Itu pasal ada kulit cempedak terus masak saja. Aroma cempedak pun masih ada ketika dimasak.
Betul kak Amie. Kalau isi manis dan banyak puas hati membeli. Kalau goreng macam tu je terus pun boleh ye takpayah dijeruk. Baik, boleh cuba nanti.
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteMemang sedap!
Deletegambar betul-betul mengamcam.. Rasa nak telah je skrin komputer.. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih. Eh eh jangan sampai nak telan skrin pulak :p
Deletebg akak kalau simpan dlm kereta akak ok lagi cempedak, kalau durian menyengat lain mcm hehehhe...
ReplyDeletetengok fizah punya cempedak goreng teringat ada cempedak kat rumah yg belum di goreng lg... ptg ni balik kerja kene gorengla jwbnya
Betul betul, durian menyengat lagi. Tapi geng sama jenis bau kuat. Hihi
DeleteJangan lupa digoreng nanti kak Dana :)
alahai.. tengok cempedak teringat dulu beli cempedak, dalamnya ada isi sikit saje.hahaha.. tak sempat goreng, kami makan macam tu aje. hehehe
ReplyDeletePernah jadi jugak macam tu. Memang taklah nak goreng. Tak berbaloi goreng beberapa ketul je kan.
DeleteUishhh tengok pn dah terliur.. sedapnye cempedak goreng... sy mmg peminat cempedak goreng
ReplyDeleteCempedak goreng kegemaran rakyata Malaysia. Kalau dapat memang best lah :) Semoga ada rezeki awak jugak dapat makan cempedak goreng.
Deletewahh.,. ngences wak tgk cempedak goreng rangup camni., ;p
ReplyDeletePasni kena cari buah cempedak wak. Jangan cari yang diluar pagar :p
Deletealahai sedapnya cempedak goreng.. mmg feveret mama
ReplyDeleteMemang sedap dapat makan cempedak goreng. Favourite saya jugak :)
DeleteKalau berkumis bukannya budak,
ReplyDeleteMungkin bujang ataupun duda,
Manis-manis buah cempedak,
Manis lagi senyuman dinda.
Fuhh..siap berpantun lagi mama cella.
DeleteTak pandai nak membalas ni. Hihi
Terbaik pantunnya. Macam pickup line dah ni.
teringin pulak cempedak goreng..huhu..
ReplyDeleteKena beli cempedak champion lagi tu nampaknya :)
DeleteSedap ni. Kak PC suka, makan panas-panas.
ReplyDeleteMemang sedap makan panas panas. Baru feel sedap dia.
Deletecempedak antara kegemaran juga ni..
ReplyDeleteKegemaran rakyat Malaysia ni Shida :)
Deletebila la agknya sy nk merasa cempedak goreng ni.. hihi..
ReplyDeleteHarap harap ada rezeki Ezy juga merasa makan cempedak nanti. Aaminnn...
Deletebetul-betul nampak sangup tu , bila dah masuk kedalam mulut lagi rasa kerangupan tu
ReplyDeleteMemang rangup Lyana. Hehe..makan panas panas lagilah sedap terasa :)
DeleteHaah sini pun tiada kesempatan untuk rasa kulit cempedak. Banyak benar cempedak. Biji pun tidak termakan.
ReplyDeleteHehe kena ada orang bagi rasa kulit cempedak supaya bersemangat buat sendiri sebab sudah rasa bagaimana.
Agaknya kena macam tu kot. Kena rasa dulu baru tahu sedap ke tak. lepas tu baru cuba buat sendiri. hehe...
DeleteTak merasa lagi buah cempedak..Harga cempedak sekarang memang level durian dah.. Yang tak puas hati bila beli mahal tapi isi sikit je.
ReplyDeleteTahu takpe naniey. Bukan harga biasa biasa dah sekarang.
Deletesaya dulu beli RM9/kg...
ReplyDeleteMahal boleh tahan jugak tu.
DeleteDi Jakarta buah cempedak nih macam langka lah -_- . Sedikit yg jual, mahal pula tuh. Tapi di Medan dan Aceh cempedak banyaaak dijual di mana2. Karena dulu saya tinggal di Medan, jadi sering makan buah nih. Mama juga sering goreng. Memang sedaaaap :)
ReplyDeleteIye, mahal buah buahan sekarang. Tambah lagi jarang ada. Tempat yang biasa ada dan banyak dijual pastinya lebih murah dan dapat makan selalu :)
Deletemakan cempedak goreng panas2 waktu petang memang sedap. kulit dia boleh masak ke, tak tahu pula..
ReplyDeletemakan fresh from kuali memang sedap lagi. Boleh, tapi saya belum cuba lagi.
Deletesedapnya cempedak...smp sudah tk beli2 sbb aritu tgk ada org jual tp rmi sgt org
ReplyDeleteSekarang macam dah hujung hujung musim kot kak. kena beli cepat tu sebelum musim cempedak berakhir.
DeleteSelalu beli terus kat luo...HAHHAA
ReplyDeleteKalau murah, okaylah beli je terus senang :)
DeleteUishhh kulit cempedak punn boleh buat jeruk ke? Baruuuu ku tahuuuu, sebelum ni tahu yang biji cempedak je boleh makannn jugakkkk, kali ini kulit cempedak boleh buat jerukkk.
ReplyDeleteYep, tahu dari blog Kak Amie dan Mama cella ada buat. Sangat serbaguna kan buah cempedak ni sebenarnya.
Delete