Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Zaitun (Olive Oil) Dan Kegunaannya

Jujur cakap, saya tak tahu menahu sangat jenis-jenis minyak zaitun dan penggunaan dia mengikut jenis. Kegunaan olive oil untuk memasak ada jenisnya samada digunakan untuk menumis atau dicampurkan bersama ketika masakan masih panas dalam kuali.

Ada jenis olive oil yang hanya boleh dicampurkan terus dalam makanan seperti penyediaan salad. Ada juga jenis olive oil terbaik untuk minum, jenis olive oil untuk bayi. Ada banyak jenis rupanya, kan. Selama ni saya ingatkan olive oil tu satu je dan boleh guna untuk semua masakan. Silap besar lah!

Jadi, wajib tahu jenis-jenis minyak zaitun dan penggunaan yang betul. Jenama minyak zaitun terbaik di Malaysia yang biasa kita nampak jenama naturel.  Jenis naturel olive oil untuk memasak best fo frying, best for roasting dan best for dipping.

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Zaitun (Olive Oil) Dan Kegunaannya
sumber : kurus tanpa lapar

Jenis-jenis minyak zaitun/ olive oil dan kegunaan

LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL

Jenis light/extra light olive oil ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa.

ORIGINAL/PURE VIRGIN OLIVE OIL

Jenis original virgin olive oil ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, harganya lebih murah dari extra virgin olive oil. Sesuai digunakan utk menumis.

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yg lain. Olive oil jenis extra virgin olive oil tidak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.

Sesuai dicampurkan didalam hidangan salad.

Sumber : Kurus tanpa lapar

48 comments:

  1. Yg kat rumah ammi yg original..awal beli mmg taktau jugak sbb itulah jugak ammi gaul dlm salad. Tp lantaklah situ.. Bukan hari2 pun makan saladkan

    ReplyDelete
  2. Oooo baru tahu. Naniey selalu guna yang Pure Olive oil tu je. Buat perap guna yang tu, menumis pun guna yang tu.. Ok next time nak try beli yang Extra Light Olive Oil tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dah tahu jenis dan penggunaan yang betul kan. Tahu dah nak guna yang mana satu.

      Delete
  3. minyak zaitun ini lebih menyihatkan berbanding minyak2 masak yg lain. Kdg2 bila ada bajet sy beli dan letak dlm masakan...menu premium gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cuma harganya tak berapa mesra poket. Boleh beli kalau ada bajet lebih. betul betul, guna untuk menu premium. Special sikit :)

      Delete
  4. Replies
    1. sama-sama kak. Dah tahu senang nak pilih dan guna mana satu, kan.

      Delete
  5. selalu guna minyak zaitun ni untuk masak spageti je hehe

    ReplyDelete
  6. nak kena cuba pakai minyak zaitun la lepas ni.... mana tau boleh kurangkan kolestrol

    ReplyDelete
  7. k ret jarang guna myk zaitun ni.. sama mcm fiezah, x tahu camne kegunaan dan kelebihan dia ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab jarang guna. Sesekali je kalau ada keperluan nak guna. dah tahu ni senanglah nak membeli nanti mana satu kan.

      Delete
  8. sy pon xtau sgt psl olive oil.. ingt aritu ms sofia kecik beli olive oil bkn utk masak..
    skali terguna utk masak.. risau sgt kot2 sakit perot sofia.. nsb baik xde pape jd.. haha..

    ReplyDelete
  9. Dah tahu senang, sebab harganya tu yang jarang beli, suka botolnya.. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Tahu takpe, harga mahal memang jaranglah membeli. Beli pun bila perlu je. Suka jugak jenis botolnya. Senang nak guna.

      Delete
  10. Wah, kena lebih perhati dan dalami lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Ada banyak jenis lagi. Apapun sebelum beli kita kaji dulu :)

      Delete
  11. Pernah beli yang EVOO tu untuk buat salad. Serius tak boleh terima kak. Bau kuat sangat😂. Tapi apakan daya nak sihat punya pasal. Hadap sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang EVOO tu tak pernah cuba. Ohh ada bau kuat ek. Susah gak tu nak telan.

      Delete
  12. Kat rumah ni dah lama tak beli minyak zaitun.Mahalll🤭
    Tapi kalau masak pasta olio memang kena minyak zaitun juga baru sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal.Betul betul, masak spagetthi sedap guna minyak zaitun. Kadang tak ada saya guna butter je. Hehe

      Delete
  13. Pernah sekali beli tapi yg utk salad tu. Nasib baik sis xguna utk menumis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..saya pun pernah silap beli. Sebab tak tahu kan..

      Delete
  14. Alamak tersilap guna. Akak ada jenama Naturel. Selalu guna untuk masak extra itu. Rupanya tidak sesuai. Hehe terima kasih terangkan.

    ReplyDelete
  15. Kalau tak silap, pernah guna yang pure tuuuu. Memang tak pernah tahu pun perbezaan jenis jenis minyak zaitun ni. Pakat bedal pakai aje hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. Dulu pun saya main hentam je guna. hahahah..

      Delete
  16. Extra Virgin Olive Oil tu Kak Amie selalu guna dalam penyediaan salad. Guna pun jimat-jimat sebab harganya pun lebih mahal berbanding dua jenis lagi minyak zaitun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah ada standby jugak stok olive oil. Memang kena guna jimat jimat sebab mahal. Yang dua lagi pun boleh tahan juga harganya sebotol kecil tu.

      Delete
  17. pernah juga baca kegunaan minyak zaitun ni somewhere, tak ingat dah. atleast bole baca kat sini semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kadang baca lupa nak save. Senang letak dalam blog, boleh mencari nanti :)

      Delete
  18. Memang ada beza kan ... akak pun dulu ingat sama je. Main beli ikut mana yang lebih murah. Akak selalu beli extra virgin untuk salad atau gaul dengan pasta yang telah direbus. Untuk goreng-goreng atau tumis jarang guna olive oil. Akak tak ingat dah brand apa. Tetapi, ada sesetengah brand siap beri maklumat jelas tentang tahap kemanisan dan rasa spicy olive oil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ingat macam tu jugak. Dah tahu sekarang senang nak beli mana satu ikut keperluan. Lagi bagus kalau ada maklumat terperinci tu.

      Delete
  19. Pernah kena tegur oleh anak akak...makkk .yg tu bkn utk menumis..utk gaul dlm salad..haha

    ReplyDelete
  20. Baru tahu different olive oil ada fungsi berbesaaa

    ReplyDelete
  21. Kat rumah akak memang guna minyak Naturel tu..sesuai utk mak yang sakit jantung...rasanya minyak bunga matahari...untuk kegunaan biasa..kadang beli gak minyak zaitun naturel..ada jenis2 masakan la guna minyak tu...dan of course minyak seri murni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak zaitun memang bagus guna untuk jaga kesihatan. Terima kasih share kak :)

      Delete
  22. Replies
    1. Minyak zaitun ni mahal, jarang digunakan. Tapi lebih sihat. Biasanya akan gunakan dalam masakan tertentu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.