Header Ads

Telefilem Coklat Chip Spesial

Coklat Chip Spesial, telefilem 2020 lakonan Fasha Sandha dan Duerra Mitilda akan diulang siar pada Sabtu ini, 25 September 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Telefilem Coklat Chip Spesial TV3

TELEFILEM COKLAT CHIP SPESIAL

Waktu siaran : Sabtu, 8 Februari 2020 (Sabtu), 10:00 malam
Ulang siar : 25 September 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Dato Jurey Rosli
Produksi : Syaz Petra Sdn Bhd

SINOPSIS COKLAT CHIP SPESIAL

Farah (Fasha Sandha) tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya Hani (Duerra Mitilda) menghidap penyakit disleksia. Farah sendiri tidak tahu apa itu disleksia kerana dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan hanya orang kampung. 

Sebagai ibu tunggal pula, Farah menaruh harapan yang tinggi agar anaknya berjaya dalam pelajaran dan tidak menjadi sepertinya.

PELAKON DAN WATAK

  • Fasha Sandha sebagai Farah
  • Duerra Mitilda sebagai Hani
  • Azam Pitt
  • Khatijah Tan
  • Nora Maya

هناك 16 تعليقًا:

  1. Sekarang dah banyak dah cerita yang berkisar tentang masalah pembelajaran kanak-kanak. Dahulu, apabila budak tu tak pandai, stigma masyarakat akan automatik label dia malaslah, lembab dan kurang pintar. Padahal kita tak peka yang budak tu ada masalah nak cope dengan apa yang dia belajar.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu, mentaliti masyarakat dulu. Sedangkan mereka tak tahu masalah sebenarnya kan

      حذف
  2. Bagus ada telefilem macam ni, at least bukan tengok movie sebagai hiburan tapi ada nilai tambah setiap movie yang ditonton. MAsih ramai juga yang kurang tahu tentang dsylexia ni.

    ردحذف
  3. Oh cabaran ibu tunggal hadapi anak disleksia.

    ردحذف
  4. kalau ada fasha sandha mesti drama air mata ni..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Tahu takpe! Fasha dan drama air mata berpisah tiada. Lakonan hebat.

      حذف
  5. الردود
    1. Yep, mengetengahkan isu kehidupan dan cabaran bila ada anak menghidapi disleksia.

      حذف
  6. sempat juga tonton drama ni , memang sangat-sangat sedih , terharu juga dgn pengorbanan cikgu ahmad nak bantu hani atasi penyakit desliksia

    ردحذف
  7. Siar ulang pun..sy x pernah tonton cite ni..nanti tgk utube

    ردحذف
    الردود
    1. Dulu dulu jarang layan cerita kat TV kot. Sekarang PKP baru ada masa nak tengok. Hehehe

      حذف
  8. Bagusssss ada cerita macam ni, boleh bagi pengetahuan dan didik mak ayah untuk peka perkembangan anak anak.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu, mana tahu ada pengalaman yang sama boleh tengok macamana caranya untuk anak macam ni terus belajar.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.