Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Selamat pagi Sabtu semua orang. Pagi ni nak cerita char kuetiau kerang lah. Entah bila kejadiannya pun saya dah lupa. Bila lambat update, tak ingat terus bila entah masak char kuetiau kerang ni. Bukan baru masak pagi ni ye. No! no!

Ingat lagi tak saya ada kongsi resipi char kuetiau tanpa pes. Ada yang dah cuba ke? Untuk kali kedua saya teringin makan char kuetiau. Sedapnya alahai kalau ada kerang. Kirim dekat suami beli kuetiau, kerang dan taugeh.

Bahan-bahan lain semua dah ada. Syukurlah ada kerang. Itupun cenonet je semuanya. Jadilah kan daripada tak ada. Beli sikit je untuk buat char kuetiau je pun. Lagipun kerang comel comel beli sikit cukuplah.

Kalau besar boleh jugak beli lebih buat masakan lain, kan? Bila ada kerang ni bertambah lah sikit kerja dan masa memasak. Nak kena masak dulu kerangnya. Lepas basuh saya rebus je semuanya dengan serai dan halia.

Bab mengopek kerang tu paling malas. Mujurlah sikit je kerangnya pun. Leceh pun leceh lah asalkan dapat makan char kuetiau kerang resipi mudah mudah je. Tanpa pes pun sedap. Ini baru lah char kuetiau kerang betul-betul ho liao.

Maksud ho liao dalam bahasa melayu, sedap.

Char Kuetiau Kerang Betul-Betul Ho Liao

Bila dah pandai masak char kuetiau sedap, kemain rajin pulak tiba tiba. Kali ni char kuetiau versi banjir sikit. Sikit je. Blogger Anies tu tak agak agak suruh kita cari tapak gerai. Ehhh takdelah sampai nak berniaga. 

Masak sendiri makan sendiri je sudah. Bukan senang nak puaskan selera orang sedangkan selera sendiri pun ikut mood. 

2 hari ni mungkin tenggelam timbul sebab balik kampung sebentar. Sabar ye. Ada masa free saya akan blogwalking. Syukur Negeri Sembilan dah masuk fasa 3. Fasa 2 haritu pun dah boleh rentas daerah kan untuk completed 2 doses. Balik Kolo Pilah lah kita. 

Lagipun balik sebab Isnin mak ada appointment di HTAN Kuala Pilah, jadi encik suami akan hantar mak. Alang alang dapat balik nak mengerjakan semak samun dan mengemas apa yang patut.

Isnin, hari yang sama appointment abah saya di HSI JB. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...

44 comments:

  1. wahh..sedapnya, ada udang, ada kerang..

    semoga dipermudahkan urusan hospital MIL & abah Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bila completed set ni.
      Aaaminn...terima kasih kak :)

      Delete
  2. sebot psl kerang ni tiber rs nk mkn kerang bakar! kehkeh

    alahai sedapnya char kueyteow.. lama xmkn.. tmbh sedap ada kerang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kenapa sebut, kita pun rasa teringin jugak ni. Lama giler kan tak makan kerang bakar sejak tak boleh dine in. Lepas tu tak tahu mana nak beli kerang bakar sedap. Kalau beli delivery feel sedap kerang bakar tu kurang.

      Memang sedap char kuetieau ada kerang.

      Delete
  3. Akak suka kuetiau banjir.
    Takpe faham, ada kesempatan baik terus balik kampung. Tangguh-tangguh nanti takut tidak dapat balik.
    Hehe tidak sangka Negeri Sembilan terlebih dahulu masuk FASA 3. Melaka baru masuk FASA 2.
    Selamat pulang ke kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuetiau banjir sedap. Alang alang ada urusan hari isnin, balik awal boleh buat apa yang patut. Kalau tak ada urusan tak tahu bila MIL boleh lepas balik kampung. Melaka tengah kes naik tu kak. N9 kes menurun tu yang cepat masuk Fasa 2, Fasa 3. Alhamdulillah

      Delete
  4. Cantik char kuey teow tu Fizah. Kak Amie jarang melepasi piawaian kalau buar char juey teow. Biasanya jadi kuey teow goreng hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...mujur menjadi kak Amie. Berkat balik kampung tengok kakak buat haritu lepas tu aplikasikan resipi dia. Hihi..menjadi kuetiau goreng pun sodap Kak Amie.

      Delete
  5. Bestnya dapat balik kampung.. Sedapnya Char Kuetiau tu. Naniey tak cuba lagi. Tak cukup bahan macam kurang seronok nak memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat merentas daerah. Kalau dapat merentas negeri lagi syok. Ini pun ada urusan Naniey. Takpe, kita tunggu dan sabar bila boleh merentas negeri. Semua orang boleh balik kampung nanti.
      Betul, rasa macam tu jugak kalau kurang bahan rasa kurang feel nak masak.

