Iced Latte Vietnamese Coffee Padu Baq Hang

Siapa suka kopi? Kita geng! Sehari kalau tak minum kopi rasa pening kepala. Pelik bukan? Ke tak pelik? Ke biasa je sebenarnya. Tapi ada sesetengah orang kalau minum kopi dia akan pening. Lain orang lain kesannya.

Kadang tu minum kopi tengah malam rilek je boleh tidur. Tak macam jenis orang yang minum kopi lansung tak boleh nak lelap mata. Segar bugar je jadi burung hantu. Kadang tu susah tidur jugak kalau minum kopi. Ikut keadaan kot.

Bila dah addicted dengan kopi ni susah nak berhenti. Sehari atau dua hari sekali mesti minum kopi. Sikit pun jadi buat lepas teringin minum. Stress rasa kalau tak minum kopi. Masa diet dulu kala bancuh kopi tanpa gula. Itu pun dah rasa nikmat dah. Janji ada rasa kopi.

Baru-baru ni saya ada beli iced latte dengan whipped cream dan salted caramel, salah satu menu Vietnamese Coffee. Kebetulan nak beli air, nampak pulak orang jual Vietnamese Coffee tepi jalan. Kita pun singgah lah.

Iced Latte Vietnamese Coffee Padu Baq Hang

Encik suami beli Iced latte tapi tak berapa nak latte sangat sebab agak kaw. Biasa kalau latte ni jenis kopi yang light je rasa kopi dia kan. Ini tidak. Rasa kopi yang agak pekat dan padu rasa dia dengan whipped cream dan salted caramel tu membuatkan rasa kopi lebih sedap.

Kalau salted caramel lebih sikit lagi padu. Saya suka saya suka. Ngam kena dengan selera tekak saya. Harga RM7 kalau tak silap kot. Lupa dah! Beli di depan Nilai Square.

Sejak minuman kopi jadi fenomena di Malaysia ni, ramai dah peniaga bercambah jual kopi. Yang saya perasan kebanyakkan logo menggunakan warna dan seakan akan jenama kopi yang terkenal tu. 

54 comments:

  1. Macam jenama perempuan rambut panjang hehe... Rasa kopi tak bole nak perkatakan apakah rasanya tapi segar ditekak, bau aroma di nostril hehe.. Tiba teringat-ingat di minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yang itulah. Aroma kopi memang memikat. Tak boleh nak menolak.

      Delete
  2. Kopi vietnam ni mmg pekat x silap.. Sape yg kureng minum kopi mesti rasa x sedap sbb pekat kelat kopinya haha.. K ret pernah try sekali sbb nk rs sgt.. Bole la sekali minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke KakRet. even latte pun pekat ye. Ada orang tak boleh minum jenis kaw memang susah nak terima.

      Delete
  3. Suka jugak kopi, tapi saya tak boleh minum kopi lewat petang. Nanti malam tak boleh tido. Lagi suka teh sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu kena mengopi pagi. Susah jugak kalau susah nak lena. Teh pun sedap. Saya suka teh O. Teh tarik banyak nau susu. Kalau tak, tak sedap.

      Delete
    2. caffeine tolerance saya rendah. kopi pun yang mild je. pernah try kopi vietnam. memang kick lebih. berdebar je rasa.

      Delete
    3. Kita pulak berdebar baca. Kalau camtu kena kurangkan ambil kopi lah. Sesekali minum kopi yang mild je.

      Delete
  4. akak bukan peminat kopi tp kadang sesekali layan jugak minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh lah layan kopi camni kak. Sebulan sekali ke. Selebihnya kopi bancuh sendiri je :)

      Delete
  5. Penggemar kopi mesti cuba ice latte vietnam ni . Betul tu rasa latte seimbang aje milk dgn kopi tu

    ReplyDelete
  6. Nampak memang pekat dan padu. Kami suka je kopi dari luar. kalau kat rumah jarang kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang padu dan pekat. kopi luar dapat jumpa yang sedap bestlah. Kat rumah bancuh kopi biasa je :)

      Delete
  7. saya suke coffee tapi takde la sampai hari2 kene minum.. tapi coffee2 macam ni mmg sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coffee style gini memang taklah minum hari hari. Sebulan sekali camtu bolehlah. Sedap memang sedap.

      Delete
  8. Suka kopi tapi kak PC tak boleh minum banyak Fiza, kalau teringin minum juga sehirup dua. Suka aroma kopi yang segar. Serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aroma kopi fresh tu memang best bau. Kena berpantang macam ni. Sehirup dua buat lepas tekak teringin okaylah. Asalkan dapat rasa sikit.

