Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan
Kita throwback cerita di kampung lagi. Disebabkan kepenatan mengerjakan buah kelapa. Lepas mandi dan solat zohor, saya baring menghilangkan penat lelah. Dah pesan pada suami suruh kejut sebab nak tidur kejap je.
Sekali dengan dia tertidur jugak. Kami sama sama terjaga lepas dengar bunyi menumbuk guna lesung batu.
Terus bangun dan keluar. Lahhhh...mak masak sambal tempoyak daun kayu pulak. Betul betul tak reti penat mak ni. Itu yang suruh suami kejut tu sebab nak rehat kejap je. Dah agak dah mesti ada je keje mak ni. Rasa bersalah pulak tertidur lama.
Husband tolong mak tumbuk serai untuk dimasukkan sambal daun kayu. Saya solat asar dulu. Terjaga dari tidur tadi dah pun masuk asar. Lepas tu kononnya gilir saya pulak sambung tolong. Siap solat tahu tahu dah siap semuanya masuk kuali. Cepat betul mak buat kerja.
Terus bangun dan keluar. Lahhhh...mak masak sambal tempoyak daun kayu pulak. Betul betul tak reti penat mak ni. Itu yang suruh suami kejut tu sebab nak rehat kejap je. Dah agak dah mesti ada je keje mak ni. Rasa bersalah pulak tertidur lama.
Husband tolong mak tumbuk serai untuk dimasukkan sambal daun kayu. Saya solat asar dulu. Terjaga dari tidur tadi dah pun masuk asar. Lepas tu kononnya gilir saya pulak sambung tolong. Siap solat tahu tahu dah siap semuanya masuk kuali. Cepat betul mak buat kerja.
Mak memang jenis buat kerja cepat. Tak payah nak minta tolong orang kadang tu. Jenis dah biasa buat kerja cepat. Risau juga kadang nak menolong tu macam melambatkan kerja dia pulak.
Bila menolong kena ikut cara dia. Setiap orang ada cara masak masing masing. Sekurang kurangnya tolong lah apa patut macam tu. Sambil tu menyembang sekali.
Tak dapatlah nak tengok cara mak masak sambal tempoyak daun kayu. Kalau tengok dari awal, sambil tu boleh tahu resipi sambal rempoyak daun kayu negeri sembilan style. Memanglah resipi google ni melambak tapi kadang cara mak mak kita ni lain sikit.
Sambil mengacau tu, sedapnya bau! Tak sabar nak makan panas panas. Makan tengahari hari tu kami tak masak sebab makan pagi nasi lemak beli masih ada. Kebetulan semuanya penat. Jadi makan apa yang masih tinggal.
Tak dapatlah nak tengok cara mak masak sambal tempoyak daun kayu. Kalau tengok dari awal, sambil tu boleh tahu resipi sambal rempoyak daun kayu negeri sembilan style. Memanglah resipi google ni melambak tapi kadang cara mak mak kita ni lain sikit.
Sambil mengacau tu, sedapnya bau! Tak sabar nak makan panas panas. Makan tengahari hari tu kami tak masak sebab makan pagi nasi lemak beli masih ada. Kebetulan semuanya penat. Jadi makan apa yang masih tinggal.
Sambal tempoyak daun kayu ni, mak guna santan segar kelapa tua yang baru diperah sebelum tu. Guna daun pucuk ubi petik dari pokok tepi dan belakang rumah je. Pucuk labu, tempoyak dan petai sepapan jiran bagi. Daun kunyit dan serai ambil kat sekitar rumah je.
Cili api je beli sebelum balik kampung haritu. Ikan bilis masih ada stok kat rumah. Walaupun tak lengkap segala daun kayu yang digunakan tapi rasa sambal tempoyak daun kayu mak masak dah cukup mantul (baca : mantap betul).
Cili api je beli sebelum balik kampung haritu. Ikan bilis masih ada stok kat rumah. Walaupun tak lengkap segala daun kayu yang digunakan tapi rasa sambal tempoyak daun kayu mak masak dah cukup mantul (baca : mantap betul).
Memang terbaik rasa dia. Berselera makan malam kami dengan sambal tempoyak daun kayu. Bersudu sudu masuk pinggan.
Kalau di Johor saya panggil sambal tempoyak je, campur dengan udang dan beberapa jenis daun iaitu pucuk ubi dan daun kunyit je tak silap. Tapi sejak berkahwin dengan orang Negeri Sembilan, baru tahu sambal tempoyak daun kayu ni.
Sambal tempoyak daun kayu Negeri Sembilan
Sambal tempoyak daun kayu sejenis makanan klasik dan tradisi turun temurun masyarakat Negeri Sembilan. Keunikannya sudah tentulah menggunakan pelbagai jenis daun kayu.Apa itu daun kayu? Daun kayu ni terdiri daripada pelbagai jenis daun seperti daun pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, pucuk labu, daun kentut @sekentut, daun mangun, daun lidah kerbau dan banyak lagi lah.
