Kelapa Kuning Dan Kelapa Tua
Balik kampung haritu cuaca kejap mendung kejap panas. Suami pun terkeliru nak meracun semak ke tidak. Sudahnya berakhir dengan kegagalan meracun di hari sabtu. Pagi Ahad lepas embun kering barulah mula siapkan segala pekakas dan bahan untuk meracun.
Sedang suami rancak meracun di sekeliling rumah, saya tutup semua tingkap. Duduk dalam rumah diam diam sempat jugak berblogwalking. Nak duduk luar nanti terhidu bau racun. Mak pulak macam biasa kalau balik kampung mana reti duduk diam.
Dah ditegah duduk dulu rehat tapi... ehhh dia ligat buat kerja. Buat kerja laju-laju, jalan laju-laju pastu mengadu sakit kaki tak kuat. Jumpa jiran jiran tapi sembang jauh-jauh je la. Bertanya khabar dan sembang lama tak jumpa.
Mak-mak kita dah biasa duduk kampung. Banyak aktiviti boleh buat. Itu yang sibuk buat macam macam tu. Jiwa dia lebih kepada suasana kampung. Dapat buat kerja kampung at least kurangkan juga rasa serabut duduk di bandar.
Tiba-tiba dengar suara mak luar tingkap bilik dengan makcik saudara bersembang. Tengah mengutip buah kelapa tua yang pokok tinggi jauh sikit dari pokok kelapa kuning dalam gambar. Nak dibuat stok santan katanya. Bergegas lah saya capai sweater hoodie tolong kutip buah kelapa.

Encik suami pun dah siap meracun kawasan berdekatan dengan rumah. Sambung jauh sikit dari rumah sebab dah semak jugak.
Lepas kutip kelapa, berehat kejap bawah pokok kelapa kuning ni. Kelapa gading ke nama dia? Dalam hati berkata "Alangkah sedapnya kalau dapat air kelapa sejuk masa cuaca panas ni".
Tapi cita cita tak tercapai mengenangkan buah kelapa yang tak besar mana ni. Auto cancel niat nak buat air. Potong mood betul lah buah kelapa ni. Kenapalah tak besar masa ni. Ke memang macam ni besar dia.

Hahaha... Entahlah! Kemain teringin nak minum air kelapa kan tapi tak tahu jenis buah kelapa.
![Kelapa Kuning Kelapa Kuning](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA2S_LQXMkQ6Hh4S8I-8HlbQeuu6I2LIxCHUkIsXZGoH_4YIZvxS5LgCriR2q7IBCPNcGObRO5eZhmnAyIpe2Z3wmVyFYdKoqsemH-CcGya8G3cyOFmqxl47ihEi_kV-FQ0L97ATjV5vQm/s16000-rw/Pokok+Kelapa+Kuning.jpg)
Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.
Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat.
End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layuditasik madu.
![Kelapa Tua Kelapa Tua](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAnHaiDfw6LttBwXl1bTdEbYVxlu1bhAsrNHwmE6m28PdTPbQgl6VBu1kbOIpGSb7ZHCoAte-O8Na3hpKXHavCT0E_zdhe39GaNkhMTyhaUCF0YKHXVYRohSqnTWkWtytxpuc-V6UnyDkP/s16000-rw/Kelapa+tua.jpg)
Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.
Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.
Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!
![Kelapa Kuning Kelapa Kuning](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA2S_LQXMkQ6Hh4S8I-8HlbQeuu6I2LIxCHUkIsXZGoH_4YIZvxS5LgCriR2q7IBCPNcGObRO5eZhmnAyIpe2Z3wmVyFYdKoqsemH-CcGya8G3cyOFmqxl47ihEi_kV-FQ0L97ATjV5vQm/s16000-rw/Pokok+Kelapa+Kuning.jpg)
Buah kelapa tua terus dikupas. Mak tukang kopek dengan pengopek kelapa jenis macam gunting tu. Saya tukang tarik sabut kelapanya. Nak guna tu saya tak pandai. Dah hampir siap baru lah encik suami datang tolong lepas meracun.
