Mangkuk Tingkat Pastel Pemberian Seseorang

Pagi semalam saya dapat text dari GD Express mengatakan ada barang yang akan dihantar. Bukan barang saya beli. Tapi hadiah dari seseorang.

Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 3 lebih barulah sampai. Kalau menunggu parcel sampai ni memang tak senang duduk. Penantian parcel ni satu penyeksaan.

Masa kita tengah elok menunggu tak pulak dia datang. Tengah buat kerja, masa tu lah dia hon. Tak sempat nak siap keluar, dia call. Saya suruh letak atas tembok je. Sekali dengar bunyi klekang! Bungkusan jatuh agaknya. Ahhh sudahhhhh...

Belum sempat saya keluar, dia dah berlalu pergi. Tinggallah parcel kesepian atas lantai. Saya keluar, nampak bungkusan berupa kotak. Bila saya angkat je bunyi besi seperti berlaga dalam tu.

Saya macam dah dapat agak apa isi dalam kotak tu. Buka buka je memang dah berterabur semuanya. Betul jangkaan saya, mangkuk tingkat! 

Mangkuk tingkat dah tak serupa mangkuk tingkat. Tsunami dalam kotak tu. Mangkuk entah kemana, semuanya tertanggal dari pemegangnya. Mujurlah tak rosak kemek ke apa.

Saya terus susun dan wow! Cantiknya mangkuk tingkat warna pastel ni. Saiznya kecil je sesuai lah untuk letak kuih muih atau bekal nasi dengan satu lauk kering atau berkuah sikit. Padanan warna biru lembut dan merah jambu lembut memang cantik.

Pemegangnya pulak di ikat dengan twilly satin scarf berona terang. Ada gaya moden di situ. Macam trend twilly satin scarf pada handbag pulak. Cantik bukan?

Mangkut tingkat ni jenis mangkuk tingkat ayan. Tapi dulu dulu hanya warna kekuningan je tapi sekarang dah pelbagai. So sekarang saya dah ada dua koleksi mangkuk tingkat ayan. Sebelum ni dapat hadiah mangkuk tingkat warna putih ayan juga.
Mangkuk Tingkat Pastel

Ada calar sikit kelihatan. Tercalar hati kita tengok wak! Mesti tercalar masa berlaga laga tu agaknya. Ada dilekatkan juga sticker dari pemberi iaitu blogger babYpose dengan url blognya dan juga perkataan food unites.

Rezeki saya terpilih diantara 3 top komentator blog babYpose bulan Ogos yang berjaya terima hadiah. Inilah hadiahnya yang saya dapat.

Rasa sayang nak guna. Saya nampak benda comel macam ni, terus terfikir nak buat props gambar je. Apa lagi, kan? Sesuai sangat untuk props gambar. 

Mangkuk tingkat ni diletakkan dalam paper beg ni tanpa bubble wrap. Bubble wrap hanya selapis diletakkan begitu je jadi alasa dalam kotak. Tapi tak dibungkus. Patutlah dia bergelimpangan dalam paper beg ni. Mujur semuanya tak kemek kemek.

Cantik tiffin gift box ni, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah bila letak dalam paper beg yang exclusive.

pastel tiffin box

Terima kasih banyak-banyak untuk blogger babYpose berkongsi rezeki kirimkan hadiah yang super duper cute ni. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminnn...

Seronok membaca blog beliau yang suka kongsikan gambar berserta video. Bukan itu sahaja, blog beliau dwibahasa. Ada Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Suka berkongsi tentang masakan dan lifestyle. 

Ayuh singgah ramai ramai blog babYpose :  baby-pose.blogspot.com. Alang-alang singgah, jangan lupa follow sekali.

48 comments:

  1. Replies
    1. Memang cantik. Alhamdulillah orang memberi kita terima :)

      Delete
  2. Cantik...memang fav kaler Fiza kan...cantik buat props tu Fiza..akak pun ada 2 mangkuk tingkat..tp nak yang plain macam ni la...hehehe..cantik...dia macam mangkuk ayan kan design dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Favourite warna ni. Itulah tu, terfikir nak buat props. Plain macam ni cantik. Yep, jenis mangkuk tingkat ayan.

      Delete
  3. Aameen Ya Rabbil Alameen. Terima kasih atas doa, sama-sama buat sis Fiza juga. Aameen.

    Terima kasih sudi terima, terjatuh ada calar ya, maaf sangat, saya jatuh cinta dengan tiffin bila dapat door gift masa hadiri majlis perkahwinan. Dari situ ideanya hehe

    Moga ukhwah kita berpanjangan, gambar tiffin saya terima penutup pink, mangkuk biru tengah, mangkuk pink bawah. Alhamdulillah dah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kak.
      Terima kasih sekali lagi. Mungkin tercalar masa jatuh. Eh, takpe. Bukan salah akak, courier tak handle with care. Faham :)

      Yup, doorgift kayangan ni kak. cantik sangat. Saya suka!

      Aaminnn...

      Oh ye ke? saya dapat dah berterabur semua. Tak tahu mana satu atas bawah. Agaknya kena selang seli pink dan biru tu ye.