Daun apa lagi ek? Tahu tak? Semua daun kayu ini dimayang halus seperti daun pandan buat bunga rampai tu. Setiap daun herba yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Campuran lain yang perlu ada seperti tempoyak, santan, petai, cili api, kunyit, ikan bilis, kunyit asam dan garam.Daun apa lagi ek? Tahu tak? Semua daun kayu ini dimayang halus seperti daun pandan buat bunga rampai tu. Setiap daun herba yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Segala bahan bahan seperti cili api, kunyit hidup dan serai perlu ditumbuk menggunakan lesung batu. Kemudian barulah dimasukkan kedalam santan, tempoyak, ikan bilis serta daun kayu yang sudah dihiris halus.
Harga sambal tempoyak daun kayu ni kalau orang jual memang mahal. Bahan bahan pun bukan mudah nak dapat.
Dapatlah saya merasa sambal tempoyak daun kayu air tangan mak. Last makan sambal daun kayu masa kenduri arwah abah dulu, suami cakap. Lama tak makan. Siap masak je, 1 bekas mak bagi kat jiran yang bagi bahan bahan tadi dan 1 bekas untuk sepupu mak depan rumah.
Esoknya baki yang tinggal, 1 bekas mak bawa balik KL. Dapatlah saya 2 bekas untuk 2 hari makan. Semua bekas saiz bekas tau fu fah tu je. Kira banyak jugaklah dapat.
Esoknya baki yang tinggal, 1 bekas mak bawa balik KL. Dapatlah saya 2 bekas untuk 2 hari makan. Semua bekas saiz bekas tau fu fah tu je. Kira banyak jugaklah dapat.
2 hari saya ulang lauk sama untuk makan malam. Makan pagi dan tengahari saya goreng nasi je untuk sarapan dan bekal suami.
2 malam berturut-turut, saya goreng ikan kembung garing garing dan panaskan sambal tempoyak daun kayu. Senang kerja masak. Harini dah pening tak tahu nak masak apa.
Oooo daun kayu tu rupanya campuran daun daun tu semua. Puas juga fikir macam mana nak cari daun kayu ni. Teringin nak masak masakan guna daun kayu tapi tak reti nak membeli dan tak tahu nak cari kat mana..
ReplyDeleteBetul tu naniey. Campuran segala daun. Itulah tu, yang biasa dapat pucuk ubi dengan daun kunyit jelah. Kurang sikit kick dia. Memang susah nak dapat. Kalau kat kampung ada jenis jenis daun tu dan ada tempoyak okaylah boleh cuba masak.
DeleteMacam-macam jenis daun masuk dalam sambal tempoyak.
ReplyDeleteHehe 2 bekas bawa balik. Banyak juga buat. Alhamdulillah lepas keinginan makan.
Ye kak, macam macam jenis. Boleh tahan juga banyak dapat buat bekal.
DeleteAlhamdulillah sedap makan makanan yang dah lama tak makan.
Rabia tak makan tempoyak 🤣 rasanya mcm mana kak ?
ReplyDeleteKena cuba makan baru tahu rasanya macamana :)
DeleteWahh. Nampak best tu. Mesti pedas. Selalu jumpa sambal yang warna kuning atau merah je.
ReplyDeleteSedap! Masakan mak mak kita haruslah sedap. Kurang pedas sikit. Sambaal tempoyak memang warna kuning :)
Deleteuikk.. sedap ni buat makan dgn ikan goreng pun..
ReplyDeleteNgam sangat makan dengan ikan goreng.
DeleteAlak dok baca ja entri kawan2 tempoyak daun kayu..tp tak pernah rasa..mesti sedap kan dgn campuran berbagai jenis pucuk2 kayu..ohh jgn suruh anak2 mkn..takda dok maunya..
ReplyDeleteJenis makan tempoyak mesti akan suka tapi jenis tak makan tempoyaka rasanya tak boleh masuk kot. Anak anak zaman sekarang agaknya kurang layan kot lauk macam ni.
DeleteMantul sangat tu.. Rezeki makanan dah siap, duduk, Bismmilah ja :) , tempoyak macamana masak pun tentu sedap, bahannya kan raja-raja buah hehe dappp.
ReplyDeleteMantul betul rasa dia sebab lama tak makan. Alhamdulillah. Untuk penggemar tempoyak pasti suka. Tapi kalau masakan lemak berasaskan ikan dan campur tempoyak tu saya kurang gemar sikit.
DeleteIni lauk mmg konpom kita tak makan hehe
ReplyDeletetahu dah..bukan lauk pilihan KakRet :)
DeleteSedap agaknyer ek
ReplyDeleteKalau suka tempoyak sedaplah wak. Kalau tak, jadi tak sedap lah :)
DeleteAlahai, terliur tengok airtangan Mak Fiza tu.
ReplyDeleteAkk suka sambal daun kayu ni.
Betul, mahal harganya terkejut juga akk bila tgk kawan jual.
Orang lama masak lagi sedap. Ada orang memang suka sambal daun kayu ni. Lagi lagi jarang dapat makan. Sekali dapat, memang sedap lah.
