Header Ads

Ke Kuala Pilah Sebentar Cuma

Cerita semalam, encik suami dapat panggilan. Katanya dari Pos Laju nak hantar barang tapi tak tahu lokasi rumah. Rumah kat kampung. Pelik pulak tiba-tiba ada bungkusan. Alamat kampung pulak tu. Kalau beli barang, tak mungkin guna alamat kampung. 

Lepas dah sahkan terima barang, kami pun siaplah balik kampung kejap. Risaulah kalau bungkusan atau document penting ke, kan. Kalau hilang satu hal lah pulak. 

Mujurlah suami macam dah kebah dari demam sikit, saya pun ikut sekali lah. Risau pulak sorang-sorang. Cuaca elok betul semalam. Panas boleh tahan. Kenderaan pun agak banyak sebab semalam hari Jumaat kan. Orang sibuk balik kampung agaknya walaupun masih awal lagi, belum habis waktu kerja.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Lama tak tengok awan putih dan langit biru yang cerah. Semacam rembang. Rembang maksud nya titik di sfera samawi yang berada tegak di atas kepala seseorang pemerhati. Sedangkan masa melalui jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni lebih kurang pukul 3 lebih tapi terang macam tengahari.

Lalu depan Ulu Bendul. Perghhh..Full house! Sakan masing-masing ambil peluang bermandi manda di Ulu Bendul. Last mandi di Ulu Bendul tahun 2015. Ada polis juga, memantau keadaan.

Sampai kampung, check dalam peti pos ada bungkusan pos laju tu. Bungkusan newsletter rupanya. Masuk rumah kejap je. Lepas tu petik daun kari sikit buat stok dan balik sebab nak singgah membeli barang sekali.

Singgah menyinggah beli itu ini, balik balik cuaca dah nak gelap. Baru pukul 6 macam tu tapi cuaca dah gelap semacam.

Jalan Bukit Putus Kuala Pilah

Cantik aram temaram. Aram-temaram adalah suasana hampir gelap, suram atau kabur. Aram temaram in english Twilight. Sebut twilight teringat sekual Twilight. Siapa layan? Semua minat kat Edward eh? Saya geng Jacob Black. Blogger Sal, dah marathon Twilight ke belum? 

Tak sempat nak menikmati layung, evening glow. Tak dapat ke pantai, kita nikmati permandangan yang sedia ada depan mata.


هناك 46 تعليقًا:

  1. Lamanya tak drive jauh2 hehe rindu plk kita :p

    ردحذف
  2. Fuh, masyaa Allah subhaanallah maha suci Allah .. lawa pemandangan.

    Aien tiap tahun mesti ulang twilight. Semesti geng edward. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Permandangan yang indah. Wahh betul betul layan Twilight ni. Hihi..tahu dah, ramai team Edward. Saya je team jacob :)

      حذف
  3. Tahniah N9 dah nak masuk fasa 4
    JDT fasa 1 pun tak lepas lagi

    ردحذف
    الردود
    1. Eh dah masuk fasa 4 ye wak? Lupa lak nak tengok update. Itulah tu, lambat JDT nak masauk fasa 1. Kes pun tak surut surut. Risau betul.

      حذف
  4. cantiknya lahai awan.. langit cerah suka tgok..

    ردحذف
  5. Suasana alam aram temaran biasanya mengusik rasa. Waktu beginilah kalau keseorangan, segala kenangan lalu menjelma dalam ingatan.

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju tu Kak Amie. Seronok menikmati permandangan. Buat kita rasa nak throwback segala memori, kan.

      حذف
  6. seronok dapat jalan2 mcm ni, walaupon sekejap

    ردحذف
  7. rindunyaaa nk pi Kuala Pilah
    2 thn dah tak blh rentas sana huhuuu
    ni kalau lepas mau tido 2 malam

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas habis PKP nanti bolehlah singgah jalan jalan ke Kuala Pilah. Cari homestay kampung kampung syok juga.

      حذف
  8. Saya filem Twillight layan gitu-gitu je, tu pun pasal adik suka. Hehe. Tak jam pulak jalan di Ulu Bendul tu? Saya kalau ke rumah pakcik di Gemas, mengadap jem kalau musim cuti

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh layan gitu gitu je. Join sekaki je lah ni tengok dengan adik eh.
      Tak jem tapi kenderaan banyak juga. Ulu Bendul kalau tak PKP weekend memang terkenal dengan jem. itu biasa.

      حذف
  9. Seronoknya kampung kat Kuala Pilah...Pernah ke sana lama dulu..Seronok sangat tengok suasana kampung kat sana dengan kerbau masih banyak masa tu

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.rezeki kahwin dengan orang Pilah. Yep, merasalah jugak suasana kampung. Kerbau banyak kat kampung dalam-dalam je kak. Kampung dekat dekat jalan besar ni memang sekor kerbau pun tak nampak. Lembu pun jarang nampak. Kambing tu adalah jugak.

      حذف
  10. Tak pernah tergerak hati nak tgk sequal twilight. Tak bernafsu gitu

    Br 1st time Ammi dgr aram temaram

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..faham faham. Bukan minat maknanya ni.
      Iye, menarik kan bunyinya aram temaram tu.

      حذف
  11. Betul petang pukul 6 lebih dah gelap.
    Alhamdulillah suka cuaca di Malaysia walaupun panas berdentang.

    ردحذف
  12. Terima kasih sudi kongsi pemandangan indah nian ni dengan akak :)

    ردحذف
    الردود
    1. sama-sama Kak Farrah. Nanti saya share lagi kalau ada permandangan yang menarik :)

      حذف
  13. Rindunya nak balik Pilah...lama x balik sebab x complete lagi vaksin...duk je rumah..kalau balik pun hanya mak abah je...

    ردحذف
    الردود
    1. Memang rindu nak balik Pilah. Pasni completed je boleh berdesup balik Pilah kak. Sekarang pun kurang jem sikit even banyak kenderaan.

      حذف
  14. semoga en suami dan fiza sentiasa dlm keadaan sihat ye

    ردحذف
  15. sakan fiza..dan suami..kehulu ke hilir hehehee..seronok juga mcm ni..hlg bosan duk rumah seketika..

    ردحذف
    الردود
    1. Ada hal je ni Shida. Kalau tak, tak keluar jugak. Dapatlah mandang mandang permandangan luar sikit.

      حذف
  16. Rindu jalan Bukit Putus - Kuala Pilah tu... last lalu bila ambil anak bujang di Poli Muadzam.

    ردحذف
  17. keluar sekejap nikmati pemandangan pun slaah satu terapi jiwa

    ردحذف
  18. Cantiknya awan tu, dekat rumah ni dah hampir seminggu mendung hujan jaaa.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat cantik. Lama tak keluar rumah, tengok awan dan langit cantik rasa best betul. Tu yang ambil gambar.

      حذف
  19. Cantiknyaaaa view! Nak nak part awan tuuu! Nampak satu satu bentukkkk awan

    ردحذف
    الردود
    1. Memang cantik awan altocumulus ni kan. Cuaca cerah lagi nampak cantik.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.