Header Ads

Malam Malam Pekena Samyang Hot Chicken Ramen Cheese

Cerita malam semalam. Cuti masuk office oil & gas (baca : dapur) sebab ada beli samyang hot chicken ramen cup. Sesekali kita makan samyang hot chicken ramen cup tak payah nak beria masak bukak api dapur. 

How to make samyang hot chicken ramen

Masak air, curah dalam cup sampai ramen kembang. Tapis, kemudian masukkan rencah dalam pek yang disediakan tu. Gaul rata dan ngap! 

Semudah itu je nak sediakan makan malam semalam. 

samyang hot chicken ramen cheese review

Bila dengar samyang ni kita dah terbayangkan rasa pedas menyengat dia. Sedangkan tuang sos dia pun dah menyengit bau kat hidung ni. Memandangkan dah tahu rasa pedas menggila tu, saya tak tuang habis sos merah pedas tu. Tuang 3/4 je daripada 1 pek tu.

Ikut rasa teringin, saya nak rasa samyang pek warna pink tu. Tapi tak ada pulak katanya. Belilah jelah samyang hot chicken ramen cheese je pek kuning. Taknak yang pek hitam tu sebab pedas. Yang 2X pedas tu memang taklah nak beli. Azab weiii nak habiskan.

Inipun beli sebab teringin makan samyang pedas. Macam lama tak makan maggi, kira lulus lah nak makan malam semalam. 

Samyang hot chicken ramen cheese

Disebabkan saya letak 3/4 je sos pedas tu jadi kuranglah pedas sikit. Campur dengan cheese powder lagi mengurangkan tahap  kepedasan tu. Kira pedas yang okay untuk menikmati samyang pedas ni. Untuk feel lagi cheese, saya letak sekeping slice cheese. 

Gaulkan sekali masa ramen tengah panas tu. Dapat bayangkan cheese tarik tu. Tapi bila sejuk of courselah dia berketul ketul sikit. Kalau ditambah extra cebisan seaweed tu mesti lagi sedap kot. 

Samyang Hot Chicken Ramen Cheese Review

Eh, kejap. Kartun anak ayam tu gelakkan kita ke ek? Kelakar eh kita kepedasan? Cuba jawab sikit. 

Nak tanya jugak. Dalam banyak banyak flavor samyang, mana satu favourite awak?


هناك 39 تعليقًا:

  1. Saya sukaaaa semua varian Samyang nih :D. Walopun yg terfavorit sangaaaaat tetap yg hitam kak :D. Tapi yg cheese ini suka juga, kalo sedang tak teringin terlalu pedas :D. Pernah waktu itu nonton drama Korea , di mana ada scene aktris nya masak Samyang trus di atas mie yang sudah jadi dikasih Mozarella, dan crab stick, panasin di microwave. Mozarella ya lumer kan.. trus baru dimakan. Saya Cuba juga di rumah, enaaaaak hahahahah.

    Memang lah Samyang nih bisa dikreasikan macam2. Tapi saya sampai menitikkan air mata pas coba Samyang hitam yang katanya 3x lebih pedas saat ke Korea Selatan. Gilaaaa pedasnyaaa hahahahah. Lebih pedas dari yang dijual di Jakarta.

    ردحذف
    الردود
    1. Yang hitam tu terlalu pedas sangat. Ambil masa nak habiskan. Lagi sedap tu makan campur mozarella dan crabstick. Terus rasa nak cuba jugak nanti buat dan panaskan dalam microwave.

      Bukan setakat keluar air mata, keluar asap di telinga pun boleh jadi. hihi
      Yang 3 x pedas belum jumpa lagi. Fuhhhh bahaya tu pedas pedas sangat. Nak cuba pun tak berani sedangkan yang biasa pun tak tahan pedasnya.

      حذف
  2. alahai terbaca entri makan-makan terus perut ni rasa lapar

    ردحذف
  3. Tak pernah lagi mencuba samyang. masa ke korea dulu pernah lah rasa satu, tak tau la jenis ape. kata pedas, bile dah makan macam meggi kari jer pedasnye. mungkin tersalah beli kot

    ردحذف
    الردود
    1. Lahh ye ker? samyang asli sana tak sama dengan sini ke camne entah. Tapi yang ni style pedas berapi betul.

      حذف
  4. K ret suka yg xde cheese... Sbb mkn cheese mcm muak plk.. Suka yg btul2 pedas

    ردحذف
    الردود
    1. Betul betul pedas berapi tu pernah cuba gak tapi tak tahan betul pedas dia.

      حذف
  5. Anak-anak memang suka betul beli ramen korea ni.Boleh bergaduh kalau ada sesapa terambil dengan sengaja😁
    Nasib baik saya tak geng sebab saya cannot go😅Bau dia kuat sangat tak tahan..Depa dok masak saya masuk bilik..
    Sebenarnya faktor umur kot..sebab itu makan orang muda..ok,saya dah tua...hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Memang suka betul budak budak sekarang makan ramen. Tahan betul lidah memasing makan pedas camni. Mahu tak bergaduh kak, mahal satu cup tu ha, dahlah payah nak dapat kan. Itu yang boleh buat gaduh kalau terambil.

