Header Ads

Hujung Minggu Di Kampung

Berpagian di kampung memang syok betul. Pagi pagi sejuk amat! Macam biasa, lepas kudapan (makan pagi). Berkeliaran kita sekeliling rumah membelek pokok pokok yang ada. Buat terapi mata  melihat tumbuhan menghijau. Peluang yang ada kita ambil gambar buat simpanan.
 
Sunshine

Pokok peria ni tak nampak pulak buahnya. Pokok pun daunnya kecil kecil dah macam semua pucuk pulak. Pernah  nampak berbuah sekali. Itupun kecil je. Nak buat makan memang tak dapatlah. Rasanya tumbuh liar atau saja mak campak benih lalu tertumbuh kat situ.

Pucuk betik pokok peria

Projek suami pulak pagi ni nak meracun semak samun yang semakin meninggi. Risau lama tinggal kampung semak naik nanti haiwan lain pulak menyinggah. Reban ayam pun kosong dah.

Projek bela ayam kampung pakcik masa PKP 3.0 haritu. Masa uwan masih ada duduk kampung teman wak jaga uwan.  La ni terbengkalai, ayam pun suruh jiran tengok kan. Ada yang dah selamat dibuat lauk lauk pun. 

Reban Ayam Kampung

Pokok pokok kat kampung ni walaupun tak ada yang jaga siram bagai tetap tumbuh menjadi. Pokok bunga rose tak ada bunga pulak kali ni. Kalau ada, itulah yang saya ambil gambar. Sebab betul betul tepi beranda nak masuk rumah.

Ada masa pagi ni dapatlah sambung blogwalking kejap. Nak buat kerja design tak ada order. Sebab tu hard disk tak bawak. Header untuk top komentator tu tunggu esok ye saya bagi kat email mana yang dah redeem. Sabar ye.


هناك 51 تعليقًا:

  1. Rindu juga masa arwah uwan n atok ada...
    memang kitrg pun ada bela banyak gila ayam dan itik..
    Tapi part angsa jiran sebelah selalu menyerangn bila kami datang...
    Hahaha rindu nya suasana kat kampung... meriah klu balik raya, semua dah berkumpul!
    Jumpa cousin-cousin memang sakan kejar mengejar keliling kampung..pastu gi kedai dapat makan eskrem free hahaha... adoiii rindunya la hai!!

    ردحذف
    الردود
    1. Mujurlah kat sini takde angsa. Kalau tidak, nak merentas angsa pun tak berani. Hahaha
      Rindu kan suasana balik kampung meriah ramai ramai.
      Dok kampung luas permandangan bebas berlari. Budak budak pun seronok. Tapi tak tahulah budak budak sekarang. Tak suka balik kampung sebab takde wifi line slow. huhu

      حذف
  2. Cuci mata tengok kawasan kehijauan.
    Hehe tengah belajar tampal header pada gambar yang ada.

    ردحذف
    الردود
    1. Seronok cuci mata tengok pokok pokok semua.
      Dah berjaya tak kak? Kalau kurang faham boleh tanya kat email haritu tu

      حذف
  3. Bestnya kat kampung..
    Suka sangat gambar gambar yang Fizah ambil.. Cantik semuanya..

    ردحذف
  4. Bestnya suasana kampung . Udara segar boleh layan kehijauan

    ردحذف
  5. MashaAllah indah permandangan dan permai suasana, tolong hirup udara segar tu.. hehe.. Projek ayam tu macam baru, terbengkalai ya, tapi rezeki jiran buat lauk kan..

    PS Maaf saya terlepaa pandang tentang detail order tu, mereka cuti Jummat Sabtu, inshaAllah akan sampai juga. Apapun saya akan update, terima kasih Fiza.

    ردحذف
    الردود
    1. Okay dah hirup udara untuk akak. Hihi
      baru lagi ni sejak PKP3.0 baru ni. Terbengkalai sebab tak ada orang nak duduk kampung tengok² kan.

      Okay takpe kak. No problem :)
      Terima kasih kak.

      حذف
  6. Seronok tu ronda-ronda kawasan sambil hirup udara segar! Kiranya ayam dah tak bela lagilah ye, Fiza...

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu, best udara pagi yang bersih kat kampung. Feeling good. Ada tinggal beberapa ekor anta rumah jiran tolong jaga. Yang lain dah selamat buat lauk.