      Delete
  9. Saya bukan coffee lover. Tapi lately ni macam teringin sangat nak minum coffee. Minum coffee tak boleh tidur tu tak boleh pakai dengan saya. lena serupa tu juga haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok esok kalau jumpa coffee camni boleh beli lepas teringin.
      hehe..samalah kita. tak boleh pakai, pakat dok lena jugak

      Delete
  10. Haah akak cuba tidak minum sehari ada rasa kekurangan. Betul itu tidur ok sahaja. Hehe ikut orang.
    Kopi Vietnam yang akak minum di kedai biasa ada alat tapis khas. Memang sedap. Hehe yang Fiza beli jenis hipster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jugak minum kopi kan walaupun tak kerap. Itulah tu, ikut orang. penapis yang atas cawan tu ye kak? Pernah nampak jugak. Ini jenis hipster tak betul betul kopi sebenar.

      Delete
  11. Kalau salted caramel memang sedaplah.
    Tak pernah cuba lagi kopi vietnam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..ada salted caramel memang lagi sedap.
      Kot jumpa boleh try rasa naniey

      Delete
  12. sedapnya vietnamese coffee.

    syu pon peminat kopi. sehari kena mnum 2-3 kali klau kerja.
    tp kalau cuti, x mnum pon ok je. sbb dah biasa minum time keja. xbleh klau x mnum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekena coffee rasa fresh dan baru macam otak dapat berjalan sikit. hihi..

      Delete
  13. Saya tak minat kopi sebab bau dia macam menyengat sangat, tapi rasa sikit tu boleh la, minum segelas gitu memang tak mampu nak habiskan >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bukan penggemar kopi ni. Takpe, kalau beli bagi saya habiskan :p

      Delete
  14. Sedap ni Iced Latte Vietnamese.
    Pernah minum kopi Vietnam tapi lepas tu tak boleh tidur hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan Kak Amie. Kalau kaw sangat berpotensi jugak susah nak tidur malam.

      Delete
  15. Deakat area masjid tu ada gerai jual segala jenis mak nenek coffee dan kopi vietnamese jugak kan....kalau x salah dekat ngan stesen minyak tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teahunter tu ke kak? Dah banyak kali beli kat situ. Tapi mostly flavour terkini macam green tea, mango, macam bubblebee pun ada. Beza dengan Vietnamese Coffee ni.

      Delete
  16. Sama la kita, penggemar coffee tegar. sejak beli coffee maker ni, hari-hari minum 2 kali sehari. Sekali bancuh buat 2 cawan terus. Satu minum terus, satu simpan dlm peti ais utk minum malam. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalau ada coffee maker di rumah saya pasti rancak juga minum hari hari. Sedapnya minum air kopi sejuk sesekali.

      Delete
  17. Naaah kalo kopi beda ceritaaaa, sayaaa sukaaaaaa :D. Tapi tak bisa juga tiap hari kak. Karena sedang diet nih hahahaha. Jadi sesekali aja nak coba.

    Kalo kopi yg hitam tanpa gula, okelah itu kalori ya kecil je. Tapi kalo udh bertambah susu, caramel dan kawan-kawan, langsung hancur diet saya hahahahahah . Tapi memang lah, dulu sebelum diet, bisa tiap hari beli kopi kekinian macam nih. Apalagi office saya dekat dengan kafe2 yang menjual kopi begini.. Dah lah tuh, tiap break kantor pasti beli :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diet minum kopi tanpa gula jawabnya.
      Memang hancur diet kalau tambah segala manisan yang ada. Kopi begini sekali sekala je boleh. Manis betul tak boleh minum selalu. Lagi musnah lah diet kalau dekat dengan cafe. hihihi

      Delete
  18. Replies
    1. Wahh suka kopi latte eh. Version Coffee Vietnamese ni sedap jugak

      Delete
  19. jarang mencuba minuman kopi di kedai ni, selalu beli dalam tin atau bancuh sendiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali je cuba kopi style macam ni. Bancuh sendiri lain rasa kopinya. hihi

      Delete
  20. Akak suka cincau lebih. Yummm yummmss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak pernah lagi minum kopi dengan cincau. Boleh cuba style Kak Farrah ni.

      Delete
  21. Replies
    1. Fiza kurang sikit latte. Tapi latte Vietnamese Coffee ni sedap!

      Delete
  22. betul, dalam sehari mesti nak minum kopi..sedapnya kopi Vietnam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit pun jadilah kan. Buat lepas rasa. Hihi..kopi vietnam ni sedap. saya suka :)

      Delete
  23. murah nau2 tu. kalau stabak mau smpi rm20😊

    ReplyDelete
  24. Saya suka icee latte yang kopinya padu. Baru uppmhh, Dan yess nadia minum kopi everyday jugak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni Iced latte dia memang padu. Sedap! Tanpa kopi rasa macam lemau je :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.