Merembes segala peluh bila lama tak buat kerja kampung. Mak pun gelak tengok saya berpeluh sakan. Itulah tu dah lama tak bersenam kan. Haha...saya nasihatkan mak suruh rehat dulu, mak pun suruh saya rehat dulu kalau penat.
End up masing masing teruskan projek mengopek kelapa sampai siap. Tapi saya stop dulu sebab tak larat dah. Mak masih kuat lagi tu. Lepas tu proses mesin kelapa dan perah santan pulak. Suami mesin, mak perah santan. Saya terkulai layu
Eh tak! Disebabkan letih mengopek kelapa yang tak seberapa dan berpeluh beria. Masuk rumah terus mandi.
![Kelapa Tua Kelapa Tua](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAnHaiDfw6LttBwXl1bTdEbYVxlu1bhAsrNHwmE6m28PdTPbQgl6VBu1kbOIpGSb7ZHCoAte-O8Na3hpKXHavCT0E_zdhe39GaNkhMTyhaUCF0YKHXVYRohSqnTWkWtytxpuc-V6UnyDkP/s16000-rw/Kelapa+tua.jpg)
Semuanya 10 biji kelapa tua mak ambil. Dapatlah beberapa bungkus santan. Saya dapat dua bungkus santan. Santan mak bagi dulu pun masih ada lagi. Tapi mak tetap bagi lagi santan buat stok. Jenis jarang masak bersantan ni dan suka guna santan kotak lagi.
Kalau guna santan fresh kena terus guna baru betul betul fresh. Bila dah simpan lama dia jadi kurang sedap sikit. Kalau masak kena lagi kerap mengacau baru elok hasilnya.
Fuhhh kisah buah kelapa je pun. Berjela jela pulak ceritanya. Jangan bagi perempuan membebel, silap silap jadi sebuah buku. Kah!
rasanya saya pun sama macam Fizah kalau disuruh buat kerja kampung. Badan lemau duduk depan PC aje. Samalah tak pandai kopek kelapa. Durian apatah lagi
ردحذفItulah pasalnya Sal. Lemau sungguh bila dah lama tak buat kerja kampung ni. Durian tu okay lagilah. Kopek kelapa ni mencabar betul. Amek masa nak siapkan sebiji pun. Ini 10 biji sekaligus.
حذفsedap kalau dapat minum air air kelapa muda :)
ردحذفMemang sedap betul kalau dapat air kelapa muda..feeling fresh!
حذفTula hehe.. Dari buah kelapa kecil, kuning tiba dapat santan dua bungkus, sembang berisi namanya tu.. Untungla ada hasilnya..
ردحذفSantan dari kelapa tua yang warna coklat tu kak. Ada 10 biji semuanya. Dapatlah beberapa bungkus. 2 bungkus untuk saya mak mentua bagi. Hihi..Alhamdulillah ada hasil tanaman untuk kegunaan.
حذفrinduuu nk kait kelapa, kopek., mesin. cam dulu2 huhuu
ردحذفbc cerita Fiza teringat jga pd arwah mak akak
yg x reti. duk. diam. camtulah bila. kita blk kg
Betul tu kak. ada je kerja nak dibuatnya.
حذفTerus terbayang pokok kelapa keliling rumah di kampung. Ya Allah.
ردحذفPokok kelapa dan kampung berpisah tiada. Semoga ada kesempatan dapat balik kampung nanti. Aaminnn...
حذفbetul tu santan kalau disimpan terlalu lama agak tidak sedap . kalau dua tiga hari lagi masih ok
ردحذفBetul tu. Kena guna cepat cepat. Jangan terlalu lama sangat. Hilang rasa sedap dia.
حذفItulah susah dapat kelapa dan santan segar.
ردحذفHehe kuat mak mertua Fiza kupas, lepas itu parut dan perah.
ada jual santan segar tapi ada yang letak air pulak.
حذفitulah tu, gigih nak buat kerja.
mak-mak macam tu lah kan. kalau balik kampung, x betah duduk diam. kalau g rumah ank-anak dekat bandar, kejap ja xboleh lelama rindu rumah, lemau badan katanya. hihi
ردحذفBetul tu kak. Memang tak duduk diam. Ligat je buat kerja. Duduk bandar mati kutu tak tahu nak buat apa jadi lemau badan. huhu
حذفKelapa gading tu memang besar tu ja saiznya..kecik comei. Tp tu mcm dah tua dah..