DeleteYe kak, harganya memang mahal. sebab bahan bahan dan proses penyediaan tu.
Samalah kita kak fiza, saya pun panggil sambal tempoyak ajeee. Kiranya sambal tempoyak ni advance sebab ada campuran dayu kayu tu lah ye kak fiza?
ReplyDeleteYe, advanced sangat. Banyak daun daunnya :)
DeleteTadi saya sempat pikir, samalah sambel tempoyak di Malaysia ini dengan sambal tempoyak di Indonesia. Ternyata beda. Kalo di Indonesia, tepatnya Palembang, sambel tempoyak itu dari durian kak :D. Dibuat sambal. Jadi rasanya pedes, manis dan beraroma durian. Enaak juga :D.
ReplyDeleteTapi saya penasaran laaah Ama sambal tempoyak Malaysia ini :).
Sama saja, tempoyak memang asalnya dari isi buah durian. Enak diolah dalam masakan. Teringin rasa boleh cuba cari resipi masakan Malaysia berasaskan tempoyak. Cubalah nanti :)
DeleteMakanan kegemaran akak ni. Sedapnya lahai!
ReplyDeleteAkak kenal makanan ni masa menetap di Pilah, jiran buat dan kasi.
Sejak tu memang terus jatuh cinta.
Tapi tak pernah try buat sendiri walaupun daun-daun kayu masa tu ada jual di pasar pagi Pilah.
Malas nak racik..haha.
Syok Fiza dapat makan air tangan mak, tentunya sedap berbanding beli.
Baru tau maksud mantul - mantap betul 😂
Saya pun baru kenal sambal tempoyak daun kayu ni selepas kahwin dengan orang pilah. Terus tersuka jugak. Buat sendiri kadang kurang menjadi. Kena air tangan mak mak buat baru sedap agaknya. Agak leceh juga nak meracik banyak daun.
DeleteAlhamdulillah dapat juga makan masakan mak. Sedap tu dah pasti lebih dari kedai :)
Kalau cair sikit, macam lauk pucuk paku. Duk terbayang lauk tu je hehehe.
ReplyDeleteLauk pucuk paku pun sodap Atiqah. Kalau saya suka meratah lauk tumis pucuk paku. Sedapnya lahai tapi susah nak dapat yang fresh.
DeleteDulu tak pandai nak makan sambal tempoyak . Hari tu pernah cuba sekali dambal tempyak daun kayu pemberian emak saudara ccl . Rupanya sedap juga kalau kena dgn cara masak
ReplyDeleteKalau kena cara masaknya pasti sedap. kena rasa dulu baru tahu sedap ke tidak kan :)
Deletebaru tau daun kayu tu ape. sebelum ni pernah nampak kat hotel, masak lemak pucuk kayu, ingat kan dia salah tulis, pucuk paku jadi pucuk kayu.. lepas tu baru tau daun atau pucuk kayu tu ade..
ReplyDeleteHihi..Saya pun baru tahu lepas kahwin dengan orang nismilan. Ingatkan daun kayu tu merujuk satu jenis daun kayu rupanya banyakkkkk
Deletemacam mak saya jugaklah. buat keje laju. kita ni kadang-kadang tercegat je, tak tau nak tolong kot mana. hehe
ReplyDeletehahaha..itulah, mana nak selit tak tau
DeleteDalam banyak-banyak daun fiza sebut,daun lidah kerbau saya belum kenal.Dah google ...ok,saya masih tak kenal..tangni saya kalah...hihihi
ReplyDeleteSaya pun first time dengar masa dok sembang sembang dengan suami dan mak. Mula tak percaya ingatkan main-main. Rupanya betul nama tu. Cuma tu lah tak pernah tengok apatah lagi kenal. Kalau ada, mesti dah tahu ada kat sekeliling rumah. Banyak daun daun dah takde dah dan susah nak cari.
DeleteWah wah! Menyelerakan sungguh nih!!!
ReplyDeleteSangatttt..Happy tummy :)
DeletePerghh menarik betul. Kalau tambah petai lagi booommm hehe
ReplyDeleteeh, memang ada petai Ain. Ada taip dalam entri :)
DeleteYa Allah, terliurnya tengok! Dapat sambal ni makan ulang-ulang hari-hari pun tak mengapa.
ReplyDeletesaya sesekali makan bolehlah. Dok ulang kadang cepat jemu pulak. Semoga ada rezeki kak Farrah dapat juga sambal tempoyak daun kayu ni nanti. Aaminnn...
DeleteDah lama saya tak makan tempoyak. Rindu pulak makan tempoyak. Tapi ni first time dengar sambal tempoyak daun kayu. Dulu waktu tinggal dekat bandar sikit (skrg tinggal kawasan pendalaman sikit) selalu pergi ikan bayar tempoyak, yaAllah sodap kak fiza. Sodap yang amat
ReplyDeleteSaya pun lama tak makan. Sekali dapat memang sedap. Eh ikan bakar tempoyak? First time dengar jugak tu. Ikan bakar salut dengan tempoyak ke cicah dengan sambal tempoyak?
Delete