Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan. Ada Daun Kunyit & Pucuk Ubi Pun Jadi!

Jangan terkejut entri sambal tempoyak daun kayu menjelma lagi. Baru minggu lepas makan sambal tempoyak daun kayu. Ini makan lagi. Rezeki namanya.  Nak dijadikan cerita, encik suami beli pucuk paku dan pucuk ubi sekali kat peniaga tepi jalan tu.

Seikat pucuk paku RM2 ke RM3 macam tu. Murah kan. Pucuk ubi pun memang betul betul pucuk ubi bukan daun ubi yang keras macam saya pernah beli dulu. Dahlah keras, mahal pulak tu. Pucuknya ada berapa kerat je. 

Alang-alang ada stok tempoyak dan santan segar mak bagi dalam peti ais, why not kita buat sambal daun kayu. Haritu macam tak puas makan pulak. Benda sikit memang sedap, kan?

Tapi takkan nak letak pucuk ubi dan tempoyak je? Daun kunyit, petai tak ada pulak. Terpaksalah suami keluar membeli.

Beli petai pulak kena scam dengan adik jual petai tu. Petai tu kulit dia dah hitam hitam tapi dalam tu elok lagi bang katanya. Encik suami ajuk semula apa adik tu cakap. 

Sekali tengok tengok isi cenonet dengan pakej berulat satu papan. Ulat kecil pulak tu. Mujurlah yang lain tu masih okay lagi. Dapatlah sikit. Jadilah dari tak ada.

Saja nak cuba masak cara mak mentua. Call tanya sukatan itu ini dan cara nak buat.

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Mudah je nak buat sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan ni. Kisar kunyit dan cili api, masukkan dalam kuali bersama santan. Didihkan, masukkan tempoyak, ikan bilis (saya tumbuk kasar) dan garam. Bila dah mendidih masukkan segala jenis daun yang dah dihiris halus, petai dan juga serai diracik dan ditumbuk kasar.

Kacau sebati semua, biarkan masak je. Rasa dulu dan adjust ikut selera masing-masing. Macam tu lah cara masak sambal tempoyak daun kayu negeri sembilan. Ada daun kunyit dan pucuk ubi pun menjadi jugak sambal daun kayu saya ni.

Kali ni buat pedas dan pekat sikit. Baru ngam dengan selera. Encik suami pun berselera makan. Bersudu sudu mencedok makan malam tadi.

Harini nak makan tinggal panaskan je. Konon pagi ni nak keluar awal. Tapi subuh tadi hujan lebat turun mencurah curah, auto cancel nak keluar. Tempat awak hujan tak?


32 comments:

  1. Dah rancang nak ke mana tu? Sini mendung, tentu sedap ikut resepi mentua. Nampak pekat menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rancang nak cari sayur sayur kampung kat pasar tani dan beli barang sikit. Sudahnya tak jadi bila hujan. Alhamdulillah sedap dan menjadi.

      Delete
  2. terima kasih kak share resepi. tak tau lah bile nak cube. tempoyak pon takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Itu secara ringkas je. Sukatan kena agak-agak ikut selera.

      Delete
  3. Sedapnya...akak baru buat last week, siap share ngan kawan opis...saje tak share kat blog sebab dah biasa share..Maka akak kan balik kampung ngan abah, so diorang amik peluang untuk cari daun kat kampung..ada 3 daun pun dah ok dah tu fiza, pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu..daun kaduk pun mak akak letak...cuma part paling leceh nak hiris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna daun kunyit dan pucuk ubi je kak. Daun labu tak ada. Ingatkan nak cari balik kampung tapi mak tak ada pulak kat kampung. Nak keluar ke pasar tani tak jadi pulak. Part menghiris saya okay je :)

      Delete
  4. Ni dah memang botol-botol menantu omak nih...Sojuk mato omak mentuo tengok menantu e pandai jago poghut suami..hihihi suka ajuk daelek Nismiland walaupu terabo...Lauk kesukaan untuk meratah ni..Balik kampung banyak dedaun asyik lupa nak masak lauk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jangan jadi menantu hantu sudah lah yo. Saya pun bukan pandai sangat cakap nismilan kak. asal boleh.
      Samalah kita suka meratah jugak makan. Itulah tu, tak menyompek naka ambil daun yang ada balik kampung marin.

      Delete
  5. Makan dengan nasi putih memang menambah-nambah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, laju menyuap masuk mulut sedar sedar nasi habis :p

      Delete
  6. Giler bayang Kak Amie tengok sambal tempoyak daun kayu ni Fizah. kalau Kak Amie buat memang asyik nak meratah selagi belum habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah macam macam daun lagi sedap kan kak Amie. Hihi..ada stok tempoyak dapatlah juga buat sendiri ni.

      Delete
  7. Replies
    1. Peminat tempoyak mestilah laju makan nasi kalau dapat sambal tempoyak daun kayu ni, kannn...

      Delete
  8. Sedapnya. Lagi pedas lagi sedap. Naniey kalau jenis ni tak reti makan. Sambal tempoyak macam ni. Pelik betul. Padahal gulai tempoyak/masak lemak tempoyak tu elok je boleh telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pedas tu jadi lagi sedap. Ohh ye ke? Memang pelik tu naniey.

      Delete
  9. sini hujan jugak. sejuk je. selesa lah nak masuk home office tak payah bukak kipas. sedapnya menu Fizah. sabar jelah kena scam adik jual petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best hujan, sejuk sikit. Jimat pasang air cond kan. Alhamdulillah dapat makan menu kampungan.
      Confident betul adik tu scam orang. Ish ish

      Delete
  10. Aha terjawab sudah persoalan beli pucuk ubi banyak. Sabar sahaja dapat petai berulat.
    Hehe nasib baik jadi. Kira pandai Fiza masak kali pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononnya nak rebus je kak buat ulam. Alang alang ada tempoyak, buat sambal tempoyak daun kayu je lah. Itulah tu, sabar je lah kita.
      Alhamdulillah menjadi :)

      Delete
  11. sedap sangat ni.. lama tak buat. Pernah buat sekali tapi tu lah.. makan sendiri. Mujur ada mangsa untuk diberi/agih. Orang dalam rumah sendiri tak makan tempoyak bubuh daun. Tapi kuah ikan patin makan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kalau makan sorang sorang memang terpaksalah diagihkan pada orang yang makan. Itu yang pelik tu kan, makan tempoyak ikut menu jugak.

      Delete
  12. Nampak pekat.. mesti sedap ni. Heheh.. selamat menjamu selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pekat sikit ni Nina. Alhamdulillah sedap ikut selera :)
      Terima kasih.

      Delete
  13. terliurnyaa . pernah sekali ccl makan ,itu pun makngah ccl yang buatkan , memang rasanya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lama tak makan itu yang terasa sedapnya tu Lyana.

      Delete
  14. dapat ngan nasi putih, mmg tak tgk org kiri kanan dahhh. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena jeling kiri kanan gak kot ada yang perati terlebih makan :p

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.