Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Selain membeli kuih bulan di Baker's Cottage, encik suami membeli juga mini basque burnt cheesecake Baker's Cottage. Agaknya dia fikir saya dah lama tak makan cheesecake kegemaran kot. Lalu dibelinya juga mini basque burnt cheesecake ni. 

Saiz comel je sebesar kek cawan. Ada 2 biji dalam satu bekas. Seperti burnt cheesecake yang biasa, keknya dilapisi dengan lapisan kertas baking. Bahagian atasnya dibiarkan terbakar sikit untuk menjadikannya kesan burnt.

Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Sekali hadap sekejapan je boleh habis. Tapi saya jenis menikmati makanan, makan perlahan lahan untuk menikmati kesedapan cheesecake sebenar. 

Setakat ni tak pernah cuba lagi buat burnt cheesecake. Kurang pakar bab bakar membakar ni. Masak lauk pauk tu bolehlah juga. Jadi, kek yang kita tak pandai buat tu beli je lah sekadar untuk merasa makan sikit.

Mini Basque Burnt Cheesecake Baker's Cottage

Kalau nak cuba buat burnt cheesecake,  boleh ikut resipi burnt cheesecake mereka yang arif dalam masakan dibawah :

Resipi burnt cheesecake mudah

46 comments:

  1. Boleh tahan rasa burned cheesecake Baker's Cottage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak, kalau suka burnt cheesecake boleh cuba mini size ni 😋

      Delete
  2. Okey nanti nak pi cari kat Bakers Cottage....

    ReplyDelete
  3. ammi pun sama belum pernah baked any cakes yg guna cheese ni..takut.
    pernah guna cream cheese sekali utk buat choc cheese cake tp yg tu kukuslah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga buat tapi tak okay sangat. Cheese dahlah mahal kan, risau tak menjadi tu je lah. If nak makan sikit okaylah beli je. Kalau nak makan ramai ramai tu, gigih jugalah nak cuba buat.

      Delete
  4. kalau ikut yang khairulaming buat memang mudah hasilnya pun sedap dik heheheh

    ReplyDelete
  5. Ahaha... memang fav nie. Kalau p BC memang 'sambar' :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fav, pantang nampak. Menyesal nanti kalau tak beli, kan.

      Delete
  6. Replies
    1. Memang sedap Kak Nor. Ye, so far pastry Baker's Cottage sedap sedap.

      Delete
  7. Sedap.. Antara kesukaan Sha jika ke Bakers cottage..

    ReplyDelete
  8. Kalau pi Bakers Cottage selalu beli Ayam dia… hakak rasa sangat berbaloi …. Murah! Cheesecake ni tak pernah try lagi. Hakak pernah buat sendiri Fizah cheesecake ni ikut resepi Khairul Ming …. Puaslah makan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu selalu beli gak ayam dia masa promo. Sekarang macam dah muak juga. Itu yang tak membeli. Okay baik, kak dana pun cakap sedap guna resipi Khairul Aming tu. Bolehlah cuba nanti.

      Delete
  9. Kek kat Baker's Cottage boleh tahan sedap juga kan..Adah pernah kek ni & saya dapati kek ni kalau tebal lebih sedap terasa cheese berbanding loyang rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastri dan kek dia memang mostly sedap sedap. Dah cuba beberapa dan repeat beli. Yep, kalau tebal sikit sedap. Rasa tak puas makan kurang tebal ni kan.

      Delete
  10. Akak buat guna resepi che nom, sangat memuaskan selera.
    Lepas ni boleh la cari di bakers cottage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus menjadi tu kak. Bolehlah cuba resipi che nom jugak lepas ni. Tak rajin nak buat kita beli jelah kat Baker's Cottage. Hehehe

      Delete
  11. sedapnya nmpk cheese cake.
    senang ada saiz mini, sbb biasanya nk mkn sikit je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burnt cheesecake Baker's Cottage ni sedap Syu. Kalau teringin bolehlah beli mini size ni je buat lepas teringin makan kan.

      Delete
  12. Suka jugakkkk..Tapi tengah tahan diri tak makan kek beberapa harini.....birthday mak nak dekat dah..Haha.nanti baru makan kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. sabar sabar..tak lama lagi dapat makan kek puas puas :)

      Delete
  13. tengok orang buat nampak senang tapi tak rajin nak baking..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tengok macam mudah je kan. Bila nak mencuba rasa macam susahnya alahaiii

      Delete
  14. Pernah makan burnt cheesecake tapi orang lain buat. Belum pernah try di dapur sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak Amie. Belum pernah buat sendiri lagi. Merasa orang lain buat je :)

      Delete
  15. ada burnt cheesecake rupanya dekat Baker's Cottage, selalu beli nasi ayam dengan ayam panggang je

    ReplyDelete
  16. Dekat gambar pun dah nampak sedap apatah lagi kalau masuk ke mulut, betul tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya iya, memang sedap basque burnt cheesecake ni. Kalau teringin boleh je beli mini size ni.

      Delete
  17. Nampak sedap sedap jugakk makanan dekat Baker's Cottage nii kalau tengok dari hasil kak fiza post entri, nanti nak try cari kot kot ada dekat sini, boleh try rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly semua sedap sedaplah mana yang pernah beli tu. Bolehlah cuba nanti Atiqah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.