Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Lama betul tak makan sayur pucuk paku. Zaman sekarang agak susah ye nak jumpa sayur pucuk paku ni di bandar. Kenalah mencari di pasar besar, pasar tani atau pasar malam yang ada jual sayur-sayur kampung dan barang basah.
Sejak duduk sini, tak pernah lagi jejak pasar besar. Percaya tak? Silalah percaya ya. Ianya benar belaka. Pasar tani pagi pun setakat pergi kat Kuala Pilah je. Itupun sekali dua.
Semuanya membeli di pasaraya je. Sayur sayur kampung yang rare memang kuranglah jumpa. Kadang ada juga yang jual sayur-sayur tepi jalan juga.
Punyalah lama teringin makan pucuk paku. Akhirnya dapat juga pucuk paku yang diidamkan. Encik suami beli tepi jalan berdekatan dengan Family Store Sikamat tu.
Dekat bawah pokok tu biasanya perasan ada orang jual sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, petai dan apa entah lagi tak ingat pulak. Kejap ada kejap tidak, macam chipsmore dah orang berniaga.
Encik suami beli pucuk paku pun dah buat rasa bahagia dah. Dia nampak orang jual terus dia beli sebab teringat saya dok mencari pucuk paku.
Encik suami beli pucuk paku pun dah buat rasa bahagia dah. Dia nampak orang jual terus dia beli sebab teringat saya dok mencari pucuk paku.
Perempuan ni kalau dapat makanan yang dia suka, bahagia senyum sampai telinga. Bukan susah pun nak buat perempuan rasa bahagia, kan?
Bukan 1 dibelinya, beli 2 ikat. Ini betul betul nak kita kenyang makan pucuk paku je ni. Dapatlah saya masak separuh ikat untuk lauk makan malam tadi. Yang lain tu buat stok.
Nampaknya 2-3 hari ni sayur pucuk paku je lah ye. Dapat pulak tu sayur pucuk paku yang fresh. Lagilah sedap oiii...Lebih tu kita ratah begitu saja.
Pucuk paku
cili api
kunyit hidup
santan
air secukupnya
garam
Cara penyediaan
Biasanya saya tak masak lama untuk kekalkan kerangupan pucuk paku. Tak nak layu sangat. Ada orang suka masak letak udang kering dan ikan bilis sekali. Saya kadang letak kadang tak. Ikut selera nak makan macam mana.
Saya masak ikut resepi masak lemak cili api pucuk paku negeri sembilan guna cili api dan kunyit hidup je. Mudah dah ringkas, bawang pun nan hado. Rasa masak lemak cili api asli gitu. Saya guna santan segar yang mak bagi haritu. Kena gunakan cepat cepat takut nanti tak sedap pulak bila tersimpan lama.
Resipi sayur pucuk paku masak lemak cili api
Bahan-bahanPucuk paku
cili api
kunyit hidup
santan
air secukupnya
garam
Cara penyediaan
- Kisar cili api dan kunyit hidup, kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk/kuali bersama santan dan air secukupnya. Buka api perlahan. Sesekali kacau supaya santan tak pecah minyak.
- Bila dah mendidih, masukkan pucuk paku dan masukkan garam. Kacau rata. Biarkan pucuk paku masak seketika.
Saya masak ikut resepi masak lemak cili api pucuk paku negeri sembilan guna cili api dan kunyit hidup je. Mudah dah ringkas, bawang pun nan hado. Rasa masak lemak cili api asli gitu. Saya guna santan segar yang mak bagi haritu. Kena gunakan cepat cepat takut nanti tak sedap pulak bila tersimpan lama.
Beli dua ikat tu nak bagi Fiza senyum lama kannn hehe.. Sedapnya, teringat kerabu pucuk paku, pembuka selera betul.
ردحذفHehe..begitulah. Sedap tu buat kerabu pucuk paku.
حذفAkak dapat bayangkan senyuman lebar Fiza dapat pucuk paku. Dua ikat pula tu!
