Ketam Goreng Berempah Sedap Baq Hang
Baru-baru ni tengok cara masak ketam berempah Elisya Sandha nampak macam sedap je. Saya pun simpan lah dulu post tu.
Beli kat kedai runcit sebelah Agrobazaar Rakyat Pekan Tg Ipoh.
Itu belum lagi tengok mak mentua dia masak, Sheila Rusly yang selalu masak tak pernah nampak tak sedap. Semua sedap sedap. Anak-anak lelaki dia pun pandai masak. Bagusnya lah!
Balik Kuala Pilah sebentar cuma tu dapatlah singgah kedai kat Tanjung Ipoh. Kalau balik mak akan singgah kedai tu beli barang dapur sikit. Ikan, udang, ketam dan lain-lain lagi boleh dikatakan fresh. Senang singgah kedai tepi jalan je tak perlu nak masuk mall.
Semalam lah baru saya masak ketam goreng berempah tu. Sebenarnya pertama kali nak masak ketam goreng berempah ni. Ikut kebiasaan bila beli ketam akan masak ketam masak lemak cili api. Itulah paling berselera nak makan. Padahal banyak lagi resipi ketam yang boleh dimasak.
minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
Serai
Bahan kering
garam
serbuk kunyit
serbuk cili
tepung jagung
daun kari
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.
Ketam goreng berempah is doneee.. Mudah sangat, kan? Ketam pun macam udang jugak, jenis cepat masak.
Sedap juga sesekali makan ketam goreng berempah. Sedap baq (baca : habaq) hang! Ketam ni bukan boleh beli selalu. Mahal satu hal. Nak membeli pun susah. Jarang ada yang fresh. Ini pun dapat ketam cenonet je saiznya. Syukur dapat juga merasa ketam goreng berempah.
Balik Kuala Pilah sebentar cuma tu dapatlah singgah kedai kat Tanjung Ipoh. Kalau balik mak akan singgah kedai tu beli barang dapur sikit. Ikan, udang, ketam dan lain-lain lagi boleh dikatakan fresh. Senang singgah kedai tepi jalan je tak perlu nak masuk mall.
Semalam lah baru saya masak ketam goreng berempah tu. Sebenarnya pertama kali nak masak ketam goreng berempah ni. Ikut kebiasaan bila beli ketam akan masak ketam masak lemak cili api. Itulah paling berselera nak makan. Padahal banyak lagi resipi ketam yang boleh dimasak.
Ketam betina vs ketam jantan
Encik suami beli ketam jantan, kurang sikitlah isi dia. Ketam betina tak ada agaknya. Tak pulak saya bertanya. Ketam betina isinya lagi banyak.
Nak kenal ketam betina, bawah dia bentuk segitiga tu lebar macam bentuk u terbalik. Ketam jantan bentuk segitiga bawah tu runcing macam bentuk v terbalik. Tak tahu apa nama bentuk segitiga tu.
Beli 2 ekor je pun. Seorang seekor jadilah kan. Disebabkan Elisya masak tak share resipi. Kita olahkan masak cara kita je daripada video yang dikongsikan. Nampak bahan-bahan yang digunakan dan cara masak ketam berempah dah pun ditunjukkan dalam video kira bolehlah tu kan.
Bahan-bahan
Ketam (cuci bersih dan potong dua)minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
Serai
Bahan kering
garam
serbuk kunyit
serbuk cili
tepung jagung
daun kari
Cara masak ketam berempah
Gaul rata bahan kisar dan bahan kering bersama ketam.Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.
Ketam goreng berempah is doneee.. Mudah sangat, kan? Ketam pun macam udang jugak, jenis cepat masak.
Sedap juga sesekali makan ketam goreng berempah. Sedap baq (baca : habaq) hang! Ketam ni bukan boleh beli selalu. Mahal satu hal. Nak membeli pun susah. Jarang ada yang fresh. Ini pun dapat ketam cenonet je saiznya. Syukur dapat juga merasa ketam goreng berempah.
Ada orang tak suka makan ketam ni sebab leceh. Dia lagi feel kalau kita meratah je. Makan dengan nasi memang lambat lah siap makan. Kannn...
