Filem Mencari Rahmat
Mencari Rahmat, sebuah filem arahan Al Jafree Md Yusop yang ditayangkan secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021 di MUBI. Filem Mencari Rahmat merupakan kisah adaptasi daripada karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest.

Penulis skrip : Al Jafree Md Yusop
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Produksi : AB Roll Sdn Bhd
Razak, seorang anak yatim piatu yang kini bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala harta peninggalkan ibu bapa angkatnya.
Sempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu dalam tempoh masa terhad. Promosi ini akan berakhir pada Hari Malaysia 16 September 2021 nanti.

FILEM MENCARI RAHMAT
Tarikh tayangan : 31 Ogos 2021Penulis skrip : Al Jafree Md Yusop
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Produksi : AB Roll Sdn Bhd
SINOPSIS MENCARI RAHMAT
Mengisahkan tentang dua sahabat yang masih bujang iaitu Razak (Nam Ron) dan Azman (Amerul Affendi). Mereka berdua menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian Roselina (Nadia Aqilah) dan Ratna (Sharifah Amani).Akan tetapi mereka perlu berhadapan dengan Datin Azizah (Adibah Noor) yang digeruni.
Razak, seorang anak yatim piatu yang kini bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala harta peninggalkan ibu bapa angkatnya.
Termasuklah menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya walau bagaimanapun mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna.
Azman juga seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Roselina yang juga merupakan kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.
PELAKON DAN WATAK
- Nam Ron sebagai Razak
- Amerul Affendi sebagai Azman
- Nadia Aqilah sebagai Roselina
- Sharifah Amani sebagai Ratna
- Adibah Noor sebagai Datin Azizah
- Fauziah Nawi sebagai Aunty Normah
- Eric Fuzi sebagai Reza
- Azman Hassan sebagai Mokhtar
- Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock
- Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin
Lama sangat cerita ni dah pending kan
ردحذفYup, rasa dah berberapa kali postpone tayangan since April-June kot kalau tak silap
حذفnamron kalau belakon msti best,!
ردحذفKann..watak apapun jadi.
حذفtak pernah tengok cerita kat mubi ni. nampak macam best juga barisan pelakon dia :)
ردحذفBolehlah layan nanti. Fee pun murah jugak tu kan
حذفOkey, nanti boleh masuk senarai tontonan :)
ردحذفBaikkkk..Selamat menonton :)
حذفPelakon semuanya best. Bila lah wayang akan dibuka balik
ردحذفYup. Itulah tu. Mungkin tak lama lagi kot sebab ramai dah vaksin ni kan. Banyak sektor dah buka
حذفPertama kali pula dengar tayangan di MUBI.
ردحذفLama dah MUBI ni cuma macam kurang marketing ke camne tak tahu lah.
حذفSetuju dengan komen Kak NA, first time dengar MUBI ni, and murah lah harga langganan dia, RM3 untuk 3 bulan. Ada namron dengan amerul affendi dalam filem ni mestiiii bestt sebab memang pandai berlakon pun deme berdua ni kannn.
ردحذفPasni boleh langgan sana pulak Atiqah kalau ada filem best :)
حذفmenariknya ppster dia..
ردحذفCantik kan poster macam ni.
حذفSemua pelakon dia best2 cuma sayang tv jarang masuk. Tapi mereka ada peminat yang tersendiri dan menghargai karya mereka
ردحذفItulah tu. Nak promote MUBI tv ni kot rasanya. Bagi orang lebih tahu kewujudannya
حذفsempat tgk kejap aritu... tu pn sbb nam ron😆
ردحذفOhh suka namron berlakon ye Anies?
حذف