Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok
Baru nak ambil feel blogwalking semalam. Tiba tiba tengah syok nak tinggalkan komen keluar pulak ayat ni
" Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok."
Warna merah tu yang tak tahan tu. Marah kita ke wak? Baru tinggalkan beberapa komen je pun. Sejak bila pulak tak boleh tinggalkan komen banyak-banyak? Sejak bila pulak ada had maksimum tinggalkan komen?
Nampak tak permainan dia macamana. Lepas satu, satu lagi masalah muncul. Sajalah tu tak nak bagi komen banyak banyak.
Benda ni baru je malam tadi. Ada yang pernah jadi macam ni tak? Benda ni jadi lepas banyak kali keluar gambar gambar kena pilih tu.
Kena check lah di bahagian comment spam. Kalau ada duplicate komen tu bolehlah delete ye. Terima kasih. Kalau lama tak singgah komen tu faham-fahamlah ye.
Nota untuk Kak NA : Adakah merah ni yang akak maksudkan?
Serious laaaa....biar betul...x leh k nak komen banyak- banyak lepas ni....
ReplyDeleteTak tahulah betul betul limit ke tak atau sementara je ni sebab bila refresh boleh pulak komen semula.
DeleteHaish...macam-macam permainan depa yer Fiza..Nak bantu tak reti.Hanya mampu jadi pendengar setia sajalah.huhuhu
ReplyDeleteItulah tu, tak boleh tengok kita senang sikit agaknya kot. Takpa mama cella, faham saja :)
Deleteoh pulakk
ReplyDeletetak penah lg kena mcm ni
Baru lagi kot ni. Tiba tiba pulak jadi
DeleteMacam pernah dia keluarkan logo B besar orange = blogger tu, mesejnya tak perasan, cepat refresh je matlamatnya/semangat nak komen kann heee bagus Fiza share ni, Tkasih.
ReplyDeleteohh yang tu macam broken je. Pernah jadi jugak tiba tiba. Tu lah tu, kadang ignore dan refresh dan teruskan komen je sebab memang nak tinggalkan komen :)
Deletesama² :)
Saya komen banyak banyak dia keluar robot tu
ReplyDeleteHuishh mencabar lah jugakk
Yang robot tu selalu jugak keluar. Mencabar betul nak tinggalkan komen sekarang ni
Deletemasih jyga budaya blogwalking ini...nampaknya saya sudah ketingglan
ReplyDeleteye, masih aktif sekarang. Takpe, faham tu. Adakalanya kita sibuk dengan kerja yang lain.
DeleteKomen akak selalu masuk dalam spam box saya. Pelik jugak Blogger ni.
ReplyDeleteEntah lah kak. Diorang punya level intern memang tak boleh bawak bincang. 😑
Oh ye ke? Mesti banyak komen terselit dalam spam box tu. Itulah tu, pelik benar sekarang ni. Agaknya buat eksprimen tak jadi jadi. Try and error.
Deleteini masalah baru dar blogger ke akak? Macam ada masalah teruk dari pihak blogger ja huhu
ReplyDeleteTak pasti, tapi baru terjadi kat saya. Macam macam kan masalah blogspot sekarang ni. Sabar je lah
DeleteLah.. ada limit ka? baru saya tahu.. ka cuma glitch sj... bug..bug
ReplyDeleteTak pasti sebab baru jadi macam ni. Harapnya bug sementara je lah.
Deletesekarang selalu betul komen blogger masuk kat spam.
ReplyDeleteBetul tu kak. Kena rajin check kat situ jugak.
DeleteBukan yang itu. Di bahagian atas untuk taip URL Fiza contoh https://www.azhafizah.com/2021/10/anda-sudah-membuat-bilangan-maksimum yang warna merah.
ReplyDeleteIni ok pula dah kembali warna putih.
Aduh pening. Kasihan Fiza. Itulah waktu semangat komen, macam-macam keluar.
Dekat browser ye? Ohh..ada lah kot problemnya.
DeletePening 2-3 hari ni hadap blog entah apa apa jadinyaa. sabar je lah kan.
aikkk ok ok nnt nak try laaa... apa motif x leh komen byk2 eh??? moskel
ReplyDeleteontah lah kakRet. Tak tahu apo motip eh.
Deleteeh sejak bila mcm tu pula.
ReplyDeletesyu xsmpt blogwalking tinggalkan komen, jd xperasan benda ni.
Baru jadi je Syu. Harapnya sekali tu je lah jadi.
Deletealahai , kebelakangan ni , macam-macam betul diorang lakukan perubahan
ReplyDeleteItulah pasalnya. saja nak menguji kesabaran kan.
DeleteSayaaa pernah kena sekali macam ni, memang potong mood sungguh, tapi bila try balik lepas beberapa jam, okeyy pulakkkk. Tak tahu lah apa masalah blogger sekarang ni huhuhu
ReplyDeleteIngatkan saya sorang je. Memang potong mood betul bila jadi macam ni. Betul tu, lepas refresh tu okay balik. Entahlah, tak tahu punca kenapa.
Deletemama kalau yg keluar gambar2 tu pun dah terasa annoying, tapi tak penah lagi kena yg maks comment ni.. tak patu laa
ReplyDeleteEntahnya kan. Tak faham betul. Lepas tu boleh je pulak komen. saja nak buat cuak kita je.
DeleteAh sudah... akak baru nak panas enjin pergi jalan-jalan blog ni
ReplyDeleteKann..dah elok panas enjin dah..boleh naik hangin satu badan. huhu
Deletesebab tu shida suka selang2 hari komen,,nk elak benda ni lah ^_^
ReplyDeleteMacam macam masalah komen blogspot sekarang ni kan. Sabar je lah
DeleteTips yang menarik!
Deletehahahah... belum pernah lagi kene yang ni. kalau yang robot ngan teka2 gambar tu pernah la
ReplyDeleteRasanya ni macam acah acah kita je kot. Harapnya tak berlaku lagi. Saya pun dah sampai tahap tahap teka gambar tu kalau banyak sangat komen.
DeletePerghh, penat penat komen, tapi masuk spam..sedih plak..hahah...Tak pernah sampai dapat kaler merah tu....biasanya sampai robot jee
ReplyDeleteItulah pasal. Macam cakap sorang sorang pulak kan. Sekali tu je dapat kaler merah. Lepas tu tak ada dah.
Deletejrg dpt yg mcm ni selalu robot x diundang tu je yg muncul hehehe
ReplyDeleteOkay lagilah tu tak jumpa yang ni 😅
DeleteBetul.. Ada sekali tu rasa nyampah je nak comment. Sbb nak kene verity bukan robot lah, pilih gambar. Tup tup takleh nak publish comment. Ishhh
ReplyDeleteDatang masa menyampah tu memang tinggalkan terus kadang. Ada mood baru jengah semula. Hangin je kan.
DeleteLately ni, bahagian spam saya pun kerap ada. Saya pun pelik dengan suasana sekarang. Nampaknya mmg kena blogwalking secara tenang tenang
ReplyDeleteItulah tu, kena check jugak bahagian spam tu. pelik kan boleh termasuk kat situ. heran betul. Iye, kena blogwalking tenang tenang je.
Delete