Header Ads

Cempedak Goreng Rangup Dan Manis Sekali

Buah cempedak buah durian memang boleh geng. Sama kuat bau masing-masing. Letak dalam bonet kereta boleh bau satu kereta. Aduhaiii..mujur tak pening! Nak makan cempedak punya pasal, tahan je lah kan.

Masih ingat lagi pantun buah cempedak?

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Dua baris pertama pembayang, dua baris berikutnya adalah maksud pantun. Pantun buah cempedak di luar pagar ni pun jelas menunjukkan betapa budak baru belajar betul betul perlu ditunjuk ajar.

Bukan mudah nak jolok buah cempedak luaar pagar. Guna galah untuk jolok buah cempedak yang besar? Tak mungkinlah kan. Buah cempedak luar pagar tu kalau bukan milik kita, kenalah minta izin tuannya. Banyak maksud tersirat dalam pantun. 

Okay berbalik kepada tajuk. Panjang pulak selingan pantun. Harga buah cempedak sekarang dah level buah durian. Buah cempedak 1kg RM7. Beli 2 biji, 2.6 kg.  Beli dikedai yang sama jual buah rambai. Yang kat kampung sebiji haritu masih tak masak lagi.

Jangan tanya saya jenis buah cempedak yang saya beli ni. Memang tak tahu jenis apa. Nak tahu jenis jenis buah cempedak, pergilah melawat kebun Wak Warisan Petani. Macam-macam jenis cempedak adaaaaa.

Saya beli buah cempedak hari jumaat haritu, hari ahad baru saya buat cempedak goreng rangup. Hari Jumaat tu pun dah berbau kuat buah cempedak. Bau kuat tu tandanya buah cempedak dah masak lah tu.

baca juga : 5 cara pilih buah cempedak manis dan banyak isi.

Saya goreng sebiji untuk makan pagi. Banyak juga ulasnya cuma dalam gambar ni saya ambil sikit je untuk dipotretkan. Lebihan pisang kapas pun dah selamat di cekodok kan. Tapi tak masuk dalam bingkai gambar. 

Resipi Cempedak Goreng Rangup

Resipi cempedak goreng rangup boleh rujuk entri yang pernah saya kongsikan.

Isinya elok tapi jarang jarang. Tak kira pulak berapa ulas. Dalam belasan macam tu lah. Manis betul isi buah cempedak ni. Setiap kali makan mesti nak cakap manisnya. Makan begitu saja pun dah sedap, goreng pun sodap!

Buah Cempedak

Sebiji lagi boleh dibuat makan petang nanti. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan buah cempedak goreng rangup dan dapat buah cempedak manis. Tapi nak buat jeruk kulit cempedak @mandai tu macam tak memandai je nak buat. 

Tapi nak cubalah buat sikit buah kedua nanti. Teringin pulak nak rasa sedap ke tidak kulit buah cempedak ni dibuat masakan.


هناك 48 تعليقًا:

  1. Ada haritu group WhatsApp share pasal jeruk cempedak. First time akak dengar, dorang kata sedap... Tapi tak Cuba lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Yang dah biasa makan mesti akan cakap sedap. Nanti bolehlah kita cuba pulak kan

      حذف
  2. skrg kat kg luar pagar ke dalam pagar pun semua bedal. he hee sampai tuan yg dlm. pagar pun tak merasa. aduhhh
    Alhamdulillah thn ni puas jga mkn cempedak. yg jolok sendiri.
    yg beli kat kl ni pun byk kali juga he hee

    ردحذف
    الردود
    1. Alamak, ada orang bedal cempedak tak mintak dulu ke tu? Kesian tuan rumah.
      Best dapat makan hasil tanaman sendiri. Beli kalau yang murah murah tu okaylah kan. Asalkan isi elok dan banyak.

      حذف
  3. Dapat juga makan cempedak goreng. Memang puas hatilah kalau isinya manis.
    Cubalah buat mandai. Kak Amie malas nak tunggu kulit cempedak jadi mandai. Itu pasal ada kulit cempedak terus masak saja. Aroma cempedak pun masih ada ketika dimasak.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul kak Amie. Kalau isi manis dan banyak puas hati membeli. Kalau goreng macam tu je terus pun boleh ye takpayah dijeruk. Baik, boleh cuba nanti.