ردحذفAduhai, terliur tengok masak lemak pucuk paku Fiza.
Hehe..sekali dapat 2 mana tak happynya. Lama tak makan dia jadi sedap terus :)
حذفSedapnyaa
ردحذفmemang sedap kalau suka sayur pucuk paku.
حذفsedapnya.. bagi la pucuk paku masak apa pun busyra suka.. hehe..
ردحذفSaya pun sama, suka masak apa je sebab suka pucuk paku kan.
حذفmesti lagi sedap ni sebab guna santan segar. saya pun suka masak lemak stail negeri sembilan. simple je
ردحذفYep, guna santan segar lagi sedap. Betul betul, simple dan senang nak masak.
حذفIkutkan masak lemak memang tidak guna bawang. Senang.
ردحذفTercapai hasrat tekak makan pucuk paku. Lebihan pucuk paku hendak buat masak apa?
Betul tu kak. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Dah masak tumis. Ada lebihan lagi maybe tumis jugak kot mudah sikit.
حذفsini senang nak dapat, even pasaraya pun selalu ada. saya biasa masak ni goreng ikan bilis belacan, yummeh!!
ردحذفBest tu senang nak dapat dan membeli. Sedap gak tu masak goreng tumis ikan bilis belacan.
حذفsedapnya sayur pucuk masak lemak ni.. bertambah menarik dengan gambar yang Fizah shoot. pandainya..
ردحذفmemang sedap. Alhamdulillah. Terima kasih kak :)
حذفRindu jugak nak makan sayur pucuk paku. Masa kecik2 dulu, kalau balik kampong, dapatlah makan, skrg ni susah nak dapat. Kalau nak beli tu, macam banyak daun dari pucuknya, huhu. Tengok gambar masakan Fizah, teringat masakan ibuku saying.
ردحذفSekarang memang susah nak dapat. Yang menjual pun lebih daun tua dari pucuknya. Kalau jumpa yang okay memang beli terus.
حذفmasakan kg mmg padu!
ردحذفblh try masak lauk ni sbb xpernah mkn.. haha
Seriouslah tak pernah makan. Ke tak gemar sebab tu tak makan? Hihi..haruslah padu masakan kampung.
حذفpucuk paku rebus makan dengan kuah kacang pon sedap..
ردحذفCambest je makan macam tu. Macam pecal pulak.
حذفTelioq nya nampak masak lemak cili api pucuk paku tu..p kat hellok
ردحذفMujur hellok kejadian dia kak :)
حذفTeringin plak masak lemak pucuk paku campur kerang...sedapnyaaa...
ردحذفSedapnya kalau dapat campur kerang tu kak.
حذفFamily Store Sikamat dah dekat benar dengan rumah arwah mama ammi..
ردحذفBTW fiza, blog ammi kene removed dek blogger. Silalah follow blog baru ammi ye kalau sudi
https://nestumsusu.blogspot.com/
Oh ye ke kak? Senang nak shopping dekat je dengan Family Store ni.
حذفDah follow dah :)
Senang jew nak masak pucuk paku masak lemak cili api ye Fizah. Tak payah bubuh bawang-bawang lagi. Sedapnya!
ردحذفBetul tu kak. Guna kaedah dan bahan mudah je.
حذفPucuk paku ni kalau tempat wak boleh lagi cari kat tepi2 sungai
ردحذفUntung tu wak, nak makan cari je. Percuma pulak tu. Lagi sedap makan fresh.
حذفNi memang fave.. Makan menambah nambah. Lagi sedap dapat hirup kuah tu macam sup je.
ردحذفNaniey masak lemak pun tak letak bawang semua tu. Ikut style negeri sembilan.
Sedap, kan! Saya pulak tukang menghabiskan sayur je. Jarang hirup kuahnya. Mudah masak kaedah macam tu. jimat penggunaan bawang jugak :)
حذفdah lama tak makan pucuk paku , sekarang ni susah benar nak jumpa
ردحذفBetul tu Lyana. Susah nak dapat. Sekali dapat memang best lah makan.
حذف