      Saya pun kalau teringin je makan. hihi

      حذف
  6. Eh sama plak Kita. Sy pun dah beli Samyang ramen ni smlm, teringin. Tak sabar tunggu courier hantar. Alamak😂, dah terbeli 2x pedas tu 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Eh eh..tersama pulak teringin kita. Fuhhh 2 xpedas tu. Betul betul pedas!

      حذف
  7. Akak satu pun akak x berani nak cuba..sebelum ni Dania suka makan...akak pernah cuba..giler pedas dia macam nak membunuh

    ردحذف
    الردود
    1. Pedas dia memang mengancam nyawa betul kan. Teringin makan, itu yang cuba cheese dan letak sikit je sos pedas dia. Baru boleh makan.

      حذف
  8. sy pon mmg xkn tuang sosnya abs.. walaupon mkn ramen yg kaler pink.. xtahan ngn kepedasan.. haha.. alahai rs nk mkn ramen jgkkkk! tp ada megi je kat dapo.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau tuang semua memang lambat nak habiskan. Tak mampu nak makan pedas giler tu. Ramen pink pun boleh tahan pedas gak kan. Megi tak sama ngan ramen, sos dan serbuk dia lain. hihi

      حذف
  9. Semua anak Kak Amie suka samyang. Macam banyak jenis juga ada di dapur kalau anak-anak pulang bercuti. Kak Amie hanya tumpang semulut sajalah, sekadar rasa.

    ردحذف
    الردود
    1. Ini mesti kena ada stok kat rumah kan Kak Amie. Firdaus pun terjebak dengan abang abang makan samyang. Hihi, rasa semulut pun dah cukup pedas dah kan kak Amie.

      حذف
  10. Pernah cuba samyang pek hitam tu sekali. Tu pun cuba sesudu je yang adik punya. Adik suka sangat. Naniey tak boleh terima rasa dia tu macam seksa sangat.
    Yang lain belum pernah cuba. Teringin juga nak cuba tapi belum beli lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada orang memang suka sangat makan samyang. Kebal betul lidah memasing. Kita makan sesekali pun terasa pedas berapi tu.

      حذف
  11. Saya pernah makannn yang warna hitam tu, pedas dia ya Allah, sumpah menyesal. Nampak classmate makan, nak makan jugak. Sekali mendapat. Cirit birit. Sampai lecturer naik hairan muka saya je asyik keluar masuk pergi tandas. Lecturer tanya kenapa atiqah duk ulang alik tandas je, kawan perempuan cerita 'atiqah makan megi pedas semalam, tu sakit perut tu' Masuk kelas, kena bebel dengan lectuer sebab tahu perut tak ngam dengan pedas, tapi gatal gi makan jugak hehehe >.<

    ردحذف
    الردود
    1. Yang hitam tu memang pedas gila. Lagi lagi 2x pedas tu. Jangan buat main kalau tak biasa makan pedas.

      Uishh teruk tu kesannya Atiqah. Memang menyesal lah kan makan pedas.

      حذف
  12. Tekak saya macam tak ngam bila ada cheese dalam samyang, so kurang suka makan samyang. Lagipun tak tahan pedas sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh kurang gemar masuk cheese. Faham faham, Pedas kena dok jauh jauh dengan Sal :)

      حذف
  13. Ramen ni satu je..bila tang pedas menyengat tu jgn stop mkn...terus hilg selera ^_^ itu style shida la..mkn kena terus makan..susu kena ada juga hahaaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Shida. Kalau dah stop tu memang hilang rasa sedap dia. Lebih kepada seksa nak habiskan. huhu
      tak pernah lagi makan kena ada susu. Ada air suam okay jugak.

      حذف
  14. Akak suka Samyang Keju. Rasa berlemak pedas. Lama tidak makan. Selalu beli yang 5 peket dalam satu pek.

    ردحذف
    الردود
    1. Yang cheese okay lah kurangkan pedas sikit. Beli yang tu lagi jimat dan boleh simpan stok sekali kalau suka makan.

      حذف
  15. kami sejenis tak makan pedas. jadi tak berani la try. Tapi support je kalau member2 nak makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh macam tu. Faham faham. Tapi kalau sejenis tak makan pedas, memang samyang ni tak digalakkan. Jenis suka pedas pun tak tahan makan. huhu

      حذف
  16. Saya suka kaler hitam tu.. Yang ni, pernah rasa sekali jee..member buat masa tu bawak makan kat dalam wayang..Huhu....Warna pink, sedap jugak..adik siap tambah susu cair kemainnn,,,
    Ye, kartun tu gelakkan kita rasanyaaa..HAHHAHAHA..

    ردحذف
    الردود
    1. kaler hitam tu tak mampu pedas amat! Boleh eh bawak masuk wayang? Lama tak menjengah wayang. tak tahu dah sekarang camne.
      Hahaha..paiti gelakkan kita, kan.

      حذف
  17. Terus berdengung perut tengok samyang heheh
    Akak suka juga samyang yang ini, tetapi lebih gemar yang packaging pink. Yang carbonara tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Penangan samyang ni lain macam kan. Memang nak yang pink tu tapi tak ada pulak. next time lah ada rezeki dapatlah merasa.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.