      حذف
  4. gambar betul-betul mengamcam.. Rasa nak telah je skrin komputer.. Hehe

    ردحذف
  5. bg akak kalau simpan dlm kereta akak ok lagi cempedak, kalau durian menyengat lain mcm hehehhe...
    tengok fizah punya cempedak goreng teringat ada cempedak kat rumah yg belum di goreng lg... ptg ni balik kerja kene gorengla jwbnya

    ردحذف
    الردود
    1. Betul betul, durian menyengat lagi. Tapi geng sama jenis bau kuat. Hihi
      Jangan lupa digoreng nanti kak Dana :)

      حذف
  6. alahai.. tengok cempedak teringat dulu beli cempedak, dalamnya ada isi sikit saje.hahaha.. tak sempat goreng, kami makan macam tu aje. hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Pernah jadi jugak macam tu. Memang taklah nak goreng. Tak berbaloi goreng beberapa ketul je kan.

      حذف
  7. Uishhh tengok pn dah terliur.. sedapnye cempedak goreng... sy mmg peminat cempedak goreng

    ردحذف
    الردود
    1. Cempedak goreng kegemaran rakyata Malaysia. Kalau dapat memang best lah :) Semoga ada rezeki awak jugak dapat makan cempedak goreng.

      حذف
  8. wahh.,. ngences wak tgk cempedak goreng rangup camni., ;p

    ردحذف
  9. alahai sedapnya cempedak goreng.. mmg feveret mama

    ردحذف
  10. Kalau berkumis bukannya budak,
    Mungkin bujang ataupun duda,
    Manis-manis buah cempedak,
    Manis lagi senyuman dinda.

    ردحذف
    الردود
    1. Fuhh..siap berpantun lagi mama cella.
      Tak pandai nak membalas ni. Hihi
      Terbaik pantunnya. Macam pickup line dah ni.

      حذف
  11. bila la agknya sy nk merasa cempedak goreng ni.. hihi..

    ردحذف
    الردود
    1. Harap harap ada rezeki Ezy juga merasa makan cempedak nanti. Aaminnn...

      حذف
  12. betul-betul nampak sangup tu , bila dah masuk kedalam mulut lagi rasa kerangupan tu

    ردحذف
  13. Haah sini pun tiada kesempatan untuk rasa kulit cempedak. Banyak benar cempedak. Biji pun tidak termakan.
    Hehe kena ada orang bagi rasa kulit cempedak supaya bersemangat buat sendiri sebab sudah rasa bagaimana.

    ردحذف
    الردود
    1. Agaknya kena macam tu kot. Kena rasa dulu baru tahu sedap ke tak. lepas tu baru cuba buat sendiri. hehe...

      حذف
  14. Tak merasa lagi buah cempedak..Harga cempedak sekarang memang level durian dah.. Yang tak puas hati bila beli mahal tapi isi sikit je.

    ردحذف
  15. Di Jakarta buah cempedak nih macam langka lah -_- . Sedikit yg jual, mahal pula tuh. Tapi di Medan dan Aceh cempedak banyaaak dijual di mana2. Karena dulu saya tinggal di Medan, jadi sering makan buah nih. Mama juga sering goreng. Memang sedaaaap :)

    ردحذف
    الردود
    1. Iye, mahal buah buahan sekarang. Tambah lagi jarang ada. Tempat yang biasa ada dan banyak dijual pastinya lebih murah dan dapat makan selalu :)

      حذف
  16. makan cempedak goreng panas2 waktu petang memang sedap. kulit dia boleh masak ke, tak tahu pula..

    ردحذف
    الردود
    1. makan fresh from kuali memang sedap lagi. Boleh, tapi saya belum cuba lagi.

      حذف
  17. sedapnya cempedak...smp sudah tk beli2 sbb aritu tgk ada org jual tp rmi sgt org

    ردحذف
    الردود
    1. Sekarang macam dah hujung hujung musim kot kak. kena beli cepat tu sebelum musim cempedak berakhir.

      حذف
  18. Uishhh kulit cempedak punn boleh buat jeruk ke? Baruuuu ku tahuuuu, sebelum ni tahu yang biji cempedak je boleh makannn jugakkkk, kali ini kulit cempedak boleh buat jerukkk.

    ردحذف
    الردود
    1. Yep, tahu dari blog Kak Amie dan Mama cella ada buat. Sangat serbaguna kan buah cempedak ni sebenarnya.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.