      حذف
  7. Gambar dan editing kak fieza tak pernah mengecewakan. Cantiknyaaa. Best kan hirup udara kampung pagi2. Bau rumput tuu. Nyaman ja rasa. Begitulah lumrah bila dah takada penghuni. Minta orang sekeliling tolong tengokkan untuk tatapan kita bila pulang. Dari terbiar terbengkalai.

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Ain.
      Seronok layan suasana kampung. Begitulah lumrahnya. Syukur jiran jiran pun baik.

      حذف
  8. Rindu suasana kampung. bagun awal pagi, bau embun. Pusing kawasan rumah. Ya Allah. Nikmatnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..dapat menikmatinya selepas sekian lama terperap kat bandar.

      حذف
  9. Cantiknya view kampung, cantik sangat gambar yang Fiza tangkap. MasyaAllah. Aman tenteram duduk di kampung, kehijauan yang mendamaikan.

    ردحذف
    الردود
    1. View kampung memang cantik. Memang aman dan tenteram kat kampung ni.

      حذف
  10. MasyaAllah kak fiza. Cantiknya kampung, lagi lagi pokok - pojoj dekatt reban ayam tu bukan main canti warna hijaunya. Sukanya tengok benda benda cantik begini.

    Rindu betul saya dekat kampung. Dah dua tahun tak balik. Lagipun abah dah start dialisis kita takde cuti semua tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Seronok tengok tumbuhan hijau dan kawasan luas. Sebab PKP lah kita tak berkesempatan nak balik kampung kan. Harapnya lepas ni semua orang boleh balik kampung.

      حذف
  11. segar ny fiza.. bau kampung..huhuh.. suke duduk kampung..

    ردحذف
  12. Nikmatnya dapat hirup udara kampung. Udara ringan.. :-)

    ردحذف
  13. have fun di kampung, Fizah. Saya pun ada email untuk header tu. No rush, boleh je tunggu.

    ردحذف
  14. Rindu kampung halaman. Lama dah tak balik sebab adik beradik lain semua dah berkeluarga, tinggal saya tiga beradik je lagi yang belum kawin. Pastu pkp lockdown apa semua, lagilah terbatas nak balik. Best duduk kampung, udara fresh je. Kehijauan banyakkkk! Pantai pun dekat dengan rumah saya. Saya baca komen kak ret, adui terbayang kena kejar angsa. Menangis saya sebab takut >.<

    ردحذف
    الردود
    1. PKP ni memang terbatas niat kita nak balik kampung kan. Nanti lepas PKP dapatlah balik dah stay kampung lama sikit. Angsa jahat! Saya pun dulu takut nak lalu depan rumah orang yang bela angsa. Sanggup ikut jalan jauh sikit. Hahaha..bestnya rumah Atiqah dekat dengan pantai.

      حذف
  15. Cantik-cantik gambar Fiza ambik.
    Sepit kayu tu, nostalgia sungguh.

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih kak.
      Kannn sepit lama yang jarang orang guna dah. Itupun dah xguna. Tersepit sepi kat situ

      حذف
  16. bestnya suasana kmpung! sy bersyukur sgt2 duk kat kmpung skrg ni.. =)

    enjoy di kampung ye fiza..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat best. Untung ezy dapat duduk kampung.
      Baikkk kita enjoy dah balik kampung. Pulang ke sarang semula 😁

      حذف
  17. Pokok kampung & pokok bandar lain kesegarannnya kan...pokok kampung lebih sihat berseri..Rindu kampung

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak. Bau pun lebih segar gitu. Lepas PKP ni bolehlah serbu kampung 😊

      حذف
  18. sukanya busyra tngok view hijau mcm ni.. tenang teramat sangat.. lepas tu hirup udara pagi.. sejuk!

    ردحذف
    الردود
    1. Kan..suka juga tengok view hijau ni. Tenang dan mendamaikan. Udara fresh tu satu nikmat juga. Plus sejuk sampai ke tulang pagi pagi tu.

      حذف
  19. Subhanallah.. Tenang dan damai...
    Ok, baru kenal pokok peria gitu eh

    ردحذف
  20. seronok je tengok tanah kampung. ammi ni bercadang-cadang je ngan husband bestnya kalau ada duit beli tanah kecik kat kampung buat rumah kat situ. tapi apakan daya..duitnya ilekkkk

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah. Dapatlah tumpang rasa seronok tanah mak ayah kita. Bercita cita jugak nak ada tanah sendiri kat kampung buat rumah. Bajetnya yilekk jugak kak. Moga ada lah rezeki kita dapat beli tanah dan ada rumah kat kampung bila dah tua tua nanti. Aaaminnn...

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.