ردحذفOhh ye ke kak. Tahap tu jelah besarnya ye. Terima kasih kak inform.
حذفKak Amie suka baca tulisan Fizah ni.
ردحذفFizah gunakan teknik showing, dan bukannya telling. Kalau dalam penulisan kreatif Fizah berjaya melibatkan pembaca sehingga terjalin ikatan antara pembaca dengan Fizah sebagai penulis, dapat bayangkan apa yang Fizah ceritakan dan rasa teruja untuk meneruskan pembacaan. Bagus cara Fizah, ada interaksi dua hala.
Saya pun tak tahu teknik showing ke telling. Main hentam tulis. Terima kasih kak Amie membacanya. Tak semua orang baca sampai habis dan faham isinya. Kadang penyampaian kita buat pembaca kurang faham ada yang bertanya dan mungkin ada yang tak baca habis. hihi..
حذفterima kasih banyak banyak Kak Amie :)
wow...
حذفDulu merasa gak nak buat semua ni. Sekarang, semua beli jer😂
ردحذفDuduk bandar haruslah kita membeli je. Itu lebih mudah :)
حذفbestnya dapat santan ori!
ردحذفAlhamdulillah rezeki dapat santan segar.
حذفTak memasal nyok dipersalahkan hahaha. Time panas2 minum air kepala muda letak pula ais fuhh lega anak tekak
ردحذفHaha..tak pasal pasal kan. Memang syok aihhh kalau dapat minum air kelapa sejuk.
حذفKelapa gading ni memang kecil
ردحذفTapi airnya manis dan isinya lebih tebal
Biasanya memang buat minum kelapa muda
Ohh ye ke wak? Alahaii menyesal tak kait.
حذفTerima kasih wak bagitahu :)
kelapa gading yg kuning tu memang tak besar buahnya. air pon tak banyak. tapi kalau nak minum boleh jer...
ردحذفOh ye? Sama macam wak Kak Kamsiah dan wak cakap tu. Baik, faham dah sekarang. Terima kasih :)
حذفBalik kampung macam macam kerja boleh buat. Aktif lain macam sikit di kampung. Kelapa macam macam jenis, kelapa gading, kelapa pandan, kelapa apa lagi eh. Tak kena jenis kelapa . Tahu kalau yang kuning tu dipanggil kelapa gading.
ردحذفIye, balik kampung tak boleh duduk diam. Ada je aktivitinya. Kat kampung saya ada kelapa pandan. Kelapa mawar? Yang kuning tu memang satu jenis tu je lah kan dipanggil kelapa gading?
حذفSedapnya
ردحذفSedap kalau dapat minum air kelapa waktu cuaca panas.
حذفperjalanan nk amek santan ori bukan sng ye.. berpeluh sakan.. kikiki..
ردحذفumi sy pon jenis xreti duk diam..
ade je bnda nk dibuat.. kalo dilarang dibebelnya kita blk.. haha
Tahu takpe! Tapai berbaloilah dapat santan segar yang sedap untuk masakan.
حذفHahaha..itu biasa. Mana peduli kita cakap :)
Saya rasa memang saiz dia kecikkk gituu je hehehe. Sedappp tuu dapat santan freshhhh, tapi kalau santan gitu memang kena guna terus kalau boleh kann, kalau tak, lama lama macam tak berapa menjadi. Tapi kalau saya masak pun, lagi suka pakai santan kotakkk hehehe.
ردحذفItulah, baru tahu sebab ramai yang cakap macam tu. Betul, kena masak terus baru sedap. Duduk bandar memang santan kotak lah pilihan yang kita ada :)
حذفWahhh. sy lagi tak kenal.. kelapa gading eh ni?? Ok.. nak ingat terusss... Yang sy tahu, kelapa ni mmg sy x pernah minum.. selalu dah kaler hijau tu je sy minum.. Lorh
ردحذفKelapa kuning = kelapa gading. Biasa orang jual yang hijau tu. Yang hijau pun kelapa pandan sedap air dia
حذف