      Terima kasih sekali lagi kak :)

      Delete
  4. Cantiknya mangkuk tingkat ni, Fiza. Scarf tu buat nampak lagi ekslusif kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Suka! Betul betul, setuju! Lilitan scarf tu buatkan tiffin ni nampak ekslusif sangat.

      Delete
  5. comel je kan...
    klu balik kg, bawa bekal.. ha mangkuk tingkat ni la slalu jd mangsa hhehe kita buka kat RnR kasi piknik sket hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Comel betul mangkuk tingkat ayan ni. Ohh bawak bekal makan kat RnR. Seronok kan ala ala piknik duduk kat gazebo tu.

      Delete
  6. Wah memang cantik warna. Siap ada skarf. Nampak macam did and an mangkuk ayan tersebut.
    Hehe tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik siap ada scarf tu.
      Alhamdulillah.
      Terima kasih :)

      Delete
  7. wahhhhh comelnya mangkuk tingkat!!
    mmg syg nk guna sbb comel sgt.. utk prop ok jgk fiza..
    naik seri gmbr nt.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel tu dah tentu. Memang sayang nak guna. Rasa buat props je ni. Tapi kalau emergency takde bekas. Kita gunakan je. hihi

      Delete
  8. Comelnya tiffin ni. Dekat rumah ada satu tiffin, tapi dah terpakai pun. Ada duduk dalam kotak. BTW,kain & box tu bagi tiffin ni nampak lagi menyerlah & eksklusif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaling comel kan dengan warna pastel. Betul, setuju jugak tu scarf tu buat lagi nampak ekslusif.

      Delete
  9. Cantiknya. Nasib baik tak kemek cuma tercalar tu memang buat hati tercalar tengoknya.
    Menunggu parcel memang menyeksakan. Bila time buat kerja, masa tu juga la dia sampai. Lagi haru kalau tengah solat. Kalau dulu terpaksa pergi pick up bila unsuccessful delivery. Sekarang zaman pandemik ni kalau unsuccessful delivery dorang buat penghantaran kali kedua pula kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya. Kalau kemek dah cacat sikit rupa. Tahu takpe, time tengah sibuk time tu dia nak datang. tak rilek betul. Jarang uncsuccessful delivery sekarang ni sejak pandemik. Dorang letak je dan ambil gambar.

      Delete
  10. Terpikat hati melihat warnanya.. romantis sekali. Boleh bayangkan bila dihulur dan disambut penerimanya. Bila dibuka tiffin, ada pulak penganan.. oh.. sungguh terasa bahagia 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah terpikat terus kan kak. Memang sweet je warnanya. Uishhh siap bayangkan lagi tu ada isi. Penganan terus akak bagi. Hehe..memang bahagia. Feel raya tiba² :)

      Delete
  11. Tahniah.mtahniah..bertambah lg koleksi ya..rezeki rajin mengomen..

    ReplyDelete
  12. Cantikkkk warna mangkuk tingkat ni, lagi cantik sebab ada scarf dekat atas tuuuu. Kalau saya pun sayang nak guna hahaha, tapi naisss jugakk tu kalau kak fiza buat props ambik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Scarf tu penyeri mangkuk tingkat. Plan memang nak buat props je :)

      Delete
  13. Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat hadiah cantik lagi comel :)

      Delete
  14. Comelnyaaa mangkuk tingkat ni. Warna pastel pulak tu sesuai sgt padanan warna. Comel kuasa dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel rupa dia dengan warna pastel ni. Hihi...Comel kuasa berganda ganda :)

      Delete
  15. wah, dapat hadiah lagi. seronoknye selalu dapat hadiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki.
      Orang memberi kita merasa. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
      Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari :)

      Delete
  16. Fuhh...Tahniahhh.. Comel behtul niii.. I likee la colour tuu...Sayanggg nak guna ek.. Ok, nak try jadi top komentator jugak la... Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Nona.
      memang comel hadiahnya. Me too! Suka warna pastel sweet macam ni.
      Haruslah sayang, comel sangat.
      Jomlah kita meriahkan kotak komen.

      Delete
  17. Comel mangkuk tingkat tu . Gabungan warna yg cukup menarik . Mujur la sampai dalam keadaan ok walaupun sudah jatuh dari tembok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel sangat kan. Warna pastel ni sweet je. Alhamdulillah keadaan dia OKAY :)

      Delete
  18. Tahniah kak fizah. cntik mangkuk tingkatnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memang cantik lagi comel kan.
      Terima kasih Syu :)

      Delete
  19. Aaaaaa cuteeee! Lama betul tak nampak orang guna mangkuk tingkat mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute. Dulu viral gak mangkuk tingkat ayan pastel ni. Sekarang trend mangkut tingkat corak pulak. Sekarang jarang kot orang guna mangkuk tingkat sebab ada tupperware. Hihi

      Delete
  20. Cantik. Boleh jadi props utk Fiza ambil gambar juga ni :)

    ReplyDelete
  21. Mangkuk tingkat tu cantik sebab satu warna pastel gabungan warna pink dan biru tak pernah lah tak lawa. Lepastu dengan keunikan scarf tu telah membuat mangkuk tingkat ini menawan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan warna yang sweet dan sepadan gitu kan. Setuju! Ada scarf tu dengan warna kontra nampak lebih exclusive menawan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.