Beli kat kedai runcit sebelah Agrobazaar Rakyat Pekan Tg Ipoh.
sedapnya nmpk ketam goreng berempah ni..
ردحذفtp ketam klau goreng isi dia mcm lg kurang kan..
Memang sedap. Agaknya lah kot sebab dia mengecut kan :)
حذفTak makan dah ketam pasalnya tak reti nak makan 😆
ردحذفNak mudah makan, sebelum masak ketuk dulu sikit kulitnya dengan anak lesung.
حذفkalo tnya sy mana 1 jantan betina mmg sy xknl lgsg..
ردحذفtau ketam je.. haha..
sy kalo mkn ketam akn abiskan ns dulu..
lepas tu baru ratah.. hihihihi
Hihi..Dah tahu ni senang nanti nak pilih.
حذفSamalah saya, kadang give up nak makan dengan nasi kita ratah je dah hujung hujung habis nasi.
Suka tengok Elisya Shanda masak sekarang ni. Tak pernah makan ketam goreng.. Selalu makan masak lemak cili tu je.
ردحذفSeronok tengok dia masak semua nampak sedap je kan. Itulah tu, selalu masak lemak cili api je. Tengok Elisya masak terus rasa macam nak cuba ketam goreng berempah pulak.
حذفKetam kena makan waktu kita tak rushing.. Barulah setiap sudut kita Kerjakan. Sebab pastu nak kerjakan ketam anak2 pulak
ردحذفBetul betul. Kena makan santai santai baru dapat menikmati.
حذفperghhhhh goreng pun sodap!
ردحذفhahahaha... ini makan memang mak mertua lalu sebelah pun x nampak dah :D
Iyo, goreng pun sodap!
حذفHahaha..jaga jaga ada yang perati :p
Terima kasih sudah berbagi resep. Besok semoga bisa buat makanan seperti ini.
ردحذفsama-sama. Selamat mencuba dan semoga menepati selera.
حذفHaah betul akak tidak suka ketam. Susah makan dengan nasi.
ردحذفTapi boleh bayang kesesapan ketam goreng berempah Fiza buat.
Agak leceh nak makan dengan nasi. Even leceh sesekali craving nak makan ketam pun layankan je. Cubalah nanti kak.
حذفTengok pun dah nampak sedap..Ni kalau mamak tengok menangeh depa...resipi rahsia depa dah tak rahsia.🤣
ردحذفKena rasa ni mama cella baru tahu sedap ke tidak. haha..kesian mamak menangeh tak berlagu.
حذفBestnya!
ردحذفAlhamdulillah.
حذفSedap ratah ketam begini ni... yummeh
ردحذفYep, semestinya sedap diratah begitu saja.
حذفkalau dpt ketam lembut masak camne lagi sedap. krup2 bunyikkk dia.
ردحذفTahu takpe. macam baby crab tu kan.
حذفOoo mcm tu ke cara nk tau ketam jantan ke betina...akak tak pernah belek pun..cuma pilih yg berat ja sbb isi banyak..
ردحذفIye kak. Hihi..pun boleh guna kaedah macam tu. Orang lama lagi berpengalaman.
حذفsaya mmg suka makanan bercengkerang ni... ketam salah satu favourite, tapi tak pernah lagi masak mcm ni.. bleh try resepi ni. senang je rupanya ye. tq fiza
ردحذفKalau suka ketam bolehlah cuba goreng pulak macam ni. Sedap diratah. Memang senang 😊
حذفAkak jarang buat ketam masak berempah ni...samada masak lemak cili api atau masak kari...eh..nak try la...cuma blom musim ketam kot..ketam yang ada kecik2 dan tak puas makan
ردحذفSaya pun tak pernah goreng macam ni kak. Asyik masak lemak je, saya ubah selera goreng pulak. Trylah nanti kalau dapat ketam besar lagi baru best makan. Ini cenonet je rasa tak puas makan isi kurang.
حذفSedapnya ketam, selalu mkn nasik dulu, last baru mkm ketam. Lma jugk ni xmkn ketam sbb tak pernh lgi siang dan msak sendri..