      Delete
  6. MashaAllah banjir tuuuu. Seleranya nampak. Kalau char kuetiau saya suka extra taugeh! Kerang mahal kan skrg kak. nak beli pun fikir banyak kali. kalau dapat kerang bakar pun sodapp. Lah tibaa lari topik heheh

    Semoga dipermudahkan urusan kak fieza. Amiinnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..selera tengok dan selera juga rasa dia. Saya pun suka taugeh lebih. Ini mana yang tercedok je ada. Food plating tak seberapa. Kerang memang mahal sekarang. Beli sikit pun macam tak percaya harga dia.

      Aduhaii, sama geng Ezy lah ni sebut sebut kerang bakar. Kita pun rasa teringin tiba tiba.

      Delete
  7. Replies
    1. Char kuetiau kena makan panas panas baru sedap. Dah sejuk dan kembang rasa bukan char kuetiau dah. Dia jadi kuetiau goreng kembang. Hihi

      Delete
  8. sedap nanmpak char kuetiau tu... siap ada kerang dan udang. makan plak dalam pinggan klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada udang dan kerang pasti sedap. Pinggan klasik prop wajib makanan saya. Itu je lah yang ada. Itupun mintak mak punya. hehehe

      Delete
    2. susah nak cari pinggan tu skrg ni. saya pon klu dapat balik kg nnt nak selongkar almari arwah mak nak cari pinggan klasik mcm ni klu ade..

      Delete
    3. Ada juga orang jual kat shopee. Tapi harganya boleh tahan juga. Malas nak beli saya ambil mak punya je. percuma je. Bodek sikit dapatlah. Tapi amek 1 je setiap design.

      Kalau ada nanti bolehlah afeezz buat props gambar. Takpayah membeli dah.

      Delete
  9. Uish..hebat Fiza memasak. Nampak sangat menjadik dan sedap tu.
    Rindunya akak nak jenjalan Pilah, rindu makanan dan suasana kampung yang mendamaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur menjadi kak. Pada saya sedap dah ni.
      Rindu juga nak balik Pilah dah lama tak balik. Dapat merentas daerah ni pun rasa seronok dah.

      Makanan dan view kampung memang awesome.

      Delete
  10. bestnya dia dah dapat balik kampung. pinggan tu legend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapatlah peluang balik. Pinggan legend mak kita punya :)

      Delete
  11. Replies
    1. Boleh cuba resipi yang saya kongsikan :) Mana tahu menjadi juga nanti. Boleh buat selalu

      Delete
  12. Adehhh.... baru lepas makan pun boleh jadi lapar balik tengok char kuetiau Fiza ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ampunnnn...pasni boleh cuba cuba buat char kuetiau pulak Kak Farrah :)

      Delete
  13. Alhamdulilah dah fasa 3. Sedap betul char kuey teow tu. Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah beransur ke Fasa 3.
      Sedap ikut level sedap saya :)

      Delete
  14. Memang sedapppp kalau ada kerang! Tapi betul la kan kak fiza, leceh part kerang tu sikit. Saya alergik dengan kerang, kalau kopek kerang tu, gatal nyaaaa jari saya bila kena air yang keluar dari kerang tuuu. Tapi, itulah, benda sedappp. Rugi tak makan hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Sedap ada kerang lagi. Alergik kopek kerang je lah eh? Makan pun alargik jugak ke tak? Memang rugi tak makan kalau benda sedap. Hihi

      Delete
  15. sedapnya..lama tk mkn..suka yg ltk kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Lama tak makan terpaksalah buat sendiri kak. hihi..Ada kerang lagi sedap :)

      Delete
  16. Replies
    1. Sila cuba resipi tu Busyra. kot menjadi boleh makan selalu :)

      Delete
  17. banjir ala tsunami punya kuah cm ni sy suka. sbb tu x suka kalu tapau nnt smpi umah dah kering n kembang. sedap kalau dine in berasap2 pinggan... arghhhh rindu nk dine in!!!😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Char kuetiau memang nikmat makan panas panas dan kuah banjir. Tapau kalau dah kembang memang kurang sedap. Silap silap tak habis makan. Dapat dine in makan fresh form wok tu memang syok haihhhh.

      Delete
  18. Wahhh.. busy betul ni.. hehe.. Lama tak makan kerang.. biasa kerang rebus tu, memang dengan cengkerang sekali masaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang busy terkejar kejar masa gitu. eh bukan memang camtu ke rebusnya nona dengan cengkerang sekali. Ada kopek dulu baru rebus ke?

      Delete
  19. sedapnya! rindunya nak makan char kuetiau. duduk kat jepun ni memang kena buat sendiri lah jawabnya..nanti nak cuba resipi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bersedih, boleh cuba resipi mudah tanpa pes. Asalkan cukup bahan yang ada atau lebih kurang, boleh cuba. Semoga menjadi :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.