ردحذفMemang sedap CikTimm. Ketam ni sedap diratah je kan. Jenis leceh nak makan. Lepas habis pantang boleh cuba masak sendiri pulak.
حذفWak kalau beli ketam pun pilih yang betina sahaja.
ردحذفBeli ketam betina semasa musim bertelur. Dalam cengkerangnya penuh dengan telur
Susah nak dapat ketam betina wak. Kalau ada mesti orang lain dah pilih dulu kot. Lagi berbaloi kan beli ketam betina ada banyak telurnya sekali.
حذفsaya dah lama tak makan ketam, takut alergi menyerang
ردحذفAlergik seafood ye? Kena elakkan makan ni. Kalau tidak cari penyakit namanya.
حذفdah tua2 ni baru alergik, dulu selamba jer makan. first time kene masa makan siput sedut, pastu kene lepas makan udang... then terus tak makan seafood dah kecuali ikan
حذفOhh pelik jugak tu kan. Kalau memudaratkan diri memang kena stop lah jawabnya kan.
حذفPandai masak, nampak sedap. Cantik gambar. Best jalan-jalan. Betul parking tepi kedai, cepat-cepat beli.
ردحذفAlhamdulillah. Terima kasih kak.
حذفSenang kerja macam tu. Cepat pun cepat beli barang :)
Sedap makan ketam. Ketam yang berat banyak isi tapi itulah kalau beli sekilogram dan tiga empat ekor saja. Memang sedap meratah ketam tanpa nasi. Lagilah kalau dapat ketam betina yang banyak telur.
ردحذفSesekali dapat makan ketam pun dah rasa sedap dah. Rezeki saya dapat ketam jantan kecik. Yang betina dah habis orang beli awal kot. Pasni bolehlah pilih ikut berat pulak.
حذفBuat goreng macam ni syok meratah je lah. Makan dengan nasi rasa leceh jugalah.
wak pon suka makan ketam goreng berempah camni., tapi tulah, leceh nak kopek., huhuhu
ردحذفgoreng berempah macam ni memang sedap buat ratah je. makan dengan nasi kena lauk ketam yang berkuah baru sedap. Leceh tapi gigih jugak makan :)
حذفmama la tu kurang suka makan ketam. bukan tak suka, tapi malas nak kopek haha
ردحذفHehe..faham faham..kalau ada orang kopekkan laju makan :)
حذفkalau ketam serah kat husben lah! dia pandai mkn ^_^
ردحذفKalau dah favourite, memang gigih makan Shida.
حذفselalu ayam goreng berempah je , siapa cakap ketam tak boleh goreng rempah kan ,,
ردحذفHehe..pun sedap tau. Cubalah masak ketam goreng berempah pulak.
حذفSaya tak pandai sangat makan ketam, jadi ketam takkan jadi makanan yang saya akan makan. Kecuali memang dah tak de pilihan
ردحذفSebab agak leceh kot nak makan. Itu yang jadi bukan pilihan. Takpe, faham Nadia :)
حذفTampak mudah memasaknya, kak Fiza. Saya belum pernah memasak ketam, beli jadi saja sebab rasa memasak ketam agak susah
ردحذفMudah saja Naia. Boleh cuba masak sekali dulu. Tapi lagi mudah beli saja, kan. Hehehe
حذفuish memang padu betul ketam goreng berempah :)
ردحذفMemang padu bag hang. Kena cuba tau ketam goreng berempah.
حذفSedapnya makan rangup rangupp..oh..camtu ke beza ketam jantan dan betina..baru kutahuuuuu
ردحذفRangup rangup dan rasa rempah tu yang sedap tu. Iye, begitulah beza ketam betina dan ketam jantan.
حذفKalau makan ketam, memang ambik masa lama sebab nak betul betuk korek isi dia. Kang bazir bila tak habis korek isinya. Memang frust jugak kadang kalau makan nasi lauk ketam, memang akan makan nasi dengan kuah je dulu. Ketam makan kemudian hahaha
ردحذفmemang camtu kot rasanya. Leceh betul nak makan dengan nasi. Kena ratah jugak puas makan semua isi habis makan.
حذف